Saturday, October 28, 2017

Yusuf Minggu 42 :: Dunia Teknologi


16/10/2017 (ISNIN)

Aktiviti 1 :
KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #6

Aktiviti 2 : Latihan Mewarna



17/10/2017 (SELASA)

Aktiviti 1 : Perhubungan Melalui Telefon

Berkomunikasi menggunakan video call.
Teacher membuat panggilan video dengan cikgu Kelas Tiga Tahun dan video call dengan Mama Danial.

Gambar-gambar video call

Teacher : Yusuf seronok sangat dapat tengok Mama Danial..hehe. Teacher tanya, Yusuf nak ticer call tak? Yusuf jawab, Nanti mama datang ambil, kan?....hehe


Aktiviti 2 : Membuat kolaj pelita


Gambar dengan pelita - sempena hari deepavali...hihihi



18/10/2017 (RABU)

CUTI UMUM - HARI DEEPAVALI



19/10/2017 (KHAMIS)

Aktiviti 1 : Penggunaan ICT


Menaip dan mengambil gambar. Kemudian memasukkan surat ke dalam sampul surat.


Surat yang ditaip Yusuf ☺



20/10/2017 (JUMAAT)

Aktiviti 1 : Mewarna

Aktiviti 2 : Bebas

Tiada aktiviti khas kerana guru kelas Yusuf bercuti.












Surprise Delivery by Mama Imran


Penglibatan  Ibu  Bapa Dalam Kelas #6

Tarikh : 16/10/2017 (Isnin)
Tajuk :   Pekerjaan

Peserta ke-6 (akhir) : Mama dan Ayah Imran

Parents Imran dapat tajuk PEKERJAAN, sama dengan parents Dania. Pada hari kejadian, mereka mengajak anak-anak taska untuk menjadi 'Usahawan' katanya. Mereka memilih untuk membuat bisness 'Surprise Delivery'. (^_^)



Sebelum memulakan perniagaan, anak-anak ni dihidangkan dengan lagu dulu. Oh! sweet betullah ayah Imran ni. Siap bawa gitar ke taska untuk spent time dengan anak-anak (T__T). Mereka nyanyi lagu 'Anak-anak Nabi'. Kalau nak dengar, boleh lawati instagram Mama Yusuf di @welovesplayandlearn.

Blog ini adalah medium untuk aku simpan kenangan anak-anak. Kebetulan pula, kebelakangan ni teacher Yusuf banyak hantar video aktiviti Yusuf di taska. Maka, cara nak menyimpan video tersebut supaya tak hilang, kenalah letak di instagram. Kesemua video aktiviti Yusuf telah aku muat naik di ig. Moga-moga ianya tak hilang dek panas dan tak lekang dek hujan....


Mama dan Ayah Imran bersama anak-anak
sedang menyiapkan order untuk dihantar kepada customer (kononnya).


Cikgu pun tolong sekali....Mereka buat chocolate bouquet ya!

Tadaaaa....chocolate bouquet dah siap!

 Usahawan Cilik dengan Chocolate Bouquet masing-masing bersama Cikgu Aida. Gitar pun nak masuk gambar juga (^__^).


Dengan berakhirnya penyertaan dari parents Imran ni, maka tamatlah sudah penglibatan ibu bapa bagi Kelas Dua Tahun pada tahun 2017 ni. Huh! lega rasanya. Setahun sekali pun, penat rasanya nak memerah idea.

Seronok diorang, belum konvo dah dapat chocolate bouquet.












Saturday, October 21, 2017

Yusuf Minggu 41 :: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas


#tema : pekerjaan, komunikasi, masa

Minggu ke-41 ni, ibubapa diberi tugasan untuk menjalankan aktiviti bersama-sama anak taska. Aktiviti dalam kelas ni, aduhai sangatlah mencabar bagi mama. Al-maklumlah, mama Yusuf tak dilahirkan untuk jadi chek-e-gu (^_^).

Teacher akan beri tajuk/tema, manakala, parent kenalah  fikir sendiri idea dan kreativiti yang nak dipersembahkan. Termasuk juga segala bahan untuk aktiviti, tiada peruntukan ya. Sendirian berhad dari makpak....hehe.

Kita tengok nanti ya, mama akan entrikan satu per satu setiap penglibatan parents kawan-kawan Yusuf ni. Nampaknya semua berbakat.


09/10/2107 (ISNIN)

Aktiviti 1 : Mewarna gambar kapal terbang.
Teacher beritahu 'Yusuf mewarna sedikit sahaja. Pujuk-pujuk sampai ticer warna sama-sama pun, Yusuf warna sikit saja. Macam tak berminat je.'



Aktiviti 2 : Bermain blok kayu


10/10/2017 (SELASA)

Aktiviti 1 : Latihan motor halus.
Menguntai manik ke tali. Kata teacher, ' Yusuf dah terror. Yeahh!'

Aktiviti 2 :

KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #1



11/10/2017 (RABU)

Aktiviti 1 : Aktiviti fizikal
Menari chicken dance


Aktiviti 2 :

KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #2

KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #3



12/10/2017 (KHAMIS)

Pagi ni, Yusuf tak pergi taska sebab tak sihat. Tapi waktu petang datang juga kerana mama terlibat dengan aktiviti dalam kelas. Maka, Yusuf pun ikut lah mama ke taska. ☺

Aktiviti :

KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #4

KLIK SINI : Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #5



13/10/2017 (JUMAAT)


Aktiviti 1 : Mari mengira

Aktiviti 2 : Let's read


Penglibatan seorang lagi parents yang sepatutnya dijadualkan pada hari Selasa (10/10/2017) terpaksa ditunda ke hari Isnin minggu ke-42. Ditangguhkan kerana parents tersebut menziarahi kematian saudara mereka.

Maka, aktiviti penglibatan mereka minggu depan lah mama update ya. 

Selamat berhujung minggu. Bye...








Mickey Clock by Mama Miqa


Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #5

Tarikh : 12/10/2017 (Khamis)
Tajuk : Jam dan Masa


Peserta ke-5 : Mama dan Papa Miqa
(oppss, gambar mamanya takde)

Selepas Mama Yusuf selesai dengan 'rainbow clock', giliran parents Miqa pula present dengan tajuk yang sama.

Mama Miqa sangat kreatif ya. Daripada sekeping piring kertaa pun boleh jadi seekor mickey mouse.....hehe.

Sayangnya, sewaktu nak buat jam mickey, takde gambar juga. Sibuk sangat kami nak siapkan mickey hingga terlupa nak ambil gambar.

masa ni Yusuf tak berapa sihat - muntah dan cherry berry dari malam sebelumnya.
tapi dia tetap aktif dan datang ke taska, ikut mama.

Mickey Clock yang sudah siap

Mickey Clock & Rainbow Clock










Let's Make A Rainbow Clock With Mama Yusuf

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #4

Tarikh : 12/10/201 (Khamis)
Tema : Jam dan Masa

Peserta ke-4 : Mama Yusuf


Hari ini tibalah giliran mama yusuf untuk menjalankan aktiviti bersama anak-anak. Semasa teacher beri tajuk aktiviti, alangkah senangnya dalam hati....Dalam fikiran hanya teringatkan jam aje. Alahai nak buat jam kan, bukannya susah sangat!.

Sejak dah tahu apa nak dibuat, mulalah otak ligat berfikir. Tiap-tiap hari pulak tu, fikir....jam apakah? jam apakah?....sampaikan terbawa-bawa ke tidur. Apa sudah jadi dengan mama yusuf? 😂😂😂

Nama aje jam, bila idea sudah mendatang, bukan setakat bakat terpendam dikeluarkan, malah keringat juga diperah-perah rasanya. Basah ketiak ku di malam hari, mengerjakan rainbow clock ni. Bersabar ajelah.

Bahan untuk rainbow clock sudah siap

Ini hasil yang aku buat untuk enam orang students. Enam warna, enam pasang jarum, 72 nombor (bulat-bulat), 72 batang (aiskrim). Semuanya ku bikin sendiri. Pengsan!

Sebelum tu, batang aiskrim nak beli aje di Mr DIY. Apabila sudah panjat tangga Mr.D, batang aiskrim habis stok pulak dah. Aduh, duh, duh.....terpaksalah men'diy' sendiri batang aiskrim!

Di hari kejadian......tengok gambar aje ya.

Gambar ketika pembikinan, takde pulak. Sedar-sedar dah siap jam nya....(^_^)


Membantu anak ni, meletakkan jarum jam.


Teacher pun kena tolong sama. Nak harapkan students buat sendiri, sampai malam tak siap agaknya.




Tada....jam dah siap (^_^)













Wednesday, October 18, 2017

Berkenalan Dengan Gajet IT Bersama Mama Danial

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #3

Tarikh : 11/10/2017 (Rabu)
Tajuk : Perhubungan dan Kominukasi

Peserta ke-3 : Mama dan Papa Danial

Mama Danial sedang bercerita tentang gajet

Anak-anak khusyuk mendengar

Eh! dah berdiri pulak.....nak buat apa tuuuu?

Oh! menari (^_^)

Selesai menari, dapat hadiah iphone satu seorang


Bergaya dengan ipone masing-masing ☺
Telefon antik di hadapan tu, jangan diabaikan ya, nak....hihi







Telefon Berbunyi Ring-Ring-Ring Dengan Mama Hazrin

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #2

Tarikh : 11/10/2017 (Rabu)
Tajuk : Perhubungan dan Komunikasi


Peserta ke-2 : Mama dan Ayah Hazrin


 Sesuai dengan tajuk yang diberi teacher, mereka membuat replika telefon dengan anak-anak.

Sambil buat telefon, mereka makan bun ☺

Aktiviti sedang berlangsung

Dah siap pun telefon....(^_^)










Mari Mewarna Dengan Ayah Dania

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Kelas #1

Tarikh : 10/10/2017 (Selasa)
Tajuk : Pekerjaan


- Peserta pertama : Ayah Dania - 

-setiap anak diberi gambar seorang pekerja untuk diwarnakan-

- anak-anak sedang mewarna -

- anak-anak dengan hasil karya masing-masing -
Yusuf pilih Polis 😊




















Sunday, October 8, 2017

Yusuf Minggu 40 :: Pekerjaan


#taska life 2017
#tema dunia teknologi


02/10/2017 (ISNIN)

Muka-muka ceria baru lepas breakfast. Perut dah kenyang!

 Bukan main lagi Yusuf bertepuk tampar ☺

Aktiviti 1 : Bermain lego
"Yusuf membina kereta menggunakan lego. Suka pada kenderaan...☺ - teacher

Aktiviti 2 : Pakaian beruniform

Kantoi, baju bomba seluar superman 😂😂😂



03/010/2017 (SELASA)

Aktiviti 1 : Latihan Persembahan
"Semasa menyanyi dan menari hokey pokey, Yusuf nak pegang tangan Imran saja.....hehe. Tapi sudahnya dia jauh dari tempat asalnya sebab melompat. 😆

Aktiviti 2 : Belajar nama-nama pekerjaan

Sebelah petang, berkaroake pulak dengan kawan-kawan. Lagu Jomblo Happy....haha

Kalau tengok video yang teachernya hantar, aduhai...melompat tak terkata si Yusuf! Happy sangat...

04/10/2017 (RABU)

Aktiviti 1 : Mari berkebun dan bermain police centry

Makan tengahari, selfie dengan teacher ☺

Sebelah petang.....
Aktiviti 2 : Membuat topi chef



05/10/2017 (KHAMIS)

Aktiviti : Chef Cilik Beraksi

barisan chef cilik bergaya dengan topi yang dibuat sendiri pada hari semalam.

Dari kiri : Yusuf, Hazrin, Danial, Dania, Imran, Miqaeel

Bergambar dengan Master Chef Shikin ☺

Dengan Master Chef Aida pula 😁

Hai, hari ni kami nak buat fruit jelly ya.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah serbuk jeli

Bahan kedua, semestinya lah buah-buahan.
"Ticer tanya Yusuf, buah apa ni?. Yusuf jawab, epal"

Mula-mula, masukkan buah yang sudah didadukan ke dalam bekas.

Kemudian, masukkan jelly yang masih cair. Yusuf nampak relax aje kan. Sebenarnya, tugas Yusuf awal-awal mengacau jelly hingga hancur. Tak sempat nak ambil gambar, kata ticer.


Dah siap....Yusuf sampai terpejam mata. Letih ke? 😁


Tadaaaa....waktu petang ticer bekalkan untuk bawa balik rumah.


06/10/2017 (JUMAAT)

Aktiviti 1 : Kerjaya Guru
"Ticer tanya Yusuf, mama kerja apa? Yusuf jawab, 'kerja office'. Pandainya......😊


Aktiviti 2 : Latihan Persembahan untuk konvokesyen.