Monday, June 19, 2017

Bercuti di Hotel Mewah Pada Harga Terendah di Heritage Hotel Ipoh


Assalamualaikum, hai!

Hari ni aku nak update tentang satu penginapan yang murah di Ipoh, Perak. Murah tak semestinya hotel bajet eh. Ia bertaraf hotel mewah, walaupun anda bayar pada harga rendah.

Hotel apakah itu?
Meh sini aku nak cerita. Teruskan pembacaan ya (^_^)

Ada satu hotel ni, nama dia Haritage Hotel Ipoh. Pernah dengar tak? Sapa-sapa yang tak pernah dengar atau was-was tu, boleh tengok gambar ni. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut.

Hotel ini terletak di Jalan Raja Dihilir. Betul-betul jalan menghala ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Untuk lebih mudah dan tepat, landmark dia,Turf Club.
Heritage Hotel ini berdekatan juga dengan Lapangan Terbang Sultan Sultan Azlan Shah. Lebih kurang 3.5km perjalanan. Hah! jika sesiapa terpelanting ke Perak naik flight, tetiba tak tahu nak menginap di mana bolehlah ke Heritage Hotel ni.

Konsep mewah kontemperori, sangatkan !.Setiap bilik ada keistimewaan tersendiri. Kepada sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke hotel ini pasti terpegun sejenak dengan hiasan di setiap sudutnya.
Terdapat tujuh (7) pilihan bilik dengan harga berbeza. Setiap bilik semestinya lah dilengkapi pendingin hawa. Jika tidak, kepanasan lemah longlai tak bermaya pula korang nanti. Selain itu, bilik mandinya, aduhaiiii ada tub mandi beserta pancuran air. Bolehlah feeling-feeling mandi bak puteri raja sambal kocak-kocak air. Hikhiks…
Seperti kebiasaan - tv, cerek elektrik dan iron tu ada lah yek.

Kemudahan lain yang disediakan :
1) Aktiviti Dalaman

Kolam renang, pusat kesihatan iaitu pusat kecergasan dan sauna, bilik bebas merokok. Lihat! Nak merokok pun ada disediakan bilik khas.

2) Aktiviti Luaran
Kepada yang gemarkan aktiviti golf, korang juga boleh melakukan aktiviti tersebut kerana padang golf yang berhampiran dengan Heritage Hotel ialah sejauh 3km saja. Jangan khuatir jika tak tahu nak ke padang golf. Eh! Tetiba….(^_~).
Staff di situ semua baik-baik dan peramah belaka. Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Bolehlah korang bertanyakan apa saja jika ada kekeliruan. Sudah pasti mereka akan berikan perkhidmatan dan layanan yang cekap dan terbaik.

3)    Restoran

Restoran yang terdapat dalam hotel ini menyajikan hidangan tempatan dan barat di mana korang mesti jatuh hati dengan keenakan masakannya.
Kalau korang nak makan ala-ala kafe gitu, korang boleh lah cuba makan di Polo Café. Di situ juga ada menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa.
Yang pastinya kesemua makanan yang ada di hotel itu sangat sedap ya!!
Bukan tu saja, kalau korang tetiba teringin makanan dan minuman yang ringan dan santai, cubalah makan di Garden Lounge sebab kat situ mempunyai pelbagai minuman dan makanan yang diinginkan. Sambil menikmati makanan, korang boleh mendengar alunan muzik piano secara langsung sebagai halwa telinga. Wah! Seronok bukan?

4)    Dewan mesyuarat / kursus


Bagi mereka yang menginginkan untuk tujuan kerja, pakej penginapan beserta kemudahan untuk bermesyuarat atau berkursus juga disediakan di hotel ini. Semuanya ada tau.

5) Lain-lain Kemudahan
Ruang menyimpan bagasi dan perkhidmatan dobi.

Sekarang ni kan, nak raya. Cuti sekolah pun panjang. Apa kata korang ambil peluang menjelajah ke Perak. Sambil-sambil tu bolehlah melawat beberapa tempat menarik di Ipoh ni.
Eh! Tak kan tak tahu….di Perak ni macam-macam ada! (^_^). Gunung Lang, Lost World of Tambun dan yang paling tak menahan, Movie Animation Park Studio (MAPS) dah nak bukak dah penghujung Jun ni. Hah! tunggu apa lagi. Jom lah ke Perak.
Yang penting korang check-in kat Heritage Hotel Ipoh, sebaabbb harganya memang ekonomi dan berbaloi-baloi dengan servis serta kemudahan yang disediakan.

Untuk pengetahuan korang, Heritage Hotel Ipoh ni, menerima feedback yang sangat baik dari pengunjung yang pernah menginap di situ. Antaranya ialah lokasi yang terletak di tempat strategik, makanan yang disajikan sangat lazat, hotel yang penuh dengan gaya butik dan banyak lagiiii.

So jangan lepaskan peluang ni..!

Traveloka dulu, baaaaru raya….hihihi. Pasti tak menyesal!!









Friday, June 9, 2017

Yusuf Minggu 20 :: Moh Belajo Solat, Kome!

Jumaat, 14 Ramadhan 1438H


Memandangkan Yusuf dah 2 tahun, Ramadhan kali ini kami solat tarawih di masjid. Tapi untuk dua malam ajer (^_~).


Dalam kereta perjalanan ke masjid, saya dah siap-siap beritahu Yusuf akan keadaan di masjid, dan apa yang akan kami lakukan. Saya juga berpesan banyak kali, bahawa Yusuf kena duduk diam-diam, tak boleh buat bising dan jalan-jalan ke tempat makcik/opah bersolat. Yusuf pun mengangguk kepala dan aha aha saja. Tak tahulah faham ke tidak. Pertama kali Yusuf akan beradabtasi dengan solat berjemaah di masjid.


Namun, sampai saja di masjid dia mulalah, pot-pet-pot-pet. Suaranya itu, aduhaiiii boleh menggugat 'kekhusyukkan' para jemaah.


Tengah berdiri tegak, dia memanggil di tepi telekung, Mama.....Mama..... 
Bila nampak mamanya memberi salam, dia tepuk tangan...
Yeaayy, dah habis

Lepas tu, bila dia teringatkan papa dan abangnya, dia pun berkata;
Papa kat bawah, Abang Nyel kat bawah.....[aku solat di tingkat atas].
Suaranya itu sayup-sayup dengar sampai ke bahagian bawah, cerita si Amir.


Malam berikutnya pun begitu juga. Sekali-sekala, dia mengikut imam baca fatihah.
maalikiyau......nanti Yusuf dulu akan sebut middiin.
Imam belum sebut iiyakana'budu....dia dah sebut dulu, 'iyaka'! kuat pulak tu.

Dah habis satu salam, dia mengajak keluarlah, minta susulah. Susu bukan sebarangan susu ya. Susu mama juga yang dia mahu. Selalu si kakaklah jadi mangsa melayan si Yusuf ni. Takde lah Amirah bertarawih.


Dan, sekarang ni saya bertarawih di rumah saja. Itupun setelah si Yusuf tidur. Kadang-kala dengan mamanya sekali tertidur, maka tarawih pun 'wassalamu'! ^_~.


Waktu maghrib, kami selalunya akan berjemaah di rumah termasuklah si kecik Yusuf. Tapi, solat dia celam-celum aja. Ada masa dia buat kerja dia, bila dah sampai nak rukuk, dia cepat-cepat berlari ke sejadah.


Suatu malam, dia main tablet yang ada game 'My Talking Tom' - seekor kucing yang boleh mengajuk percakapan manusia. Dah dimain-mainnya, kemudian diletaknya tablet tu di bahagian depan sejadah berdekatan pulak dengan imam. Maka, apa saja bacaan papanya, baik takbir ke, Al-Fatihah ke ,surah ke....habis semua kucing tu ikut! Aku dah ketawa dalam hati dengar kucing membaca fatihah.


Di hari yang lain, sejadah keciknya hilang, entah mana dia campak. Jadi dia solat sebaris dengan mama dan kakaknya. Sejadah dilintangkan sebab kami berkongsi sejadah. Si Yusuf tak mahu berdiri ikut sof mengadap kiblat dengan sejadah yang melintang. Sebaliknya, dia berdiri di kaki sejadah menghadap ke utara. Dan di kaki sejadah itu juga tempat mamanya akan sujud nanti. Bila sujud, Yusuf cakap, 

Eh! mama, ini tempat Ucuf...ini tempat Ucuf

Berebut tempat dan bertindih-tindih pulak kami anak-beranak waktu sujud. Dengan abang-abangnya, usah ceritalah, sentiasa saja kena kacau dengan Yusuf!

****************

Kat bawah ni gambar-gambar Yusuf dengan kawan-kawan bersolat di taska. Perkembangan yang baik, Yusuf sudah tahu, bagaimana takbiratul-ihram, rukuk, sujud dan memberi salam. Baca al-fatihah pun dah tahu walaupun, patah perkataannya aduhai nak tergelak kalau didengari.


- bergambar dengan teacher -

- para jemaah -

berdiri tegak
eh!, pak imam menjeling pulak...hihi (^_^)


Rukuk
Mama : kenapa Yusuf rukuk macam tu, sakit pinggang ke?
Yusuf : Ucuf korek ponggong!
Mama : MasyaAllah....[ketawa aku dibuatnya]

Sujud

gaya yusuf sujud...hehe
makwe belakang tu seksi betul sujudnya. (^_~)


disudahi dengan salam



~ Ramadhan sudah sampai di pertengahan. Semoga kita dibimbing Allah agar mampu menghidupkan Ramadhan dengan ketaatan. ~





Wednesday, June 7, 2017

Yusuf Minggu 20 :: Buah-buahan 🍉🍏🍇

Rabu, 12 Ramadhan 1438H

Alhamdulillah sudah 12 Ramadhan hari ni dan kita sudah melepasi 1/3 Ramadhan. Bulan puasa, saya balik awal dari pejabat. Taska Yusuf pun tutup awal. Mulai 4:30 petang sudah wajib ambil anak sebab taska tutup pukul lima.

Legalah dapat balik awal. Dan lega banyak sebab sekolah cuti. Tak ada lah kelam-kabut pepagi hari. Anak-anak pun lepas subuh, bukan main lagi deme membuta sampai ke siang hari.

*****************

Ini aktiviti Yusuf bulan lepas. Tema minggu tu, buah-buahan.

ISNIN 15/5/17

Dek kerana buku log harian Yusuf 'terhilang' di taska, tak ada lah catatan teachernya pada hari tersebut. Gambar aktiviti pun tak ada. Maka, saya tak tahu apa yang mereka 'kerjakan' di taska.


SELASA 16/5/17  - Buah Tembikai

Makan buah tembikai dan membuat kolaj tembikai. Pun, hari ini cikgu tak menghantar gambar.


RABU 17/5/17 - outdoor activity - bermain giant bubble


Suka bebeno Yusuf dapat main buih kat halaman taska. Menurut cikgunya, Yusuf lebih suka berlari kejar nak memecahkan buih. Lepas tu, gelak berdekah-dekah!



Waktu petang pada hari yang sama. Mereka belajar mengira buah anggur. Lepas kira, apa lagi masuk mulutlah, kan....hehe 😄


KHAMIS 18/5/17 - Buah Bendi....eh! bendi, buah kah, sayur kah?

- Bergambar sebelum aktiviti - 

Amboi tengoklah budak tu, kiri-kanan jam. Jam dia, tentu-tentulah 'Ucuf punya'. Jam kakak pun, 'Ucuf punya'. (^_^)

Aktiviti mengecop menggunakan bendi. Cantik jugakkan. Saya tak pernah terfikir pun bendi boleh cop-cop. Zaman dulu, balik-balik batang pelepah pisang....hehe


JUMAAT - 19/5/17 Amali Solat
Yang ini saya buat entri asing sebab banyak beno gambonya.


Semua dah jadi pak lebai belaka...(T_T)




"Ramadhan sudah satu per tiga. Apa khabar iman dan taqwa? Moga kita lebih bermotivasi untuk beramal dengan masa-masa yang bersisa"
- dr anwal fazal -