Friday, September 30, 2016

Bersiar Di Laman Budaya

Assalamualaikum

Entri tertunggak lagi.

Kami ke taman permainan semasa cuti sekolah minggu yang lalu.

Sungguhlah apa dikata, kalau membawa anak ke taman permainan apa lah yang hendak diceritakan. Sama saja aktivitinya - bermain. Sudah diperam berminggu pun tak bercambah juga buah fikiran nak menulis! 〒_〒

Kebetulan Aidiladha jatuh dalam minggu cuti sekolah, maka ramailah umat manusia di bandar diraja KK ni. Balik kampunglah tu.

Ramainya ya ampun!  Sampaikan nak mencari parkir pun payah. Melilau mata cari parkir kosong tetapi tak mandang! Solusi terakhir, kami parked kereta di tempat kerja papa dan berjalan kaki ke taman. 

1# Di hadapan tempat kerja papa. Nak ke taman kena lintas ke seberang jalan.
#2 Kami dah melintas, sedang menuju ke taman
#3, 4 Sudah sampai, Yusuf tak mahu dipimpin, nak jalan sendiri. 


Kali ke-2 Yusuf datang sini. Kalau dulu tak berapa reti nak bermain. Sekarang dah berjinak-jinak dengan taman nampaknya. Walaupun muka macam blur saja tetapi kakinya tak kaku di satu tempat. Dia dah pandai berlari-lari nak itu-ini.

Sebaik sampai, mereka naik jongkang-jongket dan buaian dulu. Orang ramai ya, susah nak main apa yang dimahu. Main redah ajelah mana-mana yang kosong. Gambar #4, mama pun tumpang sekaki naik jongkang-jongket di belakang Daniel. ^_^


Hah!  yang ini paling si kecik ni suka. Asyik naik-turun-naik-turun aje kerjanya. Mujur bawa 'pembantu', tolong tengok-tengokkan Yusuf! 

Bila kakak-abang pun nak menggelungsur nun di tempat tinggi, tinggallah dia dengan mama. 

Main buih

Selain bermain taman, kami main buih sabun juga. Apa istilah main buih ni ya? Mama mereka tak tahu! 

Bila angin kuat, si penjual sengaja meniup buih banyak-banyak dan terbang meratalah ia. Jadinya,  si Yusuf asyiklah terkejar-kejarkan buih. Si kakak dan abang pula tak habis merayu-rayu. Belilah, belilah.... 

Dah begitu keadaannya, mama pun pergilah membeli. Harga - bekas kecil RM3, besar RM5.


Kami beli 2 bekas kecil. Itu pun berjanggut nak memghabiskannya. Kalau ikut kata hati, nak libas shawl saja. Tak kuasalah nak beli sebab penjual tu guna sabun pencuci Joy saja. Eh! sendiri pun boleh bikinlah. Tapi bila pulak nak membuatnya. Semedang aje tak cukup masa, kan. ^o^

Janji anak-anak gembira sudahlah. Si adik belum pandai main. Dia suka kejar nak tangkap buih aje. 

Hahaha, ini 3 orang budak mahu pergi berlayar! 

Dah penat main kami baliklah. Jika diturutkan, Yusuf tak mahu balik. Letihlah, udah ler berjalan kaki.... 

Oh ya! lupa pulak nak cerita. Tajuknya Laman Budaya kan? Sama saja sebenarnya. Orang tua sebut taman kanak-kanak, yang muda panggil taman permainan. 

Kemudian, MPKK upgraded nama jadi Laman Budaya. Ada signage dari lorong depan. Takdelah nak bergambar di situ ya sebab kami datang dari arah lain. 

Selamat berhujung minggu dan selamat tahun baru 1438! 

Cuti ni berjalan ke mana, kome? 




p/s: dalam kata idea tak bercambah, panjang pulak entri ni ya. Tengoklah jam berapa aku mengarang. Sebelum tulis ni tadi, aku merebus telur untuk Amirah. Dia ada pertandingan memasak di sekolah bagi subjek RBT. Pukul 8 pagi ni, aku nak jeritkan Amir, dia ada selection hoki peringkat daerah. Daaaa.....






Wednesday, September 28, 2016

Kampung Halaman: Jalan-Jalan Tepi Sungai

Assalamualaikum

Cerita tertunggak.

Hari raya Aidiladha, kami adik-beradik perempuan semua ada di rumah emak. Adik-adik lelaki, di rumah mertua. Mana yang dekat, malam baru tiba. Yang mana mertuanya jauh, tak ada lah. Petang itu, tak tahu apa nak buat, kami jalan-jalan di tebing Sungai Perak.


Dulu, waktu aku kecil-kecil tempat ni boleh turun mandi. Jernih saja airnya. Sesetengah tempat masih boleh nampak pasir dan batu. Aku dan adik-adik pun rajin mandi sungai dan acah-acah berenang. Tapi hairan, dah besar panjang, tak pandai berenang!

Malah, zaman emak aku muda remaja, inilah tempatnya untuk mandi dan mencuci pakaian kerana bilik airnya di atas sungai.

Kalau nak 'melepas', bertenggong aje. Terus tinja jatuh ke dalam air. Kemudian, anak-anak ikan pun berenang-renang menghampiri untuk 'mencari sesuap nasi' [hihi, faham ke?].


Sekarang, keadaan sudah berubah.

Sungai sudah dalam dek kerana aktiviti mengepam pasir sungai. Janganlah cuba-cuba nak terjun mandi. Risau, terjun-terjun, naik dah arwah!

Selepas taukeh pam pasir stopkan aktivitinya, tempat ni jadi lubuk memancing. Sampai sekarang, berpusu-pusu orang datang, tak tahu dari mana. Setiap hari siang malam, ada saja kenderaan keluar masuk. Termasuklah suami aku pun sama naik memancing juga di sini.

Waktu kami ke mari pun berderet joran terpacak. Malas nak menyibuk dekat pemancing-pemancing tu, kami naik bot saja lah.

Di situ juga, ada sangkar ikan tilapia. Kalau nak makan ikan fresh, belilah dari penternak di sini.

Oh ya, terkenang semasa dahulu...waktu kenduri kahwin aku, salah satu menunya adalah ikan tilapia goreng cicah air asam. Ikan-ikannya dibawa segar dari sangkar tau! Jenuh jiran-tetangga menyiang ikan pagi-pagi tu. Aku, intai jer di sebalik langsir kamar..^_^.


Dah nak senja, maka kami pun beransur balik. Jalan kaki saja sebab depan rumah aje kan. Sebelah kanan tu, ialah sungai. Tapi tak nampak pulak!














Ini pun satu kepelikan. Bujang comel ni takut naik bot. Takut, takut, sesaja. Tengoklah muka dia, berkerut-kerut. Tak tahulah apa yang dia takutkan sangat. Lagi dia takut, lagi mama dia bawa naik!













Pass The Baton....

Assalamualaikum

Hai! hari ni KB kembali bersiaran. Aku ada aje kat sini ya, tak ada muntah-muntah....T___T.. Amboi bukan main lagi kome ye, Asal baru sehari dua senyap, macam-macam ayat keluar. Nanti ye, nanti!

Cuma aku nak termuntah busy buat kerja sejak dah tukar bos baru ni. Takut pun ye juga. Semalam sedang aku khusyuk buat kerja, tiba-tiba beliau datang masuk bilik....sambil-sambil berdiri di depan meja, terus saja menjenguk ke pc sambil bertanya...

Kak buat apa tu?

Auw! kantoilah ahkak, kalau tengah meng'update blog!

Sebenarnya kerja ad-hoc sudah pun dihantar tengahari Isnin lalu. Selepas itu, datang pula kerja lain...bertimpa-timpa pulak! Lepas satu, satu.....nak buang air pun ahkak tak sempat tau.....Tapi,  tak apa...pandai-pandailah KB mengaturnya nanti. Psst, psst, hari ni boss mc, demam katanya.



Hari ini kita sembang hal baju ya.  Ingat tak kisah menyelongkar rumah di hari cuti dulu? Sampai aku terjumpa semula khazanah lama tuu...

Al-kisahnya, almari baju si bujang comel Yusuf pun kena selongkar juga. Habislah, satu laci pakaian dia yang kecil-kecil sudah mama keluarkan. Sudah tak muat dipakai, makanya tak perlulah disimpan buat khazanah. Kalau bercampur-aduk, buat menambah pening kepala aku saja bila nak mencari pakaian si Yusuf ni.

Tambahan pula, kalau diminta kakak/abang si Yusuf ni mengambilkan pakaiannya, aduh lagi pening kepala. Selagi tak jumpa apa yang dihajati, selagi itulah baju dan seluar digaul sebati. Pengsan mama nak kemas semula! Itu pun kalau rajin. Kalau malas, pasrah aje lah Yusuf tidur pakai baju lain, seluar lain...haha

Aku sudah lama sangat nak kemas tapi asyik tertunda saja. Cuti umum minggu lepas barulah ada berkesempatan. Maklumlah, tak pergi jalan-jalan makan angin. hihi


Baju Yusuf yang dah tak muat dipakai

Selesai memunggah, barulah boleh menarik nafas lega. ^_^ Kalau tak, hari-hari sesak nafas dan sakit mata aku tengok. Nak mencari baju pun siksa!

Kebiasaannya, pakaian ni semua aku hantar ke rumah emak. Letak di situ untuk 'pass the baton' kepada adik-adik yang bakal beranak pula.

Kebetulan, cucu ke-19 akan lahir Oktober ni. Jadi aku berikanlah pada ibu dia. Kiranya, selamatlah wang ringgit adik aku daripada berbelanja besar untuk baby ke-3 nya nanti. Tapi, katanya macam ini pula...

La, kenapa tak beritahu awal, orang dah beli banyak dah!

Eh eh, macam tak biasa pulak cucu-cucu pak Mail semuanya faraid baju sesama sendiri! Dalam pada ayat begitu yang keluar, dia ambil juga kesemuanya. Sajalah tu...mengayat kakaknya. Ngengada!

Kain lampin, selimut dan mainan
Siap pakej dengan benda-benda kat atas tu sekali aku hantarkan pada adik aku. Napkin dan hoodie blanket tu dah turun-temurun. Yang asalnya milik Amir pun ada. Kalau diperhatikan, sudah tak ada corak-corak tu di pasaran sekarang. Waktu Yusuf guna di taska/pengasuh dulu, baby-baby lain semua sefesyen saja. Yusuf punya saja yang 'rare' tau!

Mainan Yusuf keting-keting tu pun sekali harung aku hadiahkan. ^_^.

Nostalgia - Pakaian Amir

Yang ini lagi rare ya.

Alah membeli, menang memakai. Semua pakaian di atas tu adalah baju-baju Amir. Ada yang aku beli sebelum Amir lahir lagi. Sudah ramai cucu-cucu atok yang pakai termasuk adik-adik dia sendiri.

Semasa aku mengandungkan Yusuf, perkara yang sama 'pass the baton' ni berlaku. Terharu aku, bila tengok antara baju-baju Amir ni ada lagi sampai sekarang.

Yang coklat dengan kasut tu pula adalah pakaian raya pertama Amir. Sudah jadi bahan sejarah. Patutnya, dah boleh dibingkaikan ya, gantung dalam bilik dia....hehe

Korang ada ke buat pass baton macam ni?









Friday, September 23, 2016

Hep! Hep! KB Tengah Sibuk Ni...

Salam Jumaat...

Lepas balik dari out-station kelmarin, aku sudah kembali sibuk ya. Maka, blog mengalami siaran tergendala sementara waktu demi tuan blog memberi keutamaan pada tugasan hakikinya di pejabat. 

Semalam pun, sudah celam-celum di pejabat dek sibuk mengisahkan hal-ehwal anak-anak.

Pagi-pagi lagi sudah keluar ofis kerana membawa Yusuf ke klinik untuk check-up 18 bulan. Petangnya pula menghadiri majlis bacaan Yasin di kelas KAFA untuk UPKK Amirah. Letihlah teman sehari dua ni!

Nak mengharapkan papa mereka pun, susah juga kerana dia kan spesis yang busy memanjang. ^__^.

Malam tadi, aku hampir-hampir menjadi 'si burung hantu' seperti MD, tapi tak terdayalah. Baru ajer pasang niat, sudah tak lalu menongkat mata. Tidur ajerlah, yang baiknya kan.....hehe

Ok, lah ye, aku nak sambung buat kerja. Sehingga bertemu di lain minggu, assalamualaikum!



"Mama kita sibuk"


Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang! T____T













Wednesday, September 21, 2016

Oh My Cross-Stich!

Assalamualaikum

Fuh! Aku baru jer sampai ofis. Pagi tadi ada kerja di Ipoh. Penatnya lahai...

Hari ini kita bercerita kisah diri sendiri pulak lah yer. Asyik cerita hal anak-anak saja, nanti Mak ambil kisah pulak, hihi...[jangan marah, Mak ^_^]

Minggu lepas, aku kan bercuti seminggu. Dua hari di rumah emak sempena hari raya dan selebihnya membuang masa di rumah saja. Tak berjalan makan angin pun sebab encik papa KERJA.

Namun, istilah membuang masa aku tu, dimanfaat sepenuhnya menjadi suri di rumah. Apa yang disimpan, sengaja diselongkar untuk dikemas semula. Mana yang dah kotor berhabuk, dibuka dan dicuci. Memanglah kan, tak ada kerja, mencari kerja pulak!

Buat kerja ni, bukan seorang diri, tetapi dengan satu-satunya anak dara di rumah tu. Anak bujang besar dan bujang kecik mengikut papa mereka. Cuti sekolah melepak dengan papa ajer kerjanya, walaupun katanya papa kerja. Bujang comel saja dengan mama.

Maka, anak yang ada di rumah paksa-relalah kaedahnya menolong mama kerana bab memanjat untuk tukar langsir kenalah orang yang lebih muda, gitu....haha.

Sambil menyelongkar almari untuk mencari langsir, aku terjumpa kain cross-stich yang dah berkurun tersimpan. Zaman tok kadok punya hasil kerastanganku.

Di zaman bujang trang tang-tang dulu, aku rajin bebeno jahit cross-stich. Asal balik kerja mengadap benda alah ni. Banyak jugalah yang terhasil. Yang satu ini, asalnya di rumah emak. Framenya dah pecah dan emak beri untuk buat bingkai baru.

Tapi al-maklumlah, dah kahwin ni, bila diberi buat bingkai pun, rasa malas aje nak ke kedai. Kalau simpan tu, terus buat khazanah harta karun!

Nak tengok ke kome oii?

Nah!
-
-
-
-
-





Amacam? Kreatif tak I dulu-dulu. 

Mira tanya, betul ke mama yang jahit ni? Hah, kalau minta mama dia tunjuk skill jaman sekarang ni, alamat anak-anak tak makanlah jawabnya...asyik men'cross-stich ajer nanti, siang-malam. Habislah!











Tuesday, September 20, 2016

Mandi Kolam Lagi

Assalamualaikum

Hari ini cerita mandi lagi. ~__^. 

Cuti Aidiladha, encik papa bekerja. Maka, kami melepak di rumah emak. Tidak juga balik ke rumah atok di Ipoh. Di rumah emak pun hanya duduk rumah saja kerana atok terlibat dengan acara korban.

Sebelah petang, adik aku mengajak anak-anak saudaranya mandi di Kolam Renang KK. Aku tak pergi pun. Sangkaan aku mestilah kolam tutup kerana cuti umum tapi rupa-rupanya buka.

Jomlah tengok aksi dan gaya mereka mandi kolam. Tengah minat bermandi-manda, balun lah kome, selagi mahu yer........T_T.



Tukang bawak budak-budak ini pun, berendam di kolam budak.



 Selamba dia ajer tak payah pakai baju. Ingat swimming pool di rumah sendiri, ke apa?
Mujur tak kena hambat dengan pakguard.



~ Lima sepupu dari tiga orang emak ~

Yusuf tak ada lah sebab aku tak pergi. Amir pun tak mahu ikut. Hanya kak Mira dan Daniel saja yang pergi dengan sepupu-sepupu mereka.

Habis tu, siapa yang mengambil gambar? Oh! sudah tentulah bukan aku ya. Adik aku yang memetik kamera. Itu, isteri kepada si tukang rendam kat atas tu, hihi T__T



Ok, itu saja nak gebang. Tak boleh panjang lebar. Sekarang ni, aku sudah ada bos baru. Beliau suka merayau ke work-station staff, katanya. Maka, kena selalu berhati-hati dalam membuat kerja sampingan ini. Bye (n_n)













Monday, September 19, 2016

Mandi Air Lata Yang Sejuk Bedi

Assalamualaikum

Marilah aku nak bercerita kisah hujung minggu kami. Petang Sabtu lepas, Yusuf, kak Mira dan mama mereka melepak di rumah. Sambil-sambil kami tengah 'bermain' dalam rumah, Pakchu encik papa dan anak-isterinya yang tinggal di Kuantan datang bertandang. Oh, terkejut aku! Dah lah anak saudaranya [encik papa] tak ada di rumah - pergi main bola di Ipoh bersama Amir.

Apa lah yang hendak digebangkan kerana aku bukannya pandai beramah-mesra. Lainlah kalau si suami ada sekali kerana I is pendiam orangnya, hihi ^__^. Mereka sekadar singgah bertandang saja dan menumpang solat sebelum meneruskan perjalanan ke kampung. Lagipun orang yang nak ditemui tak ada.

Ke kampung, aku diajak mengikut sekali, kebetulan Daniel pun ada di kampung juga bersama sepupu-sepapatnya. Dah dapat 'lampu hijau' dari suami, kami bergerak balik kampung. Encik papa dengan Amir pun dari Ipoh terus saja ke kampung untuk berjumpa dengan Pakchu kesayangannya.

Malam tu kami semua tidur di kampung - rumah Makchik. Hoiiiii...alahai memalam di rumah Makchik wajiblah ada 'gebo' sorang satu. Nanti meringkuk tidur dalam kesejukkan lah jawabnya kalau tak berselimut. Sejuknya sungguh tak terkata ya. Bagaikan tidur dalam aircond bersuhu negatif berapa entahlah. Bukan kerana aku yang tulang tak ada isi ini tetapi encik papa yang bertubuh sado itu pun tak tahan sejuk kampung. Nak saja aku menyondol masuk bawah ketiak encik papa sebab sejuk sangat. T__T.

Keesokkan hari, nak mandi pun tak sanggup di waktu subuh sepi'e. Sejuuuk!! Mahu menjerit-jerit umpama dicurah air dari peti ais ke badan. Sumber air di kawasan rumah Makchik ni dari air lata/ air gunung.

Tambahan pula, encik papa dah berjanji nak bawa kami budak-budak ni mandi lata. Maka, anak-anak aku campur sekali sepupu mereka [anak adik suami] pakat-pakat tak mahu mandi pagi sampai lah ke tengahari.

Aku pun sama jugak lah kaedahnya. tak mandi pagi hahaha....tapi janganlah kecam sembarangan pula. cuci muka dan gigi tetap ku gosok ya.

Lepas makan tengahari dan solat zohor, semua dah mengelupur nak ke sungai. Bising! Sapa yang berjanji kenalah tunaikan walaupun letih baru balik dari menebas di kebun, katanya.

Bila sebut aje, jom!....semuanya angkat beg pakaian dan tuala. Tengok, semua sudah get ready, tunggu diajak saja.

Dalam kereta, Yusuf asyik mem'bye-bye' orang.

Byeeee, nak ndi ngaiiii.

Suka sangatlah tuuu. Sampai sungai, dia yang terketar, ketar, akuuuut.....akuuuut.

Yang lain, menggelitis sorang-sorang debus, debus, terjun sungai. Airnya sejuk juga, tapi mandi sungai punya pasal, tetap diterjuni.



Air lata yang sejuk tapi tetap nak mandi juga.


Gambar mandi tak ada lah ya sebab tuan blog pun berdebus terjun juga! ~____^.


p/s: hari ini first day kerja setelah seminggu jadi suri di rumah. Syok betullah duduk rumah, rasa malas nak masuk office. Tambah-tambah pagi tadi hujan, rasa nak jer tarik selimut panjang-panjang. Tapi apa boleh buat, cuti sudah tamat. 












Tuesday, September 13, 2016

100 WISH List Before I Die

Assalamualaikum dan salam Aidiladha!

Sebagai pembuka bicara aku mengucapkan terima kasih kerana kesudian Kakzakie mengtag aku untuk entry ini. First time tau, aku kena tag macam ni! Terkial-kial jadinya, apalah yang hendak ditulis, kalau sampai 100 impian tu! 

Sebenarnya, minggu ini aku cuti hingga Jumaat nanti sempena Aidiladha dan cuti sekolah. Namun encik papa totap kerja, kerja dan kerja. Jadi, waktu ini aku sedang menaip dari bilik hotel bersama anak-anak yang sedang nyenyak tidur. Baru saja habis menonton filem Ahmad Albab bersama Amir. ^_^ Tadi juga aku telah terminum kopi menyebabkan mata aku tak mahu lelap. Oh susahnya nak tidur!.

Makanya, marilah membaca 100 impian KB yang bakal digarap ini. Mampu atau tidak sampai ke-100 tu, belum tahu lagi ya. Tapi demi menyahut tag kakak yang dihormati, menghargai rakan alam maya dan memeriahkan lagi suasana berblogging, akak tulis apa yang termampu ya dik nhhas! 

Sebelum tu, 2 perkara aku nak highlight kat sini:-
1) Ini entri ke-100 KB bagi tahun 2016 dan
Adakah ini suratan atau kebetulan? ^o^

Kalau ditanya, sebelum aku menutup mata, apakah impian yang hendak dicapai? Tentulah tak terkata banyaknya!

Semasa bujang dan belum berkahwin sudah tentu mengimpikan kejayaan dalam belajar, mempunyai kerjaya, menikahi kekasih pilihan hati dan menimang cahayamata bersama suami tercinta. 

Sesudah itu, impian sekarang hanya tertumpu kepada anak-anak kesayangan hati selain tidak lupa juga diri ini masih sebagai anak dan isteri.

Oleh yang demikian, 

1) aku sebolehnya ingin menjadi insan yang mampu membahagiakan orang-orang tersayang sepanjang hayat mereka.

Ingin sekali menggembirakan hati emak dan bapak, membalas jasa mereka selagi mereka masih bernyawa.

Menjadi isteri mithali kepada encik papa kerana syurga di telapak kakinya. 

Membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tanpa ada anak yang merasa tersinggung dan terpinggir dengan tindak tanduk mama mereka. 

2) mempunyai kecukupan masa untuk merasa lebih kualiti bersama anak-anak dan suami. Kerana selama ini aku selalu terkejar-kejar, patah pinggang tercabut lutut dan basah ketiak dibuatnya seperti tak cukup 24jam! 

3) ingin juga rasanya mendapatkan khidmat seseorang yang boleh membantu serba sedikit hal-ehwal kerjarumah. ⊙_⊙....Kalau dapat seorang pembantu rumah yang baik, alangkah indahnya! Seperti dunia ana yang punya. haha... 

4) mempunyai keberkatan dan kelebihan rezeki supaya aku sentiasa mampu membantu orang lain yang memerlukan. Di samping, sedaya upaya mengumpul harta dan aset untuk diwarisi seolah-olah nak hidup selamanya!

5) dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak membesar di depan mata, mendoakan  kejayaan dan kebahagiakan mereka. Moga-moga keempat-empat anak mempunyai masa depan yang baik dan mempunyai pasangan hidup yang baik-baik juga.

6) Diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah kepada Sang Pencipta seolah-olahnya esok dah nak meninggal.

7) Melangsaikan hutang-piutang supaya tidak membebani keluarga yang ditinggalkan. Biarlah mati meninggalkan harta daripada meninggalkan hutang sekeliling pinggang. 

8) Menunaikan rukun islam yang ke-5 bersama encik papa dan keempat-empat anak. 

9) diampunkan segala dosa oleh Allah swt. 

10) dalam masa terdekat ini, teringin bebeno 'periuk noxxa' sebab boleh memasak sepantas kilat, katanya. >____<

Itu je yang terfikir setakat ini ya adik nhhas. Akak tak mampu nak fikir jauh lagi. Dah awal pagi ni!

"andai kutahu kapan tiba ajalku, ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku. Andaiku tahu, kapan tiba masaku, ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku"
*tetiba teringat lagu ini*

Masa depan kita belum tentu
tetapi 
impian itu boleh dilakar...
betul ke tak? 


p/s: aku tak tag sesiapa. Mana-mana sahabat yang ingin meneruskan entri ini dipersilakan berbuat demikian.

Sekian, terima kasih.












Friday, September 9, 2016

Tetiba Terimbau Kenangan Silam Pulek Dah!

Assalamualaikum

Pagi tadi semasa dalam kereta hendak menghantar anak-anak ke sekolah, kami berselisih dengan seorang anak jiran yang berjalan kaki sambil memimpin basikalnya hendak ke sekolah juga. Walaupun taman yang sama, aku tak berapa rapat dengan keluarganya kerana tinggal di Persiaran 4, manakala kami di Persiaran 2. Taklah jauh sangat sebenarnya, tapi disebabkan tak pernah merayau ke situ, rasa jauhlah ya. Ye lah, makpak masing-masing bekerja, habis kerja, menguruskan hal-ehwal rumahtangga pula, tak sempat pun nak bergebang bawah pokok mangga depan rumah!  -__-

Pun begitu, aku tahu serba sedikit cerita tentang keluarganya dari Amir. Setiap petang, mereka sering bermain bola sepak di padang dan selalu juga bersama ke surau di waktu maghrib. Pagi tadi, Amir bercerita mengenai bapanya yang membuat hati aku luluh.

Bapanya kini sedang dirawat di hospital Johor [tak tahu daerah mana] baru saja tersedar dari koma kerana pendarahan otak. Aku tak pasti lah ya kenapa jauh sangat tercampaknya sampai jauh nun di Johor sana. Emaknya juga berada di Johor menemani bapanya.

Adik-beradiknya sepuluh orang. Yang sulung sebaya Amir, 14 tahun dan yang bongsu sebaya Yusuf, satu setengah tahun. Cuba bayangkan lah ya bagaimana. Aku hanya ada dua orang di antara sulung dan bongsu. Tapi makpak dia ada lapan lagi anak selain yang dua ini.

Lebih menyayat hati, apabila sudah bangkit dari koma, bapanya hilang ingatan dan tidak mengenali sesiapa. Apatah lagi, kejadian yang lepas-lepas pun, tak mampu diimbau semula. Aduhai, sedihnya rasa hati ni. 

Buat masa sekarang, yang kecil-kecil telah diambil-alih oleh emak saudara sementara ketiadaan ibubapa mereka. Manakala yang bersekolah, tinggal bersendirian di rumah menguruskan diri masing-masing. Sebelum ini, adik-beradik ini memang sudah dilatih berdikari menjaga adik yang kecil ketika emak mereka bekerja. Tapi situasi kali ini mungkin berbeza kerana ibubapa mereka berjauhan dan tak akan balik dalam masa sehari dua ini. Tak tahulah ya, macam mana keadaan makan minum mereka. Lagikan pula, kita akan menyambut hari raya korban tak lama lagi. Hari ini pun hari terakhir sekolah, mungkin semuanya akan ke rumah emak saudara agaknya. Kasihan juga bila dikenangkan!

Semasa memandu kereta pagi tadi, fikiran aku melayang-layang mengenangkan nasib anak-anak ini.

Dalam pada itu, aku tiba-tiba boleh pula mengimbau kisah silam. Enam tahun yang lalu, suami aku, pernah koma akibat komplikasi oksigen tak sampai ke otak dan kesukaran bernafas. [aku tak tahu perkataan tepatnya apa]. Doktor suspek Lapto [kencing tikus] atau H1N1 kerana ada symptoms yang sama.

Semasa menghantarnya ke wad kecemasan HDKK di waktu tengah malam, keadaan suami normal sahaja cuma agak semput kerana susah bernafas. Pada mulanya pemeriksaan di zon hijau, membawa ke zon kuning dan akhirnya ke zon merah (kritikal). Aku pada ketika itu yang sentiasa berada di samping suami diminta keluar dari bilik.

Tunggu, tunggu dan tunggu. Punyalah lama rasanya ketika itu, masih tak ada khabar berita. Sengaja aku menjenguk di sebalik tirai tempat suami berbaring. Masa tu, aku sangat terkejut sebab suami sudah tidak sedarkan diri dan memakai alat bantuan pernafasan!

Bila aku bertanyakan pada nurse di situ, katanya...'kalau dah macam ni, biasanya tak ada harapan lagi'. Saat itu aku rasa separuh nyawa sudah melayang! Tak tahu apa perasaan, nak pitam?, pengsan?, meraung?......entahlah ya. Sorang-sorang mengadap suami yang sedang baring bernyawa tapi kaku. Mulut dimasukkan tiub pernafasan. Badan berselirat dengan wayar-wayar. Anak-anak di rumah dengan emak. Sedih ya, kalau dikenang-kenangkan!

Kemudian, suami dihantar ke HD Taiping dengan ambulans. Aku pun turut serta mengiringi. Semasa berseorangan di Taiping, barulah aku terasa sayu teringatkan nasib yang menimpa. Apa akan terjadi pada anak-anak kalau sesuatu yang buruk berlaku pada papa mereka. Air mata berjujuran tak henti-henti. Doktor yang memeriksa bersilih ganti. Kemudian, masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini, seorang doktor perempuan berbangsa india memberitahu aku, harapan suami hanya 50-50. Tahu apa jadi selepas itu? Aku melulu ke bilik air dan meraung sepenuh hati. Rasa dunia sudah gelap, tidak berguna lagi. Nak buat apa pun dah tak sanggup.

Lapan hari di bilik ICU. Jika melawat pun, hanya dapat melihat dari pintu cermin kamar sahaja. Sepanjang tempoh itu juga aku terpaksa bekerja kerana tuntutan tugas. Tambahan pula, jika bercuti pun tidak ada peluang untuk menemaninya di sisi.

Ketika di pejabat, apabila ada officemate bertanya dan mengucapkan perkataan 'sabar', cepat sangat airmata ini turun. Mereka kata aku kuat. Sebenarnya, tidak. Cuma, demi anak-anak aku jadi kuat! Hanya doa saja harapan aku ketika itu.

Setiap hari aku berulang-alik ke hospital. Waktu itu aku masih bekerja di Ipoh dan tinggal di KK. Penat tolak ke tepi, sekurang-kurangnya puas hati bila dapat melihat sendiri keadaan suami walaupun dia tak sedar.

Oh ya! ketika ini, Amir di bangku sekolah Tahun Dua dan Amirah pula, lima tahun. Mereka sudah tahu sedih bila melihat papa. Tetapi Daniel, dua tahun lebih sangat kecil untuk mengerti. Mungkin kalau ditanya sekarang ni pun, dia tak akan ingat apa-apa.

Ada satu kejadian yang menyentap perasaan. Sementara menunggu bilik ICU disediakan untuk suami, dia ditempatkan sementara di wad biasa. Anak-anak aku si Amir dan Amirah ini, menggosok-gosok badan papa mereka sambil berkata, 'papa, papa bangunlah'

Mama mereka yang melihat ini tak sampai hati, menitis lagi airmata!

Telefon bimbit yang selama ini aku buat endah tak endah, sudah menjadi peneman setia. Ke mana saja mesti dibawa, risau kalau-kalau ada panggilan dari hospital. Jika panggilan sanak-saudara dan sahabat-handai itu sudah pastilah ya. Siang malam berdering-dering saja. Ibubapak saudara di Medan pun ada menelpon dan hantar mesej. Bertalu-talu pertanyaan. Enggak paham kok apa bicaranya tapi semua soalan sedaya upaya cuba dijawab dengan baik. ^__^.

Macam itulah aku lalui selama suami di ICU. Hari-hari berendam airmata dan berdoa tak putus-putus. Hidup pun jadi kucar-kacir. Anak-anak tak bersekolah kerana dibawa atok mereka ke Ipoh. Daniel pula dengan emak.

Sampailah hari ke-8, semasa itu aku di pejabat. Aku menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bila diperkenalkan diri, katanya dari hospital Taiping dan minta aku ke sana. Mulalah hati jadi berdebar-debar. Tapi berita yang diterima sangat menggembirakan, kerana suami telah kembali sedar.

Selepas dari hari itu, barulah hidup aku bernyawa semula. T__T

Walaupun katanya lapan hari saja tapi aku yang melaluinya terasa azab sesangat rasanya. Satu hari itu adalah sangat panjang. Membilang hari dan berdoa saja kerjanya. Mungkin Allah sayangkan anak-anak yang masih perlukan papa mereka. Kalaulah ketika itu Allah lebih sayangkan suami,  tentu sudah dijemputnya pergi. Na'uzubillah!

Perkara sebeginilah yang selalu bermain-main di minda aku. Kalau terjadi sesuatu pada ibu dan bapa, apalah nasib si anak-anak kecil ini.

Banyak kali juga terjadi depan mata sendiri. Adik aku kematian suaminya, meninggalkan 2 anak kecil. Meninggal dalam koma kerana kanser. Baru-baru ini 14 Ogos, makcik aku (adik emak) kematian suami dalam koma juga kerana sesak nafas. Ada anak-anak, yang bongsu seusia Amirah.

Bahkan, suami sendiri kehilangan mamanya dalam koma juga kerana Hepatitis B. Ketika itu, adik paling kecil baru berumur 9 tahun. Ibu mertua aku sekarang ialah adik kepada arwah mama.

Apa-apa pun ini semua cerita lama lah ya. Marilah kita kembali ke tahun 2016 semula. Sekarang encik suami sihat. Jarang sakit-sakit lagi. Malah, bertambah kembang susuk tubuhnya bagai dipam-pam mengalahkan isterinya ini yang tulang saja. ^__^.

Kami sekeluarga bersyukur kerana masih diberi peluang menjalani kehidupan rumahtangga hingga ke saat ini. Walaupun adakalanya ujian datang dan pergi tanpa diduga. Dan, ujian yang maha dahsyatnya pada tahun 2013 juga telah berjaya ku tepis. *libas shawl*

Ok, itu saja, kenangan silaaaam aku dan dirimuuuuu............


Selamat menyambut Hari Raya Korban dan selamat bercuti panjang, ya kawan-kawan. (n___n)


Pagi ini, aku sarapan kundas cicah kuah kari.














Wednesday, September 7, 2016

Batik Terengganu Dari Bos

Assalamualaikum

Hari ini sengaja nak tayang pemberian dari boss sempena pertukaran beliau ke tempat kerja baru. Cenderahati buat kenang-kenangan dari dia, katanya.



Cantik tak?

Kain pasang batik dari Terengganu. Ada sepuluh pasang berlainan corak dan warna diminta ambil ikut pilihan masing-masing. Amboi, berebut-rebut mereka memilih corak pilihan hati risau disambar orang lain dahulu. Ye lah, barang percuma kan.

Aku saja yang cool, 'meh yang putih tu, bagi akak'.

Sekarang sudah tak berapa berkenan warna fancy-fancy, terang-terang, corak menusuk kalbu. Beri pada yang muda belia pakai pulak. Aku yang dah tua ni, biarlah yang sedang-sedang saja ya. T__T.






Tuesday, September 6, 2016

Alan-Alan Naik Ite

Assalamualaikum

Minggu ni aku sibuk sikit banyak dari biasa. Boss aku hendak bertukar pejabat, balik negeri asalnya. Maka, segala tugas kenalah diselesaikan dahulu sebelum beliau berangkat pergi. Nanti tertinggal tandatangannya di sana dan di sini, susah pula nak cekau nun jauh di Ganu sana.

Oh ya! hujung minggu lepas aku pergi kenduri kahwin dengan anak-anak. Encik papa seperti biasa - kerja, kerja dan kerja. Rumah orang kenduri sederet saja dengan rumah aku, jadi tak perlulah bersusah payah menghidupkan enjin kereta. Maksudnya, kami berlenggang kangkung saja pergi makan nasi minyak.

Waktu petang, kami menghabiskan masa di rumah. Aku pula memulakan tugas sebagai 'pembantu rumah tak bergaji'. Lebih afdal, aku melangsaikan kerjarumah sementara berada di rumah. Risau kalau-kalau encik papa tiba-tiba timbul terus mengajak balik kampung. Pada ketika itu, haruslah kerjarumah ditinggalkan demi kerukunan rumahtangga. Eh! tiba-tiba... (n__n).

Petang itu juga aku sempat menggoreng cucur bawang campur kucai dan taugeh untuk minum petang bersama anak-anak. Bonding time lah kononnya. ^_^. Hari hujan pulak tu, memang mantop sesangat rasanya kalau mengunyah cucur dengan kopi panas.

Sebenarnya perut mama mereka yang keroncong sebab pergi kenduri awal bebeno. Makan nasi pun, normallah kan, mana ada tambah-tambah. Ada hidangan sampingan lain pun, dah berat punggung nak pergi mengambilnya dek Yusuf di atas pangkuan. Memang ada sikit dasar femalas masa tu. Padahal sendiri mau makan!. Tengok aje lah soto di sana tu, tapi tak ada nafsu nak mengambil. T__T.

Bila dah pukul 6:30 petang macam tu, si Yusuf meraung-raung pulak mengajak keluar berjalan. Sambil menangis, tangannya tunjuk ke luar rumah. Ini gara-gara abang Amir, yang keluar nak bermain bola, si adik pun turut nak ikut sama. Berlari-lari adik mengekori bontot abang, tiba di muka pintu, daun pintu ditutup. Apa lagi meraunglah si adik.

Alan....alan..... (jalan, jalan)
Ite.....ite...... (kereta, kereta)

Alahai anak bertuah, malas betullah mama ini nak bawak berjalan dalam hujan renyai-renyai begitu. Agak-agak hujan dah 'seroyat' kata oghang kuale, barulah ada hati nak keluar. Dalam pada tengah memandu kereta, berlegar-legar dalam kepala sama ada nak ke Persisiran Sungai Perak atau ke Laman Budaya saja. 

Tiba-tiba baru tersedar Yusuf berkaki ayam diangkat si kakak masuk kereta. Kasut yang selama ini sememangnya sentiasa ada dalam kereta sudah dikeluarkan semasa pergi kenduri tengahari itu. Aiseyman! tak dapatlah berjimba sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai.

Nak jalan-jalan shopping atau makan-makan? Oh! tidaklah aku. Makanya, aku terus tegak ke rumah emak. Tak kisahlah, janji 'alan-alan naik ite' kan Yusuf. Abang Daniel dan kakaknya  ikut saja ke mana pergi.

Permandangan di hadapan rumah emak. Boleh juga hirup udara petang ^_^

Cadangnya, kami nak sekejap saja di rumah emak tetapi bapak suruh tunggu dulu makan nasi baru balik. Oh! seronoklah mama mereka kerana tak perlu mencari makanan makan malam. hehe. Selesai makan, baru balik. Aku tapau lauk untuk Amir yang tinggal di rumah. 'Taknak ikut' katanya sebab kegilaan bermain bola mengatasi alan-alan naik ite.......hehehe



~kampung boys~













Monday, September 5, 2016

Dusun Kunde Dah Kembali Terang

Assalamualaikum

Ini cerita hujung minggu dua minggu lepas. Seperti biasa kami berkampung di dusun lagi. Tapi  kali ini, di 'dusun kunde' yang tak serupa dusun dek lama ditinggalkan. Hutan banatlah gelaran yang sesuai buatnya. Yang dikatakan banyak 'hantu', hahaha. Jenuhlah atok, cik papa dan adik lelakinya termasuk si Amir mengerjakan pagi-petang. Siap juga akhirnya!

Dah siap dimesin segala rumput, pokok-pokok kayu hutan ditebang, maka teranglah sudah hutan dan semak samun. Petang itu, kami kaum ibu ini menggedik ikut sama membawa anak-anak masing-masing. Sebab yang terutamanya nak mengutip buah cempedak dan rambutan yang dah masak ranum berjuntai-juntaian.

Namun, disebabkan takde siapa yang pandai memanjat, maka buah rambutan yang merah-merah itu ditinggalkan begitu saja. Galah pun tak ada nak mengaitnya! Badan Amir pun berat sangat, sampaikan Atok pun tak mampu nak mengangkatnya ke atas pokok. T__T. 

Jadi, kami kutip yang tercapai dek tangan sajalah untuk dibawa balik bersama-sama dengan buah cempedak. Buah cempedak inilah yang aku terlajak peram sampai lembik lemau, tak boleh makan lagi. ~__^. Sabau ajer lah, tengah membilang hari bila lagi nak ke sana, nih!

Moh ler kita tinjau gelagat anak-anak yang diangkut masuk hutan. Mereka ini bukan saja rajin ke sungai tapi boleh juga diharap untuk berkebun ya.


Budak-budak ini kalau sudah ramai-ramai, tak payah disuruh-suruh pun, bukan main rajinnya. Alangkan, mandi sungai pun nak bergather-gather, inikan pula nak memeriahkan suasana bermain kayu. Memang sangat digemari. Semua kayu-kayan yang ditebang, dikumpul dan dilonggokkan. Dah kering nanti, kita bako, kita bako jer. ^__^


Hutan dah terang tu, boleh kome berkejar-kejaran ya. Sambil mengutip dahan yang dipotong, sambil bermain pedang-pedang. Sesekali kena jerit juga dengan aku ni. Mahunya tidak, kalau dah dihayun menghala ke badan orang, memang nak kena marahlah kan. Sabo je lah aku!


Amir tak ada geng nak bermain. Maka, buatlah apa-apa yang patut - mencantas pokok-pokok renik yang ditinggal sebab tak boleh dipotong dengan mesin rumput.


Ok, dah habis kerja. Bukannya buat kerja sangat pun. Main ajer yang lebih. Dah penat berkebun kononnya, marilah kita minum petang dengan cempedak goreng dan serawa durian cicah roti gardenia di dangau. Minum air masak saja. Eh! Yusuf kenapa nampak muncung saja tu?.

Aku, opah dan biras duduk di luar dangau menikmati cempedak dan rambutan yang baru dipetik dari pohon. Wah! enak bangat sih. Gambar tak ada lah ya.

Ini dia geng dusun kunde.


Lepas ni, kome bolehlah berlari guling-guling di kunde kaedahnya, kot-kot terjumpa harta karun, setempayan emas, cepat-cepat jerit mama tau!.  hihihi T__T








Friday, September 2, 2016

Weekend Yang Basah

Assalamualaikum

Apa yang basah?

Ni hah, budak-budak ini.
Asal cuti jer, balik kampung.
Asal balik kampung jer, mandi sungai.
Asal mandi sungai jer,
dah tentulah basah lencun.

Eh! kalau mandi tak basah tu
mandi apa ye?
~__~

Kemain anak-anak aku mandi sungai. Masa ni, kakak Amirah baru jer bangun dari demam. Nak jugak tu mandi bawak adik Yusuf sekali.

Mamanya tengok saja dari atas titi sambil berzikir, janganlah anak-anak jatuh sakit.


Kalau dilarang pun, bukannya mahu akur perintah.
Merengek-rengek minta turun juga.
Aku lagi cakap....
Ha! pergilah, pergiiii.....pergiiii

Laju saja mereka berambat, terjun tiruk!
Punyalah setia dengan sungai.



Tiga beradik. Zaman abang Amir main sungai cetek ni, dah berlalu.
Waktu ni, Amir mesin rumput dengan papa dia.

Biarlah budak-budak ni main sungai sementara masih kecil. Dah besar godang baru nak melenjan mandi buek malu dek orang jer. Mungkin ada sesuatu yang indah bagi mereka yang orang dewasa tak nampak kan!

Kalau nak tahu, mama masa kecil dulu pun sama juga. Lagi hebat, Sungai Perak lagi kuharungi. ^__^

Selamat berhujung minggu!