Hari ini dah 1 Ogos, 27 Syawal. Janji nak update sambungan cerita kelmarin tinggal janji ajelah dek kerana kesibukan kerja di penghujung bulan.
Nak ke blog kawan-kawan pun tak sempat lagi. Nanti hilang sibuknya akan saya terjah mana-mana episod yang terlepas ye.
Ok pembaca semua, kita selak helaian kedua, sambungan kisah beraya di rumah mertua.
Sebelum puan ibu nak ke asrama adik ipar, dia bertanya pada aku sama ada nak ikut atau tidak. Jawapan aku memang tidaklah. Malas benar aku baru sampai nak keluar semula. Menantu yang seorang lagi pun tak ikut juga kerana anak bongsunya yang usia 3 tahun tidur. Maka kami berempat sajalah di rumah termasuk Yusuf.
Oleh kerana tidak pergi, puan ibu meninggalkan pesan,
Rul, ayam ni kau gaul garam kunyit, nanti kau goreng, bawang-bawang ni kau kupas, cabe ni kau iris-iris...Kau buat itu aja, nanti pulang ibu yang masak.
Patuh aje lah, sapa yang suruh tak mahu ikut kan. Selesai solat asar baru bermula segala kerja, menggoreng ayam sambil itu mengupas kulit bawang yang sebakul banyaknya. Menangis aku mengelap airmata kerana sedih pedih tak tertanggung lagi. Bukan sikit, bawang putih aje lima labu, bawang merah apatah lagi termasuk bawang besar dua biji.
Sambil membuat kerja Yusuf melalak pulak menarik kaki mamanya, mengajak keluar dari dapur. Kerja belum beres lagi ditambah pula kerunsingan yang ini. Nak buat macam mana, bila sudah menyanggup tugas yang diberi kenalah buat tanpa merungut rangat. Cuma aku berbulu ketika aku menyingsing lengan baju buat kerja, ada yang boleh tidur berjemaah dengan anak. Geram sesangat rasanya. Akhir sekali, aku menghiris cili padi sambil mendukung Yusuf. Berjaya juga siap sebelum ibu balik.
Bila ibu dan rombongan ke asrama tadi balik, geng marhaban ibu telefon nak datang bertandang. Sudah dilarang kerana rumah dah penuh dengan anak cucu, tapi mereka ini mahu datang juga. Jadinya kami anak menantu, yang menolong memasak di dapur kenalah juga menyediakan air minuman dan kuih raya untuk geng ibu tadi.
Sudah rupa hari raya pertama pulak orang datang bertandang sibuknya dek kerana ibu pun baru-baru ini saja ada di rumah.
Sudah rupa hari raya pertama pulak orang datang bertandang sibuknya dek kerana ibu pun baru-baru ini saja ada di rumah.
Lepas itu, bila geng ibu balik, suami aku pulak balik dari main bola bawa bersama dua orang kawannya. Ketika itu, dia minta isterinya ini sediakan teh o panas. Memang tak dapat dilayanlah. Macam mana nak jerang air kalau kedua-dua tungku dapur digunakan ibu untuk memasak. Pada masa yang sama ibu mintak aku kopekkan petai. Terpaksalah aku dahulukan ibu daripada suami. Tak ada kuasalah aku nak buat apa pun, sebab itu dapur ibu yang punya! Jamu air masak saja lah pada kawan suami.
Selesai maghrib, papa mertua balik dari masjid. Kebiasaannya, dia akan balik selepas isyak. Kenalah dia balik awal ke rumah untuk makan berjemaah bersama ahli keluarga.
Bila makan kaum lelaki yang mendahului mengadap hidangan. Aku ni tenunglah aje mereka mengelilingi meja makan. Udah ibu pun duduk diam aje takde riak macam nak makan. Bila diajak katanya, kau makanlah Rul, ibu kenyang.
Oh! aku pun apa lagi cepat capai pinggan dan menceduk nasi. Takde lah berlakon sopan santun lagi. Percuma aja aku menyiang bawang sampe berjujuran airmata kalo enggak makan ah. Makanya, wajiblah aku makan tanpa segan silu. Kalau malu-malu kucing, tak makanlah jawabnya.
Anak-anak semuanya sudah diberi makan awal kecuali si teruna a.k.a Amir. Jadi takde lah nak menyebuk bila emak bapak nak menghayati makanan. Masa ini mereka sepupu sepapat main cikgu-cikgu. Offcourse lah, tak lain dan tak bukan cikgu Amirah yang suka melantik dirinya sendiri.
Kawan suami yang dijamu air masak saja tadi pun dijemput makan sekali. Nasi yang dimasak dalam rice cooker dan satu periuk atas dapur gas, semuanya habis hingga ke keraknya.
Berkat betul makan berjemaah ni ye, sampai sebutir nasi pun tak ditinggalkan.
Suami aku nak menambah kali ke berapa entah kenalah dengan nasi lemak pagi tadi. Tambahan pula ada sahabat karibnya iaitu petai. Eh! bukan dia seorang malah semuanya hantu-hantu petai belaka. Itu sebab aku tak boleh tersipu malu kalau makan bersama hantu petai, nanti nasi habis tanpa disedari!
Oh ya! lauk kami malam tu ayam masak kicap, ikan goreng bertatahkan sambal, cili padi dan petai, daging kijang masak entah aku tak tahu. Semuanya licin kami kerjakan. Dan kekenyanganlah kami malam itu.

Sudah habis makan, azan Isyak pun berkumandang. Tiba-tiba Yusuf buat aksi selingan pulak depan orang ramai - solat, angkat takbir, rukuk, sujud. Pandainya kau Soooopp!, kata opah. Mamanya pun, kembang semangkuklah bila anak kena puji. Ehem!
Dipendekkan kisahnya, adik ipar mintak izin balik dulu sebab nak balik jauh masing-masing ke Shah Alam dan KL.
Tak lama lepas tu, kami juga balik berturut-turut dengan adik ipar yang tinggal di Tronoh.
Lepas bersalaman kami pun bergerak balik. Ibu bekalkan kami keropok ubi kayu masing-masing satu paket.
Lega rasanya, bila sudah di dalam kereta. Aku tak sabar nak balik rumah aje. Katil sudah memanggil-manggil.
Keropok ubi kayu dari Medan - Atas: belum goreng. Bawah: selepas digoreng |
Ingatkan aku tamatlah episod kepenatan beraya di rumah mertua. Sampai di persimpangan jalan, kami ditelefon ibu suruh berpatah balik. Mulalah aku suspen, adoi apa lagi ni, ada buat salah ke, lupa salam cium tangan ke, apa kan.
Sampai di pintu pagar, dalam hujan renyai-renyai ibu hulurkan dua beg. Katanya.....
Ini handbag buat kamu.
Dalam ini ada baju, satu punya kamu, satu punya Mira.
Dalam hati - Aduh! gawat nih, ibuk. Ngapain dikasik sama aku??? Jadi bingung ah! tapi tangan capai juga mengambil beg-beg yang dihulur hahaha...
Terima kasih ibu, itu aje yang mampu diucap.
Belum habis kisah beraya dengan mertua ni. Dah penghujung Syawal, kita baru nak beraya, apa boleh buat.
Nanti kita sambung lagi ye.
KB lagi hebat rupanya. Kisah beraya dengan mertua aje dah berapa part ya, kalah saya ^_^
ReplyDeleteYalah, kalau kat rumah mertua memang apa disuruh kena buat. Siapa yang sanggup kata tak nak buatkan. Kang si ibu mertua merintih mengeluh depan anak lelakinya, 'masak'lah kita ni si menantu!
Saya pun awal-awal ibu mertua datang melawat bukan main sopan dan sesuci lebaran gitu perangainya. Bila dah banyak kali melawat, hilang dah semua kesopanan dan ketatasusilaan yang ada tau!
Mana ada hebatnya, biasa-biasa saja. Seronok berkongsi cerita.
DeleteMemanglah ibu saya tu, lantang aje percakapannya. kalau tak suka terus terang saja cakap tak suka. bukan dengan anak lelaki dia saja nanti dia rintihkan tapi dgn jiran tetangga juga akan dapat cerita. risau ooo
Bertuah sungguh dapat menantu macam KB ni tau...dalam kalut dengan anak kecil pun masih mampu dan rajin buat apa yang mertua suruh .Sebab tu mertua sayang kan dapat buah tangan dari ibu.
ReplyDeleteAkak baca cerita KB ni pun dapat bayangkan betapa sibuknya .
kena buat jugaklah kak, dah kita yg diharapkan. nanti mogok pulak dia tak mahu masak.
Deletekalau saya balik ke rumah mertua mesti penat sesangat kak oi.
Kalau kakak pun tak ada rasa malu-malu dah kat rumah keluarga abang dah semuanya macam adik-adik beradik juga. Rugi kalau malu. Dahlah penat memasak tak kan nak kasi org habis licinkan pulak..
ReplyDeleteMIl pun sayang kat anak menantu itu yg dia lupa nak bagi minta patah balik.
Alhamdulillah... rezekilah tu.
Rugikan kalau malu, apa pun tak dapat.
DeleteSebenarnya, sengaja ibu tak beri masa nak balik tu sebab taknak menantu yg sorang lagi tu sentap, dia tak dapat...haha
alhamdulillah mmg rezeki, dah pakai dah pun baju tu.
Faham sesangat jiwa raga tatkala kita tengah sibuk kat dapo pastu ada org tu sedap je duduk ke tido ke, jenguk pon tak..ish ishhh.. boleh tumbuh tanduk dibuatnya..hihiii..
ReplyDeleteEh! SB sampai boleh tumbuh tanduk? hihi
Deletesaya nak jadi hulk dah masa tu, panas di luar, panas di dalam. dengan peluh menjejes lagi.
Itu perkara biasa Rul...eh terpanggil mcm Puan Ibu pulak hihi..Senario biasa yg berlaku di rumah mertua, biras atau ipar tak memberikan kerja sama. Mcm kita pulak sorang sorang yg kena buli gamaknya. Sabau ajerlah weyh.
ReplyDeleteAdoiii ...tine ni jugaklah geng marhaban tu nak datang, nak melayan lagi, kalau mak pun malas tu weyh...
Hihi...bila dah dpt lepas duduk dlm kereta mmg lega rasanya ye KB. Mailah tunjuk beg tu, upah kopek bawang katanya.... nak tengok jugak!
Tu lah kan mak, saya ni anak sulong, kalau di rumah emak boleh le jerkah2 ajer adik2 buat kerja. Kalau dgn biras ni...tak kuasa lah kita.
DeleteGeng marhaban ibu ni memang begitu, terlebih mesra. tak boleh tak datang katanya. Hiii, bikin repot guwe!
Mak oh mak oii, jangan coba-coba pancing saya tunjuk beg tu ye, jadi riak pulak saya nanti. Maklumlah, beg dah ala-ala mak datin gitu haha.
wah rupa nya KB ni kesayangan mertua lah ya
ReplyDeletehappy bangat ni buk!! hehe
biasa lah tu KB di rumah mertua mmg kita kurang selesa
sama jugak dgn kaknoor hehe malas lah nak cerita kannnn
mana ada kesayangan nya kaknoor. yg dia sayang tentulah satu2nya anak perempuan dia tu.
Deletekalau rumah mertua penatkan kaknoor. takleh nak melingko2 sesuka hati. sentiasa kena menjaga hati dan perasaan dia juga.
untung ada menantu cam KB. selamat hari raya sis
ReplyDeletexpe xrugi buat baik ni...
ReplyDelete