Wednesday, August 13, 2014

Cerita Raya Baru Nak Update...Kesiannya!

Assalamualaikum

Hai. Salam lebaran. Eh! boleh lagi ke ucap salam lebaran ni? Dah masuk dua minggu bulan syawal.  Sian kat aku, cerita dah berkurun baru nak update. Nafsu berblog turun ke tahap kritikal sekarang ni.

Sebenarnya aku takde cerita menarik sangat di aidilfitri tahun ni. Kami sambut biasa-biasa dan ala kadar saja. Nak meng update blog pun rasa kurang menyengat sebab takde perkara yang best untuk dikongsi.

Tapi aku sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang singgah ke blog aku ni walaupun entry dah lama tak ber update. Mengucapkan salam aidilfitri. Bertanya kabar di ruang komen. Adakah aku masih bercuti raya? Masih beraya lagi kah aku? Sebenarnya isnin lepas aku dah masuk kerja. Mood beraya pun dah berkurang. Cuma badan tak berapa sihat sejak kebelakangan ni. Tu yang rasa macam malas jer nak mengadap komputer.

Menarik tak menarik raya aku tahun ni, ada jugak lah sikit-sikit cerita yang aku nak share. kisah-kisah aku sepanjang cuti raya ni. cerita biasa-biasa jer. cerita orang kampung.

Raya pertama kami kat rumah atok kuala kangsar. tak macam dulu-dulu. kalau tahun-tahun lepas sehari sebelum raya kami mesti dah sebok menebang buluh, mencari daun pisang, santan, rendam pulut - nak buat lemang. masa ni jugak dapat lah dengar atok bebel-bebel sebab ada yang ngelat, melarikan diri, curi tulang tak nak buat keje. opah relax jer tapi atok pokpek pokpek pokpek pokpek pokpek pokpek...(6 kali, sangat dahsyat ok).

Tapi kali ni dukacita sikit sebab buluh lemang semuanya dah tua-tua, tak sesuai nak buat lemang lagi. cepat pulak buluh-buluh ni tua sebelum raya ek...macam tau-tau jer nak kena tebang. yang sukacitanya, takyah dengar atok pokpek pokpek. teehee. jangan banyak bebel atok nanti cepat tua macam buluh tu. T__T.

Kalau nak ikutkan susah mencari buluh, taklah susah sangat sebab dekat jer dengan rumah atok. Empat lima langkah jer dah sampai. Hari-hari pandang pokok buluh depan mata.

Tengok tu ha, sebelah kanan tu pokok buluh, sebelah kiri jalan pulak rumah atok. dekat bebeno kan?...tapi apakan daya dah takde, niat nak membako lemang terpaksa dilupakan. berayalah kami anak beranak, menantu cucu semua tanpa membako lemang di malam raya. 


Tak bako lemang kami bako mercun, main bunga api. rumah atok mengadap sungai perak. tempat atok ni nama dia kota lama kiri. seberang sana kota lama kanan. kami baling-baling mercun kasi lawan dengan orang seberang sana. meletop-letop sampai ada orang kentut macam bom pon tak dengar...sedar-sedar busuk jer masuk hidung. tak senonoh. sapa punya keje ni?


Ini bunga api yang keluar api warna-warni banyak-banyak kali tu. ala kalau malam new year ke, merdeka ke selalu orang pasang. entah aku pun tak tahu nak explain macam mana. gambar nampak tak cantek. maklumlah kamera cikai jer...yang ambik gambar tu pulak bukannya pro sangat...hentam kromo jer. terhasilah gambar yang entah apa-apa entah. tak macam bunga api langsung tapi ada hati nak tempek jugak kat sini.


Sebab tak bako lemang, pepagi raya kami bako sate pulak dah!...abis jer sembahyang raya yang laki-laki semua pakat tuko baju. dari baju melayu jadi baju omputih. yang dah tak berbaju pon ada. layan singlet jer. amir siap pakai sarung tangan. panas tahap dewa api agaknya....mengalahkan tokeh sate membako sate!

kenapa kangsar menjadi kangsai? acai cincai boncai. ntah, aku pun tak paham.

sambil jejaka-jejaka tampan berasap-asap membako sate, atok duduk kat tepi tu...perhati jer kalau ada yang tak kena....hamboi, hamboi pak mail! pengarah lah kata kan.

budak mumaiyiz makan atas lantai jer ye...anak dara yang putih-putih melati tu, kompem lah bukan anak aku.

menu wajib kami di pagi raya adalah laksa. tiap-tiap tahun laksa. menu tambahan, ada nasik impit dengan kuah kacang. biasa tak penah ada nasik impit tapi sebab ada sate, so nasik impit pon nak berimpit-rimpit jugak, menyesakkan meja makan jadi menu raya. dok leklok sebelah sate. T__T.


lemang dengan rendang pon sebenarnya menu wajib....kali ni tak bako lemang tapi dapat jugak lemang....pukul tiga pagi raya subuh sepi'e, chik mat menganto lemang panas-panas dari mertua dia. jadi...apa nak lagi? yeay jer lah...dapat makan lemang.


cucu-cucu dapat duit raya. masa ni aku pon tak ingat bila...dah sembahyang raya ke belom ni. konpius aku. tengok rumah macam selerak beno, kenapa?

Bila dah masing-masing penat, muka dah macam tepung gomak kena abu, ketiak dah tengek, tambah pulak perut dah berlipat-lipat. maklumlah sebulan tak makan siang....asyik nak menguap jer....malas pulak nak ambik gambar cecantik di hari raya yang mulia untuk ditempek kat blog aku yang suci ini. redho jer lah dengan apa yang ado!

Itu jer lah cerita hari raya pertama aku. Tak jalan mana-mana pon sebab dari pagi tetamu datang tak putus-putus. Kawan chik mah lah, girlpren chik dan lah...sedara opah, sedara atok.... sampai ke petang ada jer tetamu. sekali datang berbijik-bijik kereta.


satu group sekali datang dah macam segerombolan lori satu tan....pastu sambung pulak dengan gropu lain, satu tan lori jugak...penat wo tapi happy dapat jumpa semua. takyah aku susah-susah pegi rumah kome. bijak tak di situ? hehe.


malam lepas isyak, baru kami semua ada masa sikit pegi serbu rumah opah aku a.k.a moyang kepada anak-anak aku. yang tengah tu opah aku, satu-satunya moyang yang tinggal. cicit pon dah berpuluh dah...yang lain dah arwah. dua orang tepi tu adik-adik aku. sorang tokeh ayam, sorang tokeh roti jala. aku jer yang belom naik pangkat jadi tokeh lagi.

pegi rumah moyang bukan setakat menghabiskan laksa, lemang dan rendang dia tapi siap tapau nasik impit bawak balik. kat rumah atok tadi nasik impit dah licin bersih dengan sate-sate nya sekali. memang lah dasar cucu cicit tak tahu malu!



cerita hari raya seterusnya, next episod lah ye.


Terima kasih sebab sudi baca.