Thursday, July 28, 2016

Raya Di Ipoh 2016 - 1

Assalamualaikum

Kalau tajuk tu dah sebut Ipoh, dah tentu-tentulah ke rumah mertua. Mertua aku, senang sebut papa dan ibu saja lah ye...menyambut Syawal di Medan selama dua minggu lamanya. Bermakna minggu pertama persekolahan selepas raya adik ipar ponteng sekolah. Papa [suami aku] pun macam tu jugak dulu masa sekolah. Orang cuti seminggu, dia sendiri tambah satu minggu lagi.

Jadi, hari Ahad kami ke sana setelah seminggu mereka di tanahair. Biarlah mereka melepaskan penat lelah dulu, baru menjenguk. Sebenarnya hari Sabtu, mereka ada ke KK, tapi kerana anak-anak ada jamuan di sekolah dan menantunya pula menyorokkan diri di hotel, maka tak dapatlah mereka berjumpa anak cucu mereka. Esok je lah, kita ke sana, kata papa.

Raya dah nak habis, manalah nak cekau bislut raya untuk dihadiahkan kepada puan ibu. Lagi pun puan ibu handal buat biskut raya berbanding menantunya hanya pandai membeli. Jadi tak perlulah bersusah payah memberi biskut raya kerana biskut raya dia lagi sedap. 

Aku buatkan kek coklat moist saja untuk dibawa ke sana. Entah di mana yang lebihnya, kek aku membuak-buak sampai terkeluar dari aras bekas. Satu lagi, sampai merekah pulak. Cepat-cepat aku matikan api dapur. Aku tutup cantik-cantik dengan topping, lepas tu aku tekan dan tutup kemas-kemas.

Tengoklah kek aku, semampatnya dah rupa dodol pulak. Tak kisahlah janji puan ibu kata sedap, Selalulah dia memuji macam tu. Dulu dia pernah mintak resepi tapi sampai sekarang tak tertunai lagi. Aku pernah bagi sebenarnya tapi dia nak resepi pakej tunjuk ajar depan matanya. itu yang buat aku gugup kepala lutut.
Sampai sana tengahari. Sebaik bertemu muka, kami bersalaman dan bermaafan, walaupun dah syawal ke berapa dah.

Lepas tu, apa lagi makanlah. Tak ada lah juadah sedap iaitu lontong dan kuah lodeh yang biasa disediakan puan ibu di hari raya.

Sebelum ke Ipoh, adik ipar memesan bakso yang dikatakan sedap sangat macam bakso Amat di Medan. Hari Ahad, bakso kakak jawa yang sedap itu tutup. Jadi kami belikan laksa kuale saja. Makanya, itulah juadah kami tengahari itu. - laksa yang dibawa dari KK dan nasi lemak. Pagi tu, puan ibu masak nasi lemak banyaaak sangat. Tengahari dia tak masak dah sebab nak pergi open house. Buatlah ulangan nasi lemak di waktu makan tengahari pula. Macam kita ulang juadah raya sampai ke malam kekdahnya. 

Mereka makan laksa, sementara aku makan nasi lemak yang dimasak puan ibu. Kepedasan sambalnya sampai berasap telinga ye kalau sapa yang tak tahan tu.


Anak-anak gembiralah dapat berjumpa atok dan opah. Terutama Yusuf dah boleh beradaptasi dan tak melalak lagi. Lagipun dia ada sepupu yang lebih kurang sebaya umurnya. Lima bulan muda dari Yusuf. Berkawan baiklah mereka. Kalau opah menyanyi, mereka berduet joget dan menari. Bertepuk tangan dan macam-macam aktiviti opah/atok dengan cucu-cucu kecil ni.

Selesai makan, berboraklah kami anak beranak dan adik beradik macam lama benar tak berjumpa. Ye lah kali terakhir jumpa pun awal berpuasa dulu. Papa lah [suami] yang banyak berborak dengan adik-adiknya, dengan papanya dan dengan ibunya.

Aku banyak diam aje daripada bercakap. Bila ditanya baru bercerita. Kalau tidak, tak payahlah cakap apa-apa. Macam tu pulak fesyen menantu yang seorang ni, kalau nak tahu.


Dah tak ada apa nak dibualkan, aku melepak dengan anak-anak di laman rumah. Kata puan ibu, pergilah bawak Yusuf tengok burung bencong enggak bisa terbang di muka sana. Tu, burung merpati di belakang tu. Main-main je lah Yusuf dengan burung tu.

Oh! ya bencong tu pondan ye kawan-kawan. Nanti ada pulak yang bertanya, 'bencong' tu apa?.  Maklumlah perkataan Indon.

Puan ibu gelar merpati tu pondan sebab tak tahu terbang.  Biasa burungkan boleh terbang. Ini tidak, terkedek-kedek aje dia berjalan.


Cubaan nak menangkap burung. Sampai ke sudah tak terpegang-pegang dek Amir kerana takut sangat. Mama dia juga yang berani tangkap. Alah, setakat burung tak boleh terbang tu, apalah sangatkan.

Petang tu, mereka anak beranak satu rumah ke asrama sekolah melawat adik ipar yang tak boleh balik bercuti hujung minggu. Papa dengan Amir pulak ke padang ada game bola.

Tinggallah aku dengan Yusuf dengan menantu yang sorang lagi di rumah buat kerja. 

Itu nanti kita sambung esok ye.





Wednesday, July 27, 2016

Raya Di Sekolah 2016

Assalamualaikum

Tak habis-habis lagi kisah raya. Ada sikit saki baki cerita anak-anak ini. Jadi mamanya masuklah blog untuk tatapan mereka di kemudian hari.

Jumaat lepas, masa rehat tengahari gigih mama empat anak ni pergi ke kedai dua ringgit. Nak mencari bekas makan dan minuman untuk Amirah, Daniel. Hari Sabtu keesokkannya, ada jamuan hari raya di sekolah. Cikgu pesan minta anak murid bawa sendiri bekas makan dan minum masing-masing. Pihak sekolah tak sediakan sebab tetamu ramai. Seluruh cikgu dari daerah KK dijemput hadir termasuk satu bas rombongan dari Thailand pun ada. Yang ini tak usah ditanya sebab aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana boleh terjemput.

Mangkuk dan cawan plastik
Dulu semasa Amir di sekolah rendah, pernah aku bekalkan benda-benda macam ni untuk majlis hari raya juga. - 3 set mangkuk, cawan, sudu dan garfu. Tapi dek kerana mereka ni cuai, entah ke manalah mereka campakkan. Bila dicari tak jumpa dah.

Sekarang lagi sekali kena membeli sebab di rumah tak ada yang sesuai untuk dibawa ke sekolah. Mamanya bukan boleh. Kalau boleh semuanya nak difikirkan. Kalau kaca nanti pecah, kalau ini nanti begini, kalau itu nanti begitu. Padahal benda kecik jer, anak nak pergi beraya. Alahai, mamanya pun!

Setelah ditilik dan diperhati semasak-masaknya, aku ambil mangkuk saiz besar, supaya senang nak makan makanan berkuah. Yang tak berkuah pun boleh jugak menggunakan mangkuk. Kalau bawa pinggan, nanti tak boleh makan makanan berkuah. Haa, sampai macam tu sekali fikiran mak-mak ni, nak memudahkan anak-anak menjamu selera.

Cawan ambil yang besar jugak, nanti senang sekali ambil air tak perlu ulang banyak kali untuk menambah. Cawan juga perlu berpemegangnya supaya tak terlepas dari genggaman kalau berhimpit-himpit dengan kawan nanti.

Cuma sudu garfu tu ajer yang dipilih Amirah. Semestinya warna pink. Aku ikutkan saja..Dulu bawa sudu garfu steel, hilang, bawalah yang plastik ajer.

Bekalan - tiba hari kejadiannya, bawalah mereka peralatan sendiri seperti yang dipesan oleh cikgu. Satu botol air masak juga aku bekalkan. Habis airnya, boleh campak saja ke tong sampah. Tak usah dibawa balik.

Di lobi - Jumaat malam tu, papa memanggil kami tidur di tempat kerjanya. Jadi hari Sabtu, begerak ke sekolah dari sini saja.
Amirah dengan Daniel. Kalau sudah kata baju raya, selagi ada majlis berkaitan raya, selagi itu baju tu akan diulang pakai. Tak kisahlah 100 kali pun. Tak mahu dah baju yang lain. Alah membeli, menang memakai. Pakailah sampai Ramadhan tahun depan ye, anak-anak.

Di perkarangan sekolah - Amirah dengan bffnya.

Macam tu lah hati emak-emak ni. Macam-macam yang dirisaukan tentang anak-anak. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Kalau boleh, biarlah anak-anak senang dan mudah dalam setiap segi. Tak mahu mereka mengharungi kesusahan dalam hidup.

Cuma harapannya, kenanganlah jasa mama papa yang membesarkan kamu semua. Kami tahu suatu hari nanti kamu semua akan tinggalkan kami untuk membina hidup dan keluarga masing-masing. Tinggallah mama dan papa yang semakin hari semakin tua dimakan usia.







Tuesday, July 26, 2016

Murtabak Nasi Untuk Yusuf

Assalamualaikum

Semalam kisah kundas. Hari ni, kisah murtabak nasi pula.

Alkisahnya, makanan Yusuf aku selalu masak sup atau menu berkuah untuk dia. Hari-hari sup pun jemu jugakkan. Satu hari, aku buatkan sup ayam campur carrot dan nasi. Bila agak-agak dah kering supnya, dan nasi lembik sedikit, tutuplah api.

Kemudian, pecahkan sebijik telur, kocok-kocokkan, letak sedikit garam dan lada hitam serbuk. Gaul dengan nasi lembik tu.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak, gorenglah adunan tadi. Buat macam murtabak.

Bila disuapkan ke Yusuf, berselera dia makan malam tu. Malam, tak malam sangatlah, sebelum maghrib dah disuapkan makan. Tapi separuh ajer yang dihabiskan. Separuh lagi dikerjakan Amir dengan Daniel.

Kalau makanan Yusuf tu, selalu di 'uwek-uwek' kan oleh abangnya. Kali ni, sedap pulak kata mereka. Ye lah, pertama kali makan memanglah sedapkan? Cuba, kalau hari-hari......uwek jugak agaknya.

Bila dengar sedap, mama yang sedang berpuasa ni pun teringin nak merasa.

Simpan sikit untuk mama, mama nak rasa juga bukak puasa nanti.



Murtabak nasi  - dah suap sikit baru teringat nak ambil gambar.
Tepi-tepi tu terlebih garing, tapi itu yang buat mereka suka, ada krup krap.


Kalau tanya aku, apa rasanya, sedaplah jugak. Boleh tambah menu baru untuk anak-anak.

Daripada murtabak maggi, lebih baik gantikan nasik ajer. Sekali ngap masuk mulut,  ada nasi, ada telur, ada ayam, sayur pun ada - lebih kenyang untuk perut Yusuf, kaaaaann.





Monday, July 25, 2016

Jom Kenal Dengan KUNDAS

Assalamualaikum

Kalau hari berpuasa, nafsu makan tu elok-elok ajer kan. Bila kena hari tak berpuasa, mula lah bermaharaja lela di kepala nak makan itu dan ini. Entah kenapa mengidam nak makan roti canai membuak-buak di benak fikiran. Nak mengelupur pulak rasanya kalau tak dapat roti canai. Boleh pulak begitu kan?? Haaa....aku tak mengandung ye. Tak ada lagi proses persenyawaan di rahim aku.

Lalu, mama beranak empat ni pergilah keluar mencari roti canai di pagi Ahad yang tak puasa baru-baru ni. Pesanan aku buat di luar restoran saja sebab anak-anak di dalam kereta. Tak boleh bawa keluar nanti huru-hara jadinya. Tunggu ajer lah mamak membungkus di situ. Tapi bila nak membayar kena di kaunter.

Jadi, aku pun masuk terus menuju ke kaunter. Masa lalu di situ, aku terpandang kundas. Eh! lama dah tak makan kundas. nafsu lagi. Naklah satu. Maka, aku pun.....

'Tu, kundas satu ye, bungkus'

Bawak balik rumah, anak-anak makan roti canai saja lah. Kundas tu, aku yang teringin maka tugas aku lah yang makan. Tapi kan, sebab dah kenyang bebeno membalun dua keping roti canai, rasa tak larat pulak nak menghabiskan kundas yang seketul tu. Terbiar ajer lah dia terkontang-kanting atas meja. Masuk tengahari baru aku perabihkan. Mujur juga satu ajer aku beli. 

Korang tak pernah dengar kundas?
Kalau tak pernah dengar,
Makan apatah lagi kan,
mesti tak pernah jugak.
Ini haaaa,
aku nak tayang sikit rupa paras kundas
yang disebut-sebut tu.

\/
\/
\/


Amacam, pernah tengok ke? Aku rasa yang mak pernah cerita pasal Jambul Kunto tu, adik beradik kundas ni jugak lah.

Bentuk dia macam cucur tapi besar. Dalamnya macam cakoi tapi berat. Makan cicah dengan kuah kacang ceroi manis. Kalau tanya resepi macam mana nak membuatnya, memang aku tak tahu lah ye. Kat kedai-kedai mamak ajer yang glamour kundas ni.


Sapa pernah makan kundas, cuba angkat tangan sikit.

Saturday, July 23, 2016

Family Outing - Pergi Zoo 2

Assalamualaikum

Ok,  kita sambung lagi kisah pergi zoo. Sebenarnya, dah habis dah ceritanya. Entry ni nak tayang gambar jer yang banyaknya. Ye lah kan, kalau pergi zoo tu wajiblah ada haiwan-haiwan yang ditonton. Asyik gambar muka orang jer, apo ko makno nyo eh! 

Amirah dengan buaya jejulung. Dia takut sebenarnya, tapi mamanya paksa....tunjuk muka, tunjuk muka, tunduk lagi, tunduk lagi. 

Mula-mula dari pintu masuk kami tengok haiwan-haiwan kecil, macam memorset berkaki putih, memorset bertelinga merah. (monyet terkecil di dunia). Gambar takde lah sebab halus bebeno. 

Lepas tu,  banyaklah burung dan haiwan yang meroloh disiang hari seperti musang dan burung hantu. Dia orang ni hanya akan terkinja-kinja untuk Night Safari saja lah ye. 

Aku dan Yusuf dengan keluarga Jilapahs zirafah

Nak ambil gambar Yusuf seorang, susah betul. Kenalah mamanya posing sekali. Tudung aku tu tak usahlah ditenung lama-lama. Memang dah senget benget ditarik Yusuf. Mamanya tak sedar masa bila pin dah hilang sebelah. Bertabah ajerlah bila ada anak kecik gedik nak bershawl lilit juga.

Zoo terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada Safari Afrika, Australia Fauna, dan Amazon. Binatang-binatang akan berkumpul ikut kategori itu lah ye.

Kalau yang tak termasuk dalam itu kumpulan, mereka duduk lah di tengah alam antara kumpulan2 tu. - Ini ayat aku sendiri je tau berdasarkan pengamatan sendiri.

Mereka menonton seladang yang tengah sedap menjamu selera.

Amir dengan singa yang sedang beradu. Ini pun kena paksa juga. 

Satu jer aku terlepas nak ambil gambar harimau belang. Masa tu mereka sedang berendam dalam air. Kemudian berenang, dan berjalan keluar ke daratan. Harimau, haiwan yang mula-mula sekali Yusuf pandai sebut dan kenal. 
Ai-ge auumm,  ai-ge auumm.... tapi lupa nak ketik gambar. Sayang..... 

Beginilah gaya jurugambar amatur ye. Gigih mama mencangkung nak ambil gambar ungka ni. Asyik melompat-lompat ajer kerjanya. Kemudian tawaf satu kawasan tu. Kesian dia duduk kat situ sekor-sekor takde geng.

Dengan burung unta. Yang pasti dia bukan ostrich yang glamour tu. 

Gajah - tempat paling akhir sebelum keluar.


Sebelum keluar tu selfie dulu dengan gajah sebagai kenangan. Masing-masing mood tengah baik tu, kita layankan ajer. Tak kisahlah dalam zoo pun tak apa. Hihi.. 

Itu saja gambar yang sempat dirakam. Yang selebihnya dirakam dalam ingatan saja lah. Bukan senang oii nak pegang hp sambil mengawal budak-budak. Nanti anak entah ke mana, hp hancur berderai.

Selesai. Itu saja kisahnya rombongan cik kiah ke zoo. Makpaknya penat tak terucap. Janji anak-anak happy cukuplah. Balik tu, aku berdenyut-denyut sakit kepala. 

Maklumlah, anak-anak je kecik lagi tapi emak bapaknya bukan muda belia sangat dah. 




Thursday, July 21, 2016

Family Outing - Pergi Zoo 1

Assalamualaikum

Habis dah kisah raya. Hari ni cerita rombongan sekolah ke zoo ye. Boleh kata tiap-tiap kali ada anak kecik, mesti kami mamapapa akan bawak mereka ni ke zoo. Bukannya apa, saja bagi mereka pendedahan tengok sendiri 'the real animals', depan mata kononnya.

Dah banyak kali papa berjanji nak bawak Yusuf pergi zoo. Dan banyak kali jugak budak-budak ni tertunggu bilalah papa nak pergi. Asyik kerja je, kan. Cuti sekolah sebelum puasa itu pun, kami nak pergi tapi tak jadi.

Nak pergi Sabtu tak boleh pulak sebab Amirah ada kursus UPKK dari pagi sampai petang. Tunda lagi. Hari Ahad lepas barulah terlaksana. Rencananya nak pergi awal, tapi dah singgah rumah adik dulu beraya, jadi lambat lah sikit geraknya. Takpelah kan, daripada batal terus.

Dalam kereta bergambar. Alamak! Yusuf belum sedia, lagi sekali...lagi sekali

Ok, semua, senyuuuum.....1, 2, 3...klik!

Dalam perjalanan tu, aku tunjukkan Yusuf haiwan-haiwan liar dalam tab. Ada bunyi-bunyi lagi. Biar dia hadam, mana tiger, mana elephant, mana giraffe. Selalu-selalu nya pun macam tu juga. Lepas pergi zoo ni je dah jarang bagi dia pegang tablet.. 

Sebaik sampai, wajiblah kami bergambar kenangan dulu di depan ni. Dah duduk di Perak, kami ke Zoo Taiping saja lah. 45 minit perjalanan dari KK. Tak akan lah nak ke Zoo Negara pulak macam yang dimintak oleh Amir. Boleh tengok panda, katanya. Nanti-nantilah kalau ada rezeki terpelanting ke sana, bolehlah berkenalan dengan panda.

Sementara itu, papa pergilah beratur membeli tiket masuk.

Ingatkan lepas raya takde ramai orang. Salah rupanya ramalan kami. Masa kami sampai tu, berduyun-duyun orang. Parkir kereta penuh, berpusing jugaklah papa mencari tempat letak kereta. Bayaran parkir RM3 ye, kalau ada sapa-sapa yang sudi ke sini.


Papa belum dapat tiket lagi. Orang beratur nak beli tiket pun dah macam beli tiket wayang. Kita gambar kat sini dulu lah ye. Ada juga replika lain, tapi bila kami terkejar-kejar nak ambil gambar, tengok orang dah posing dulu. Buaya ni pun, jenuh tunggu turn tau! Laku betul haiwan-haiwan batu kat sini.

Tiket masuk dewasa RM17.00 dan kanak-kanak bawah 12 RM8.50. Harga dah termasuk GST ye. Umur baya Yusuf tak kena caj. Aku tak pastilah dari umur berapa yang kena bayar. Lupa pulak nak siasat kat papa.

Dah boleh masuk tu, berjalan kaki lah kami anak-beranak. Ada juga disediakan perkhidmatan tram. Percuma aje tapi kami selesa bawak anak-anak ni berjalan. Mereka pun santai aje nak berjalan. Boleh tengok haiwan dari jarak dekat, lama-lama....hadam betul-betul rupa paras dia, dan semestinya kena sedut serba sedikit baunya tu haha.

Kalau letih, ada kerusi, ada pondok....boleh lah duduk melabuhkan punggung, melepaskan penat lelah berjalan tu. Tapi memang penat oii berjalan. Tambah-tambah kena dukung Yusuf tu yang dah berat sama macam seguni beras. nak patah tangan dibuatnya.

Lagi satu, air minum jangan lupa bawak untuk membasahkan tekak. Berdasarkan pengalaman kami yang dah bawak empat anak ni, kalau bawak air ke, makanan ke, janganlah sesekali dok tayang-tayang di tangan tu ye. Nanti ada lah kera-kera datang mendekat buat rampasan kuasa. Waktu tu, korang kena redho jer lah makanan/minuman korang kena campak pada mereka.

Masa ni pun, depan mata kami tengok satu chinese family kena campak potato chips mereka pada monyet sebab takut diekori. Haa, kan aku dah kata.

Itu sebab, kami bawa sling bag untuk isi mineral water. Bawak lah botol yang kecik kalau taknak berat. Kes kami, aku bawak satu, papa bawak satu.

Jalan-jalan, berhenti, duduk, jalan-jalan, berhenti, duduk, minum, bergambar. Itu ajer lah kerja yang boleh dibuat dalam zoo ni. Nak buat apa lagi kan. Berkelah dah tentu tak boleh.

Jadi, layankan ajer gambar-gambar kami kat bawah ni. Dua keping ajer pun. hehe.

Tetiba papa ajak selfie, jom ajelah kita.

Kami berjalan kaki betul-betul dua jam. Basah ketiak, berpeluh sampai lenjun depan belakang baju. 

Tapi ok jugak, bolehlah membakar lemak tepu yang dah lama bertapa dalam badan ni. Nak-nak pulak baru lepas membalun beraneka juadah di hari raya ni kan.

Pergi zoo tapi gambar seekor binatang pun tak keluar, ada ka patut.

Oh! itu kita tunggu part 2 muncul ye.


*****

Kenangan pergi Zoo Taiping, tahun 2009.  Bawak Daniel masa dia tengah baya-baya Yusuf sekarang ni. 

Ulo melingko ateh bahu - Mama, Amir, Daniel. Kami jer yang berani.

'Kita dengan Papa penecut' (baca:pengecut)... kata Mira yang berusia 3 tahun ++ ketika itu.







Tuesday, July 19, 2016

Makan-Makan Raya 2016

Assalamualaikum

Habis seminggu cuti sekolah dan kerja. Bila dah mula sekolah/kerja, akan ada pula rumah terbuka di sana sini. Hari Jumaat lepas, Mira dan Daniel ada sambutan hari raya di sekolah KAFA.

Bergambar dulu sebelum masuk pintu pagar sekolah.

Daniel ulang baju melayu raya, Mira, merahnya mak ngah.
Sebelah petang, habis waktu kerja, aku ambil Yusuf dan Amir di rumah emak, ambil Mira dan Daniel di sekolah, ambil papa di hotel dan kami sekeluarga terus ke rumah adik no.3.

Dia menjemput semua adik beradik makan-makan di rumahnya. Tak sempat nak makan besar bersama keluarga semasa hari raya, katanya. Sebab, pagi raya pertama lepas berjumpa dan bersalaman terus bergerak ke Temerloh, kampung halaman isteri tercinta.

Sebahagian dari keluarga aku. Masa ni semua tetamu sudah balik. Yang berpuasa pun ada. Maka iftar ajer di sini.
Buat makan-makan lebih kepada nak seronok beramai-ramai. Bukanlah buat open house grand-grand gitu. jemput adik beradik, emak bapak dan jiran tetangga terdekat saja. Adik aku ni, walaupun berniaga tapi hidupnya sederhana. Takde lah nak bersopa-sopa bagai. Duduk atas lantai je ye, luar dan dalam pun sama saja.

Anak kecik-kecik lagi, emak ayah nya malas nak pening kepala mereka panjat, lompat dan jatuh. Kalau lapang gitu kan ke senang anak-anak nak berlari. hehe

Oh! ye, menunya laksa dan mee goreng panas-panas. Tiga kali adik aku dok menggoreng, menggoreng dan menggoreng. Yang lain-lain macam biasalah - kuih raya, kek, desert, buah dan jajan untuk anak-anak.

Amirah dengan anak-anak adik. Dua yang di depan tu anak tuan rumah termasuk yang dikendong Mira.
Sorang lagi dipanggil taknak datang-datang.
Oleh kerana kami datang awal, kami dah kenyang dulu. Sementara yang lain sampai berperingkat-peringkat tu sedang makan, kami layan anak-anak di laman rumah.



Kami satu keluarga - Yusuf dah 1 tahun 4 bulan baru ada gambar berenam.
Beberapa tahun sekali jer boleh keluar gambar macam ni. Ini pun jenuh terpekik-pekik panggil Daniel yang tengah nonton tv. Daniel bermasam muka, Amir terpejam mata, Yusuf menggelungsur taknak dipegang, muka mamanya pun tak ready sangat......

Kira jadi lah tu, ye mak [hainomokje]. Sekali dua snap, habis tempiaran lari. Tak kose dah mamanya pun! Mujur juga papa nak bagi kerjasama.

 - suami isteri dengan putera kecik bongsu -

Hari Ahad lepas baru-baru ni, ada makan-makan di rumah adik no.2. Takde ambik gambar satu pun sebab tergesa-gesa nak ke program lain lepas tu. Nak cerita ni jer....menunya totap sama ye - LAKSA. Yang lain, pulut kuning rendang ayam dan bihun goreng.


#keluarga aku memang tak lepas dari LAKSA sejak berkurun dan berabad lamanya.


Monday, July 18, 2016

Raya Ketiga 2016

Assalamualaikum

Cerita raya belum habis lagi.

Raya kedua pun kami tak pergi mana-mana. Sebelah petang dari rumah emak, aku terus ke tempat kerja papa dan bermalam di sana. Raya ketiga baru berjalan menziarah sanak saudara.

Kalau raya pertama dan kedua itu, aku bertemu dengan saudara sebelah emak. Raya ketiga ini giliran beraya dengan saudara sebelah bapak pula.

Dari tempat kerja papa, kami bersiap-siap untuk ke majlis tahlil opah saudara aku. Majlis tahlil sempena sebulan pemergian atok saudara yang meninggal dunia beberapa hari sebelum ramadhan baru-baru ini. Jadinya, semua sanak-saudara sebelah bapak akan berkumpul di sini untuk bertemu di hari raya.

Majlis bermula selepas solat Jumaat, dengan bacaan Yasin dan tahlil. Kemudian ada jamuan makan tengahari. Aku dan anak-anak sampai agak lewat. Dekat pukul tiga baru sampai. Maklumlah anak kecil. Ada anak dara lagi. Bersiap mengalahkan pengantin. Yusuf pukul satu tidur pulak dia. Jadi agak-agak dah tidur satu jam lebih, aku angkat saja ke kereta. Takde lah dia mengamuk tak puas tidur.

Masa kami sampai, orang mula beratur nak mencedok nasi. Aku pun apa lagi, terus masuk barisan, sama-sama mencedok nasik. Tuan rumah pun belum berjumpa nak bersalaman. Haish, teruk betul cucu yang satu ni!

Antara sepupu yang hadir bersama anak-anak mereka termasuk anak sendiri, adik-adik dan emak.
Lepas makan, baru berjumpa dengan saudara-mara dan tuan rumah. Ini antara sepupu-sepupu aku. Lebih kurang yang baya-baya aku lah. Memang inilah geng sepermainan masa kecik-kecik dulu.


Sepupu - Mira, Daniel, Yusuf, Aina, Qaseh, Ammar. Di rumah kenduri.
Yang ini, anak-anak aku dengan sepupu mereka. Amirah, boleh pulak tertinggal baju kurung di rumah emak malam tu. Dia pakai baju kurung aku. Memang aku bawak spare baju kurung, jadi boleh lah dia pakai. Anak dengan mama dah satu saiz. Kasut, baju, dah boleh muat ke badan dia.

* * * * * *

Petang pula, kami ke rumah pakcik aku. Aku panggil Ayah We [satu-satunya abang bapak]. Dia tinggal sorang sejak kematian isteri. Anak-anak dua saja, tinggal jauh dan jarang balik kerana susah dapat cuti - tentera dan pegawai penjara.

Oleh kerana dia tak datang masa majlis tahlil tu, kami ke rumah dia. Kalau tak menjenguk, keseorangan lah dia kerana sudah menjadi oku selepas kemalangan jalanraya. Kalau ada yang membawanya ke mana-mana, berjalan lah dia. Kalau tidak, duduk lah saja dia di rumah.

Di laman rumah Ayah We. Beriya-iya aku nak ambil gambar anak-anak dengan kambing. Kejar punya kejar, ini jer yang berjaya diambil.
Sebelum sampai ke rumahnya, akan melalui rumah besan bapak [mertua adik lelaki no.7]. Jadi, singgah lah dulu di rumahnya untuk beraya.

Sepupu - Daniel, Qaseh, Danish. Naik buaian di rumah besan bapak.
Yusuf - Naik lembu pink di rumah besan bapak juga.
Malamnya kami tidur di 'istana hinggap' lagi sebelum balik ke rumah sendiri keesokkan harinya.

Begitulah, kisah hari raya kami yang serba sederhana.




Friday, July 15, 2016

Raya Pertama 2016 - Sebelah Malam

Assalamualaikum

Petang raya pertama, agak-agak tetamu dah tak ada yang ziarah, bapak aku semangat nak buat lemang. Sepatutnya, lemang di bakar di malam raya tetapi sudah ada pulak lemang yang dibeli siap oleh adik aku, jadinya tak jadilah membakar lemang sebelum raya.

Bahan-bahan itu kita simpan dulu.


Lepas Asar, baru kerja bermula. Atok buat kerja sambil ditonton oleh cucu-cucu. Mereka ni tak pernah tengok orang buat lemang. Kalau anak-anak tu, tengok jeling-jeling sebelah mata ajer sebab sudah biasa. Pulut sudah direndam dengan santan menunggu untuk dimasukkan ke buluh. Begitu juga, kayu pun sudah disiapkan, tinggal untuk dibakar saja.


Lepas Maghrib, acara membakar lemang bermula. Bapak aku dengan adik ipar. Adik ipar aku ni dari pagi hingga ke malam tak lepas dengan berbaju melayunya. Semangat sungguh berhari raya!

Bapak buat 3kg pulut, dapatlah dalam lapan batang lemang. - untuk besan bapak di KL, untuk emak saudara bapak yang nak buat kenduri tahlil esoknya dan selebihnya makan sendiri dan untuk tetamu yang bertandang.


Selain itu, kami ada buat ketupat palas juga - 1kg pulut. Kebetulan adik ipar aku orang Perlis [bukan yang atas tu] sangat pakar dalam menganyam ketupat palas ni. Dia duduk diaaaammm ajer, sorang-sorang menganyam.

Aku nak juga belajar mneggulung tu tapi segan. Maklumlah adik ipar ni lelaki dan tua dari aku pulak tu. Belum sampai setahun lagi berpangkat adik ipar tu yang jadi malu-malu kucing tak bertempat aku jadinya.

Sementara yang kecik-kecik ini main bunga api. Apa lagi nak dibuat kalau dah sampai waktu malam. Stok berbondong-bondong dibawak oleh adik aku yang duduk di KL. Meriahlah mereka dengan sepupu.

Bila lagi nak merasa kan. Hanya setahun sekali jer boleh jumpa bunga api dan mercun. [mercun pop-pop ajer dibenarkan].



Akhir sekali, bagi mereka tengok bunga api tembak-tembak ke langit tu. Anak-anak aku gembiralah suka dan menjerit-jerit. Maklumlah duduk kampung ajer, jarang tengok bunga api macam kat KLCC tu di depan mata.

Itu ajer kisah kami di raya pertama. 



Diam tak diam dah 10 Syawal hari ini kan. Bermakna #khairulanwar dah lima belas tahun. Aku dan papa bernikah pada 7 Syawal, 15 tahun yang lalu. Happy Anniversarry untuk diri sendiri.



Thursday, July 14, 2016

Raya Pertama 2016

Assalamualaikum

Kisah raya aku tahun ni biasa-biasa aje. Sama ajer macam tahun-tahun dulu. Tapi kalau dulu Yusuf masih kecik, susahlah sikit pergerakan aku, asyik mengendong saja. Tahun ini, dia dah besar, pergerakan nak berjalan tu senanglah sikit. Dia pun sekarang sudah lincah berjalan dan mengajuk cakap orang, yang menjadi 'kegeraman' semua.

Tapi dalam kata sudah senang nak berjalan tu, mamanya tak beraya ke mana pun. Duduk di rumah saja, menunggu tetamu datang. Di rumah emak lah ye, bukan di rumah sendiri. Rumah sendiri, aku menjalankan dasar tutup pintu sebab tuan besar rumah tak ada. Rasa macam susah pulak nak handle sorang-sorang kalau tak ada papa.

Di rumah emak, pagi-pagi lagi aku anak-beranak sudah sampai membawa nasi lemak untuk sarapan pagi. Jadi sapa yang ada tu, menjamu selera dulu sebelum ke masjid untuk solat hari raya.

Sementara mereka solat raya, aku dengan adik mengatur hidangan di meja makan untuk tetamu. Kebiasaan setiap tahun, emak akan masak laksa. Semestinya lah Laksa Kuale yang diperbuat daripada tepung gandum.

Menu lain, nasi impit dengan kuah kacang. Lemang dengan rendang ayam. Lemang dan kuah kacang tu adik aku taukeh ayam yang sponsor. Gambar menu satu pun lupa nak ambik kerana sibuk sangat rasanya. Apa yang sibuk pun entahlah.

Lepas semuanya ada di rumah, baru bersalam-salaman, bermaafan. dan makan-makan sebelum tetamu datang. Rumah emak ni sebelah dengan rumah opah aku. Sudah pasti adik beradik emak yang balik kampung ke rumah opah, akan ke rumah kakak mereka [emak aku] dulu sebelum mereka memulakan perjalanan ke tempat lain. Setiap tahun pun begitu.

Gambar raya? Memang takde lah ye.......

Mata semua sepet sebab silau cahaya matahari baru nak naik.

Jangankan baju sedondon, gambar sekeluarga di pagi raya pun memang berabad tak pernah ambik. Ini pun syukur juga ada walaupun tak cukup corum.

Bila pandangan silau, tukar posisi membelakangkan matahari.

Latar belakang rumah emak.
Masa ni Amir baru balik solat, kena cepat-cepat tangkap dia untuk bergambar. Kalau lambat jangan harap dapat posing-posing. Tapi tetap tak cukup ahli lah kan.
Yang ini lagi susah nak ajak bergambar.
Kalau diajak berjalan, suka lah dia.
Rumah putih tu, rumah opah aku. Sebelahnya rumah makcik aku, adik emak. Kami duduk dekat-dekat. Bila beraya, semua adik beradik emak yang ada akan beraya di rumah emak dulu, kemudian ke rumah adik emak tu. Akhir sekali kami sekeluarga pula ke rumah opah.

Tahun ini langsung aku tak berjumpa dengan keluarga mertua. Mereka balik kampung ibu mertua aku di Medan. Sebelum mereka berangkat ke sana, mula-mula papa cadangnya nak balik sekejap ke Ipoh. Dek kerana sibuk memanjang langsung tergendala semua program. Bila anaknya bizi, menantu pun buat-buat bizi juga lah. Hanya ucap selamat dari kejauhan saja.

Nah! belanja sikit gambar mereka beraya di Medan, Indonesia.

Di airport, sebelum berangkat. Mereka berlima saja. 3 anak mengikut balik, 3 anak lagi di Malaysia.
Mertua aku yang berbaju sedondon tu.
Solat Aidilfitri, di Kg Binjei, Medan. mak mertua aku, nenek, emak saudara dan sepupu2 papa.
Nampak tak motorsikal banyak2 di belakang tu? Selalunya, kaum muslimat akan solat di luar masjid kerana ruang terhad. Masing-masing akan bawak tikar sendiri dari rumah.
Aku ada sekali beraya di sana. Sangat meriah tapi hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri kan?

Sekian, itu saja cerita raya pertama aku. Tak de ke mana-mana pun, hanya di rumah emak sampai ke malam. Watak papa memang tak de sebab dia kena kerja.