Friday, September 2, 2016

Weekend Yang Basah

Assalamualaikum

Apa yang basah?

Ni hah, budak-budak ini.
Asal cuti jer, balik kampung.
Asal balik kampung jer, mandi sungai.
Asal mandi sungai jer,
dah tentulah basah lencun.

Eh! kalau mandi tak basah tu
mandi apa ye?
~__~

Kemain anak-anak aku mandi sungai. Masa ni, kakak Amirah baru jer bangun dari demam. Nak jugak tu mandi bawak adik Yusuf sekali.

Mamanya tengok saja dari atas titi sambil berzikir, janganlah anak-anak jatuh sakit.


Kalau dilarang pun, bukannya mahu akur perintah.
Merengek-rengek minta turun juga.
Aku lagi cakap....
Ha! pergilah, pergiiii.....pergiiii

Laju saja mereka berambat, terjun tiruk!
Punyalah setia dengan sungai.



Tiga beradik. Zaman abang Amir main sungai cetek ni, dah berlalu.
Waktu ni, Amir mesin rumput dengan papa dia.

Biarlah budak-budak ni main sungai sementara masih kecil. Dah besar godang baru nak melenjan mandi buek malu dek orang jer. Mungkin ada sesuatu yang indah bagi mereka yang orang dewasa tak nampak kan!

Kalau nak tahu, mama masa kecil dulu pun sama juga. Lagi hebat, Sungai Perak lagi kuharungi. ^__^

Selamat berhujung minggu!






7 comments:

  1. Tak apelah sebab weekend yg basah, jangan mimpi basah sudahlah Rul hihi....

    Seronoklah bebudak tu ek masih dpt mandi kat sungai. Untuk hang masih ada kg yg ada sungai mengalir dibawahnya Rul....mcm kat syurga weyh!

    Kasi lasak jer bebudak ni....biar ganas sikit KB

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sapa pulak yg nak bermimpi basah ni, mak?

      Syukurlah masih ada anak sungai ni utk anak2 ni melakar kenangan dimasa kecik. nanti dah besar, entah2 sungai tu pun entah ada entahkan tidak.

      Yg lah mak, budak kampung mestilah kena lasak!

      Delete
  2. Dik awat hang x mandi...sungai kot kalau akak ni dah tukar bikini ikan duyung terus...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi kat sungai cetek ni tak syok kak mel. mandi kat lata baru best.

      akak biar betul, sanggup ke nak pakai bikini jer? hahaha

      Delete
  3. Hebatnya mama dia orang ni. Sungai Perak tu dia buat terjuk tiruk alah biasa-biasa aje. Saya pun suka melencunkan diri dalam sungai. Yalah, zaman kita dulu manalah macam zaman sekarang. Kalau dapat mandi kat sungai/laut, bestnya teringat sampai ke besar hah!

    Anak-anak saya jarang mandi sungai, mandi swimming pool rajinlah. Tapi kalau sesekali bawa pergi mandi sungai, depa punya jakunnya, jadi malu pulak makpaknya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah sungai perak depan rumah emak sajakan. tp zaman saya dulu sungai perak tak macam sekarang. sekarang kalau mandi alamatnya tenggelam tak timbul dah!

      oh budak2 ni apa pun boleh, semuanya diredah!

      Delete
  4. Tajuk tu mmg misteri,seram pun hade...
    mandi xbasah tu hanya P.Ramlee je yang tau...;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^