Tuesday, August 16, 2016

Balik Kampung - 5

Assalamualaikum

Rasanya cukuplah ini entri terakhir, dua hari kami berkampung di kebun/dusun. Kalau nak diceritakan satu per satu tak tahulah berapa bahagian pulak nanti.

Hari Ahad, tak ada dah makan berkelah-kelah. Namun tetap juga berjemaah makan bersama dalam rumah. Selagi atok tak menjamah, selagi itu kami tunggu walaupun perut dah keroncong dan mata dah mula mengantuk.

Tahu sebab apa mengantuk?  Siang sebelum tu kan dah penat memasak, membako lemang dan sebagainya, malam berjaga pulak menonton bola Perak lawan JDT. Sayangnya, Perak kalah pulak! Orang Johor, nasib je tu korang menang...... hehe T__T

Kijang - hasil buruan di hari Sabtu. Saudara atok yang masuk hutan memburu, bukan kami.

Oh ya! yang ini pun tak dicerita, kan. Semasa atok menyiat-nyiat kulitnya sambil diperhatikan anak cucu, dia bercerita kisah silam tentang telinga kijang ini yang menggelikan hati kami. Tapi tak bolehlah diceritakan kat sini. nanti ada yang jadi bahan ketawa! Cukuplah kami anak beranak jer yang tahu ye.


Ok, berbalik cerita hari Ahad.......

Cucu-cucu seperti biasa akan diberi makan awal.

Yang dewasa ni mana tak lapar sebab menunggu atok mengesahkan kebunnya dari pagi bawak ke tengahari. Tapi pagi-pagi lagi kami dah menghirup mee sup tulang kambing. Sup tu kan sudah direbus semalam tu.

Mesin rumput dan meracun. Sesetengah tempat tak mampu lagi dimesin kerana rumput sudah jadi hutan simpan.
~ __^

Alang-alang sudah ada di kebun mestilah kena berkebun juga! Anak-anak lelakinya tolong sama - mesin rumput dan meracun. Sambil-sambil itu, mengutip rambutan yang dah masak ranum.

"Atok! sudahlah tu....Mama Usop dah kelaparan"
Lepas Zohor kami berkemas dan beransur-ansur balik. Yang dari Shah Alam balik dulu, atok opah balik lepas Asar sebab nak hantar adik balik asrama. Kami paling akhir - lepas Maghrib sebab paling dekat dan kena kutip durian yang luruh waktu petang. Hadoi! takde chance juga aku nak balik cepat!

Kutip durian sebelah petang - lepas ambil anak-anak dari kelas KAFA terus saja ke sini.

Lepas dari hari itu,  hari-hari seterusnya sampai lah ke hari ini, atok tunggu dusun seorang diri. Bila hari-hari tertentu atok ada kerja di Ipoh, kami pula ditugaskan mengutip durian. Tapi tak bawak balik rumah pun. 1 trip hantar rumah Makcik, 1 trip ke hotel dan 1 trip ke rumah emakbapak aku.

Mengek-mengek bau durian dalam kereta menyusuk sampai ke otak di sepanjang perjalanan.

Sekiaaannn.

Cucu atok paling kecil - Yusuf dan Aqil 'Atollah

Bye-bye
Kami nak balik!


p/s: perasan tak, mama asyik tayang gambar yusuf saja. Udah abang kakak berendam aja kejenya.....tak dapatlah mama nak tempek gambar korang ye anak-anak! 








21 comments:

  1. tiba2 jer ada kepala kijang disitu... hahaa

    ReplyDelete
  2. Kalau balik kampung memang banyak hal nak cerita KB
    Apa lagi kalau semua ahli balik - meriahnya tak terucap
    Yusuf masih belum boleh berdikari tunggulah tak lama dia pun ikut cebur mandi-manda dgn abang/kakaknya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, nanti kalau yusuf pun dah bersama-sama abg kakaknya
      tinggallah emaknya seorang diri
      huhu sedih pulak

      Delete
  3. Eh!Eh! Nak salahkan nasib pulak! Memang JDT ohsem, nak kata apa! Ini bukan kerana nasib aje ya, KB ~_^

    Terkejut kita tengok kepala kijang. Ni kalau anak-anak kita yang nampak kepala kijang ni, mahu mereka lari terus masuk hutan sebab nampak 'alien'. Maklumlah budak-budak bandar ni memang jakun bab alam semulajadi!

    Kasihan alahai nasib Mama Yusuf yerk, lapar macamana pun kenalah tahan. Maklumlah berkumpul dengan keluarga mertua, memang kena sopan-sopan selalu. Ni confirm kalau mak mertua tanya lapar ke, jawabnya kenyang memanjang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi amboi, marah nampaknya tu. ye lah kita tahu MD dengan kenegeriannya tak boleh dipisahkan...

      haha, terkejut? ye lah tak pernah tengok mestilah terperanjat cipan. kalau anak-anak saya dah biasa dah. sebab atoknya rajin pergi memburu juga.

      tu lah MD, kruk krak kruk krak dah perut saya waktu tu tp takleh makan. mengadap ajalah makanan yg terhidang. apa boleh buat dah peraturan kenalah ikut.

      eh kalau ditanya, mana boleh jawab kenyang, lapar tetap lapar hahaha.

      Delete
  4. Ape cite kepala kijang tu KB....ada buat gulai daging kijang ke?.
    Part yang kena tunggu atok nak makan tu yang kesian...lambat beno atok ya .
    Kat perak memang mewah durian ya KB ,mlm tdi tengok majalah 3 .Tengok orang mkn pulut durian seperti yg KB cerita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala kijang tu asalnya nak disupkan juga dengan tulang kambing tu. tapi tak jadi, terus simpan di rumah Makcik dan esoknya mertua bawak balik Ipoh.

      Tu lah, memang dah lapar. dah habis kerja, mandi pulak bersihkan diri, lepas tu baru boleh makan. dah pukul dua lebih. apa boleh buat kan, peraturan.

      Perak memang banyak durian kak, tambah2 sebelah Bukit Gantang. kalau org ada dusun, memang kencanglah makan durian. saya ni tumpang dusun mertua aja.

      ala, saya tak tengok M3 mlm td. sebijik ek macam kami makam tu ye?? hihi

      Delete
  5. kijang dan durian?
    beruntung mereka dapat makan suma tu.
    memang jarang dapat rasa daging kijang.
    kalau buat satay macam best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah SK, daging kijang kan mahal, kalau memburu mengena memanglah untung. akak pun tak pernah makan sate kijang lagi, SK

      durian, kena tunggu musim baru boleh merasa kan.

      Delete
  6. Kepala kijang..!.. Durian lagi! wow!!!..untung dapat kutip durian bawa balik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kepala kijang, SB.
      bawak balik durian, sedekah kat org hihi

      Delete
  7. Sikit hari lagi langsung takde gambar deme sebab semua pakat nak berendam.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah, kalau asyik berendam aja, malas dah emaknya nak ambil gambar kan.

      Delete
  8. Hihi.... akhirnya ...habis jugak cite pertapaan hang kat dusun ek. Tak perlah bertapa pun, yg penting dapat membalun durian sampai jemu. Ke tak jemu lagi?
    Yusuf tak takut ke dengan kepala kijang tu KB...Dulu anak sulung mak masa kecik tertengok kepala lembu terus fobia sampai besar. Nasiblah sekarang ni dah hilang, dah bolehlah makan daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis sudah...tak larat dah cerita ni je kan.
      saya dah jemu dah makan doyan
      sekarang dok pulun sambal tempoyak pulak, jgn jelez

      semua org tak takutlah mak, dah biasa
      yusuf dgn aqil tu, pegang-pegang lagi bulunya tu

      anak mak tu mesti terkejut gamaknya, tu yg fobia sampai besar. mujur dah hilang. masa takut tu, daging pun tak mahu makan ke mak? dasatnya!

      Delete
    2. Mmg terkejut, masa tu dia umur 4-5 tahun kot. Terus tak mo makan daging, tengok daging gantung yg berdarah tu pun ngeri.

      Delete
  9. sedap daging kijang kan. seronok ada dusun camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu saya nak kata sedap ke tak, hana. Masa bulan raya baru ni makan ada liat2 sikit.

      Menumpang seronok dusun pakmertua aja hana.

      Delete
  10. Laa, taknak citer pasal telinga kijang tu ek, tapi xcited lak nak tau, tau..
    Tun dia..penuh durian satu boot mana tak penin dok menghidu dlm kete, tapi akk suka lak bau diyan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer nak cerita tp demi menjaga airmuka watak org yg ada dlm blog ni terpaksalah dirahsiakan, kak azi. Nanti korang gelakkan dia berdekah2 pulak!

      Kalau bau durian tu berlegar2 dlm aircond, fening jugak dibuatnya kak oi.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^