Friday, January 27, 2017

Yusuf Minggu 3 :: Bermain Playdough

Jumaat 28 Rabi'ulakhir 1438

Assalamualaikum!

Saya sambung cerita semalam ^__^. Kisah minggu lepas Yusuf di taska dengan kawan-kawannya. Empat orang saja yang hadir, nampaknya tu. Dua lagi tak datang sekolah......

Maka, hari Khamis tu, mereka berempat sajalah yang dok membuat playdough dengan teacher. Jom tengok!

Mula-mula, Adam masukkan tepung dalam bekas.

Lepas tu, Yusuf pulak tambah secawan minyak masak...sambil diperhatikan oleh Adam T_T


Tugas Dania, memasukkan serbuk perwarna ke dalam campuran tepung dan minyak tadi.
Mereka sepakat memilih warna merah. Miqaeel tengok dulu ya! ^_^


Sekarang barulah Miqaeel boleh menambah air secukupnya untuk dijadikan doh. ^_^


Akhir sekali, tugas teacher lah untuk menguli aduan tepung itu menjadi playdough yang cantik. Anak murid, perhatikan saja tangan-tangan teacher yang gebu menggaul doh! hehe...

Setelah playdough siap cantik kejadiannya, anak murid bolehlah bermain dengan riang ditemani teacher.
Yusuf juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti menekan, memicit dan menekap
playdough menggunakan acuan.
^__~



Balik rumah, Yusuf menyambung bermain playdough dengan mama pula di waktu malam kerana doh tersebut dibekalkan oleh teacher balik ke rumah. Seronok ya jadi budak-budak ni. Main ajer kerja mereka...hihi


Selamat berhujung minggu! Bye-bye...














Thursday, January 26, 2017

Yusuf Minggu 3 :: Anggota Badan Saya

Khamis, 27 Rabi'ulakhir 1438

Assalamualaikum semua! Hari ini dan esok kisah Yusuf ya. Nampak gayanya kisah Yusuf di taska akan menjadi episod paling banyak dalam blog buat tahun ni ^_^.


Sebab mamanya tengah excited nak menyimpan gambar-gambar Yusuf yang banyak dikirim oleh teacher. Nak mengharapkan gambar dicetak di kedai, entah bilalah agaknya. Jika, dibiarkan dalam kamera hp, risau pulak hilang dimakan virus atau terdelete dek tangan kecik Yusuf! Maka, saya lebih senang letakkan saja dalam blog ni yang sudah umpama diari dan album atas talian...harap-harap blogspot boleh kekal lama.


Dalam minggu ke-3 yang lepas, Yusuf masih lagi menangis bila nak melangkah masuk ke taska. Asal sampai saja di pagar taska, dia mulalah...tak nak sekolah, tak nak sekolah. Masih berdukung dari kereta sampai ke pintu. Bila diambil teacher terus meraung! Tapi minggu ni, dia lah 'good boy' kata teacher.


Minggu lepas, Yusuf belajar mengenali anggota badan. Minggu itu, teacher sibuk agaknya. Tak banyak menghantar gambar.

Aktiviti mencuci tangan saya - waktu ni Yusuf meragam di taska. Sambil mencuci tangan sambil menangis. Bila teachernya nak mengetik gambar, Yusuf tak nak buat, bila teacher letak hp Yusuf sambung mencuci! Maka, tak ada lah gambar Yusuf ^_~  
Lepas sabun dan cuci tangan, mereka diajar lap tangan bersih-bersih. Tersenyum saja kawan-kawannya tu!

Ini hari berikutnya - memberus gigi. Eh! eh! tengok tu siapa yang semangat sangat nak menggosok gigi tuuu...

Kata teacher, sebaik saja teacher keluarkan gigi gergasi tu, Yusuf cakap, gigi...gigi...
"Pandai Yusuf, dah boleh kenal...hehe" - ayat teachernya.
Bukan setakat gigi, semua anggota badan kebanyakkannya Yusuf sudah kenal dan boleh menyebut dengan baik. T__T. Meh, tengok Yusuf berus gigi.....




Selain itu, minggu tersebut mereka belajar menyentuh anggota muka di hadapan cermin dan melukis jari sendiri. [takde gambar].

Habis belajar, mereka tukar pakaian nak tidur.....zzzz. Gembira nampaknya Yusuf tu!

Ok, itu saja setakat hari ini. Esok kita tengok anak-anak ni menguli doh untuk melatih fine-motor jari-jari kecil mereka.

Bye ^_~



Wednesday, January 25, 2017

Amir, Mira, Daniel, Yusuf

Assalamualaikum


Sekarang musim hujan, kan. Sikit-sikit sudah kedengaran banjir di sana-sini. Pusat perpindahan pun dah banyak yang dibuka untuk penempatan sementara kepada mangsa banjir. Dengan sebab itu juga saya sibuk sedikit kebelakangan ini.


Jika diikutkan jawatan yang disandang, saya bukanlah 'orang yang tepat' untuk menjalankan kerja-kerja sosial begini. Namun, apabila sudah ditempatkan di jabatan yang menjalankan kerja-kerja sosial dan kebajikan rakyat, nama saya terpalit sama untuk memberi kerjasama.


Minggu lepas, saya sudah pun terlibat dengan tugasan di pusat perpindahan. I is kurang berminat tau!. Saya lebih rela duduk di pejabat mengetuk calculator ^_~. Tapi apakan daya, sejak peralihan kuasa boss baru, saya akur sajalah dengan corak pentadbiran dan kehendaknya. Saya ikan bilis saja, manakala beliau adalah jerung. Masakan boleh dilawan! Cuti tahunan pun sudah dibekukan ekoran banjir ni. Sedih betullah saya!


Hari-hari saya berdoa supaya apabila sampai jadual giliran saya bertugas, banjir tidak berlaku di daerah saya. [hai! jahatnya lah hati ini]. Bukan mahu lari dari tugas sebenarnya, tapi saya ada komitmen lain selepas waktu bekerja yang sama penting juga iaitu anak-anak.


Sebenarnya, minggu ini pun sibuk juga. Kawan yang cuti bersalin akan mula bekerja semula Jumaat ini. Maka, segala bebanan tugas yang saya tanggung sepanjang kawan ini bercuti mestilah beres. Biarlah apa yang diamanahkan kepada saya dilangsaikan sebelum diserahkan kembali kepadanya. Tak sabar-sabar nak lepaskan tugas dah ni!


Panjangnya luahan perasaan ya....

Amirah tersenyum kambing jer!

Hari Jumaat lepas, anak-anak saya ada School-Run di sekolah. Bersemangat Amirah dan Daniel, pagi-pagi lagi dah bangun tanpa mama mereka kejutkan. Tahun lalu, Amirah berjaya membawa balik gold medal sebab menjadi 10 peserta terbaik dalam larian. Dapat no.7. Tahun ini, tak dapat apa-apa. Lembab pulak lari, dapat no.15 katanya. ^__^


Lepas solat subuh pagi tu, Daniel kata dia doa nak dapat medal! Gelak ajer mama dalam hati....hihi. Tapi lariannya hari tu tak layak untuk dapat medal. Daniel sekadar dapat balik wafer sebab menang cabutan bertuah.

Amir, pun ada school-run juga. Tapi disebabkan lutut cedera, dia duduk ajer lah berehat di rumah, main PS3. Setelah diperiksa, lututnya tak ada apa-apa, cuma bengkak saja. Hari Selasa [semalam] dah mula sekolah kembali tapi bila kaki dibawak berjalan sakit balik lututnya. Hari ni cuti lagi. Seronoklah tu, cuti memanjang sampai minggu depan.


Anak bertuah dapat hadiah cabutan bertuah T_T

Ini Yusuf di hari Jumaat lepas. Pagi-pagi lepas hantar abang kakak ke sekolah, Yusuf ikut mama ke office sementara taska di buka jam 7:30 pagi.

Kisah Yusuf ni, gambar aktivitinya di taska dah melambak-lambak dihantar oleh teachernya. Tunggu hari saja nak diceritakan ya. Harap-harap mamanya diberi kecukupan masa untuk berblogging seperti sedia-kala.










Thursday, January 19, 2017

Amir :: Lutut Injured Pulak

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.

Dah hari Khamis kita ya! Semalam hari Rabu, Wordless Wednesday katanya. Maka, saya pun berdiam diri seribu bahasa juga...^_^


Pagi tadi saya ada mesyuarat di pejabat. Kebiasaannya, bila bermesyuarat jaranglah telefon nak mengikut sama. Saya tinggalkan ia duduk diam-diam dalam bilik. Kalau berbunyi pun, melalaklah ia keseorangan di situ!


Tiba-tiba, semasa mesyuarat berlangsung saya menerima nota dari petugas kaunter. Katanya, cikgu dari SMKC telefon, minta datang ke pejabat untuk mengambil anak!. Bila terpandang saja nota itu, saya cepat-cepat minta kebenaran untuk keluar dari meeting.


Sampai pejabat, Amir dah siap menunggu mamanya. Lutut cedera!


Menurut cerita Amir, kemalangan berlaku semasa bermain bola waktu PJ pagi tadi. Masing-masing berebut nak menendang bola, akhirnya berlaga. Amir tertendang buku lali kawan, dan kawannya pula tertendang lutut Amir. Bola entah ke mana perginya. Mereka pulak yang tergolek di padang, tak boleh bangun!


Amir, dipapah kawan-kawan ke pejabat. Tunggu ler dia di situ sampai mama datang, sementara staff sekolah menelefon mama/papa dan menyiapkan GL [kalau hendak ke hospital].


Selalunya jika berlaku begini saya tak ke hospital pun! Saya beli ais batu dari 7-11, balik rumah terus tuam ke lututnya. Kemudian pakaikan knee guard. Tunggu ajer lah papa balik dari kerja memancing, tengok apa katanya, sama ada nak bawa ke hospital atau tidak. Haik! macam papa pulak doktornya ya.


Kalaupun katanya sakit, budak Amir ni bukannya reti duduk diam. Melompat terjengket-jengket ke hulu ke hilir berkeliaran dalam rumah. Sambil tu, mulut bising huh! huh! huh! dah macam askar training berkawad....T_T


Waktu balik dari sekolah menuju ke kereta, kami bertembung dengan jurulatih hokinya. Nasihat cikgu, kena berehat sebulan daripada bermain.


Eh! dalam kereta dia dah pot-pet-pot-pet, katanya mana boleh rehat sebulan! Lepas CNY ni ada training hoki......Itu pulak yang dia ingat! Bukannya dia nak memikirkan kesejahteraan lututnya itu.

Jalan sendiri kerana malu dipimpin mama.


Masa saya menaip entri ni, Amir terkenangkan dia kena solat di kerusi. Jauh di sudut hati saya, mujur juga dalam sakit masih mahu solat, alhamdulillah!










Tuesday, January 17, 2017

Cabar Minda :: Nombor Fibonacci

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa!


Semalam saya bercakap tentang jagung, kulit dan bulu-bulunya. Amboi! ada sahabat yang sudah melayang-layang mindanya ke arah lain bila disebut 'bulu'. Tetapi tidak dinafikan, zaman dulu-dulu ada teka-teki jagung; soalannya - apakah dia selak kain nampak bulu, selak bulu nampak biji? hahaha

Bagi budak-budak, tentulah jawapan yang diberi adalah jagung. Jika manusia akil baligh cuba menjawab, jawapannya mungkin tak terjangkau dek akal! hihi ^_^.


Serupa juga dengan teka-teki ini - apakah dia, dihisap-hisap hingga basah, kemudian masukkan ia ke dalam lubang? >o< Oh! extrem sangat bunyinya. Ada sesiapa nak cuba meneka? Takde?

Baiklah, sebelum kena kecam, biar saya jawab siap-siap. Jawapannya ialah proses memasukkan benang ke dalam lubang jarum T__T. Anda fikir jawapan yang sama? Bagus!


Okay habis intro!

Hari ini saya bukan nak bermain teka-teki ya. Malam tadi, sewaktu saya bertukar profession menjadi guru tuisyen anak-anak, saya ditanya oleh Daniel mengenai soalan di bawah ini:

Unjuran nombor ini dikenali sebagai pola nombor Fibonacci. Anda baru tahu? Saya pun!

1    1    2    3    5    8    13    21    34    x
Apakah nombor x ?

Anda tahu jawapannya? Alahai senang sangat!

x diperolehi dengan menambah dua nombor sebelumnya. Contoh:-
  • 2 diperolehi dengan menambah (1+1);
  • 3 diperolehi dengan menambah (1+2); dan
  • 5 ialah hasil tambah (2+3)


Senangkan. Jadi, apakah x....bolehlah menjawab sekarang!

Kelas bersurai ^_^




Monday, January 16, 2017

Tips :: Kupas Kulit Jagung Dengan Mudah

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin


Hari ini saya nak kongsi cara saya mengupas jagung. Eh eh nak kupas jagung pun nak diceritakan. Haruslah disiat-siat kulitnya, betul kan?.  Tapi, saya ada cara berbeza untuk dicuba! Silalah meneruskan pembacaan kepada yang berminat T_T.

Bahan yang diperlukan ialah jagung yang belum dikupas beserta sebilah pisau. Jagung saya dah tak berapa segar dek tersimpan dalam peti ais selama 4 hari. Maaflah ya!

Jika jagung segar dari ladang wajib ada jambul yang banyak. Saya punya jagung, dah ku potong jambulnya. Maka tiada lagi rambu-ba-rambu-ramba! Tapi tak mengapa, sessi pembelajaran masih boleh diteruskan.^_^

Mula-mula sekali, saya potong di bahagian pangkalnya. Sila perhatikan gambarajah kepada yang tidak kenal yang mana pangkal, yang mana hujung jagung.. [melampau sangatlah tu...hihi]

Selepas itu, kupaslah kulit jagung seperti biasa beserta bulu-bulunya sekali hingga habis. Menarik bulu-bulu jagung secara menyongsang ini lebih mudah, berbanding jika kita menariknya mulai hujung ke pangkal. Tak percaya, cubalah buat ya.

Selesai membuka kulit dan bulunya, potonglah di bahagian hujungnya di mana tempat pengumpulan kulit dan bulu-bulu jagung yang ditarik tadi.

Kemudian, bolehlah digumpalkan kesemuanya dan dibuang ke dalam bakul sampah. Jangan buang ke merata-rata tempat. Mencemarkan alam sekitar! Akhir sekali, jagung pun dah siap bersih dikupas....


Oh ya! Jagung yang telah dikupas tadi, dah selamat saya buat cucur jagung. Gambar haruslah tak ada. Kalau ada pun, gambar si kecil ini bersama pokok jagung Atoknya.

Hai! saya Yusuf.

Bagaimana anda mengupas jagung?
Sama dengan saya?
Ada cara lebih efektif?
Atau beli saja yang siap dikupas
Atau beli saja jagung tin hehehe


Semoga bermanfaat!










Friday, January 13, 2017

Yusuf Minggu 2 :: Aktiviti

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat.

Hari ini sengaja nak menempel gambar aktiviti-aktiviti Yusuf sepanjang minggu ni. Bagi anak-anak dua tahun, bermain saja lah kerja mereka, kan. Dalam masa bermain tu, ticer mereka akan selitkan aktiviti pembelajaran. Main sambil belajar, lebih kurang macamtu lah eh! ^_^. Jadi, masa yang panjang di taska tu taklah bosan saja tanpa aktiviti.

Reading giant book


Kick the ball
Ticer bagitahu Yusuf boleh menendang bola dengan baik. Tapi dia takut bolanya diambil kawan-kawan, Yusuf rela pegang jer bola tu daripada menendang. ^_^



Tengah belajar mengenali makanan.
I like.......

Mengenal warna
Hari Jumaat ni, main bola lagi nampaknya tu. Tak sabar nak main dah budak-budak ni! Menurut tulisan ticer dalam buku pesanan, aktiviti ni untuk latihan perkembangan motor kasar - kutip bola kecil.
"Yusuf kutip 2 bola sekaligus dalam satu masa, bagusnyaaa"...ticer tulis. Mama pun tersenyum aje membaca catatan ticer ^_^.

Sebelum main, ticer dan anak-anak baca doa dulu.

Selamat berhujung minggu semua!













Thursday, January 12, 2017

Yusuf Minggu 2 :: Nangis Belum Reda

Assalamualaikum

Hari ini kisah Yusuf!

Dah nak masuk dua minggu Yusuf di taska. Setiap hari Yusuf bangun subuh. Mama mandikan Yusuf. Bersiap, pakai baju cantik-cantik nak ke school. Bukannya mudah tau nak memujuk si kecik ni mandi dan bersiap rapi. Kena pujuk makan masa juga. Kalau buat fe'el, mama terpaksa bergegas hantar abang kakak dulu ke sekolah, kemudian berpatah semula balik rumah nak siapkan Yusuf. Di Permata, semua students wajib mandi pagi sebelum masuk sekolah. Pheww penat! ^_^.


Bila sampai di pintu pagar, Yusuf dah mula nak menangis. Hari pertama siap melalak di kereta. Hari kedua, dah boleh serah diri pada cikgu tapi akhirnya menangis juga. Sampailah ke hari semalam dan hari ini, menangis lagi.


Waktu balik pun begitu. Bila nampak mama datang menjemput, dia mula mencebek muka nak menangis; tanda sedihlah tu sebab kena tinggal dengan cikgu/ticer.


Minggu ke-dua ni, mama sudah ada group whatsapp 2 Tahun VaVaVoom. Amboi! bukan main lagi nama groupnya. Maka, setiap hari ticernya akan update aktiviti Yusuf di taska. Legalah hati dapat tengok muka anak sepanjang mama bekerja.

Kawan-kawan sebaya Yusuf. Ada seorang bunga di kelilingi lima orang kumbang ^_~. Sorang lagi tak tahu ke mana perginya. Tengok ya, muka budak kuat nangis tu, dia juga yang tersenyum lebar bila bergambar!
Isnin - main lego. Dahi ada bisul...hihi. Trademark jari bila ambil gambar!

Selasa - sambil nangis jari tu tetap nak tunjuk peace ^_^
Rabu - waktu balik dalam kereta. Nak tunjuk good, habis lima jari terbukak. Semalam, dapat goodies, birthday kawannya.



Sudah dua hari waktu balik, Yusuf nak menyarung selipar kawannya. Selipar yang mama beli tak menarik katanya, sebab plain ajer. Selipar kawannya ada gambar RoboCar Poli. Apakah maknanya itu??


Esok kita tengok aktiviti Yusuf sepanjang minggu ni ya. ^_^








Wednesday, January 11, 2017

Amir Dan Papa

Assalamualaikum

Hujung minggu yang lalu.......

Menghabiskan cuti hujung minggu meracun rumput di dusun. 

Amir sedang menimba pengalaman hidup!

Sambil itu, teknologi moden tidak ditinggalkan

Dahaga - meneguk air kelapa. Sebaiknya, duduklah dahulu ya Amir.

Habis kerja, singgah rumah Makcik

Selfie atas motorsikal di laman rumah

Berjimba pula, meredah jalan hutan menuju lata

Terjun - melepaskan penat!







Tuesday, January 10, 2017

Beg Sekolah Baru

Assalamualaikum

Masih lagi berkisah tentang sekolah anak-anak ^_^...


Kehidupan keluarga saya sederhana saja. Tidaklah kaya-raya, tetapi miskin pun tidak juga. Kalau mengisi borang bantuan, tak pernah dikategorikan layak pun! hihi...[ada hati nak mintak bantuan]


Tiap-tiap tahun, keperluan sekolah anak-anak akan dibeli baru mengikut kemampuan emak/bapak mereka. Jika ada keperluan maka kami akan membeli. Manakala, jika masih elok dan boleh bertahan, pakailah saja barangan tahun lepas. Begitulah, kelangsungan hidup jika ada dua-tiga orang anak yang bersekolah. Mana nak mengadakan semuanya yang baru-baru belaka!


Tahun ini, papa kepada anak-anak saya membeli beg sekolah baru untuk mereka. Seronoklah anak-anak!


Amir mula membeli beg sekolah baru semasa di Tahun Dua. Itulah yang digunakan hingga dia di Tingkatan Dua. Bolehlah mencongak berapa tahun dia memakai beg tersebut. Tahun lepas, begnya dah rosak dan sudah patut diganti baru.


Amirah pun begitu. Di Tahun Satu membeli dan dipakai hingga tahun lepas, dah koyak juga! Daniel pula, kami tak pernah membeli beg sekolah kerana ada beg sedia ada yang elok dan tegap boleh digunakan. Beg itulah yang Daniel guna selama tiga tahun bersekolah.


Berakhir saja persekolahan tahun lepas, ketiga-tiga orang mereka dapat beg baru seorang satu. Riang-gembira anak-anak sebab tahun ini boleh menyandang beg baru....


Sebaik melangkah keluar dari kedai beg, papa berseloroh....

Nanti lepas ni jangan minta beg lagi!

Amboi! kejam betul papa mereka ya  >o<

Legend - Beg sekolah Amir dari tahun 2010 - 2016. Dah boleh masuk arkib blog.
Sudah dizipkan hingga atas tapi masih ternganga aje begnya..^_^
Alah membeli menang memakai, bukan setakat ke sekolah, naik flight balik Medan pun pernah!














Monday, January 9, 2017

Tips :: Membersihkan Kesan Hitam Di Seterika

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat?

Hujung minggu lepas, saya buat eksperimen dengan seterika saya; lepas ni disebut iron, pendek sikit bunyinya ^_^.


Dari tahun lepas lagi, saya geram tengok pakaian sekolah anak-anak yang berwarna putih bertukar warna. Bukan bertukar menjadi lebih cantik putih berseri tetapi kusam dan sendu ajer.


Saya dah cuba macam-macam petua untuk mengembalikan keputihan wajah tekstilnya. Yang terakhir, rendam dengan air panas dicampur lemon. Gigih saya membeli lemon untuk merendam pakaian. Semuanya menemui kegagalan.


Kemudian saya syak ini mesti angkara iron saya yang dah hangit hitam tu.  - tiba-tiba saya teringatkan blog CH ada kongsi tips memutihkan iron. Saya pun laju-laju mencari semula tips itu dan terus menjalankan eksperimen di malam hari; selepas anak-anak tidur. Kalau Yusuf jaga, nanti dia turut 'membantu' saya. Lecehlah sikit ~_^.


Bahan-bahan yang diperlukan, ialah beberapa sudu garam dan sudah tentulah iron yang hangit.

Ini iron saya yang hangit >○<.
Walaupun begitu rupa parasnya, saya sayangkan iron ini kerana sudah bertahun-tahun dia berbakti kepada saya.

Panaskan iron dan gosok garam berulang-ulang kali. Beriya-iya saya setkan pada kepanasan paling maksimum. Untung-untung boleh dapatkan hasil yang maksimum juga. Sedihnya, kesan hitam tak berapa nak tanggal dari permukaan iron. Tak sesuai dengan kehitaman iron saya agaknya.

Saya berusaha keras meng'google lagi cara lain. Bahan-bahan yang diperlukan: Soda bikabornat, cuka dan tuala/kain lap. Saya guna tuala Good Morning.
Campurkan soda bikabornat bersama cuka makanan. Rendamkan tuala lap tadi.

Mula-mula gosokkan iron pada garam seperti langkah di atas, kemudian gosok pula pada tuala yang telah dicelup ke dalam cuka+soda. Buatlah  berulang-kali.

Ini kesan setelah dilap dengan cuka. Nampak tak perbezaannya? Setelah puas ditonyoh-tonyoh, noda hitam yang sedikit tu tak mahu juga hilang. Tapi saya berpuas hati kerana iron saya tak hangit lagi seperti sebelum ini.

Tuala Good Morning saya yang suci murni sudah dikotori dek iron. Yang ini tak ada masalah, campak ajer ke dalam washing-machine.

Malam itu saya menyambung tugas menggosok pakaian sekolah anak-anak dengan hati gumbira. la-la-la-la-laaaa...


Selamat mencuba ^_^