Tuesday, March 29, 2016

Family Outing - Pergi Pawagam

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas anak-anak gembira sangat. Sebab apa? Sebab, papa dah berjanji nak pergi menonton wayang. Cerita Boboboi pulak tu. Seronoklah budak-budak termasuklah amir yang bukan kategori 'budak' lagi. [amir tiket dewasa]

Lepas dah semak masa tayangan di internet, masa yang sesuai 10 malam. Ada juga pukul 2.30 petang di Ipoh Parade tapi tak sempatlah sebab papa pukul 4-5 baru habis kerja. Pukul 6 - 6.30 baru nak tiba rumah. Sebenarnya aku rasa, pukul 10 tu sesuai sangat. Dah lepas waktu sembahyang, waktu makan malam, yusuf pun mungkin kurang aktif dah. [pada fikiran aku].

So, ini dia tiket wayang kami. Tengok di TGV Kinta City, Ipoh. Kuala Kangsar tak ada panggung wayang maaa. Tengok nombor seat D5 - D9. Di barisan empat dari depan. Yang belakang semua dah habis dijual. Tak per lah kan, daripada tak dapat  masuk langsung.
Seperti dijanjikan, pukul 7 malam bergerak dari rumah. Perjalanan ke Ipoh, mencari parkir kereta, membeli tiket wayang semuanya dah sekian waktu. Bila semua selesai terus ke surau solat dulu. Kami pecah dua. Seharusnya lah pecah dua, kan? Mengikut jantina kecuali yusuf masuk ke surau wanita.

Aku dengan mira bergantian solat dan menjaga yusuf. Surau dah padat dengan orang, bila turn aku nak berwudu' dan pass yusuf pada mira..yusuf boleh melalak-lalak pulak dia. Takut agaknya tengok ramai orang di sekeliling. 

Selesai kewajipan. Lepas tu kami pergi makan. Nak mencari makan pun satu hal. Mula-mula nak makan di food court saja. Dekat. Mira nak makan Mc D, kena turun bawah balik...cari-cari rupanya Mc D dah takde di Aeon. Naik atas balik, pergi food court. 

Nasi Ayam Hainan-pilihan amir dan daniel. Sebenarnya mereka nak makan chicken chop, beratur punya panjang, sampai giliran habis pulak. Kena cari menu lain.

Sizzling Yee Mee - papa dengan mama. Akhirnya, papa punya diberi pada mira. Mira pun asalnya nak makan chicken chop, sebab dah habis, tukar beratur di gerai sizzling mee...sampai giliran habis juga. Last sekali, papa makan wantan kicap. Yusuf kongsi makan sizzling mee dengan mama.

Sementara ada masa, lepas makan jalan-jalan cuci mata. Anak-anak dapat sesuatu dari papa mereka.

Aku dengan encik suami tak menyangka orang seramai ini. Ingatkan dah lama ditayangkan, mungkin dah tak ramai orang. Mujurlah kami awal. Ticket sold out. Masa makan pun, ada sekali sekala menjenguk di luar cermin. Nampak jalan masuk ke Aeon dah mula sesak, pergerakan kereta jadi lambat.

Dalam panggung, setengah jam pertama aku tak dapat fokus pada jalan cerita. Fokus aku hanya pada yusuf yang tak nak duduk diam. Merangkak atas carpet. Tegur orang belakang. cuit-cuit makcik depan. Pegang-pegang kepala anaknya, lepas tu ditariknya rambut dia. Kesian budak tu. Bila dipegang, dia melangkah ke sebelah kanan tempat papa. gagau popcorn papa, suap mama. kemudian dikoreknya semula dalam mulut mama. Bila dah bosan, dia ke kiri, ke tempat kak mira pulak. Tak heran langsung dia dengan skrin besar di depan, efek bunyi yang kuat pun dia tak kesah. Last-last aku susukan dia secara paksa, baru dia diam. Akhirnya tertidur. Barulah boleh fokus.

Pada aku jalan ceritanya menyeronokkan, Memang tak bosan dari awal sampai habis cerita. Ada selang seli dengan adegan kelakar.  Aku pun tergelaklah jugak tengok. Part sedih pun ada jugak, masa boboboi nangis bila ocobot hancur. Oklah, boleh dibanggakan.

Tiga orang ni berposing dulu depan poster masa papa dengan amir beratur membeli pop-corn. 
Daniel sampai ke pagi esoknya terkesan dengan cerita tu......asyik-asyik "kesian klamkabot.......kesian klamkabot". Mujur juga esoknya Ahad, cuti. Kalau sekolah, mesti mengantuk dalam kelas.


# Anak-anak bila ditanya PAWAGAM tu apa, rupa-rupanya mereka tak tahu. jawapan yang diberi 'wayanglah'. Bila diterangkan PAnggung WAyang GAMbar, baru mereka...ooooohhh. Alahai anak-anak, mujurlah mama bertanya.



Monday, March 28, 2016

Amir Daniel Potong Rambut

Assalamualaikum

Hari Sabtu, pagi-pagi lagi mira dapat sms dari kawannya [memasing guna hp mak, hehe]. Teacher nak jumpa di sekolah pukul lapan sebab ada latihan peom. Masa tu, jam pun dah nak pukul lapan. Tergesa-gesa mama menghantar mira, risau lambat. Janji ambil semula pukul sebelas.

Sampai rumah, beri yusuf makan, susu dan tidurkan dia. Lega bila yusuf dah tidur. Kadang-kadang ikut mood dia jugak, tak mahu tidur. Cepat-cepat kemas rumah sebab dah plan nak keluar. Bila yusuf bangun pukul sepuluh lebih macam tu, terus kita bersiap nak beli barang dapur je pun hehe...


Shopping barang dapur dengan tiga jejaka. besar, sederhana dan kecik.... Cepat jer membeli sebab sudah rancang dan bajet masa. Cukup jam, mesti kena ambik mira supaya dia tak keseorangan dan lama menunggu. Bahaya.

Sebenarnya agenda utama keluar ni, nak potong rambut. Tengok rambut amir daniel, masing-masing dah panjang cecah telinga. Dah panjang bebenor...nanti kena denda, naya!

Di hadapan kedai rambut pilihan Amir. Mama ikutkan saja. Kalau mama pilih, senang...dekat taman perumahan kita pun ada. Tapi tak mahu...katanya abang tu tak pandai gunting, tak de style...amir 'hipster', ma. Takyah nak berhipster sangatlah amir ooiii.
Sebaik sampai, tukang gunting keluar dan kunci pintu kedai. Suruh kita tunggu dulu. Dia entah ke mana. Mula-mula tunggu di luar, kita pusing-pusing kedai sebelah...hampir setengah jam, tak larat nak mendukung yusuf. Panas pulak tu. Masuk kereta dapat beraircond, nyaman lah sikit.

Dalam kereta tekak haus dek kepanasan. Kebetulan kedai ni dekat dengan Restoran Teratak Warisan Kampung [pernah beberapa kali masuk tv3]. Beli lah milo ais. 

Naaaaak!!! Dia punya jerit tegang urat leher, mintak milo ais.
Budak kecik ni diberi air masak bawak dari rumah memang khusus untuk dia. Tak mahunya.[bekas yang daniel pegang kat gambar atas] 

Nak....tagih simpati.
nak mecapai plastik air.
Wah, akhirnya dapat jugak. Kembang kempis hidung menyedut air. Sedap sangat le tu dapat minum ais.
hehehe
~Dalam Eroll Barber Shop~
Pukul 12 baru dapat masuk. Masa ni pelanggan dah ramai menunggu. Mujurlah abang barber tu tahu kita yang sampai dulu. Terus dipanggil amir ke kerusi. Rata-rata yang datang situ student MCKK. Potong fesyen anak-anak muda zaman sekarang ni...nak hipster-hipster bagai. Mama kurang arif bab-bab ni. Yang pasti wajib kemas, pendek dan tak melanggar peraturan sekolah.

Servis untuk seorang pun hampir setengah jam. Mama dah penat menunggu, dengan yusuf lagi tak nak duduk diam. Bukannya mahu dipegang-pegang. Tunduk-tunduk, orang yang pegang dia yang letih dibuatnya.
Harga perkhidmatan. Student rm7-8. Biasa aku bawak diorang potong rambut, cuma rm4-5 sahaja. Mungkin service di sini lebih teliti. Ada qoute of the week lagi. Let Us Make You Smile. Amir kena bayaran rm7.
 ~Romeo Kedai Gunting Rambut~
Daniel pasrah potong di kedai lain. Sebenarnya, mama mahu potong di kedai yang sama saja. Senang satu tempat. Tukang gunting itu tak nak pulak sebab tak biasa potong rambut budak kecik. Malas-malas mama drive mencari kedai lain. Mujurlah dekat-dekat situ ada juga kedai gunting. Hasil kerja pun elok. Rm4 sahaja. Orang tak ramai, lima minit siap.

Dah siap, apa lagi balik lah...dah letih.

Sampai rumah dah pukul satu. Penat-penat mama, sepantas kilat memasak. Takdelah nak makan di kedai kalau membawa yusuf yang asfagfirullahal'azim aktifnya. nanti sudu entah ke mana, nasik entah ke mana. Kalau ada papa sama ok lah.

Hidangan tengahari tu, pucuk ubi kayu campur udang galah. Udang tu hasil tangkapan amir dengan papa minggu cuti sekolah yang lalu. Kudung semua kepitnya dah aku gunting.


Thursday, March 24, 2016

Yusuf Pergi Check-Up Satu Tahun

Assalamualaikum

Hari ni Yusuf nak pergi klinik. Temujanji untuk periksa kesihatan dan cucuk imunisasi satu tahun. Pagi-pagi lagi dah jaga. Mama bangun 5:30 pagi, Yusuf pun turut sama...sedar-sedar mata dah membulat. Sedar aje dia..

Bersiap-siap...lepas hantar abang kakak ke sekolah, kita terus ke pejabat mama. Awal lagi, belum pukul lapan. Klinik belum bukak. Kita santai-santai dulu di office ye.


Kat office mama Yusuf tak boleh duduk diam. Ligat ke sana ke mari. Naik atas meja. Sentuh semua barang yang ada depan mata. Berterabur segalanya. Lepas tu, mama teringat ada simpan satu slide wild animal dalam pen-drive. Bagi yusuf, tengok.

Mula-mula, kejung satu badan tak bergerak. mata terpana pada pc. Terkejut agaknya sebab setiap haiwan tu ada bunyi masing-masing. Mama ulang banyak kali. Lama-lama dia suka...gelak-gelak dia bila disebut bear, kemudian ada gambar bear serta bunyinya. Lawak ke yusuf bear tuuu?


Dalam kereta, dalam perjalanan ke klinik. Dah tak nak duduk pakai seat belt. Asyik nak berdiri je sekarang ni. Nak tengok-tengok luar.


Mama berhenti sekejap tepi jalan, dudukkan Yusuf. Tapi tu lah, dah lasak...bangun semula dia.


Ok yusuf, dah sampai depan klinik. siap sedia ye nak kena cucuk. Tapi mama tahu yusuf kental orangnya.


Menunggu giliran. Ada achik dengan baby dia. Yusuf suka sangat tengok baby tu. Disapa-sapa baby tu, lepas tu senyum. kalau jumpa baby macam tu lah perangai dia. Sukakan budak. Kalau tengok tv, iklan susu dutch lady [budak perempuan dengan sesumpah], "adiiiiiik, ayah dah balik.....maaaana adik ni" eeee suka sangat yusuf.


Lagi satu, bila di tempat asing, perati keliling. Tengok kipas berpusing. tengok poster-poster. Tengok atas, tengok bawah. Pusing sana, pusing sini. Saja mama turunkan yusuf dari pangkuan, nak merangkak pulak dia. Hai yusuf tak duduk diam sungguh!

Waktu check-up yusuf, nurse cakap semua ok...mengikut perkembangan. Nurse pun teruja sebab yusuf masih fully breast-feeding. Alhamdulillah, mama akan terus beri susu mama. itu hak yusuf.

Kemudian masuk bilik suntikan. Pada mulanya nak cucuk di lengan saja. Tapi bila dipegang, yusuf meronta. Didudukkan di atas riba, dia bangun berdiri. Tak mahu dipegang lengannya. Nurse tak berani nak suntik di lengan risau jarum patah. Akhirnya, suntik di paha kiri. Menjerit lah sekejap. Nurse kata, cepat beri upah susu....emm diam terus. hahaha

~Hasil Pemeriksaan Yusuf~
Kecik aje orangnya, tak sado sangat. tapi masih dalam graph lingkungan sihat.


Balik dari klinik terus ke rumah opah. mama tak singgah mana-mana dah sebab tahu pukul sembilan sepuluh macam tu jam yusuf tidur. nanti merengek susah nak bawak kereta. Sampai rumah opah, ditidurkan tak mahu pulak dia. mengganggu opah membungkus kacang lagi dia suka. yusuf....yusuf.....nanti dia ambik sebijik dua, ngap masuk mulut. maklumlah dah banyak gigi, kan yusuf?

cuba tunjuk sikit gigi dia

\/

\/

\/

\/

\/

amboi-amboi, diaaaa....
nanti dah besar, ingat jasa opah yang jaga yusuf tau!

susah betul nak ambil gambar yusuf sekarang, tak nak bagi kerjasama.
#yusuf12bulan2hari

Wednesday, March 23, 2016

Yusuf Satu Tahun

Assalamualaikum


Kalau mengikut dairi 2015, semalam 22 Mac, 5:10 pagi Yusuf lahir ke dunia. Mama sangat gembira dengan kelahiran Yusuf. Tiada komplikasi dan tiada masalah.

12 minggu dalam rahim mama
 31/12/2015 - 27 minggu di alam rahim.
Dan papa orang paling bertuah sebab melihat sendiri saat-saat Yusuf keluar dari rahim mama. Masih basah dan menangis. Saat Yusuf menangis, nurse membungkus Yusuf dan diletakkan yusuf di dada mama. Ketika itu, papa terus saja mengazankan di telinga Yusuf. Sedang azan dibisikkan Yusuf seakan-akan faham, diam dan berhenti menangis. Kemudian dimandikan. Selesai dibersihkan, nurse beri Yusuf kepada mama untuk disusukan.

27/3/2015 - lima hari selepas dilahirkan.
1 bulan
Di wad, abang kakak gembira tak terkata. Seronok dapat baby baru. Sebab dah lama tak ada baby. Semua sayang pada kamu tau Yusuf.

2 bulan






 
4 bulan
Rasanya baru semalam kejadian ni berlaku. Dah satu tahun rupanya. Cepat betul masa berlalu. Sekarang dah pandai. Perkembangan yusuf sesuai dengan umurnya. Sudah merangkak, berdiri dan meniti di setiap kerusi dan dinding. Belum pandai berjalan lagi.

Jadi anak yang baik ye sayang.

#yusuf12bulan1hari

Tuesday, March 22, 2016

ALONG TEHPENG PIOR

Assalamualaikum

Papa pengemar tegar kopi. Selalu beli old town white coffee instant tu. Tak sampai sebulan dah habis. Bila habis, tukar teh tarik pulak. Mama pun dah berjangkit dengan papa, minum teh tarik. Sekali sekala ada juga minum kopi papa punya. Tapi tak selalu sebab masih breastfeeding yusuf. Selalu minum kopi boleh kurangkan susu.


Suka tak sukanya teh tarik ni, sampaikan kat rumah pun ada kole dengan penapis kain ala-ala kedai mamak ni. Penapis kain tu dah berkali-kali diulang-ulang tukar. Cepat benor bertukar warna, al-maklumlah warna teh kan...kuning. bancuh pekat-pekat, dua tiga kali bancuh, roper itu ler jadiknya.

Memalam, selalu lah si papa ni membancuh kopi. Tak kopi teh tarik. Kalau teh tarik, haruslah kole kat atas tu keluar. Subuh-subuh mama bangun...nampak bendaalah ni. emm..mengeteh ler tuuu!

Tapiii...kalau waktu tengahari terik macam sekarang ni, teh ais lebih sedap kan? Lalu kat tekak sejuk je rasa. Eh, bukan teh ais je...apa-apa air ais pun sama...sedut dalam-dalam, wah nikmatnya, nyaman anak tekak.

Ada satu kejadian, masa mama tengah menggoreng ayam nak buat ayam masak merah. Alah masa Chik Yus datang rumah hari tu. Tetiba gas habis lah pulak. Bergegas ke taman sebelah nak tukar gas baru. [bahana takde gas spare]

Cuaca dah lah panas merembang. Dengan bawak yusuf sekali. Yusuf, satu perkara yang kena tahu, dia tak boleh kena panas...cepat je berpeluh...merecik-recik atas kepala. meleleh-leleh lah peluh serata rambut, badan dan lengan. Even, tidur dalam air-cond pun, kalau diselimut penuh ke badan, astagfirullah hal'azim berpeluhnya. Tak tahu lah mengikut sapa.

Masa di kedai membeli, membayar duit gas dan menunggu mamak masukkan ke dalam kereta pun, mama dengan yusuf dah berpeluh-peluh sebab lambat sangat. Sampai kat simpang jalan, ada nampak orang jual air. Sebelum ni memang nampak tapi pandang sebelah mata jer. Banner dia tulis ALONG TEHPENG PIOR. Sebelum ni, dalam kepala apa bendalah tehpeng pior tu.

Mama singgah jugak sebab dah tak menahan panas dan kering tekak. Teh ais rupanya. Beli satu bekas [RM2.00]. Boleh lah, kalau kat kedai bungkus pun sama jugak harganya. Rasa pun sedap, tak ceroi sangat.


Semalam, beli lagi. Lepas ambil mira daniel dari sekolah...mira mintak beli air. Dahaga sangat katanya. Air bekal dah habis. Mama kata, nanti kita beli tehpeng. Mira, ok aje.


Masa ni, gerai baru bukak. Tak ramai orang membeli. Masuk kereta, kongsi sedut ramai-ramai. Tengok bayang-bayang mira tu. Dah tau panasnya kan. Matahari terpacak atas kepala.


Mama beli satu bekas je sebab airnya banyak. Kalau dua atau tiga tak habis pulak nanti. Membazir. Dah minum dalam kereta, sampai rumah masih ada banyak lagi airnya.

Along Tehpeng Pior - RM2.00
(telur sepapan tu abaikan - beli semalam, belum disimpan)

Beberapa hari lepas mama ada baca pasal tehpeng ni di blog nisa kay. Barulah mama tahu tehpeng ni ada banyak cawangan kat Malaysia, rupanya...hehe

Dah, itu jer nak cerita.


Monday, March 21, 2016

Udang Galah dan Mandi Di Lubuk Petai

Assalamualaikum


~ hasil tangkapan amir dan papa. Tangan amir selalu ada 'ong'. Yang paling besar tu, amir punya. Selalu pergi memancing, bila memasing tangan kosong, amir mesti ada habuan di bawak balik. papa kata amir pakai jampi ~
Habis dah cuti sekolah. Hari ini bersekolah macam biasa. Cuaca sangat panas. Perlis dan Kedah sudah diisytiharkan cuti sekolah esok dan lusa. Mujurlah Perak terkecuali. Sebelum ni Perak di Ipoh dan Lubuk Merbau (Kuala Kangsar) dah tersenarai kawasan gelombang haba [cuaca melebihi 39C]. Mujurlah dah merosot sedikit. Tapi masih panas membahang.

Masa cuti..sebelah malam, hari Rabu, Khamis, Jumaat...tiga hari berturut-turut tu pergi memancing udang galah. Di Sungai Perak depan rumah Opah. Papa pergi dengan amir jer....Dulu-dulu mama rajin jugak ikut. Sejak ada yusuf ni, dah kurang. Nanti kesian yusuf tak selesa dengan nyamuk nyer lagi kannn?

Bila cuti selalunya ini aktiviti kita. Kalau tak pergi mandi di lata, kita memancing. Tak pun, ikut atok masuk hutan.

Kebetulan Jumaat Chik Yus datang rumah. Nak bawak anak-anak mandi lata katanya. Maklumlah, rumah kita dah dekat sangat dengan lata. Pilih jer mana yang berkenan...Lata Ulu Kenas ke, Lata Jeliang ke, atau jauh sikit Lubuk Petai. Setengah jam aje jauhnya.

Ulu Kenas paling dekat..lima ke tujuh minit sampai tapi sekarang ni nak masuk dah kena bayar pulak. Satu kereta kena tol RM2, untuk orang ramai sekepala tak tahu berapa pulak kena caj....kita pun dah tak pergi dah sejak ada bayaran tu. Bukan berkira tapi orang dah ramai sangat sekarang ni. Berduyun-duyun bila cuti hujung minggu. Tak privasi bila nak mandi. Mungkin caj itu salah satu cara nak kutip hasil bagi Jabatan Hutan, agaknya. [Mungkinlah...mama pun tak pasti]

Amir dan Chik Yus dengan anak-anak.
Diorang bermalam di rumah kita dan hari Sabtu pergi. Ini di Lubuk Petai. Memang privasi. Kita sekeluarga pun selalu ke sini juga. Sebabnya tak de orang kecuali orang kampung saja. Tapi jarang-jarang lah nak ada orang. Selalu kita pergi memang hanya kita saja. Seronok lah bermandi-manda. Tak diwar-warkan pada orang luar. Lata Jeliang pun sama...takde orang.

Mira berenang-renang - mama tak ikut sebab yusuf sedang tidur masa korang berangkat.
Musim panas sekarang, memang sedaplah mandi berendam lama-lama. Sejuk je airnya. Dikeliling pokok-pokok. Nyaman sungguh. Rasa tak nak balik pulak kan korang?




Yang mencangkung macam katak tu, Daniel. Cubalah posing betul-betul dulu, baru diambil gambar. Aduyainyapun.....mira ni. Mama post aje lah apa saja gambar yang korang ambik.

~ menyusun batu bertengkek-tengkek, jadi menara~
Dah puas mandi, balik. Sampai rumah dah zohor. Sejuk-sejuk, perut dah berkeroncong. Mama faham sangat-sangat dah. Itu yang mama siap-siap masak tu. Nasi dengan lauk ayam masak merah kegemaran semua orang. Emm..chik yus anak beranak makan bertambah-tambah sebelum balik.



Bye-bye menara batu. Lain kali kami datang terjun lagi.
Siap sedia....aktiviti berkelah pulak lepas ni.


Wednesday, March 16, 2016

Makan Kenduri dan Aiskrim Oreo

Assalamualaikum

Cuti sekolah sudah bermula. Bermulalah aktiviti berjalan-jalan. Kita tak jalan jauh mana pun. Sebab mama masih kerja. Tak ada merancang lagi untuk bercuti panjang.

Hari ni dah Rabu....Ahad, kita ke Bukit Gantang. Ada kenduri aqiqah cucu Opah Nyah. Pergi dua buah kereta. Chik Mah dengan anak-anak dia bersama-sama opah dan atok. Kita satu kereta. Jadi kita berkumpul di rumah opah untuk gerak sekali.

Sebelum sampai di rumah opah, kita singgah dulu di pasar pagi Ahad. Membeli selipar Daniel yang dah kudung sebelah. Amir pun join sekali membeli selipar sebab dah tunggu masa nak putus.

~Selipar Daniel dah berganti baru~

Sekarang ni musim panas. Walaupun baru pukul 9:30 pagi, tapi dah berpeluh-peluh dibuatnya. Berjalan di celah-celah orang ramai, Mengendong yusuf lagi yang dah sememangnya berat. Bergilir-gilir dengan mira mendukung yusuf. Masa ni, mama dah rasa tak selesa. Selesai memilih dan membayar, terus gerak ke kereta.

Sampai saja di rumah opah, tengok Chik Mah tengah buat aiskrim sumi. Aiskrim oreo pun ada. Opah goreng nugget. Kita pulak dah siap-siap sarapan roti dan susu di rumah. Sebab sangka mama atok nak pergi awal ke rumah Opah Nyah. Rupa-rupanya tidak.

~Aiskrim sumi yang mengundang minat budak-budak~
~Gorengan nugget ayam~
Jadi lepak dulu lah...makan-makan dan minum-minum lagi. Yusuf pun sempat tidur dulu sebelum pergi.

Kita bergerak dari rumah pukul 11:00 pagi. Diperjalanan singgah pulak di kedai tayar. Nak ganti tayar kereta kita yang dah haus. nanti meletup dalam perjalanan, bukan ke haru jadinya? Habis tukar-menukar 11:45 pagi. Terus jalan ke rumah kenduri.

Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang, akan melalui pekan kecil Padang Rengas.
Salah satu trade mark dia, Gunung Pondok dan Kilang Simen YTL. Tapi orang biasa sebut Perak Han-Jong.
Sambil mama memandu kereta, anak muda ni berselfie-selfie.

Katanya..."huuyo, Amir handsome lah mama" Amirah, Aina, Alif  dan Yusuf di belakang...senyap je.
Daniel dengan Danish di kereta Chik Mah. Mencari partner masing-masing bila berjalan.
Sebelum 1:00 tengahari, kita dah sampai rumah Opah Nyah. Tengok orang kampung dah ramai. Yang nak balik pun ada. Sampai-sampai je, salam-salam...terus capai nasi, masuk rumah dan makan. Menu sedap jugak - ada kari kambing, ayam masak merah, sayur labu masak lemak, ikan goreng dan ulam-ulam serta sambal belacan. Nasinya, nasi putih aje.

Pemanis mulut - lepas makan nasi, makan kuih-muih
Sambil makan, sambil bersembang-sembang dengan saudara-mara. Masing-masing sudah mempunyai keluarga, kerjaya dan hal sendiri. Susah nak berjumpa. Kalau ada kenduri kendara, perayaan atau kematian barulaaaah dapat berjumpa. Waktu begini lah nak bertanya khabar pun. Lain masa semua sibuk.


Masa mama borak-borak, korang apa lagi, mainlah ye. Perut pun dah kenyang. Bawak yusuf nak buai baby aqiqah. Seronoknya dia..berangin je kena tiup dek kipas angin. Nak-nak pulak sekarang ni cuaca panas.


Tengah asyik bersembang, atok dah ajak balik. Eh! baru teringat nak makan laksa dengan bubur kacang. Keluar rumah, tengok laksa dah habis. Bubur pun tinggal dua tiga mangkuk je..cepat-cepat mama ambil. Nanti kempunan sampai kuala kangsar. Makan bawah khemah pulak dengan atok. Sembang lagi.

Selesai semuanya, kita balik. Terus tegak ke Kuala Kangsar. Kita rehat dulu di rumah opah. Petang pukul 6:00 baru balik ke TJJ. Hujan lebat masa ni. Sebelum tu...ada request pulak dari anak-anak nak makan aiskrim oreo. Tadi tak puas makan Chik Mah punya.

Kita singgah kedai. Amir berlari-lari dalam hujan membeli oreo. Lepas maghrib mama buat.

~Tak susah membuatnya.
1 tin susu pekat manis + 1 tin susu cair + oreo  + 4 tin susu air suam.
Ada yang letak secubit garam, tapi mama tak letak~
~AISKRIM OREO - kegemaran semua. Satu bancuhan dapat 25 batang.
Sejukkan dimalam hari, esoknya bekalkan ke rumah opah, licin dimakan cucu2.~