Assalamualaikum
Ni nak bagi tahu, semalam aku punyalah pulun menaip entri di bawah ni tapi tak siap-siap kerana sibuk dengan kerja pejabat. Kemudian, waktu malam sambung lagi, dengan harapan bolehlah publish di malam harinya. Tahu apa jadi? Aku tertidur, sampailah pukul 4.30 pagi tadi baru terjaga. Elok je entri ni di skrin telefon, menunggu aku taip sambungan ceritanya. Hai, lawak ke apa ni?
Yuk, kita baca yuk. Entri yang entah apa-apa ni.
-
-
-
-
Nampaknya waktu menulis kena berganjak ke malam hari dek kesibukan menerjah diri. Hari ini kisah anaklah pulak ye.
Sebelum itu nak bagitahu, makan malam tadi aku buat
sambal asam kak SI. Huih, sedapnya cicah dengan ikan goreng. Huha huha kepedasan tapi berselera betul!
Ok sambung....
Pagi tadi [Khamis] aku terlewat bangun, tak sempat nak buatkan sarapan. Maklumlah, malam Khamis. Eh! tak ada kena mengena. T___T
Mama mereka ni, kalau dah hari Rabu membawa ke hujung minggu, badan ada sikit lunyai tak bermaya dek kerja di pejabat bercampur kerjarumah dan bangun awal-awal pagi waktu tahajud.
Bukannya bertahajud pun, tapi mengesahkan persiapan diri dan anak-anak di pagi hari sebelum Yusuf bangun. Nanti, bila budak kecik tu dah terjaga, sahlah aku akan mengempeng saja dengan dia. Berdua-dua atas katil gitu!
Makanya, hari Khamis dan Jumaat selalu saja terlewat bangun kerana badan sudah lesu tak cukup tidur, katanya.
Tanpa bersarapan kami berlima keluar awal dari rumah. Macam biasa Amir duduk di sebelah aku, memangku sekali adik Yusuf. Amirah dan Daniel di belakang. Carseat Yusuf sudah lama aku keluarkan kerana dia tak mahu lagi duduk di situ.. Merugikan space saja letak carseat, dia duduk di luar juga. Mengada-ngada macam orang besar!
Kadangkala dipangku pun tak mahu. Dia nak bersandar di kerusi kereta. Ditolak-tolaknya Abang Amir.
Pi...pi.....katanya menjerit-jerit. [ke tepi, ke tepi]
Amir pun marahlah, nak ke tepi mana lagi. Sudah rupa tin ikan sardin. Almaklumlah, kereta comel!. Kereta besar nan selesa digunapakai oleh cik papa mereka seorang diri. Sudah terbalik kot nampaknya ni. Tapi aku sendiri suka bawa kereta kecik, senang nak merempit. ~__~
Kemudian, abang Amir mengangkat adiknya ini, diletakkan di celah kelangkangnya. Main-mainlah adiknya di situ. Semua nak diusiknya - aircond, punat radio, entah apa-apa lagilah yang ada.
Adik ni, janganlah usik. Kemudian dipeluknya adik.
Payaaah!.....payaaah!.....adik meronta-ronta marah dipegang. [tak payah, tak payah]
Bising saja dok bergaduh abang Amir dengan adik Yusuf ni. Letak di kerusi tak mahu berkongsi dengan abang, dipangku tak mahu, humban ke belakang lagilah dia menjerit. Membara aje abang Amir kena beralah dengan adik.
Macam tu lah perangai si Yusuf ni sekarang. Kalau tak mahu, atau tak suka diganggu, mulalah, payaaahh.......payaaaahhh sesaja di mulutnya!
Sampai di pagar sekolah, Amir sudah siap-siap aku bekalkan wang saku campur sekali belanja sarapan pagi. Nak beli nasi lemak di kantin sekolah, katanya.
Sudah bye-bye abangnya, sukalah si adik Yusuf duduk sorang-sorang di kerusi. Menari terjoget-joget bila terdengar lagu rancak di corong radio! Nanti, sekali mama dia brek mengejut, hah baru dia tahu.
Lepas itu, kami meneruskan perjalanan hendak menghantar Amirah dan Daniel pula. Singgah sebentar di kedai mamak membeli roti planta. Aku beri note RM5, maka Amirah dan Daniel ni pergilah membeli sambil-sambil mama mereka pantau dari dalam kereta saja.
Amboi! kalau MD risau tak ni?
Lantas setelah membeli, rotinya dua bungkus sahaja. Dan ada pulak satu tin susu pekat manis untuk subjek Sains.
Susu ni pun satu bab juga. Dah malam-malam meroloh baru kakak memberitahu esok cikgu suruh bawa susu pekat manis ke sekolah. Mana nak 'kobek' susu malam-malam buta. Malas ah, mama nak keluar membeli.
Di rumah kami ni biasalah, kalau hujung bulan segala stok semua tinggal sipi-sipi atau habis langsung, nak tunggu diisi semula saja. Tambahan pula, mama mereka sekarang ni dah ketagih asyik membancuh nescafe siang malam, katanya. Cepatlah habis susunya! Susu tin ye bukannya susu badan. Jangan silap faham. ~__^
Ok sambung balik.
Cukup ajer duitnya kalau nak membeli tiga bungkus roti, tetapi kakak Amirah sudah silap congak. Maka, tiadalah roti untuk adik Yusuf. Aku tidak pulak menyuruh mereka pergi ke kedai sekali lagi, risau lambat sampai ke sekolah.
Dalam perjalanan, semasa kakak dan abang makan roti, si adik sudah menjerit-jerit sambil tangan menghala ke arah kakak mintak roti.
Bagiiiii.......bagiiiii.......bagiiiii
Menangis-nangis terkeluar airmata dan hingus meleleh-leleh!
Bila diberi sedikit oleh kakak, bukannya dia mahu. Yang dia nak, sebungkus roti itu. Kakak pun potonglah separuh, roti yang tinggal dalam plastik tu diberikan pada adik. Kakak makan separuh yang di ambil dari plastik.
Barulah, si adik ketawa mengekek-ngekek, kononnya dapatlah dia sebungkus roti. Memang bertuahlah si Yusuf ni.
Di belakang, Daniel pulak bising-bising terpaksa beri sedikit pada kakak sebab diminta oleh kakak. Udah gaduh lagi pasal roti. Gasaklah kome! Bingit telinga mama ni tau, hari-hari melalak saja dalam kereta. Ada saja hal yang tak kena.
|
- gambar lama - ada saja yang tak kena |
|
- gambar lama - empat beradik |