Wednesday, August 24, 2016

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Assalamualaikum




Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan



ni dia budak baru belajar
jadi mangsa keadaan pun ye jugak

terpekik-pekik atok dan papanya dari bawah pokok
hah yang itu, atas lagi, atas lagi

dia di atas pokok itu pun, terjerit-jerit juga
yang mana? yang mana?
nanti dahan patah, macam mana?

kalau dahan patah, jatuh berdebup lah kan.
lagi mau tanya.

ha macam tu lah, nak menurun ilmu
mata pelajaran 'macam mana nak kenal cempedak tua dengan cempedak muda'

korang kenal?

T____T

nah! belanja satu lagi gambar

Cempedak goreng

Baru pagi tadi aku goreng. Makan pagi-pagi buat breakfast. Lantaklah kan, kalau menunggu petang, bilalah gamaknya masa nak menggoreng, dengan nak mengadap si Yusuf tu lagi. Dah tentu tak sempat.

Nanti hujung minggu ini tak tahu lah ada di rumah ke tidak. Makanya, lebih baik dihabiskan stok yang ada tu sebelum mereput dimamah usia ulat.

Aku sebenarnya ni, sedang sangat sibuk. Kerja bertimpa-timpa dari pagi tadi. Kalau tak ada kerja tu, tak ada memanjang.

Tapikan, nak cerita sikit. Whatsapp keluarga mertua dah bertali arus program untuk hujung minggu ni tau! Nak memancinglah, menjaring ikanlah, nak membako-bako lah. Aduuuhh oooii, dah pening tak menahan dah ni!

Nanti kita story-story apa yang berlaku ye. Korang jangan muntah sampai terkeluar halkum pulak asyik baca kisah kampung yang tak berkesudahan.

Oklah, kakyong beransur dulu, nak sambung buat kerja.

Chow ci chow.....











10 comments:

  1. Cer citer, cer citer..ater camane nk ngene cempedak mude ke tue ke, kalo org tue ke mude je mudoh je nak ngenenye,ni terbeli cempedak mude udoh sampe ke sudoh tak dapat nk menggoreng, last2nya busuk buang ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya tahu, tengok pada tangkainya, sudah hijau tua atau keperangan. kulitnya sudah tegang. kalau dihidu, bau sudah menyengit2 menusuk lubang hidung. itu tanda dah matang lah tu. bolehlah dibeli.

      itu saja yg saya tahu, kak. saya pun mak budak baru belajar tau! tulis macam belagak pandai aje gayanya ye.

      Delete
  2. Adoiiiii udah teringin nak makan cempedak pulak ni weyh....
    Tapi mmg betul, kalau dibiarkan bisa busukkan Rul.... Kalau udah busuk, ada ulat melenting lenting....hish jangan suruh mak kopek cempedak, mak mmg geli walaupun ulat tu kecik dari mak weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ingatkan mak berbadan sado tak takut ulat!

      beli le mak, tengah musim cempedak sekarang ni. nanti kempunan.

      Delete
  3. Cempedak goreng! Aduhai! Sampai hati KB tau tayang-tayang cempedak goreng. Kita suka bangatlah!

    Untunglah duduk kat kampung macam ni. Dahlah takda hutan batu, banyak pulak tu hasil. Untung betul ada dusun ni. Tapi saya kalau balik kampung tetap juga jumpa batu-bata aje!

    Oh alahai! Dah penuh itinerary ya! Nanti cerita-ceritalah lagi. Kita tunggu aje ni bila ceritanya up ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh MD suka cempedak ek? manalah kita tahu.

      untung org yg ada tanah dusun je, MD. saya ni duduk kampung juga tapi keluarga takde dusun. dah kahwin, bolehlah merasa hasil peninggalan atok moyang Yusuf ni.

      haha, nanti kita ceritalah apa yg terjadi. jgn bosan pulak ye.

      Delete
  4. sedapnya cempedak goreng tu KB...meh campak kat akak sebutir...hihii.sebenarnya akak ni sedang teringinnn sangatt nak makan goreng cempedak tapi bila cakap dgn hubby akak minggu lepas sampai la ni bayang pun takde tak ingat agaknya dia ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan, saya pun suka cempedak. kalau dekat saya dah lanting-lantingkan sorang sebijik kat kawan-kawan tau! tgk komen suka dah terliur2kan cempedak nampaknya tu. rasa bersalah pulak saya dok tayang2.

      Delete
  5. Skrg mmng tgh musim cempedak ye sy pn puas dpt mkn cmpedak goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tiba musim jenuh makan, sampai tak kuasa nak menggoreng dah akak ni!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^