Thursday, April 17, 2014

Cerita Sedih : Aku Dah Kahwin Sekarang

Assalamualaikum

Hai.

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat-sangat. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang gila cakap dengan lelaki. Member-member memang puji lah cara dia. Jadi memang susah juga aku nak cuba tegur dia masa tu. Segan weh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, jadi tak ada lah cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki.

Cantik? Memang lah, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha... Cantik pada mata aku lah. Member-member pun ada yang cuba ushaSorilah dia nak layan. Haha... Memang market. Last-last aku yang dapat, memang rasa bangga gila. Hehe...

Eh, duk ngumpat-ngumpat pasal dia, lupa pula nak kasi tahu nama. Nama panggilan dia Isya. Nama betul dirahsiakan. Hoho...

Aku usha cara yang elok-elok lah, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemenbeb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw-kaw lah aku dibuatnya. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak kenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “Kau ni, camne kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?” Aku jawab lah, lepas kahwin lah saya kenal dia pakcik. Lepas tu sengih-sengih. Bapak dia terdiam.


Masa tu rasa down gila. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu... Masa tu aku dah terfikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi seorang yang aku suka. Ha, yang ni aku memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Maya. Aku memang serasi lah dengan minah ni. Haha... Tapi last-lastorang lain jugak yang aku pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya, jeng jeng jeng... Tak seperti yang aku jangka. Haha... Aku ingat kena reject, sekalifamily dia orang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. Jadi, memang sah lah tak ada jodoh aku dengan Maya. Masa aku bagitahu Maya aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gila aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Isya. Happynya aku Tuhan sahaja yang tahu. Kat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam lah pula. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Isya taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-kadang dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Isya bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam taksupportive sangat. Last-last aku dah malas nak borak. Oh! Boringnya. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh...

Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok sederhana tegar juga lah. Tapi bini aku pula memang macam fobia gila dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk uhuk uhuk gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok masa kat pejabat je.

Bini aku kerja hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pula tak boleh bau ubat, mesti pening kepala. Hari-hari aku yang hantar, ambil dia pergi hospital. Time ambil dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kereta. Jadi aku akan selalu buka tingkap, nyaman sikit udara.

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh buka tingkap kereta. Aku dah memang pening-pening lalat dah. Bau ubat kuat sangat dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kereta orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan. Isya sendiri pun tak tahu. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Isya berhenti kerja. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat! Aku seorang kerja dah cukup sara hidup kami!

Dekat setahun kami kahwin, Maya tiba-tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambil dia jadi bini nombor dua. Dia sanggup.

Alamak ni dah kes angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Maya yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, jadi dia beranipropose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap pada dia, ya aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang. Dan banyak benda yang kami tak ada persamaan. Isya memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member-member aku lagi lah dia sunyi sepi. Dah lah hari-hari dia suka masak benda yang sama. Jarang lah dapat makan yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.Haha... Macam tu lah bini aku. Lucu pula.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Isya dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu. Isya pula dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarang lah menjadi). Aku bagitahu Maya, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Maya terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahun lah. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji sume dia memang bagus. Anak aku Faris, memang dia train elok-elok mengaji Al-Qur’an. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu lah pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, agaknya. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Isya memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pula suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur. Esoknya pagi-pagi aku dah kena pergi kerja. Dalam tempoh tu juga, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang officemate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat aku. Jadi dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak-borak, kadang-kadang sampai pagi! Cuma tak ada lah sampai ke bilik. Aku tetap sayangkan bini aku...

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecil hati si Isya pula. Dengan Lisa lah tempat aku luahkan perasaan, kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut siap kat aku. Lepas tu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa. 
Isya sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok-elok, sebab dia tak mahu pelajaran Faris terganggu. Aku pelik, apa kaitan?

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambil air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!
Jadi aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap. So sad!

Ketika perkahwinan aku ngan Isya mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Isya mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Isya mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Isya dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut lah Isya jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitahu aku?

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi kesan kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. Jadi jantung jadi lemah. Sebab itulah yang menyebabkan Isya jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitahu, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan sekejap sahaja. Tapi Isya tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!

Aku buntu...
Masa tu lah baru aku terfikir, kami tak penah bertikam lidah, tak pernah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ini. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan derita kat aku.
Jantung Isya dah lemah sangat, doktor kata mungkin Isya tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas-puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Isya selama ni.

Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Mulianya hati Isya, Ya Rabbi tak terkata.
Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia. Maafkan abang, Isya...

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan-kenangan kami. Aku belek-belek, terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula ingat kertas resit jam tu, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,Dan ku menangis bila dirimu melamarku,

Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita,

Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Isya ketawa,
Isya hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Isya berjenaka,
Mungkin Isya kan menangis dibahu abang,

Kerana Isya tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berkata-kata, 
Kerana Isya tak mampu ketawa,
Seperti orang lain berjenaka,
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Isya pasrah dan relakan abang menjauhi, 
Jika membaca surat ini Isya tetap dihati abang,
Isya sujud sejuta syukur pada Ilahi.
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Isya selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.
Berderai lagi air mata jantan aku. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Isya awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Isya beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri pada Isya?

Mulai saat tersebut aku jaga Isya sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk kerja pun kejap-kejap. Anak aku bagi kakak Isya yang jaga. Masa tu aku dah serabai gila. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Isya dalam hidup aku.

Dalam keadaan Isya yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas. Dan kertas-kertas tu aku kan simpan sampai bila-bila.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum. Haha... Ya Allah hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Isya dah makin lemah. Aku dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah...”

Tersedu hati aku. Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah ke telinganya. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir. Ku panjatkan doa agar kematiannya adalah Husnul Khotimah.

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Faris, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Isya. Semoga dirimu bahagia menantiku di pintu syurga, isteriku tercinta, Isya...



Ujian itu adalah satu nikmat dalam sesuatu perkahwinan. Kedang-kadang apabila kita terlalu memikirkan sesuatu kekurangan pada pasangan kita, maka kita mulai bosan. Tetapi sedarlah, bahawa ada hikmah disebalik setiap kepahitan yang kita lalui.

Buat yang sudah beristeri, jagalah isteri anda sebaiknya. Elakkan pergaduhan. Andai ada sesuatu yang tak kena, bawa-bawa berbincang dengan baik. InsyaALLAH, isteri itu adalah penyejuk hati kita andai kita mampu menjadi saljunya.


p/s : Ini bukan kisah suami saya ye. Cerita ni saya kopipes dari blog Brado Kapak.


Terima kasih sebab sudi baca.


Wednesday, April 16, 2014

Lelaki Suka Tapi Perempuan Tak Suka...Okay!

Assalamualaikum

Hai.

Setelah sekian lama, saya perhatikan, saya buat eksperimen, dan sekarang saya dah boleh buat keputusan. Orang lelaki suka sangat buat benda-benda yang orang perempuan tak suka kan. Dah jadi habit...atau terlupa....atau tak sengaja.



1) Bila bukak penutup ubat gigi, selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit tak tahu nak tutup balik. Suker benor komer yer??



2) Bila buang air terutamanya air kecil, selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit tak tahu nak pam / flush. Kalau pam pun, masih ada titisan air kencing tu kat atas tempat duduk tu. Suker benor komer yer?? Kalau buang air besar terlupa nak flush....hai memang nak kena ni!


3) Bila pakai tuala selalu, tak sengaja atau dah jadi habit suka sangkut kat kerusi, atas katil, pintu bilik. Suker benor komer yer??


4) Bila baju, seluar, kain pelekat yang dah digunakan dan kotor, selalu, tak sengaja atau dah jadi habit suka letak kat merata-rata tempat. Suker benor komer yer??



5) Bila minum, selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit suka tinggalkan di depan tv, atas meja study, atas meja kompuer. Lepas tu, ulang benda yang sama, dengan cawan yang lain pulak. Suker benor komer yer??


6) Bila ashtray penuh selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit tak suka nak buang. Sumbat-sumbat jugak, biar lagi penuh. Suker benor komer yer??


7) Bila korek-korek telinga, cotton bud tu selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit suka simpan celah-celah yang sempat. Takleh blah lagi kalau cucuk jer dalam ashtray tu sekali. Suker benor komer yer??

Gambar tidak disediakan

8) Bila bukak seluar kecik, selalu terlupa, tak sengaja atau dah jadi habit suka gulung-gulungkan, bagi dia bertambah kecik.  Korang imagine sendiri, macam mana seluar dalam bergulung-gulung sampai jadi macam cermin mata. Suker benor komer yer??


p/s : Kaum wanita, ada lagi nak tambah? Kaum lelaki cepat, sila bela diri anda. T_T.


Terima kasih kerana sudi baca.

Friday, April 11, 2014

Resepi : Ayam Masak Halia

Assalamualaikum

Hai...

Biasanya hari-hari saya akan memasak. Jarang membeli sebab tukang makan ramai. Kalau ramai rasanya berbaloi masak dari membeli.... Sekali-sekala bolehlah makan lauk kedai.

Hari ni, tengahari dapat lauk free...mak kasi tapi cukup untuk tengahari je lah. Untuk makan malam kena masak.

Nak memasak tak jadi masalah, yang jadi masalah...idea dah kering. Menu apa nak makan.

Sebab badan dah letih, masa singkat, saya masak yang senang dan rugget-rugget jer. Tengok bahan apa yang ada...layan. Masak pun merempit sebab nak kejar masa. Tak de lah nak masak macam orang kenduri pulak memalam ni.

Jom tengok resepi rugget saya masak ayam halia.

Bahan-bahan: (untuk lima orang)
8 - 10 ketul ayam potong kecil-kecil
3 inci halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris kasar
Serbuk kunyit
Perencah sup
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1) Ayam dibersihkan. Biasanya saya selalu masak dulu ayam dalam kuali tanpa air, biar sampai air ayam keluar. Ini untuk membuang rasa hanyir ayam. Air ayam tu saya buang.

2) Gaul ayam dengan garam, sedikit kunyit, dan sedikit perencah sup.

3) Guna sedikit saja minyak, apabila panas masukkan ayam tadi. Gaul-gaulkan ia sampai keseluruhan mengecut sedikit.

4) Masukkan halia, bawang putih dan bawang besar.

5) Gaul lagi, kemudian masukkan air. Biarkan hingga mendidih dan ayam betul-betul masak.

6) Masukkan sedikit gula. Kalau nak pedas tambah cili api.

# kalau korang suka boleh jugak tambah cendawan atau sayuran.

Tadaaa...dah siap ayam masak halia versi rugget saya!!



p/s: sebenarnya hari-hari update blog pun, boleh kering idea jugak....haish :(

Terima kasih sebab sudi baca.

Wednesday, April 9, 2014

KPSL N27: Tips Menjawab Soalan

Assalamualaikum

Hai.

Ada sesapa orang gomen ke? Bulan lapan ni ada exam KPSL N27. Hari ini saja lah nak bagi tips-tips jawab soalan. Macam mana nak jawab soalan esei yang berkesan. Cewah macam terror bebeno. Saya bukan lah pandai sangat untuk mengajar cara-cara menjawab soalan. Tapi berbekalkan pengalaman saya tahun lepas saya rasa boleh lah sikit-sikit berkongsi pengalaman. Yang saya hairan macam mana saya boleh kantoi Bahagian B sedangkan bahagian C yang tak berapa konfiden lulus tu... lepas pulak.

Tips Menjawab Soalan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check kat sini kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.

Emm rasanya itu saja tips dari saya yang boleh dipraktikkan. Saya pun belum lulus lagi Bahagian B. Harap kita semua lulus dengan baik. In Sha Allah.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr: Ayat 1-3)

Terima kasih kerana sudi baca. :)

Tuesday, April 8, 2014

Mengata Orang Memang Sedap

"sembahyang jer tonggang tonggek......"

Eh! sedapnya mengata orang ek? memang la tonggang tonggek...
takkan lah berjoget-joget pulak,
kalau orang sakit, sembahyang duduk, baring ataupun guna mata...
takde lah tonggang tonggek dah..
tonggang-tonggek tu bahasa kasar maksudnya rukuk sujud lah gamaknya...

Orang yang mengata tu, solat ke? kalau solat alhamdulillah...
Tapi orang yang solat mana ada mengata orang,

Kalau ada yang masih nak mengata-ngata pun,
Hak dia lah, itu urusan dia dengan orang yang dia kata tu..

Bab solat, urusan kita dengan Allah,
Sembahyang kita tonggang-tonggek pun..urusan kita dengan Allah
Allah sahaja yang tahu niat kita
Kalau solat memang niat kerana Allah
Maka ikhlas lah solat kita tu...

Kalau solat hanya di rumah mak bapak
Kalau solat hanya di hadapan kawan-kawan
Kalau solat hanya di pejabat...
Terpulang lah...hanya Allah yang Maha Mengetahui
Hanya Allah yang menilai
Siapalah kita nak bertanya kat Allah
Solat dia yang tonggang-tonggek tu Engkau terima ke, Ya Allah?

Kalau isteri solat, terlepas lah dosa suami
Kalau anak solat, terlepas lah dosa mak bapak nya..
Kalau mak bapak dah meninggal dunia
Kesian kat dorang yang dalam kubur tu...kena siksa
sebab anak kat dunia tak solat..

Sama lah jugak kalau diterbalikkan....
Kalau isteri tak solat...isteri berdosa, suami pun dapat sahamkan?
So taksoh lah nak mengata orang sangat....

gambar credit to : Nik Wafdi

Haiya 'alassolah, haiya 'alal falah
Awak solat, awak berjaya....beb!
Bukan saya kata, Allah yang kata

So don't talking nonsence...
Sembahyang jer tonggang-tonggek...

Monday, April 7, 2014

Sabor.... (Kata Orghang Kuale)

Assalamualaikum

Hai

Masa kecik-kecik dulu saya selalu gaduh dengan adik-adik. Maklumlah saya ni anak sulung, kira macam ada kuasa veto pulak nak tumbuk-tumbuk adik. Rasa sakit hati kat adik, tumbuk je. Ataupun cubit jer senyap-senyap, mak sedar-sedar dah nangis. Masa tu rasa puas hati dapat bagi sebijik kat adik. Zaman-zaman kejam.

Sekarang ni dah jadi isteri dan mak budak. Dalam fikiran tu ada je simulasi nak tumbuk orang tapi belum lagi lah nak jadi kenyataan. Sebab masih bersabaaaaarrr.

Sabar sebahagian dari iman, ada kata separuh dari iman, namun sejauh mana kita ni beriman? Sejauh mana kita mampu sabar? Nak tau, kene le banyak-banyak bersabar ye.
  
Sabar dan had sabar

Orang kita selalu perasan diri sabar tapi bila naik hangin alasan dia sabar pun ada hadnya. Ada ke? Ke korang dah tak sabar kata le dah sampai had. Habis tu Allah nak uji korang pun kena ada had juga la ye? Jangan uji lebih-lebih la ye? Cemana korang boleh ngaku korang ni penyabar?


Sabar kerana Allah

Sabar dengan makhluk, dengan kerenah manusia, hakikatnya kita bersabar dengan ujian Allah. Kalau tak sebab semua kerenah ni datang dari Allah takde la kita nak sabar menempuh semua ni. Dah tau Allah dok uji kita, kerana Allah nak tengok siapa antara kita yang beriman, yang mampu bersabar, apa lagi yang korang dok hangin sangat? Marah kat Allah sebab uji korang dengan benda yang korang tak boleh nak sabar? Sabar brader...


Sabar dengan Allah

Sabar bukan nak tunjuk kita ni terer sangat, kebal sangat, hati kental sangat dalam hadapi ujian dari Allah. Sabarlah dengan Allah, makna kata kita yakin Allah tak bebankan kita dengan hal yang kita tak mampu nak sabar. Maknanya apa yang Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita, jadi kalau kena ujian berat maknanya korang memang dah level tinggi disisi Allah. Tak syok ke gitu?


Sabar sifat Allah

Salah satu sifat Allah ialah sabar. Mana tak sabar, hamba Dia buat peleceh Dia boleh bagi lagi can untuk taubat, bagi lagi rezeki, bagi lagi nyawa...kalau kita laaa... memang nak kena hempuk, plangkong, perambat dah. So kalau korang sabar yang amat, bermakna korang benar-benar berada di jalanNya yang lurus...so sabar je lah yeeeee...sabar....sabar la ye Dol!


credit: Nik Wafdi