Tuesday, May 31, 2016

Teman Outstesen Lagi.........

Assalamualaikum semua

Pagi-pagi lagi teman udah bersiap sedia untuk keluor dari KK. Hari ni teman kipoh [ke Ipoh] ada urusan koje. Tak buleh le nak nyembang panjang-panjang yerk.

Kome semua tahu dak? Mesti ler tok tahu kan, teman belum kabo. Meh sini teman nak ngabo...

Semalam teman menyongkang mata waktu-waktu tahajud. Mengemas rumah segala apa yang tak beres lagi. Yang menggunung udah teman rapikan, yang basah udah teman sidai, yang kotor udah teman dobikan. Yang kedut-kedut udah teman licinkan. Eh! tapi itu baju laki bini untuk pakai hari ni je ler. Bak kata...semua udah settle. Mengenangkan MD kata takde masalah melipat pakaian katanya...KZ kata jangan bertangguh, naik semangat teman nak mengojerkan kain baju yang melambak tu.

Bukan apa, memikiorkan esok dah 1hb, mana buleh dicarriedforwardkan koje-koje semalam, sikit lagi nak pose pulok tu. lagi malas le teman gamaknya. Itu yang rajin tak sanggah-sanggah sangat tu..

Baru ler rasa lega. Lapang rasa dada dan luas saujana mata memandang. Udah takde lagi gunung ganang dalam rumoh teman yang menyakitkan mata.

Hari ni teman dah ada di HQ, ader ler hey [hal] sikit. Tak buleh nak sembang panjang-panjang...karang maroh dek orang. Deme kat HQ ni garang-garang.....

Esok-esok teman nyembang lagi.

Terok beno teman cakap orang kuala yerk? Kome jangan nak ngikut, burok beno nanti bunyinya.

Okay ler, kak yong beransor dulu. Bye.

Monday, May 30, 2016

Bukan Setakat Kubu Perang

Assalamualaikum semua

Rindu tak?
Tak rindu?
Ya lah ya lah paham.

Hari ni Isnin kan?. Baru rasa segar bugar lepas kepenatan balik dari kursus, outstation dan sebagainya. Balik dari kusrus hari Khamis lepas, masuk pejabat. Dalam hati, berbunga-bunga.....boleh santai-santai, update blog ke apa, kan. Tapi baru je nak melangkah masuk dah dapat arahan kena ke Ipoh.....Aaahh! outstation lagi. aduuuuh duh duh duh duh duuuuih, letihnya.

Kursus empat hari, ulang alik setiap hari. Memang penat yang tersangat-sangat. Pandu kereta tu biasa lah kan, tapi pandu jauh-jauh berpuluh km setiap hari dah lama dan malas nak buat  oleh aku yang dah tua ni. Letih dia lain maciam.

Bila sampai rumah aku dah terjelepok kepenatan. Masak tidak, apa pun tidak. Mencuci basuh dilupakan sementara waktu hingga hujung minggu. Pilih-pilih mana yang perlu saja. Yang tak penting tunggu hujung minggu, baru buat. Melipat apatah lagi, memang tidaklah kan. Daripada aku menongkat mata dan tersenggok-senggok menahan ngantuk teramat, ada baiknya aku meroloh. Simpan tenaga buat bekalan di hari esok. Barulah nikmat.

Hal rumahtangga yang aku abaikan 4 hari lepas, sangatlah mendukacitakan mereka anak beranak. Makan tengahari anak entah apa-apa entah. Mulanya aku siap masak tapi papa belikan makanan. Sampai tak berusik makanan yang aku masak. Keesokannya, aku tak masak. Sebab fikir si papa yang akan beli. Papa pula fikir mamanya masak. Hanya beli ayam goreng untuk tambah-tambah lauk. Akhirnya, tahu apa jadi pada anak beranak itu? Mereka meratah ayam semata kerana tiada nasi dimasak oleh si mama. Nak memasak atau membeli dah tak sempat sebab papanya kesuntukan masa untuk balik semula ke pejabat. Mujur ada pamoga ayam goreng untuk diratah kan? Hari-hari seterusnya membeli aje lah...memang aku tak masak.

Weekend baru berhempas pulas mencuci dan mengemas segala. Tapi tak siap-siap jugak dek kerana anak kecik si Yusuf tu. Tak boleh mamanya hilang dari pandangan. Mulalah dia menjerit terpekik-pekik macam kena dera. Air mata jatuh berjujuran. Walhal aku ke toilet jer nak membuang. Susah betul lah. Kak Mira yang selalu tolong jaga adik takde pulak. Dia ke Melaka ikut rombongan sekolah. Yang lelaki kalau menolong hal ehwal rumah memang aku menadah tangan bersyukur tak berkesudahan. Akhirnya, urusan rumah tergendala lagi hingga hari ni. Bila nak siap pun tak tahu lah ni.

Masa berkursus minggu lepas, ada jugak aku tengok blog secara halus tanpa disedari urusetia. Tengok entri Coretan Hidup kak SI. Gelak berdekah-dekah aku. Tapi dalam hati je lah. kuat-kuat nanti dikata gila pulak...apahal sawan, takde angin takde ribut tetiba gelak sorang-sorang.

Ustaz kata macam kubu perang....KB kata bukan setakat kubu perang. Dah macam lautan dalam, berenang-renang kuak kupu-kupu mencari spenda tak jumpa-jumpa.

Gambar: Ihsan Google.

Ini lah bahana nya urusan rumahtangga bertangguh-tangguh.

Esok, ke Ipoh lagi aku. Uwaaaah... menangis.

Friday, May 20, 2016

Bercuti Di Tempat Sendiri 2

Assalamualaikum

Sambung kisah Vacation In The Hotel semalam.

Dah siap masak kat rumah, aku packing makanan bawak ke hotel. Cadangnya nak seludup masuk ikut balkoni jer. Segan aku nak lalu kat lobby bawak benda ala-ala piknik tu semua. Air muka suami kena jaga juga. Apa pulak kata staff hotel nanti, sudah berumahtangga di bilik,...nak berpiknik pulak dalam tu. Padahal si suami yang suruh bawak, tak sempat nak balik katanya.

Baru nak adjust kereta kat balkoni, Raja Muda Perak pulak datang check-in. Bilik tuanku sebelah bilik papa, tempat kami lepak tu. Ada garaj dan pintu dari luar terus ke biliknya. Takkan aku nak terhegeh-hegeh kat situ pegang bakul piknik. Memang mintak ceramah dengan papa lah jawabnya. aku tukar plan, masuk ikut lobby.....receptionist ok jer, aku yang perasan malu-malu kucing. 
Makan tepi balkoni
Barang-barang yang aku bawak, takde lah banyak mana....lauk-pauk, seperiuk nasik, air minum, cawan, pinggan dan tak lupa juga kegemaran si suami iaitu petai dan sambal kicap. Lauk yang dimasak tidaklah kebabom hebatnya. Cukup sekadar mengisi perut yang lapar. Itu jer yang termampu aku sediakan. Takdelah mithali sangat aku ni. Belasah apa yang ada di rumah je kaedahnya. Meh zoom sikit.

Lunch Yang Tak Seberapa. Masak yang senang-sennag aje. Janji aku senang, anak kenyang. Banyak kira, masak sendiri.
Cendawan syisyio [sisir], ayam masak merah dengan carrot. Yang bulat-bulat tu, cucur manis ranggup di luar lembut di dalam. Nama cucur cukup gah disebut, tapi bila dah sejuk tak ranggup jadinya. Aku goreng buat kekudap. Bila cuti sekolah, anak aku lapor memanjang. Itu pun dah nak habis dimakan.

Papa berselera makan nampaknya. Maklumlah ada petai. Papa dan Petai tak boleh dipisahkan. Dulu, kini dan selamanya berkawan baik dengan petai. Berkawan untuk membuka selera makan. Kawan makan kawan namanya tu. 
Kami dah makan dulu. Papa pukul tiga, baru ada masa nak soru sapdek. Mira pun baru balik...katanya dah makan dengan kawan tapi sampai bilik makan lagi. Kan aku dah kata, anak aku sentiasa lapor.

Begitu lah ceritanya, 'Vacation In The Hotel Complete With Picnic Masak Sendiri'.

Ada lagi sikit sambungan cerita percutian kami ni. Minggu depan aku kursus Isnin sampai Khamis. Blog pun akan sepi 4 hari juga. Kot rajin aku update, kalau malas, tak dapek lah nak nolong.

Selamat berhujung minggu semua.

Thursday, May 19, 2016

Bercuti Di Tempat Sendiri 1

Assalamualaikum

Family aku jarang bercuti. Bahasa lainnya, jarang berjalan makan angin. Dah asyik mak pak anak-anak cuti tak sama. Aku cuti, orang tu kerja. Orang tu kerja aku cuti. Mula-mula katanya cuti, tiba-tiba kena kerja....memang susahlah nak adjust bagi sama. Tu yang asyik meronda Kuala Kangsar je tiap-tiap minggu. Kampung pun kampung lah, sunyi pun sunyi lah, takpe, janji jalan kan, walaupun ke kedai runcit atau pasar malam.

Aku pun, kalau dok rumah jer masak, dobi, masak, dobi, letih jugak aih! Sekali sekala nak juga melepaskan wap...hehe.
Baru-baru ni, papa kena transfer dari Ipoh ke Kuala Kangsar. Memang sekangkang kera jer pejabat dengan rumah. Tapi tak bermakna 9-5 di pejabat, malam di rumah. Takde maknanya.

Kalau nak together-gether di hujung minggu, kenalah berumahtangga kat pejabat dia. Lepak hotel, konon-konon pergi bercuti gitu. Papa akan duduk office dia lah, sekali sekala masuk bilik walaupun nak kencing jer. Lawak sangat lah tu.
Yusuf tu...Yusuf!
Buatlah aktiviti dalam bilik hotel...membaca, tengok tv...main lego, main game...makan minum, pendek kata semua lah. Lebihnya banyak bergusti, bertinju. Dah anak jantan jer yang tinggal. Tonggang terbalik bilik, pedulikan. Nanti nak balik, pandai-pandailah kau kemas.

Kak Mira takde, keluar dengan kawan, ada projek hadiah hari guru. 
Anak-anak suka lah, cuti sekolah..tak payah fikir apa-apa. Aku pulak yang bosan. Mereput atas katil hampir-hampir beku dibuatnya. Baik dok rumah, boleh cuci baju....Pulak dah, tadi kata nak melepaskan wap kan. Dah 24 jam dalam aircond, maknya off, anak on balik. Bertambah-tambah wap dalam badan nampak gayanya.
Memang kami teperuk bilik jer dari pagi ke petang. Eh! tapi tengahari tu aku balik rumah jap.......MASAK. Seram sejuk aku nak mintak papa beli makanan, teringat cendawan sisir dalam peti ais tu belum masak lagi.

Tak tahu aku nak panggil apa kalau bercuti macam ni, Vacation In The Hotel kot nama yang sesuai ek.

Wednesday, May 18, 2016

Cendawan Sisir

Assalamualaikum

Jumaat lepas papa ke pasar malam dengan Amir. Maklumlah orang tu dah transfer kerja ke Kuala Kangsar. Bolehlah merayap ke pasar malam mencari petai. Dalam merayap-rayap tu, terbeli cendawan sisir. suruh masak. Aku, kalau bab suruh masak..ok jer. Yang tak ok nye, dah masak...tak makan.

Cendawan ni, ada orang panggil kulat/cendawan kukur. Kalau mak bapak aku...sebutannya cendawan syisyio (sisir). kalau pasir, jadi pasyio. Biasalah orang Kuala Kangsor. Kalau speaking dengan dorang, aku pun kena sebut cendawan syisyio masok lemok....hehe.
Ok lah merepek.


Seciput banyak ni, RM10. Zaman dulu, sambil mengekor opah aku menoreh getah dah boleh kutip seplastik buat lauk. Sekarang nak jumpa pun susah. Dah jumpa, mahalnya ya amat.

Cendawan sisir masak lemak cili padi campur kentang.
Sudah dibeli, tak rajin nak masak malam-malam. Simpan peti ais dulu. Hari Sabtu baru masak. Ingatkan aku dengan papa je yang nak makan, sekali anak-anak aku pun suka. Tak pernah jumpa pun tak hal, balun kasi licin. Aku pulak yang kena mengalah.

Sebenarnya, ada rahsia yang dorang tak tahu. Biasa aku masak rencahnya ikan bilis. Tapi kali ni masak aku terlupa sampai ke sudah. Bila dah nak tutup api baru teringat, Kira abaikan jer lah ikan bilis tu. Tapi licin jugak. Dah kata air tangan mak, semuanya sodap belaka, kan.

Tuesday, May 17, 2016

#yusufsensoryplay : Main Lumpur Mencari Cacing

Assalamualaikum


Yusuf sekarang ni, dah makin ligat
Apa yang orang buat, itu yang dia sibukkan
Lego abang Daniel, dia kecai-kecaikan
Aksesori Kak Mira dia main campak-campak
Hp Abang Amir dia nak pegang
Padahal mainan dia...lagi banyak
Saja suka usik-usik barang orang bagi orang geram

Baru-baru ni, dia korek-korek gel rambut papa
Habis separuh bekas, disapu semua ke kakinya
Jadi minyak urut ye Yusuf
Bedak compact mama dah berderai tinggal serbuk
Bila mama ambil, dia menangis

Gambar ni, semalam punya cerita. Main bedak sendiri. Sapu muka, sapu lantai.
Bila ke rumah opah,
Tempat mula-mula yang dia tuju, bilik atok
sebab bilik tu 'astro', macam-macam ada
Berterabur satu bilik barang-barang atok

Kalau dibawa ke luar bilik
Dia kacau opah memilih kacang
Kalau terlepas ke luar rumah, dia main pasir
Macam tu lah dia hari-hari...
Tak boleh terlepas pandang

Minggu dulu, mama buat kek coklat
Yusuf pun nak buat kek...sibuk sangat aih!

 Ini dia, buat kek di pinggir pintu bilik air. Nanti senang mama kau nak mengemop. Kacau Yusuf, jangan tak kacau. Gaul puas-puas. Memang suka sangat dia, dapat main macam tu.

 Sebenarnya, aku buat 'lumpur' buatan sendiri. Tepung gandum dengan serbuk koko campur air. Aku ambil playdough pintal-pintal jadi cacing, letak dalam tu sekali. Biar dia cari. Dah dapat tahu pulak dia geli. Cepat-cepat campak ke luar. Benda ni, kalau masuk mulut tak bahaya, playdough tu pun buat sendiri.
Dah puas mengaul, dia terbalikkan bekas, sapu-sapu ke lantai. Mama dah tau memang ini akhirnya.


Kat bawah ni, kek air tangan Yusuf, uhuk...uhuk, terbatuk aku


Tergamak ke nak makan?
Kalau macam tu pembikinannya. hihihi

Monday, May 16, 2016

Helikopter

Assalamualaikum

Ini cerita minggu bila, lupa dah aku. Si amir punya cerita, beriya mengajak aku ke padang kawat..nak menunggang kuda putih katanya. Hari tu kan dah naik kereta kuda....hari ni nak menunggang pulak. Ada-ada saja lah budak-budak ni.


Sampai padang kawat, kuda tak mandang. Yang ada helikopter kat atas tu. Membawa Tuanku Sultan Perak ke istana. Patutlah masa kami nak ke mari, nampak kereta Sultan dengan eskot-eskotnya dari istana menuju ke Masjid Ubudiah. Rupa-rupanya.....ini ceritanya. Cerita apa, aku pun tak tahu. Kami rakyat jelata ni, pandanglah, lihatlah...... itu aje lah yang dibuat. hihi.


Sekali sekala tengok heli gedabak landing depan mata. Jadi jakun tak tentu arah. Bukan anak-anak, mak nya pun beriya nak selfie. Tudung dah macam pelampung, kena tiup angin.

Korang jangan tak tahu, masa heli tu nak berangkat terbang, macam puting beliung pasir-pasir. Kami yang jakun ni, lintang pukang lari....apa kes pasir dah masuk mata. Kepala yusuf apa tah lagi lah...menadah pasir berbutir-butir. Tergelak-gelak kami lepas tu. Jakun sangat kan. Hambik kau!


Suatu ketika dulu, anak aku yang sulung ni pernah berlagak kat adik-adiknya. Katanya, amir sorang jer pernah naik heli. Orang lain semua tak pernah. Ewah-ewah belagaknya dia masa tu.... ayat budak kecik belum berakal, macam itu lah. Sekarang ni, melambai tangan dari bawah je lah yang mampu.

Lepas dah habis sessi tengok helikopter berlepas, berlegar di awan sampai tak nampak dari pandangan, kami balik. Kuda pun tak keluar-keluar petang tu. Dah dibawa ke tempat lain rupanya. Aiseyman......!



Friday, May 13, 2016

Lala Oh Lala

Assalamualaikum

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah (2) : 261)


Semasa pergi ke rumah mak dengan anak-anak, menu malam tu lala rebus. Anak-anak aku meratah tak cukup-cukup. Nanti disuruh mamanya masak pula. Disebabkan aku berpuasa, malas rasanya nak ke pasar mencari lala. Masak apa yang ada di peti ais saja. 


Cara senang, aku telefon adik aku yang berniaga suruh simpan 1kg, nanti bila lapang aku pergi ambil. Bila datang ambil, lala yang diberi hampir 2.5kg dengan harga 1kg diskaun satu ringgit. Mengenangkan lala ni tak boleh disimpan lama, aku masak semuanya. Aku hantar sebahagiannya ke rumah mak. Mak bapak aku pun memang suka lala. Kebetulan adik-adik aku yang berniaga selalu juga makan tengahari di rumah mak.


Lala masak lemak cili padi. Aku campur kacang panjang sebab malas nak buat banyak hidangan. Biasa hari bekerja, aku masak menu lauk dan sayur dicampur sekali. Satu menu saja dengan nasi putih.
Anak-anak makan bertambah-tambah. Teringat papa juga suka lala, aku telefon dia tanya nak balik kerja bila. Katanya maghrib begerak dari tempat kerja. Aku pesan pada anak-anak, jangan habiskan, nanti papa balik awal, nak makan.

Tunggu punya tunggu, aku dah terlelap sendiri sampai lupa nak simpan dalam peti ais. Papa, waktu-waktu tahajud baru sampainya.  Keesokkannya basi. Kalau aku tahu, rasanya lebih baik aku suruh anak-anak habiskan, atau sedekah pada jiran supaya tak membazir.

Takpe lah, bukan rezeki aku nak bersedekah dan takde rezeki papa nak makan lala malam tu. Akhirnya, lala yang basi tu aku sedekahkan pada Encik Tong Sam Pah saja.

Thursday, May 12, 2016

Jangan Dimulakan, Nanti Susah Nak Berhenti

Assalamualaikum

Hujung bulan April hari tu, aku ada mengukus kek coklat. Gara-gara Kak Mira mintak buatkan untuk dia bawak ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan sempena birthday dia katanya. Aku buat satu adunan, dapat dua bekas plastik besar. Satu di bawa ke sekolah dan satu tinggal di rumah.



Satu bekas berkongsi makan dengan anak-anak memang rasa tak puas. Paham-paham saja lah, kalau namanya coklat, semua suka. Dengan mamanya sekali berebut dengan anak-anak. Asyik mengulang ke dapur je lah, kaedahnya. . 

Selang beberapa hari, aku buat lagi. Satu bekas besar, dua bekas kecik. Tak payah nak bubuh topping semua tu. Keluar saja dari pengukus, tengah berasap disuruh potong. memang rakus betul lah anak-anak ni. Aku ikutkan saja....sebab mama pun tak sabar nak makan, sebenarnya.


Bukan setakat makan jer berulang-ulang, membuatnya pun berulang-ulang. Yang atas ni, buat lagi di hari lain. Buat dua adunan terus, dapat empat bekas besar. Pendek kata, selagi tak habis stok tepung koko tu, selagi tu aku tak jemu-jemu mengukus. Panjang kata, punya dahsyatnyaaaaaa mama korang ni.

Dah siap masak, aku potong-potong, masukkan semula ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila sejuk lagi sedap dimakan. Lagi laju lah ngap nya pun. Dok mengulang bukak peti ais lah pulak. Walaupun rupa paras nya tak cantik tapi sedar-sedar tinggal bekas jer, you all.




Yang ini, aku buat bubuh dalam acuan rose. Dah siap, keluar sebijik-sebijik bunga rose hitam pekat tapi sodap dimakan. Tak payah potong-potong dah. Sekuntum-sekuntum anak aku ngap.

Haha....kan aku dah kata, jangan dimulakan, nanti susah nak berenti. Nasib serbuk koko dah tinggal seciput je. Kalau tak, ada harapan aku buat lagi ni esok lusa.

Wednesday, May 11, 2016

Pau Goreng Yang Senang Nak Buat

Assalamualaikum

Hujung minggu baru-baru ni, aku tak ke mana-mana pun. Duduk rumah, mengemas apa yang patut. Selebihnya lepak dengan anak-anak. Waktu petang sekarang selalu hujan. Boleh kata tiap-tiap petang. Kalau tidak di petang hari, waktu malam selalunya hujan. Sejuk lah sikit, kadang-kala tak perlu bantuan aircond untuk menyejukkan kamar tidur.

Tengah lepak-lepak petang hari minggu tu, tekak terasa nak makan pau goreng. Aku tanya anak-anak, nak makan pau goreng tak? apa lagi, semuanya naaaaakkk lah jawapannya. Hujan-hujan ni perut pun rasa lapar jer.

Belek-belek bahan, mauripan tak de pulak. Dan-dan tu jugak ke kedai merendah hujan. Semangat betul lah nak makan pau goreng punya pasal.


Membuatnya tak lah susah mana. Aku guna resepi donut yang selalu aku buat. Tapi kali ni aku tak bubuh shortening sebab dah habis. Yang lainnya ikut sama macam nak uli donut.

Rendam 1 pkt mauripan, 2 sb gula, 2 sb susu, 50gm majerin dengan air suam dalam 10 minit, sampai yis berbuih. Tambah 1 biji telur, kacau. Masukkan 1sk garam dan 1/2 kg tepung dan gaul menjadi doh. Rehatkan seketika hingga ia mengembang. Dah buatlah bulat-bulat macam pau tu.

Untuk inti pau, aku guna kentang yang dipotong dadu kemudian digoreng hingga layu. Tumis bawang, masukkkan cili kering kisar dan masak hingga kering. Kemudian aku perasakan dengan sedikit gula dan garam. Akhir sekali masukkan kentang tadi dan gaul. Masak kering-kering, kalau berair susah pulak nak masukkan inti ke dalam doh. Kalau inti kentang kari dengan ayam pun sedap juga kan?

Aku buat agak besar. Setengah kilo tepung boleh dapat 18 ketul pau. Bila siap digoreng, pau menjadi lagi debab. Maksimum aku boleh makan tiga ketul je. Bakinya, diulang-ulang makan oleh anak-anak sampai malam.

Bila malam, semuanya sudah 'mengalah' angkat tangan, tak mahu makan nasi lagi. Masing-masing sudah kekenyangan.

Oh ye, untuk resepi donut gebu tu boleh SEMAK KAT SINI

Monday, May 9, 2016

Mengigau

Assalamualaikum

Satu senja yang nak hampir maghrib, mama mengejut amir yang tidur tak sedarkan diri. Letih sangat agaknya. 'Amir, amir...bangun dah nak malam ni. Pergi mandi', kata mama. Tak ada reaksi dari amir.
Mama sekali lagi masuk semula ke bilik amir dan dikejutnya lagi. Amir, mengeliat. Malas-malas membuka mata dan bangun. Mencapai tuala di pintu dan terus ke bilik air. Mandi.

Sejurus selepas mandi, dia duduk di tepi katil. Termenung seketika. Mama pehatikan saja dari dapur sebab pintu biliknya bersebelahan sahaja dengan dapur. Perlahan-lahan dia mencapai baju sekolah dan memakainya. Cepat-cepat mama tegur. 'Kamu dah kenapa Amir, malam-malam nak ke sekolah pulak. mengigau le tu.'

Dia tersentak, terkebil-kebil tengok jam dan bertanya 'Tujuh malam ke ma?' 

Mira dan Daniel di ruang tamu tergelak, 'hihihi.....Amir nak pegi sekolah'


* * * * * * * *

Semalam...selesai solat subuh, mama masuk semula ke bilik menyusui yusuf yang menangis. Sedang enak berbaring dengan yusuf, mira datang dengan rambut kusut masai, baru terbangun tidur. Katanya, 'Ma, dah lambat dah. Kenapa tak kejut?

Mama jadi hairan. 'Kenapa, kamu nak ke mana?' tanya mama. Mira menjawab, 'sekolah lah.'

'Hari ni kan cuti', jawab mama ringkas. 'Hari ni Isnin, ada periksa, jawab mira risau.

Mama menyakat, 'takpe takyah pergi sekolah, dah lambat. Nanti kertas exam mintak cikgu ganti hari lain'

Hiiii, mana boleh...... muka nak menangis.

Amir dari luar masuk ke bilik, menyampuk, 'hari ni Ahad lah...hahaha mengigau' Hahahaha masih tak habis-habis menyakat.

Dengan muka tak bersalah masuk semula ke bilik, sambung tidur. Mentang-mentang ABC.


gambar sekadar hiasan
- Mira dan Amir enam tahun yang lalu -


Wednesday, May 4, 2016

Belanja Sekolah

Assalamualaikum


rutin aku setiap awal bulan
beratur di bank, tukar note rm1
agih-agih untuk belanja sekolah anak-anak

korang ada cara yang lebih praktikal tak?
jom lah share