Alkisahnya, sambung cerita semalam lah ni.
Konon-kononnya dah seronok sangat aku tak payah bersusah-payah nak balik ke kampung (dusun) dek kerana si suami tak datang mengambil. Bolehlah melingko-lingko atas katil dengan Yusuf.
Tiba-tiba teringat pula pakaian menimbun dalam bakul. Terus terpacak bangun dari lena. Maka, sebelum pisang berbuah dua kali, lebih baik aku menguruskan pakaian yang tak berlipat daripada melingkar membuang masa.
Tiba-tiba teringat pula pakaian menimbun dalam bakul. Terus terpacak bangun dari lena. Maka, sebelum pisang berbuah dua kali, lebih baik aku menguruskan pakaian yang tak berlipat daripada melingkar membuang masa.
Sedang khusyuk dan asyik melipat pakaian, telefon berbunyi-bunyi. Bukan sekali tapi banyak kali. Bingit telinga ni tau! Siapa lagi, kalau bukan si suami dah memanggil-manggil minta balik kampung. Bermacamlah alasan aku beri supaya boleh memboloskan diri.
Tak cukup dengan itu, setiap detik dan peristiwa di kampung dirakam dan dihantar supaya si isteri ini terperdaya dengan pujuk rayunya. Geram betul tau! Tapi aku keras hati juga tak mahu balik.
Kemudian si suami menghantar mesej berbunyi....
Papa ajak balik makan pulut durian
Sengajalah tu, guna nama Atok pulak. Alah, setakat makan pulut durian tu, tak apa lah. Dah merasa dah kan. Memang aku biarkan saja, mesej tu berlegar tanpa jawapan balas. hehe
Bila dah tak jalan juga pujuk rayu, Opah pulak teks Amir dalam group whatsapp.
Amir, datang le.....petang ini makan durian pulut
Nak naik ape?
Dengan mama. mari makan durian. kan dekat saja.
Kalau dah ditaip dalam group keluarga, masih berdegil, memang mintak kena pelangkung bertalu-talulah jawabnya. Mengenangkan orang tua nak bersama-sama cucu kesayangannya, maka mama beralah saja. Malaslah aku nak panjang cerita.
Nah, tengok ajelah aktiviti kami di kampung nan damai. Tak tahulah apa orang bandar kata, kalau tengok ni ye. Damai ke tidak gamaknya. ^__^
Langkah kanan - sebaik tiba, pulut durian dah siap terhidang. Tunggu nak makan saja. Selamat aku tak payah masak pulut. hehe |
Lepas Asar, Opah sibuk nak pergi ke tanah dusun yang satu lagi. Bisingnya dia, jomlah, jomlah.....mengajak aku, mengajak Amir. Beriya-iya nak ambil cempedak. Hutan belantara ok! Dah lama tak menjenguk. Hantu pun ada.
Atok dengan Papa menunggu cucu kesayangan petik cempedak. Nampak tak, Amir kat atas tu? Dah rupa askar tugu negara. Oh! tak nampak ek? |
Nih!, aku kasi pencerahan sikit lagi. Nampak? |
Ahli mesyuarat tingkap! Entah apalah yang mereka anak-beranak bincangkan dalam hutan ni. |
Ok itu sajalah nak cerita. Kisah hujung minggu kami.
-
-
-
Oh ya, sebelum balik, Atok ada bertanya pada Papa (suami)
Bila kita nak mulakan projek bersihkan dusun sana tu?
Tengoklah minggu depan kot.
Aku : pengsan!
itulah kan kak kadang perasaan malas nak join tu ada tapi kadang2 terpaksa juga bila orang tua dah ajak, tapi oklah dapat makan pulut durian kan...hehehe
ReplyDeletenampak tu amir, walaupun tak berapa perasan sangat sebab berbaju hijau
Kalau dah tiap2 minggu mulalah malas dtg menjengah. Mulalah menantu ni nak buat perangai. hihi
DeleteOh nampak ye. Ada macam games cari benda tersembunyi tak? hahaha
suka baca entri akak ne hehe lucu
ReplyDeleteEh kisah masuk hutan je nurfaezah? Apa yg lucu sgt tu.
DeleteSenyum sorang akak baca cerita KB ni tau...sampai hantu pun boleh ada dalam dusun.:-)
ReplyDeleteMusim buah ni rajin atok ajak ke dusun ya...best lah banyak buah segar dari pokok.
Akak nampak Amir atas pokok tu...tinggi juga tu ,tak gayat pulak dia ya.
Nampaknya hujung minggu KB sentiasa penuh lah nanti kan...
Ye lah kakSI, kalau dah hutan macam ni, mcm2 ada. Entah2 harta karun pun ada tak? Harta ini Yusuf yang punya! hahaha. Kalau camtu kayalah saya kak. Eh tetiba berangan pulak.
DeleteAtoknya mmg rajin, tak tahu duduk diam. Anak dia aje ada malas2 sikit.
Mahu tak gayat, mangsa keadaan tu.
Mmg akan sentiasa penuh lah nampak gayanya.
Hihi....tak berjaya nak bersenang lenang kat rumah jugak rupanya.....
ReplyDeleteTak perlah KB, bukan nak kena memarut kelapa pun, nak kena makan je pun. Layankan ajelah Puan Ibuk tu....hihi...
Orang tua ni agaknya kalau boleh nak bersama sama dengan anak anak dia je kot. Ada je program yg dirancang.
Nasib badanlah kita ni mak! Tak tahu nak komen apa dah.
DeleteTp kali ni best sikitlah kan, tadah perut saja. hihi
Sejak dua menjak suami dah kerja di KK ni lah jd camni. Byk betul programnya. Tak diikut kang, lain pulak jadinya. Janji deme gembira sudah!
kalau akak sukajer nak masuk hutan... tu sebab gamaknya mak akak dalam adik beradik kalau dia nak gi kebun ke akakler diajaknyer... suka rupanya... haah dah macam patung tugu negara.. kah..kah... sabojerler...
ReplyDeleteeh dah lama akak tak berkelah gitu ... kebun pun dah pawah kat orang lagiler tak merasa duk dalam kebun...
saya pun suka juga ke hutan dan kampung ni. sebab dah tiap-tiap minggu, jadi letih badan pulak kita ni kak. sekali-sekala rasa nak berehat je rasanya.
Deleteseronokkan berkelah gitu. kalau kebun dah takde org jaga, lebih baiklah dipawah aja, masuk juga duitnye, ye dak kak cho? hihi
Hahaha! Nak gelak dulu boleh?
ReplyDeleteTak boleh tahan saya membacanya sambil menggeletek-geletek rasa nak gelak tau. Apa nak buat KB, dah cuba sedaya-upaya masih tak mampu mengelak. Tapi sekurang-kurangnya dah mencubakan ^_^
Untunglah ya kali ni sampai aje terus dapat makan. Kalau tidak, tentu-tentu kena berlapar sambil tolong mana yang patut. Lagi-lagi menantu mithali, banyaklah kerja gamaknya kena uruskan.
So hujung minggu ni ada projek mega lagi ya?
Be strong, KB. You can do it ~_^
gelaklah MD oii. ingatkan boleh terlepas, rupa2nya terkena juga. takpe lah bukan org lain pun kan. layankan aja.
Deletehaha, pandai tak saya, bajet2 org nak makan baru sampai.