Wednesday, August 31, 2016

Yeay Merdeka! Duduk Rumah Saja Hari Ini

Assalamualaikum

Salam Hari Merdeka ke-59
'Sehati Sejiwa'
Ada sesiapa ke Dataran Merdeka hari ini?

Aku berkeliaran saja dalam rumah dengan anak-anak. Ke dapur ke bilik, ke ruang tamu ke tandas dek hujan tak henti-henti dari siang sampai ke malam.

Pun begitu, aku tetap merasa merdeka di hati dan di jiwa, kerana boleh berguling-guling sesuka hati!. Merdekalah tu kan, bebas buat apa saja di rumah sendiri. Tak perlu berlakon depan ibu mertua. @__@

Lepas makan tengahari tadi, aku buat kunjungan balas ke rumah KakNoor nun jauh di sana. Nampak dia menggoreng cempedak! I is tergoda tetiba. Tak percaya eh? Pergilah tengok apa aku komen pada KakNoor. ^__^

Terus aku teringatkan buah cempedak yang diperam sejak minggu lepas. Berkobar-kobar dalam hati laksana jalur gemilang yang berkibar megah di angkasa. Tak menahan nak menggoreng cempedak juga, engkau!

Mulalah berangan tak tentu hala, konon-konon sedang menikmati secawan nescafe sambil kunyah cempedak goreng dalam cuaca hujan. Amboi, bukan main lagi dia berangan!

Bila dibuka bungkusan kertas balut cempedak yang hendak digoreng tu, rasa nak termenitis air mata. haha *tipu je*. Buahnya dah terlajak masak, dah masam dan lembik lemau! Maka, simpan sajalah angan-angan mat jenin tu!

Tak pasal-pasal ku meneguk nescafe dengan 'ruti pat sagi' saja. Sodap juga weyh.

Hah! Tak kenal dengan 'ruti pat sagi' ya? Alkisahnya, masa aku membeli, ada sorang makcik ni sebut perkataan ni. Terbahak-bahak aku ketawa. Namun, di dalam hati sajalah ye demi menjaga maruah aku makcik tu.

Meh-meh sini aku kenalkan.......

-
-
-

Nescafe panas dengan cream cracker [biskut 4 segi]

Oh ya, dalam tak pergi mana-mana tu, berjaya juga aku mengupas 3kg bawang.

Oiii, bukan calang-calang kerja ni tau. Berebut-rebut dengan Yusuf. Dari subuh ke isyak baru selesai. hihihi








16 comments:

  1. alahai sian KB.. x dpt nk mkn cempedak goreng ye... nnt buat lain lah ye...haha

    sedap ok biskut 4 segi cicah nescefe tu... fevered akak time ujan2...hehe

    byk nya bawang KB..nak masak apa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada rezeki cempedak baru boleh buat nampaknya. hahaha.
      biskut 4 segi tu, celup apa pun sedapkan kak.

      bawang tu utk masak hari2.

      Delete
  2. Hujung minggu ni kena cari cempedak nampak ganya KB. Tapi biskut pat-segi tu pun ok jugalah kalau kakak memang suka.

    Yg pergi kopek sampai bekilo-kilo bawang tu nak kenduri ke apa? Mahu 'menangis' sepanjang hari kalau kakaklah. Bawang putih tak apa yg merah tu tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kakzakie, saya nak buat stok untuk masak hari-hari. separuh untuk emak saya. nak senangkan dia masak masa jaga Yusuf nanti. memang menangis tak sudahlah kak oii.

      Delete
  3. En Papanya mana? Ohhh dah tentulah kat hotel ek di Hari Merdeka....Cer cite aternya Hotel tu kome punye ke mak?

    Mak berjalan gak semalam KB....Jalan jalan cari makan hihi....
    Lama dah tak makan ruti pat sagi tu, mmg sedap gak layan tu tau. Tapi mak suka cicah air Teh o jer...

    Mak pun baru settle blend bawang minggu lepas... lega! Tapi mak tak de deh guna bawang kecik merah tu. Ku lebur je bawang besar ngan bawang putih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. papa ngan amir pegi mancinglah mak. tinggallah kami berempat-empatan saja. ingat nak bawak anak2 main taman, hujan pulak sampai petang. dok rumah sajalah.

      oh kalau kat rumah saya selalu ada stok biskut tu. anak2 lapar, itu je kuhulurkan. baru mereka diam! haha

      kalau dah siap-siap kupas/blend tu barulah senang kerja mak-mak ni kan, mak.

      Delete
  4. Tempat akak pun hujan hampir setengah hari semalam KB.Tapi akak keluar juga sebelah ptg teman Fateha beli brg balik u nanti.
    KB cerita cempedak ni...akak masih mengidam lagi ni tau ,tak dapat cempedak goreng ,dapat makan aiskrim cempedak pun dah nikmat sangat,apa tah lagi makan sorang :-).
    Akak bawang putih kalau beli pasti cepat2 kupas sebab masa nak masak senang.Yang lain masa nak masak je buat sebab dah banyak masa terluang dibandingkan masa anak2 kecil dulu memang standby bahan masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruti pat sagi tu,makcik bangsa apa yang cakap tu KB?.

      Delete
    2. sekarang dah musim hujan ye kak SI. hari ni pun hujan lagi.

      Alahai, kesiannya kat akak, masih mengidam cempedak. Aiskrim cempedak tu cam mana pulak. saya tak pernah dengar.

      Yelah, cuti semalam je baru boleh pulun habiskan sebab dah berminggu asal hujung minggu je merayau/balik kampung.

      'ruti pat sagi' tu, org melayu kita juga kak SI, tapi dah pangkat nenek2 lah -org tua. hihi lawak kan.

      Delete
  5. Dapat goreng cempedak dalam mimpi di siang hari pun jadilah, KB. Bukan tak pernah menggoreng cempedak dan berangan makan cempedak sambil hirup nescafekan ^_^

    Ruti pat segi tu saya masa kecil-kecil panggil biskut sampah. Entah kenapa tak tahulah biskut ni dapat nama pelik. Tapi kalau hujan-hujan pekena biskut ni dengan air teh/kopi/milo/nescafe panas-panas sedapnya alahai! Ok, tak mahu berangan lebih sebab biskut pat segi ni takda stok di rumah ~_^

    Buat apa kopek bawang banyak-banyak tu? Padanlah menitik-nitik air mata. Nak buat projek makan-makan kat rumah mak mertua lagikah? ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg biasa makan tp kan cara kaknoor goreng membangkit selera betul tau!

      Bwg2 utk mkn sendirilah MD. Stok nak cepat masak katanya. hihi

      Delete
  6. terlebih peram dah tu kak, mujur tak mengidam nak makan cempedak goreng tu hehehe..ruti pat segi lama tak dengar, orang2 belah utara memang panggil biskut tu roti kan. kawan saya org key ell memang tak tau..bila sorang kawan ni orang perak jemput makan dia cakaplah "makanlah roti tu?" kawan yang key ell nih dok mencari2 manalah roti yang ada biskut kering je..hehehe

    okeh akak faham tak ni saya komen hahahaah, lama tak singgah rasanya komen pun ntah appa apa pulak..busy sikit dengan banci ekonomi sekarang ni dekat opis nih, mahap noo kalau saya jarang2 buat kemunculan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh takdelah sampai mengidam. teringin je hehehe

      tulah, roti dengan biskut kan lain benda tp org tua2 dulu mmg cakap camtu. kena paham sendirilah kan.

      takpe takpe, akak paham awak sibuk sekarang. kalau free mai lah dtg singgah ye.

      Delete
  7. Biskut tu mmng sedap celup air pnas.. Kak rajin nye kupas bwng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, biskut favourite ni, petang2 hujung minggu kita main celup-celup!

      Eh, dik tak tahu ke, akak memang rajin, hahaha

      Delete
  8. Akak hari tu pon ngidam gak...nasib time anta kak long ada orng jual tepi jalan...rm9 hengget sekilo...takpe la amik saiz kecik je pon sekali timbang rm18 hengget katenye...tekak nye pasal akak belasah gak...puas dpt makan yg metah dan goreng :) akak dlu time si izara kekecik siap masak time malam...eaok just panas kan je...akak memang x reti buat keje terkejar2 ni nanti aptb :p

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^