Friday, August 19, 2016

Sekadar Renungan #3

Assalamualaikum

Satu masa dulu aku pernah menerima emel dari seseorang. Lama dah! Tak kenal siapa pengirimnya. Isi dia sangat baik, dan aku save dalam blog ni. Dah lama juga aku peram dalam draft.

Aku percaya kawan-kawan alam maya aku semuanya kaum emak-emak budak dan off-courselah ada suami tercinta. Bekerja ataupun surirumah, semua kita ni perlukan masa yang dikatakan tak pernah cukup-cukup. Betul tak?

Tak betul ?

Kalau korang tak pernah cakap macam tu, aku lah tu yang asyik cakap tak cukup masa semedang! Hai, tak tahu lah apa nak jadi dengan awak ni, KB.

Meh-meh sini, aku nak kongsi. Semoga menjadi perkongsian yang baik kepada kita semua ye. 



Di mana pun anda,
saya percaya anda tersangat inginkan masa.
Dan ia bermula dengan TINDAKAN.. TINDAKAN..TINDAKAN.
kita tahu tu.. tapi sukar untuk halang workload datang menjengah
kerja pejabat, kerja rumah, anak berdrama, kesihatan,
yang menghalang kita dari bertindak.
SAYA FAHAM.
Maka, ni nak bagi solution untuk itu lah.

==================================
SOLUSI 1 : NAK MASA MOHON PADA ALLAH
==================================
Sejuta tips takkan jalan kalau Allah tak approve.
Jadi amat wajib untuk kita solat taubat
di atas segala dosa kita yang menyebabkan kita
rasa SEMPIT masa, SESAK wang, SESAT hidup.
Mohon pada Allah pada setiap doa


“ya Allah, dengan rendah hati, hamba memohon padaMu
tolonglah bantu hamba yang selalu kelam kabut ni.
Nak sangat ada masa untuk lebih banyak solat kepadaMu,
untuk layan suami special, untuk ajar anak-anak,
untuk ada masa at least rehat cukup..”
Please, bantu dengan segala urusan
duniaku ya Allah..

Asas utamanya tetap sama, cari redha Allah..
cuba untuk perbaiki niat kita.
Lakukan segalanya kerana Allah.
Asbab dapat redha Allah itu,
Allah permudahkan segala urusan dunia kita.
Bukan kerana permudahkan urusan dunia.
kita berdoa kepada Allah.
(perhatikan apa yg diutamakan. Allah atau dunia?)

Kita dah sedar kita tak cukup masa.
kita kelam kabut dan tak tenang..
tapi kita tak mohon pada Dia yang mempunyai sumber Unlimited itu.
Dan sekadar peringatan “Punca hati tak tenang adalah kerana dosa”.
Taubat dan istighfar banyak2 atas dosa-dosa yang dilakukan

Tak settle yang ni.. bagi lah tips lain, tak jalan der.. buat penat je.


=====================================
SOLUSI 2 : KEBERKATAN MASA, BACA ALQURAN
=====================================

Baca alQuran? Huh?
Dah lah takde masa. Nak tambah lagi baca alquran?

Percaya kepada Allah.
Permulaan ni, buat je walaupun tak faham.
Nanti Allah fahamkan lah.
Tips ini sudah saya kongsikan kepada berpuluh ribu orang.
Mereka yang amalkan mula-mula hanya baca 1 page sehari..
bila lagi sibuk ditambah 1 page setiap kali solat (5page)..
hingga ada yang baca 3 juzuk sehari!
Sibuk macam mana pun Allah permudahkan.
Bab ini takkan kita faham kalau kita guna matematik dan jam.
Perlu faham secara spiritual.

Kalau dah biasa buat, tapi tetap tak cukup masa juga.
Macam mana?
Mungkin kita perlu upgrade keyakinan kita kepada Allah,
revamp tetap kena buat.
Perbetulkan niat kita bila beribadat, hanya kerana Allah…
keberkatan tu semua adalah side effect.
Side effect pun dah punya hebat!
Bagaimana pula the main effect?
Haaa..AlQuran adalah petunjuk untuk segala hal kehidupan kita ni..

So, baca alquran dan berdoa kepada Allah ya…




p/s: kepada pengirim e-mel ini, saya mohon untuk share di blog ini ye. Kalau saya tak salah, namanya Husna Haron.









4 comments:

  1. You're not alone, KB ^_^

    Saya ni pun sentiasa rasa tak cukup masa, terkejar-kejar segala! Tapi yang peliknya dalam kata tak cukup masa, masih sempat lagi sehari sekali main Crafty Candy ~_^

    Banyak dosa juga kotnya saya ni! Kena ingatlah pesanan ni. Kena revamp kalau nak keberkatan dan kelapangan dalam hidup!

    ReplyDelete
  2. email yg sangat2 memberikan kita manfaat dan dpt mengingatkan kita yg selalu dibuai kesoronakkan duniawi...

    ReplyDelete
  3. samalah saya ni pun, masa tak pernah cukup. semoga Allah prmudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  4. Masa keje dulu mungkinlah kot manjang tak cukup masa KB. La ni, bukan tak cukup masa tapi terlebih masa, bukanlah bermakna selalu baca Quraan. Tak jugak..... Itulah, masa yg ada tak digunakan sebaiknya. Benda lain pulak hinggap. Penyakit malas huhu....

    Terima kasih kerana mengingatkan KB...namanya pun manusia, kalau tak diingatkan mmg lupa..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^