Entri makan je hari ini.
Sabtu lepas kami melapor diri ke kampung lagi ^__^. Hari Sabtu ajer lah. Ahad sudah ada di rumah semula. Penatlah ye, walaupun katanya satu hari saja. Hampir-hampir 'subuhgajah' aku pagi Ahad tu!
Maka, sarapan pagi pun ala kadar saja. Janji boleh lapik perut dan anak-anak kenyang. Mamanya tak kuasa nak keluar pandu kereta. Tetapi yang hairannya, memasak tetap 'kuasa'.
Mee goreng togel rencah ikan bilis sahaja. |
Nampak tak? Mee goreng tak meriah langsung. Tak ada sayur, tak ada lauk-pauk sampingan. Anak-anak tetap makan, tak ada banyak bunyi. Berani nak komplen mogok lapar. Alamat mogok lapar lah sampai tengahari.
Mama mereka ni bukannya kejam tak ada hati. Kalau diletak sayur pun, nanti mereka susun tepi pinggan. Kalau letak ayam, udang pun dah mama hiris siap tumbuk-tumbuk lagi kasi halus tak nampak dek mata kasar. Makanya, macam itu lah selalunya mee goreng kami ye, tak lawa langsung kalau nak dibandingkan dengan mee goreng 'Mak'.
Ikan tengalan bakar |
Di rumah, aku tinggal berempat saja sementara Cik Papa dengan Amir, sambung tugas di kampung. Makan tengahari mereka di rumah Makcik. Sambil tu sempat lagi tayang gambar lauk pada kami. Hek eleh, takde lah terliur pun. Entah sapa lah yang meratahnya tu. Cik Papa bukannya makan ikan sungai.
Ikan masak taucu, ikan goreng, sambal asam, sambal tempoyak, ulam |
Aku pulak, masak ini saja. Dah kata penat nak ke pasar, masak je lah apa yang ada. Simple-simple sudah. Ulam peria dengan petai tu, tentulah aku sorang je yang menjawabnya. Terung dalam taucu tu pun, mama tukang masak dan mama jugalah tukang perabis. Anak-anak macam biasalah, ikan saja dimakan.
Bapak tengah menggaul pulut durian. |
Dalam kata penat tu, petang-petang kami merayap juga ke rumah puan emak. T__T. Tengahari, balik dari membeli barang dapur terus aku kukus pulut. Masakkan santan, dan kopekkan durian yang dibawak balik dari kampung.
Korang tahu, minggu lepas emak cakap pada aku macam ni........
Emak tak pernah makan pulut durian. Sedap ke?
Astagfirullahal'aziim. Berdentum-dentam jiwa dan raga, kilat sabung menyabung, bila ayat tu keluar dari mulut emak sendiri. Bergundah gulanalah anaknya ini tak sabar menunggu hujung minggu nak buatkan untuk emak! Terus terciplak slogan baru 'anak didahulukan, emak diutamakan'.
Bila emak dah dapat makan, barulah aku rasa lega. Time makan, aku nak ambil gambar emak. Macam biasalah emak aku mesti akan mengelak selagi dapat. Dia tak suka ambil gambar. Malas ah nak paksa!
Donut dan kek mentega coklat |
Sudah siap habis makan, adik aku pulak datang ke rumah emak. Bawak benda-benda kat atas tu. Dah kenyang pun kami tetap makan lagi. Pakat berebut-rebut pulak dengan bebudak sampai habis kek satu lengat!.
Adik aku laki bini duduk menghabiskan pulut durian yang aku bawak.
Malam, masing-masing membawa perut yang kekenyangan balik rumah. hehe
Dua senario org makan ni KB. Satu kalau lapara apa pun sedap. Satu lagi,
ReplyDeletewalau kadang tak lapar pun tapi kalau memikat mata tetap habis dimakan.
Ye lah kakzakie, betul tu. bila kenyang makanan sedap tak lalu nak makan. kalau lapar tu, yg tak sedap pun dibalun! hihi
DeleteKome ni mmg rajinlah agaknya Rul..... yelah kalau masak pun masih kuasa, dalam pada tak kuasa tu, tu namanya mmg rajin beno tu kalau mengikut istilah kamus mak ni hihi......
ReplyDeleteMak kampung masa dia masih mampu masak dulu, mmg ikan bilis dengan kicaplah rencahnya kalau buat mee. Dah sedap sangat dah mak makan weyh...
Berselera nampaknya bapak tu....yelah durian dari besan kan hihi
Tak rajin mak. tp entahlah, asal bukak mata je mesti nak ke dapur. asal ke dapur je mesti pikir nak masak. kena sumpah dek cik papa gamaknya saya ni!
Deleteye la dulu2, kalau makan mee goreng tu, dah mewah sgt dah rasanya. sedap sgt dah tu. kalau tak hari2 nasik goreng hihi [saya lah tu]
betul mak, selera sgt dia, saya pun naik gerun tengok bapak makan.
Saya pun biasa kalau goreng mi memang togel aje, takda sayur. Kalau letak pun, dengan Mommy mereka sekali susun sayur tepi pinggan ^_^ Lepas tu kena marah!
ReplyDeleteTapilah mi goreng togel saya mesti letak isi ayam/daging. Itu aje yang mereka makan. Kalau letak seafood ke, letak fishball ke, fishcake ke, memang tukang masak sendiri kena habiskan mi sekuali. Makanya I is fobia gitu nak letak bukan-bukan!
Eh, kita pun goreng mi tau KB hujung minggu baru ni. Buat dinner sebabnya dah kekenyangan melantak di luar ^_^ A day before tu, kita buat menu baru- baki spaghetti kita letak perencah maggi kari. Jadilah spaghetti berperisa maggi kari gitu ~_^ Laki I kata sedap ^_^ Hahaha!
HD yg marah ek? Lebih baik tak payah letak. Saya suka juga letak sayur, tp sendiri makanlah. habis sayur mayur di pinggan anak kena eksport ke pinggan saya. stress tau!
Deletekalau letak ayam ke, udang ke atau apa-apa saja lah, mereka kutip benda tu saja, emaknya makan mee togel pulak, stress juga!
eh macam sedap pulak dengar spaghetti kari. mesti sedaplah tu, dah laki sendiri kata sedap, kan.
Ada slogan baru, tu okey gak bunyinya. Entry makan2 mcm ni,mmg seronok nak baca, lebih lagi part pulut durian..menggoda sungguh
ReplyDeletehahaha ok ye, slogan ciplak tu hehe. entry makan2 je ke yg seronok baca. kalau entri merapu meraban, tak best ek? T__T.
DeleteAnak2 masih kecik mmg cam gitu lah Kb mee semuanya togel je kan, akak pulak tk puas rasa nya kalau goreng mee tk letak sayur, paling tkde pun mesti nk letak jugak daun bawang ke asal ada hijau2 hahaha makan tk makN tolak tepi yg penting mee akak ada hijau2 Kb pelik kn
ReplyDeleteanak2 saya ni makan je apa-apa pun, tapi ada sesetgh makanan yg dia org pilih2 juga. sayurlah yg nombor satu nya.
Deletealahai kaknoor, pelik lah jugak. kalau tak makan kenapa nak kena letak? nak bagi mee tu cantik berwarna-warni ye?
Yang simple itu lagi sedap sebenarnya kan kak :) Mee goreng tu togel sungguh nampaknya. Hehe
ReplyDeletehahaha, mmg mee tu togel-setogelnya, siqah. dah tak ada apa nak letak. semua stok dah habis. licin juga anak2 makan. dia org tak komplen pun. hehehe
DeleteAkak selalu buat kan mee goreng togel ni untuk Iman...Kalau boleh ikan bilis bawang pun dia tak nak.Kalau ada anak yg lain kena goreng berasingan lah jawapnya.
ReplyDeleteYalah KB kalau dah kata mak yang teringin memang galat kalau tak buat kan....nasib baik dapat anak rajin cam KB kan...sekejap je disiapkan pulut durian.
mee goreng togel ni selalu buat bila dah takde stok. janji budak2 dalam rumah ni makan sudah! kalau meriah2 sangat tu, kadang2 mereka pilih2 juga, sayur tolak tepi.
Deletesaya tak rajin kak. tapi kalau bab emak, jika ada rezeki, seboleh2nya diusahakan juga bagi dia tak kempunan.