Wednesday, May 21, 2014

Medan Day 02 : Pesta Kawen Bunda

Assalamualaikum

Hai, korang. Haa cerita Medan lagi. Seperti yang dijanjikan saya akan sambung cerita pegi kenduri kawin di Medan. Hari tu dah cerita hari pertama. Hari ni cerita hari kenduri pulak.  Kira ni part #2 pulak. Tapi entri kali banyak beno gambar. Sori lah yek.

Pertamanya, apa yang boleh kami pergi kenduri kat Medan ni adalah sebab ini kenduri terakhir emak saudara suami saya. Dia yang paling last kawin. Jadi, saya nak merasa sendiri macam mana kenduri orang Indon.

Ok, jom start. Awal-awal pagi lagi kami dah bangun, bersiap-siap nak ke rumah kenduri kawin bunda. Pergi jalan kaki  jer. Rumah Pak Syed tempat kami tido tu dekat jer dengan rumah ibu Afni (pengantin). Kadang-kadang saya panggil dia bunda.

Dari jauh dah dengar lagu-lagu orang kawin versi Indon. Macam kenduri kita jugak, guna PA sistem, sebatu lagi nak sampai pun boleh dengar. Tepi-tepi jalan dekat dengan rumah pengantin, ada papan-papan besar, warna-warni berhias dengan bunga-bunga. Jakun sekejap. Ingatkan papan apa. Rupa-rupanya, papan ucapan tahniah dan ucapan selamat kepada pengantin. Kawan-kawan atau sedara-mara yang hantar. Diletak kat tepi-tepi jalan depan rumah. banyak jugaklah, ada tiga empat keping saya rasa.


Ucap selamat tu, lebih kurang cam ni lah......"Selamat Pengantin Baru Nur Afni dan Jemmy"
Saya takde pulak snap gambar penuh papan tuh sebab dulu mana ada niat pun nak tulis blog...Asyik tangkap gambar orang jek.

FYI korang, diorang buat ucapan ni bukan setakat kawin jer, kalau meninggal nak ucap takziah pun boleh. Dan benda macam ni digunakan oleh semua kaum, muslim ke...india ke....kalau kawin, akan hantar papan ucapan macam ni gak. Sama jer fesyen nyer. benda ni pun bukan buat sendiri tapi ditempah. Tak tahu pulak berapa Rupiah.

Waktu kenduri ni, jumpalah sanak saudara...ada yang saya kenal, ada yang tak berapa kenal tapi buat-buat kenal. tee hee.

Sesuatu yang kelakar, anak saya Mira berambut pendek. Dari awal sampai di Medan, ada yang sangka Mira ni lelaki. Hari kenduri pakai gaun, baru tau Mira perempuan, haiiyaa.....aku sangka cowok, rupanya cewek....kah, kah, kah. Lawak-lawak. Yang peluk Mira tu.., atuk dia. Malaysian gak. Diorang datang awal sehari dari kami.

Pelamin dia, hebat kemain lagi!. Dipasang di luar rumah. Ala-ala pentas singgahsana. Lantainya tinggi. Paras-paras lutut orang dewasa. Kalau budak tu jenuh nak memanjat. Waktu malam, sebelum kenduri, orang-orang lelaki yang tak de tempat tido tu...boleh tido atas pentas tu.

Pagi-pagi lagi, jiran tetangga dan tetamu dah ramai yang datang. Majlis mula dengan akad nikah sebelah pagi. Kemudian ada acara bacaan ayat-ayat suci al-quran dan terjemahan. Bukan bacaan dari radio......Adik ipar saya yang baca...haha hebat tak hebat kenduri kat sana. Terjemahan sepupu yang tolong bacakan.

Lepas habis jer bacaan quran, ada pulak ceramah agama oleh pak ustaz. Masa ni boring sikit...dengar ceramah kan? Saya buat dengar tak dengar jer lah sebab tak paham dialek Indon. T_T.

Ini antara tetamu yang hadir. Kalau pegi kenduri kat sana takyah riso atau malu nak pakai baju apa. Toksah pening-pening kepala, baju macam bodo ke, tak matching ke. Tuh, suami saya pakai t-shirt round-neck dengan seluar askar...relax jer. Tapi saya tetap berkebaya dengan tudung bawal. Ececeh.

#1 Kusyuk dengar ceramah   I #2 Keadaan di sekitar rumah kenduri, klasik kan?

Abis ceramah, tetamu dah boleh start makan. Pengantin pulak foto-foto. Ada persalinan dalam pakaian jawa tapi saya tak tangkap gambar pulak waktu tu.

Ewah-ewah, Om Jimmy dengan Bunda. Dah! tetiba kenapa muka putih, tangan itam. Opera cina sungguh make-up dia ! Nampak tak bulu kening bunda dah nak tercabut? Hahaha aduyai....aptb.

Masa tetamu makan, pengantin bergambar-gambar...ada band. Kat sana cakap keyboard. Sesapa nak menyanyi masa ni lah...ko layan lah lagu apa pun. Pastu ada ucap-ucap tahniah. Ada jugak pelawaan "orang malaysia enggak mau nyumbang suara?" Eeee.. tak kose aku. Bukan jenis saya lah nak nyanyi-nyanyi atas pentas tu.

Di Indonesia, kenduri disebut pesta. Pesta kawin diorang ni biasanya dari pagi berlarutan sampai ke malam. memang tetamu tak putus-putus datang. Waktu petang pun masih ada yang datang. Nasik dan lauk memang sentiasa ada sampai malam.

Kami dok di rumah pengantin sampai petang. Makan, tengok orang makan, dok sana, dok sini. Sembang-sembang. Kadang-kadang sembang pon ada yang tak berapa paham. Kena tanya banyak kali, sampai orang pon tension. Itu perkara yang saya dok ulang-ulang sampai ngantuk. Dah tak tau nak buat apa, kami balik rehat ke rumah Pak Syed. Penat siot!

Sebelah siang tak berapa nak ambik gambar sangat. Sebab ada cameraman upahan. Gambar-gambar kami sekeluarga pun banyak dalam kamera dia. Bila dia nak ambik gambar, encik suami pun sama snap-snap gambar. Dia pandang-pandang jer so kami pun simpanlah kamera kami. Biar dia sorang jer yang ambik gambar. Nanti rasa tercabar pulak dia...hahaha.

Tu dia cameraman cina yang fasih berbahasa Indon. Tak tau cakap cina.

****************
Malam lepas maghrib datang balik ke rumah pengantin sebab nak makan, haha. Lapo kot.

Oh ye! lupa nak citer. Lauk diorang ni, lebih kepada sayur, sambal dan sup. Yang saya ingat, ada rendang daging, sambal tempe, pecal dan sup. Pastu tu ada empeng goreng. Ayam-ayam tak mandang. :(. Nasik nya nasik putih aje. Minum air mineral. Dari siang sampai malam lauknya sama jer.

Kenduri diorang ni, pakai caterer. Pakej sekali dengan khemah, bekalan elektrik, pelamin. Ada empat orang yang tugasnya memasak je keje nya. Tapi orang-orang kampung biasanya akan datang tolong. Itu kira macam mana tu, catering ke gotong-royong. Entah, wallahu'alam.

Sambil makan, diorang akan menyanyi, berkaroake dan menari. Poco-poco ko...Pengantin pun take part, ok. Ada benda lawak yang saya nak tergelak, pakai jubah pun boleh poco-poco. Please lah..pakai baju lain.

Last-last saya ngan anak-anak pon terjebak sama. Haish!. Lepas tu insaf terus.

Yang dok tengok orang berjoget pon ada gak. 

Abis joget, tangkap gambar lagi. Berjoget sakan sampai berpeluh-peluh. Panas gila kot, bersesak-sesak atas pentas tu, dah lah pakai kot. Dah, sekarang bukak kot pulak. haha

Yang tudung putih tu mak pengantin. Sebelah tu, menantu dia, isteri Pak Syed.


Emm, macam lah kenduri diorang. Dari pagi sampai larut malam. Tapi kat medan ni, orang kampung dah biasa dan paham. Takde lah diorang marah.

Berjoget lah korang sampai pagi. Joget free. Tunjuk-tunjuk langit lagi. Pukul dua belas malam, kami semua balik. zzzzzzz. 

Terima kasih sebab sudi baca.


Friday, May 2, 2014

Eh! Papa Pun Cari Mama......

Assalamualaikum

Hai..
Salam Jumaat semua. Sudah lama tak update blog dek kerana sibuk memanjang sejak dua menjak ni. Dengan urusan import export, pimpang penport barang online bisnes. Nak hantar pegi german ada training bola kat sana. Lepas tu pulak saya kena jadi pilot suami ke hulu ke hilir bawak dia sebab ada friendly game kat KL, urusan keje dari Perlis hinggalah ke Sabah. Huh, boleh kata bizi nyer, bizi nyer...Ok itu semua tipu, jangan percaya ye..

Saya tak lah sehebat itu ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya hanya wanita biasa. Tugas hakiki sebagai kuli di pejabat dan sebagai suri di rumah sangat-sangat cemburu kan saya untuk membukak dashboard blogger. Tapi hari ini saya gagahkan juga jari-jemari untuk menaip entri pendek sebagai comeback yang dah berminggu-minggu sepi. Ewah, macam bagus jer.... 

Hari ni entri pendek saja.

Sesiapa yang sudah punya anak, mesti akan atau pernah hadapi situasi macam ni....Anak mencari-cari kita kalau kita hilang dari pandangan dia kan? Mesti akan panggil-panggil mama, mama,...mamaaaaa

Kalau kita tak jawab dalam beberapa minit, mesti anak tu akan mula mencari, merengek dan akhirnya menangis....mama hilang.

Benda ni selalu terjadi pada saya...even saya sedang di bilik air tengah mandi, tengah buang air...mesti mencari...dan anak saya akan make sure saya yang di dalam bilik air tu dengan soalan...mama ke kat dalam?...hai macam tu lah anak-anak saya...

Tapi ada satu situasi, yang pada saya sangat mencuit hati saya. yang saya dah lama perasan tapi hanya disimpan dalam hati. Tapi hari ni terlintas di hati nak menulis tentang perkara ni....

Situasi ketika suami sampai di rumah balik dari kerja atau dari mana-mana lah...

Papa : Assalamualaikum...

Anak : Waalaikum salam, yeay papa balik, papa balik..

Papa : MAMA MANA? (soalan pertama apabila kita tidak menyambut kepulangannya) :)

-------------------------------------
Oleh itu, ister-isteri...

Kalau kadang-kadang tak dapat menunggu suami depan pintu menyambut kepulangannya, usahlah risau tidak dapat title isteri yang baik untuk suami kita... Sebab apa saya kata macam tu?

Kerana apa? Sebab dia ada kunci spare, pastu dia boleh bukak sendiri pintu tu.

Lagi satu, suami kita tetap mencari kita ketika dia pulang ke rumah..percayalah..! kalau rasa tak percaya atau ragu-ragu, cuba nyorok belakang pintu dan suruh anak-anak kita sambut kepulangan suami......pastu cuba degar apa perkataan yang akan keluar setelah suami memberi salam dan masuk rumah... hehe

Betul tak suami-suami??
Rasa tak sah kalau isteri di rumah tapi tak nampak depan mata kan??


Terima kasih sebab sudi baca.