Sekarang anak sulung aku sudah hampir 14 tahun. Kalau anak perempuan mungkin sudah matang, agaknya. Jika anak lelaki, tak tahulah nak kata matang atau tidak ye, 14 tahun tu.
Amir, anak aku ini banyak mengikut jejak papa dia. Segala hobi 100%, ikut papa. Papa memancing dia pun suka memancing. Papa bermain bola, amir pun tetap tidak kaki bangku juga.
Malah papa akan galakkan Amir bermain hingga peringkat tertinggi selagi boleh. Tapi ke peringkat daerah saja yang termampu. Namun, setiap petang, Amir akan ke padang untuk bermain bola bersama anak-anak jiran. Kadang-kala, dia mengiringi papa bermain bola hujung minggu.
Sekiranya, balik ke rumah atok di Ipoh dua beranak ini akan ikut atok pula masuk hutan, memburu dan mendaki bukit.
Macam tu lah ye, hobi anak-beranak ini.
Baru-baru ini, kami banyak menghabiskan masa di kampung. Berkebun dan membersihkan dusun yang dah lama tak berjaga. Dusun yang dulunya terang dan cantik sudah berubah menjadi hutan simpan.
Suka makan durian, kenalah rajin kan? Bila nebas sekor tak nampok muka, memang nak kena makan penampor. Itu ibarat sajalah ye. Sapa pulak yang nak menampor.
Ahad lepas, Papa mesin rumput di dusun sambil dengar lagu. |
Baru dapat lesen L - Amir turut mesin rumput juga. ~__^ |
Sabtu lepas, semasa membersihkan dusun dengan atok, mereka buat latihan menembak pula. Atok ada lesen memiliki senjata api. Ke mana saja memang atok akan bawa pistol. Kebetulan bila Amir bertanya, atok beri kebenaran untuk menembak yang sebelum ini, tak diberikan pada sesiapa walaupun anak sendiri.
Bila Amir dapat menembak, papa pun sibuk mengendeng juga dengan atok. Maka, bertelingkahlah anak-beranak ini bergurau senda. Kalau boleh nak tunjuk hebat di mata atok. Sedihnya, semua peluru tersasar. Amir ada lah hampir-hampir nak kena. Papa, langsung hauk! kata Amir.
Bapak borek |
Anaknya rintik |
Malam tadi, Amir tidur di hotel tempat kerja papa. Esok 31 Ogos, cadangnya mereka nak memancing, jadi banyaklah hal nak dibincangkan. Sembang orang lelaki, kata mereka. Sebelum pergi, sudah aku pesan bawa pakaian sekolah siap-siap, nanti papa akan hantar ke sekolah dari hotel saja. Lepas makan malam, mereka bergerak ke hotel tanpa aku check dulu barang-barang Amir. Lagipun, dah besarkan. Pandai-pandailah bersiap.
6.25 pagi tadi si anak bertuah ni mesej beritahu neck tie dengan tali pinggangnya tertinggal. Lepas hantar adik-adiknya Amirah dan Daniel ke sekolah, aku terus menuju ke hotel menghantar barang yang tertinggal. Tak ada kelibatnya. Aku pun pergi ketuk-ketuk pintu bilik papanya. Amboiiii, sedang elok anak beranak ni melingko-lingko atas katil. Mandi pun belum! Nak ikut jejak papa juga gamaknya, masuk kerja pukul 9, 10 pagi nanti.
Berkicaulah mulut mama dia, disuruh mandi, bersiap. Bila dah siap mandi, boleh pulak tanya baju mana? Aduh! pakaian sekolah, beg sekolah, semuanya ditinggalkan dalam kereta papa, nak mama juga yang ambil. Kasut sekolah tertinggal di rumah. Bertambah-tambahlah, kicau mulut aku ni dah macam burung murai!
Mujur, Yusuf baik-baik saja pagi tadi, tak buat perangai dalam kereta.
Dah bersiap, patah semula ke rumah mengambil kasut sekolah. Aku merempit ye, macam pemandu F1 tu. Bila aku bising-bising, mama dia pula dipersalahkan kerana lambat sampai ke hotel. Dia dan papa tak salah agaknya ye, sudah 7.10 pagi masih melingkar-lingkar. Stress aku dibuatnya!
Walaupun merempit bagai nak rak katanya, sampai depan pintu pagar sekolah dah pukul 7.30 pagi. Melangkah saja ke kawasan sekolah, namanya kena catit lewat, dan kalau tak bernasib baik kaki kena rotan.
Tahun lepas, dua kali Amir kena rotan kerana lewat. Ingatkan tahun ni, bolehlah pecah rekod. Nampaknya, terlewat juga sehari.
Amir, Amir, kecik lagi rupanya T__T

Eh! tetiba muka Daniel pulak |
Selamat menyambut kemerdekaan dan selamat bercuti kepada yang bekerja.
Pagi tadi datang takda entri baru lagi. Rupa-rupanya tengah menaip entri ya ~_^
ReplyDeleteKalaulah Amir ni anak saya, memang takda canlah nak belajar menembak. Pegang peluru pun tak boleh. Pistol apatahlagi. Bukan anak sahaja, suami pun saya tak benarkan. Nanti peluru tersesatlah, peluru ter-reverselah, banyak masalah ^_^ Memang give uplah anak dan suami kalau saya dah mula masuk campur hobi mereka dengan hujah-hujah yang bernas...
Saya dok bayangkan macamanalah kalau KB marahkan anak-anak bila kena situasi macam ni ya. Kalau saya ni, sama kecoh mulut dan anggota badan yang lain!
Betullah tu MD, kena tunggu kena habis kerja dulu baru boleh fokus blog. Lmbt sikitlah kalau sibuk!
DeleteOh, Saya tak boleh nk masuk campur hobi depa ni. Nanti suami potpet potpet, saya pulak yg stress. Diam dan tengok aje lah. Bab2 keselamatan suamilah yg pantau dan bertggjwb.
Hihi, saya ni kan MD mulut saja bising, anggota badan xde kecoh pun tp anak2 tak takut. Kalau suami, berdehem aje anak2 dah gerun.
Suka akak tengok Amir ni ,lasak...semua boleh ikut spt ayah dia.Anak2 akak walaupun duk kg ,pegang cangkul pun tak pandai.
ReplyDeleteYalah akak dapat bayangkan bagaimana lah KB tangani masa2 kalut mengejar masa ...mesti pot pet pot pet kan...hihii jgn marah KB :-).
Amir ni dr kecik dh biasa lasak, kak. Anak lelakilah kata kan.
DeleteHihi takde marahlah kak. Mmg tiap2 hari potpet potpet.
Dah nama anak lelaki, kak. Terkadang dah besar panjang, mau taknya, masa nak jalan jauh, kita ni jugak kena selongkar balik beg dorang, tengok lengkap ke tidak.. paham sangat keadaan macam ni sbb SB pon ada anak sebaya umo dengan anak kak KB
ReplyDeleteOh SB ada anak baya ni ye. Tu lah kan, kalau tengok pada gayanya mcm dah boleh urs diri. Rupa2nya masih nk harap pd emaknya juga siapkan segala benda.
DeleteAmir ni kira rajin tau KB....yelah maknya kan rajin mestilah anaknya ikut ek....Sebab apa tau mak cakap gini, ialah umur baru 14 tahun tapi dah biasa buat keje keje kebun cenggitu. Keje keje gini orang yg lasak je boleh buat tau KB....
ReplyDeletePergh...ni yg mak ngeri ni, Puan Ibuk dahlah ketua sekolah, suaminya pulak ketua balai hohoho....Menantu tak taulah ketua apa pulak hihi
Mak ni jgnlah puji2, nti saya tergamam, tak tahu nak balas komen.hihi
DeleteAmir tu kalau betul2 rajin, saya dh senang byk dah. Dia rajin yg dia minat je. Cuba mintak dia kemas bilik ke, cuci baju ke, mahu 2,3 kali bertempik baru dia ingat nak buat! Itu baru teringat belum buat lagi.
Tak payahlah mak nak ngeri2 ye. hihi. Jauh panggang dr api mak meneka. Takde kena mengena dgn balai lah mak.
Menantu dia kepala singa, hari2 rambut kembang sbb stress katanya! hahaha
Selamat malam Kb
ReplyDeleteDah malam baru sempt singgah sini
Siang hari asyik dok mengulit cucus je
Biasalah kan anak lelaki mesti kena lasak sikit
Kang kalau lembut susah tu kann
ye lah kaknoor busy jaga org pantang sekarang kan.
Deleteulit2 cucu lagi tu, hehe
betul tu, anak lelaki mestilah kena lasak
kalau lembut kang, kena buli pulak, lagi teruk!
Suka akak tengok Amir ni ,lasak...semua boleh ikut spt ayah dia.Anak2 akak walaupun duk kg ,pegang cangkul pun tak pandai.
ReplyDeleteYalah akak dapat bayangkan bagaimana lah KB tangani masa2 kalut mengejar masa ...mesti pot pet pot pet kan...hihii jgn marah KB :-).
rajinlah amir boleh tolong2 baut keje macam tu..
ReplyDeleteohoii kak kalau saya pun tengok keadaan macam tu memang berkicau murai tercabut ekorlah dibuatnya, pagi semalam dan pagi tadi memang berkicau-kicaulah si murai tercabut ekor ni kak anak2 punya pasal nak bangun tidur pun susah..huhh geram kita dibuatnya
amir, kalau bab2 tu mmg terlajak rajin.
Deletehahaha, macam murai juga ye, pagi2 hari. samalah kita. hehe
Enjoy je ye smbil mesin rumput smbil dgr lagu hihi
ReplyDeletedua dalam satu sebenarnya dik, dengar lagu lebih baik daripada dengar bingit enjin mesin, T__T.
Delete