Thursday, August 4, 2016

Raya Di Kampung 2016

Assalamualaikum

Disclaimer : Entry kali ni mungkin panjang berjela sebab malas dah nak buat part-part. Syawal pun dah habis, kan. Kalau rasa bosan, tekan pangkah aje. Aku tak terasa hati, okay!

Ini gara-gara nak menghabiskan kisah raya bersama mertua. Yang sebenarnya selepas balik je dari Ipoh minggu lepas, tamatlah kisah raya bersama mereka. Tetapi, Ahad minggu depannya, mak mertua berbalas whatsapp dengan cucunya, Amirah.

Kalau nak tahu, tabiat mak mertua aku ini, suka memancing cucu-cucunya daripada dia terus berurusan dengan anak menantu. Contohnya, baru-baru ni, dia beritahu Mira, atok ada di kebun, datanglah....Boleh mandi sungai dan makan durian.

Kalau cakap pada menantunya, mungkin takde respond atau banyak alasan. Tapi cakap pada cucu, terpaksalah mama dan papa budak-budak ni kena balik kampung juga dek kerana hasutan cucu-cucu mereka. Suami aku yang bekerja , tiba-tiba boleh pulak declared cuti sewenang-wenangnya. Mentang-mentanglah hotel tu dia yang punya agaknya!

Bertolak dari rumah pun sudah nak dekat pukul satu, padahal pagi-pagi lagi opah sudah beritahu dia ada di kampung. Dalam pada bersiap tu, macam-macam insiden berlaku antara aku dengan si suami ni. Ye lah, tak de perancangan nak balik, alih-alih kena bersiap untuk balik. Kalau jam tu buat keputusan nak balik, jam tu jugaklah nak bergeraknya. Orang lelaki senanglah kan, siap diri sendiri aje.

Emak anak-anak ni, semua nak kena fikir. Baju persalinan anak, susu diapers, diri sendiri dan macam-macam lagi termasuklah bekalan makan tengahari pun nak dihangkut sekali. Nanti, apa pulak kata ibu mertua, datang waktu makan bertangan kosong aje. Semua aspek kena ambil kira tau! . Mulalah aku tarik muka, dan rasa malas nak ikut balik kampung membuak-buak di dada.

Tapi akhirnya aku ikut balik juga. Bukannya boleh, bab keluarga mertua, kalau balik mesti cukup corum berbanding kalau balik ke rumah emak bapak aku selalu saja tak cukup corum!. 

Ok, habis dah sessi luahan perasaan.

Pak mertua aku walaupun bertahun-tahun menetap di Ipoh, namun, asal usulnya dari Kuala Kangsar. Rumah datuk suami di KK tak jauh pun dari rumah kami. Lebih kurang setengah jam saja. Dan pak mertua juga ada tanah dusun dekat-dekat situ juga.

Maka, sebelum kami ke rumah arwah datuk suami yang kini diduduki oleh Makcik [kakak pak mertua], kami ke kebun pak mertua dahulu. Mengemas dangau yang telah setahun ditinggalkan dek kerana bukan musim durian. - Musim durian aja rajin ke mari.

Sebaik sampai mak mertua tengah siapkan makan tengahari. Suami dan anak-anak terus menerkam kelapa muda dan mereka minum di beranda, tambah dengan ais batu...hai bukan main lagi sedapnya. Manakala, menantunya ini menerjah ibu di dapur menengok apa yang patut kena tolong. Sampai-sampai aje terus kena tumbuk sambal! Walaupun dalam hati teringin juga nak melepak minum air kelapa.

Anak-anak pula, selesai saja minum air kelapa mereka tak tunggu-tunggu lagi terus berlari ke belakang rumah menuju ke sungai. Mandi-manda. Itu yang mereka suka sangat bila balik kampung ni.

Mulai dari belakang rumah mereka menyusuri sungai sampai ke jambatan ini. Lepas tu buat terjunan ala-ala penerjun lah kononnya. Daniel bersiap sedia nak terjun. 

Anak kampung - sudah biasa dari kecil. Amir dulu pun begini juga. Baru sekarang sudah tidak galak bermain air. Daniel dah lepas ke bawah. 
Semasa kami makan pun mereka dah jadi hantu air, tak mahu naik-naik. Menjeritlah kita, orang tua ni memanggil naik untuk makan, sia-sia aje, buat sakit anak tekak ada lah!. 

Makan - bila terass lapar baru ingat nak naik. Ambik nasi kemudian kena halau ke luar sebab dah basah lenjun. Makanlah di beranda tiga beranak ni. Yang tengah tu bff Daniel @ adik suami paling bongsu. Beza umur 6 bulan saja. 
Usai makan, solat kami mengemas rumah dan laman. Aku dengan ibu di dalam rumah. Manakala papa dan suami mesin rumput. Setelah difikir-fikirkan tak tahulah aku, ini nak beraya ke nak berdusun. Sekali harunglah ni!

Sambil mengemas aku selang-seli makan durian. Asal suami makan, aku makan, mertua panggil makan, makan lagi. Kalau budak-budak tu makan, aku pun menyebuk juga. Belum kira yang makan sorang-sorang. Hantu durian juga aku ni. Maklumlah keluarga sendiri tak ada dusun.

Menjaga budak kecik ini pun satu kerjaan. 

Banyak jugak lah kerjaan kalau nak diceritakan. Sampaikan rak tingkat pinggan mamgkuk pun dibuka dan dicuci oleh ibu. Kemudian, bila nak dipasang semula, alahai payahnya. Asyik tercabut aje. Dekat satu jam kami mengerjakan benda itu. Hantu betul rak tingkat tu! Merecik-recik peluh dibuatnya. Sampai pak mertua masuk campur barulah berjaya. Kata pak mertua, bukak pandai!

Hampir maghrib barulah bergerak ke rumah Makcik untuk beraya. Suami aku dengan muka tak malunya nak makan nasi. Disebabkan datang pun main terjah aje, kami tak mahulah menyusahkan Makcik nak masak bagai-bagai. Umur pun dah nak hampir 80.

Kebetulan sebelum kami sampai ada tetamu. Sejurus kami sampai mereka pun balik. Jadi di atas meja ada pisang goreng, cucur bawang dan tauhu sumbat. Selepas solat Maghrib, ibu ajak aku merasa tauhu. Aku pun makanlah nak ambil hati. Kemudian katanya "Kita ini kayak orang kelaparan".

Sapa yang lapar sebenarnya? Aduhai ibu pun. Dia yang suruh kita merasa, kita pun makanlah.

Di rumah Makcik pun makan durian. 
Selain itu, makan kuih raya. Niat datang ni pun sekadar nak ziarah dan tanya khabar. Bisinglah dia, duduk sepelaung aje hari raya taknak datang! Nak buat macam mana laki ku kerja! 

Masa di rumah Makcik, ada adegan yang menggelikan hati. Sebaik sampai di rumah Makcik, azan maghrib baru saja habis. Pak mertua terus berwuduk dan terpacak atas sejadah. Sambil tu menjerit panggil Daniel dan bffnya untuk berjemaah. Kami yang tua ni mencicit lari ikut sama sebab paham maksudnya. Kan mertua aku menghantar isyarat melalui cucu. Ibu pula terus sarung telekung tanpa bukak tudung sebab dia masih ada wuduk.

Daniel dan Pak Sedara di rumah Makcik. 

Selesai solat, bila membuka telekong dia tak perasan tudungnya ghaib dari kepala. Dah beberapa minit kemudian baru tersedar. Mulalah mencari ke sana ke mari. Habis diselongkar beg dan telekong aku pun diperiksanya.

Bila pak mertua ajak balik pun tak mahu. Katanya, nanti Pa...tudung aku hilang.

Dalam kami duduk di sofa, dia terkenangkan tudungnya.

Kok bisa hilang.
Apa pikirin orang kain lap?

Sampai sekarang aku gelihati bila diingat semula cakapnya.

Malam tu dia balik pakai tudung Makcik dengan hati diselubungi penuh misteri.

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiii..........hahaha. Ibu, ibu sapalah yang berkenan dengan tudung dia tu!















10 comments:

  1. Aduhai, gelihati pulak membaca gelagat ibu mertua KB ni tau.

    Biasalah tu KB luah hati macam tu. Selalu rasa kita jadi 'mangsa'kan bila bercakap pasal keluarga belah suami. Kalau suami saya, pantang disebut keburukan apa pun tentang keluarganya, boleh perang besar. Kiranya keluarganya ajelah yang terbaik, jangan banding-banding dengan orang lain. Bab ibu, beranilah cakap yang bukan-bukan, memang minta tak nak bertegur-sapa 24 jam tau! So, mana boleh elak, elakkanlah persengketaan katanya ^_^

    Samalah kita ya, hantu durian rupanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, kalau dah ramai-ramai tu, macam2 terjadi. tudung pun boleh silap letak. mana entah dicampaknya.

      Oh hantu durian juga MD ni. sedapkan durian.

      Delete
  2. sedapnya durian tu kak, saya anak-beranak memang sukalah.

    Biasalah tu kadang nak luahkan perasaan juga, tapi kena jaga hati orang yang membaca jadi senyap2 sajalah saya ni kak hehehe, takut boleh bikin kecik hati.

    haa kelakarlah bab tudung hilang tu, ke mak mertua tu tertarik sekali dengan telekungnya tudung dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian....sedapkan. samalah kami anak beranak pun suka durian.

      haha, kadang2 bila dah geram tu, luah jugalah kat sini. tapi sebelum luah di sini, dah bising2 kat telinga yg berkenaan. luahan di sini memang takde sapa yg kecik hati, insyaallah sebab dah ditapis. lagipun suami akak tak pernah pun bukak blog ni. dia tak baca pun. tak minat!.

      bab tudung tu, kalau diingat2 mmg kelakar.

      Delete
  3. Esok esok datang lagi sambung komen.....sekarang pamitan, udah mengantuk matanya.....mau turu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihlah mak, ngantuk2 pun sudi singgah sini. esok-esok datang lagi ye. jgn tak datang terus. hihi

      Delete
    2. Ni ha....mak datang balik nak komen hihi...

      Setuju weyh....jadi lelaki ni senang aje, tugas dia bawak keta, yg kita ni macam macam nak kena kemas sebelum bertolak tu, belum lagi kena berlakon kat sana, tumbuk sambal lagi hihi...Duk rumah sendiri jugak best, boleh melingkau lingkau atas sofa hihi....

      Dah jumpa lum tudung puan ibu tu sekarang ni? Mana pulak ghaibnya ek....

      Delete
    3. dah jumpa, saya ada nampak dia pakai masa bako lemang hari tu tp tak terucap di mulut nak bertanya mak. kelu lidah ni, tak tahu lah kenapa ye mak. saya ni kan pendiam orang nya.

      Delete
  4. Seronok akak baca cerita KB....sukanya KB anak beranak makan durian ya.
    Apa yang lebih seronok budak2 tu asyiknya main air...bestnya dapat pegi tempat camni.
    Hihiii...apa cerita tudung ibu tu sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak tu memang hantu air kak SI. Tak boleh jumpa air mesti menggelitis kaki nak terjun.
      tudung ibu tu, tersalah letak rasanya. lepas tu lupa.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^