Oiit, oiit, atok a.k.a pak mertua aku bersemangat waja mengajak anak-anaknya balik ke kampung nak berkelah makan pulut durian, katanya.
Siap dah ada rancangan dengan Iqbal. Amboiiii dia. Siapa Iqbal tu? Untuk makluman, si mamat bernama Iqbal ni, papa Yusuf, laki akulah senang cerita. Rupa-rupanya mereka dua beranak sudah ada pakatan di sebalik isteri masing-masing. Ewah-ewah!
[takdelah, tipu aje - kami dah tahu rencana mereka berdua ni].
Teks whatsapp keluarga :
"Assalamualaikum wr.wb. Noni balik ke minggu ni, nak berkumpul anak cucu dikebun makan pulut deroyan. Yusri juga sekeluarga dtg ler kat kebun hari sabtu dan minggu.
Rancangan dgn Iqbal minggu ini kerana kalau tunggu minggu depan deroyan dah nak habis."
Siap dah ada rancangan dengan Iqbal. Amboiiii dia. Siapa Iqbal tu? Untuk makluman, si mamat bernama Iqbal ni, papa Yusuf, laki akulah senang cerita. Rupa-rupanya mereka dua beranak sudah ada pakatan di sebalik isteri masing-masing. Ewah-ewah!
[takdelah, tipu aje - kami dah tahu rencana mereka berdua ni].
Seperti dirancangkan, petang Jumaat lepas kerja, semuanya balik menuju ke kampung. Makpak mertua dan adik-adik bujang dari Ipoh sudah tiba di kampung sebelum maghrib. Manakala kami yang tinggal sejengkal aje, lapan setengah malam baru bergerak dari rumah. Gara-gara merayau-rayau dahulu ke pasar malam mencari PETAI. Sampaikan mak mertua menelefon suami, tanya Hairul mana? Baru terhegeh-hegeh teringat nak balik rumah untuk bersiap.
Kami sampai di kebun hampir Isyak. Adik dari Tronoh sudah sampai tapi mereka tidur di rumah Makcik. Manakala adik dari Shah Alam sampai jam satu pagi. Adik di KL tak dapat balik kerana kolejnya tak luluskan cuti. Apa boleh buat, duduklah dia di KL. Cucu-cucu, lengkap sembilan orang semuanya.
Begitulah al-kisahnya, nak makan pulut durian punya cerita. Malam tu kami tidur berhimpit-himpit di dangau / rumah kebun. Sudah itu kehendak orang tua, kita anak-anak ni ikutkan saja asalkan hati mereka bahagia. Bila lagi nak menggembirakan hati orang tua, kan. Sementara hayat mereka masih bersisa, korbankanlah sedikit masa kita untuk mereka, kononnya!
Bab tunggu durianruntuh luruh tu, kami lupakan saja. Lantaklah durian tu jatuh berdebap-debup.
Masing-masing sudah keletihan dan mengantuk. Asyik bersembang saja sampai tak tahu pukul berapa. Bila dah nyenyak tidur, adik dari Shah Alam mengetuk pintu. Bangun lagi. Lepas tu, tak tahu pukul berapa terlelapnya. Tiba-tiba, terjaga pulak bila cucu paling kecik terhantuk dahi ke dinding. Melalak satu rumah. Adui! terjaga lagi! Akhir sekali sedar-sedar dah subuh, memang bangun terus lah kami. Solat pun di ceruk dapur, kena ambil angka giliran pulak tu! Tempat sempit kan, macam tu lah gayanya.
Bila subuh baru menjengah ke bawah pokok. Ada lah beberapa biji durian dapat dipungut. Ada juga yang sudah dibedal ba alif ba ya. Lapan biji, cantik aja kupasannya. Tahu pulak dia, durian yang sedap-sedap aje dibedalnya.
Kata atok, tak usah marah-marah, dia tak salah, sedekahkan saja. Kita yang salah, kenapa tak jaga!
Begitulah al-kisahnya, nak makan pulut durian punya cerita. Malam tu kami tidur berhimpit-himpit di dangau / rumah kebun. Sudah itu kehendak orang tua, kita anak-anak ni ikutkan saja asalkan hati mereka bahagia. Bila lagi nak menggembirakan hati orang tua, kan. Sementara hayat mereka masih bersisa, korbankanlah sedikit masa kita untuk mereka, kononnya!
Bab tunggu durian
Masing-masing sudah keletihan dan mengantuk. Asyik bersembang saja sampai tak tahu pukul berapa. Bila dah nyenyak tidur, adik dari Shah Alam mengetuk pintu. Bangun lagi. Lepas tu, tak tahu pukul berapa terlelapnya. Tiba-tiba, terjaga pulak bila cucu paling kecik terhantuk dahi ke dinding. Melalak satu rumah. Adui! terjaga lagi! Akhir sekali sedar-sedar dah subuh, memang bangun terus lah kami. Solat pun di ceruk dapur, kena ambil angka giliran pulak tu! Tempat sempit kan, macam tu lah gayanya.
Bila subuh baru menjengah ke bawah pokok. Ada lah beberapa biji durian dapat dipungut. Ada juga yang sudah dibedal ba alif ba ya. Lapan biji, cantik aja kupasannya. Tahu pulak dia, durian yang sedap-sedap aje dibedalnya.
Kata atok, tak usah marah-marah, dia tak salah, sedekahkan saja. Kita yang salah, kenapa tak jaga!
Hasil kutipan pagi tu untuk dinikmati anak cucu |
Wow!!..deroyan la pulak..Untung lah dapat makan durian segar dari kebun tu. Tak perlu beli lagi,kan
ReplyDeleteye lah SB, sejak kawin dengan anak tuan dusun ni, akak dah lama tak beli durian. menumpang tuah aje kita ni.
DeleteHmmm... 8 biji aje dia ambil satu wheelbarrow utk satu family masih lebih dari cukup tu KB:)
ReplyDeletememang lebih dari cukup kakzakie. Itu yg kami tak pernah marah pun sama ada orang atau haiwan yg mengambilnya. sedekahkan saja, itu lebih baik.
DeleteKB betul2 kenduri durian tu sampai semua tidur kat dangau..meriah nya bila masing2 suka durian kan.Anak akak Iman masa mula2 gugur je dia suka makan....sekarang ni sentuh pun tak nak padahal kat pokok buah dah nk abis.
ReplyDeleteDurian tempat akak yg sikit ni pun banyak dimakan tupai .cantek je tebuknyaa....tapi tak pelah kita kongsi rezeki dengan makhluk Allah yg lain..
kalau makan ramai-ramai seronoklah kak. kalau sorang2 perik juga nak menghabiskannya. Anak saya pun mula-mula jer seronok makan, bila dah banyak2 ni jemu agaknya. dan lagi satu keseronokan bermain air tu telah mengatasi seronok makan durian.
Deletekongsi rezeki dengan makhluk yg lain insyaAllah ada pahalanya kan kak SI.
sdapnya durian..:)
ReplyDeletehuhu memang sedap normi!
DeleteSelalunya kat dusun durian, pondok jer binaannya ni dah gaya rumah sebijik nampaknya tu. Satu keluarga bermalam kat situ...mmg dasat weyh atok Yusuf ni hihi...
ReplyDeleteBetul sangatlah tu sementara mereka ada layan ajelah kehendak mereka selagi mampu. Yelah.....org tua mmg le suka tengok anak anak berkumpul cenggitu tp masalahnya menantu ni hihi....
Oh! memang rumah pun mak tp saiz kecik jer. atok yusuf ni mmg suka berkumpul ramai-ramai cam gitu, buat aktiviti ngan anak cucu lgi dia suka. mengeratkan ikatan kekeluargaan katanya. hihi
Deletemenantu ni, kenalah ikut rentak mereka mak. mereka mengaum kita pun mengaum juga. nanti dipulaukan susah pulak saya jadi kera sumbang tepi hutan!
Wow bestnya tidur reramai tggu deroyan sampe ada yg teghantok ke dinding ye kome, sakan makan deroyan fresh dari ladang,ya Allah bestnya, bestnya..
ReplyDeleteDlm membahagiakan hati org tua, kita pun bahagia dpt mkn deroyan, yd dok?
Eh memang seghonok kok azi. tido ghimpit-ghimpit roper tu, teghantok kepala ke dinding perkara kecik, yang lagi beso nya, dengkoran bersahut-sahutan lagi. bingit telinga teman ni ha!
Deletebetui tu, kita pun bahagia dapat makan deghoyan free hihi.
bestnya dapat 1 wheel durian.. nyum nyum
ReplyDeletehuhu best kak hana. yg tak bestnya nak kena tolak kulit doyan 2 wheel barrow pulak ke dalam lubang!
Deleteamboi3 sedapnya durian kak...kalau dekat dah minta tu sebijik dua
ReplyDeletekalau dekat, tak payah mintak, Ilah....satu bonet kereta akak hantar!
DeleteRajinnya menantu yang ini ikut rentak. Tapi yalah, kalau tak ikut rentak semasa, kita juga yang susah nanti. Nak hidup kenalah pandaikan ^_^
ReplyDeleteBestlah ada dusun durian macam ni. Tak mainlah setakat sebiji dua durian aje nak dibantaikan. Sekali luruh, hah kenyang satu keturunan gitu ^_^
tak rajin sebenarnya MD, tapi merajinkan diri. nak hidup kan...
Deletebetul lah tu, sekali luruh kenyang satu keturunan, siap pakej tempoyak untuk setahun. haha