Tuesday, February 28, 2017

Yusuf Minggu 8 :: Mari Berkebun ^_~

Selasa, 1 Jamadilakhir 1438H

Sudah diberitahu tema di taska Yusuf minggu lalu ialah 'Sekolah dan Rumah Saya'. Maka, hari Jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum hujung minggu itu pihak taska mengadakan program menanam sayur dan pokok herba. Ala-ala di rumah sendiri....hehe ^_~

Penglibatan ibubapa kepada anak-anak di taska ini adalah diwajibkan bagi setiap bulan. Bulan Januari yang lepas, kami telah mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai. Manakala, di bulan Februari ni, ibubapa dikehendaki hadir untuk menjaya Program Tanaman Herba bersama anak-anak. Begitulah ya setiap bulan hingga hujung tahun nanti, ada saja program yang melibatkan ibubapa. Jenuh ler saya tapi best!

Posing dengan hasil kerja masing-masing

Ini adalah kawan-kawan Yusuf bersama keluarga mereka. Kebanyakannya mama dan papa datang sekali. Dania 'si bunga' seorang tu, ayah saja yang datang bersama kakaknya. Adik comel di sebelah bawah kiri itu pun, papa dia saja yang datang. Manakala Yusuf pula, mama datang seorang. Papa Yusuf seperti biasalah kerja.
Mama terkejut teacher datang nak ambil gambar - tiba-tiba jadi panik!
Patutnya peganglah botol yang dah siap dihias tu, kan....
Ini dok pegang plyer dan dawai pulak, apa kes? T_T
4 daripada 6 botol sayur milik anak murid 2 tahun. Yusuf punya ada tanda KAILAN. ^_^.
Lagi dua tertinggal, tak ambil gambar.


Di sebalik pembikinan botol ni ada ceritanya. Saya sudah datang awal untuk menghias botol. Tapi tahu sajalah si Yusuf tu...asal nampak ajer mama dia, mulalah menyelak tudung, susu...susu...

Oleh itu, kena ler bagi laluan untuk breastfeeding dulu...Kerja-kerja menghias botol terpaksa dikemudiankan. Masa menyusukan Yusuf, parents yang lain sibuk menghias. Jadinya, bila mereka dah siap, tinggallah botol Yusuf terkontang-kanteng seorang diri dalam kelas. Pendek cerita, Yusuf punya paling akhir siap. Orang dah siap menggantung botol, kita baru sibuk nak cari anak benih. Yusuf pilih Kailan ya...hihi

Bila dah siap gantung botol sayur kailan Yusuf di pagar, barulah mamanya perasan botol kawan-kawan Yusuf semuanya replika ala-ala tikus. Ada mata, telinga dan ekor. Boleh bandingkan botol mereka di gambar atas tu.  Yusuf punya? Ku taram dan hentam saja tema 'space', twinkle-twinkle little star, how I wonder what you are!

Beberapa bentuk dan rupa botol-botol sayur hasil murid 3-4 tahun.
Yang atas sekali sebelah kanan tu, comel kan....kartun-kartun!

Pokok kari dan kunyit dibawa khas dari rumah Yusuf.
Selain dari tanam sayur yang biji benihnya disediakan oleh pihak taska, saya juga ada membawa sendiri anak benih dari rumah. Kebetulan ada pokok herba, bolehlah ditanam di taska untuk berkongsi dengan emak-emak yang lain.

Mama siram pokok
Sekiranya, kailan Yusuf tak menjadi, harap-harap pokok kari dan kunyit ni hidup subur. Nanti sesiapa yang nak masak guna daun kari atau kunyit, bolehlah ambil dari sini ajer....T_T

Memperkenalkan adik manis - Safa', 4 tahun, sepupu Yusuf.
Safa' dan ibunya tanam kangkung ^_~




Monday, February 27, 2017

Yusuf Minggu 8 :: Bermain di Playground

Isnin, 30 Jamadilawal 1438

Taska tempat saya menghantar Yusuf ni ada tema pembelajarannya setiap minggu. Jadi, minggu lepas, temanya adalah 'Rumah dan Sekolah Saya'

Bersempena dengan tema tersebut, hari Isnin minggu lalu anak-anak ini dibawa oleh cikgu mereka untuk meronda sekeliling sekolah. Tengok persekitaran sekolah merekalah agaknya ya. T__T

Anak murid 2 tahun - 5/6 orang yang hadir

Di sebelah bangunan taska ini ada playground. Maka, aktiviti mereka hari itu bermain di taman dengan bebasnya. Seronok sangat dapat bebas berkeliaran dan berlari-lari. Selalunya, hari-hari terkurung ajer di dalam kelas.

Tengok muka masing-masing, happy aje semuanya!
Macam-macam gaya budak-budak ni main slide. Gaya meniarap pun ada. Gegirl tu macam takut sikit nak gelungsor. Yusuf berkaki ayam terus !


Lepas tu main belon pulak ^_~

Yusuf, buat apa tu, duduk sorang-sorang kat situ?














Thursday, February 23, 2017

Yusuf Minggu 7 :: Role Play Tak Menjadi

Khamis, 26 Jamadilawal 1438


Kisah Yusuf minggu lepas, hari Rabu baru masuk ke taska semula selepas bercuti panjang kerana hfmd.

Hari Khamis dapat kad rawatan gigi ini untuk diisi oleh mama.
Yusuf dah ketinggalan rawatan gigi semasa dia sakit dulu.

Hari Jumaat - berbaju melayu bagi lelaki. Kebetulan sama warna pulak.
Isnin dan Rabu pakai t-shirt taska, manakala Selasa dan Khamis pakaian bebas.

~ main puppet ~
Jumaat lepas, teacher nak buat 'Role Play Memberi Salam'. Sebelum tu murid-murid diberi puppet untuk bermain. Yusuf pegang elephant rasanya tu.

Selepas itu, murid-murid ni dipakaikan costume haiwan. Setiap orang dengan costume yang berlainan. Mari ler kita saksikan muka-muka comel dan reaksi seorang demi seorang dengan costume mereka ya. hihihi...^__^


anak ayam...chick chick chick ^_~
>
<
>
Tiba-tiba.....

'sang bedal' menangis huhuhu...

'si burung' pun sama melalak jugak!  huwaaaa


'pak belang' tengok kawan-kawan menangis,
dia pun join sekaki meraung...bukannya mengaum!
hehehe

Oleh yang demikian, role play hari itu tak dapat nak buat sebab budak-budak ni menangis tak henti-henti. Dah berhenti menangis pun, mereka terdiam kaku tak nak bergerak dengan costume masing-masing. Nak menghayati watak agaknya, kata teacher T__T.










Wednesday, February 22, 2017

Makan Malam Ramai-Ramai

Rabu, 25 Jamadilawal 1438H



Birthday Bapak bulan Januari yang lepas. Berkongsi tarikh yang sama dengan cucu berbaju merah tu ^_~. Sama seperti tahun lepas di hari jadi Mak, kali ni kami adik-beradik buat 'pot-luck makan malam' di rumah MakBapak.

Atok bergambar dengan cucu-cucu. Bukan senang nak mengatur budak-budak kecik ni. Mak-mak dah terjerit-jerit suruh duduk diam nak ambil gambar tapi masih ada lagi cucu yang tercicir....
Tengok jer lah gelagat masing-masing!

Opah dengan cucu sulung. Kenal tak? hihi

Hujung minggu lepas - 'picnic malam' di Bulatan 18, Meru. Ini tak ada sempena hari apa. Saja mengedik nak makan di luar Kuala Kangsar T_T.

Emak, Bapak dan sebahagian adik-adik saya kecuali budak kecik di depan tu, sepupu Yusuf
hehe ^_~

Keluarga - susah dan senang bersama. Saat bila diri ini ditimpa ujian dan malang, merekalah insan yang sudi memberi telinga untuk mendengar, menghulur tangan untuk memimpin dan memberi bahu untuk menyandarkan badan.

 ~ Hargailah insan-insan tersayang sampai hujung nyawa ~



Eh! perasan tak Atok pakai baju yang sama? Baju favourite lah tuuu...^__~





Monday, February 20, 2017

Yusuf Minggu 7 :: Dah Dapat T-Shirt ^_~

Isnin, 23 Jamadilawal 1438


T-shirt hari Isnin - Yusuf and the geng ^_~. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah....hihihi
Seorang tak datang sebab demam.

T-shirt hari Rabu - bergambar dengan kawan-kawan, abang dan kakak 3-4 tahun.
Ada juga parents yang tersilap info, anak pakai baju lain dari kawan-kawan.
Barisan hadapan, semuanya geng Yusuf - 2 tahun ^_^

~ 2 pasang t-shirt RM65/= ~


Thursday, February 16, 2017

Hasil Kerja Anak-Anak

Khamis, 19 Jamadilawal 1438


Menconteng dengan crayon di atas lantai. Lepas menconteng, dia 'memandu' lori pula. Habis warna crayon dilenyeknya atas carpet. Esoknya, mama gulung carpet, simpan!

Menconteng dengan pensel warna di atas katil.

Melarat-larat pula sampai ke cadar!

Nota dari si kakak di awal pagi. Terkejut mama, bangun pagi dapat nota ^_^

Tulisan ini buat mama tersenyum saja. Bila masa nama Yusuf tertulis di situ. Waktu mama menulis dulu, setakat Daniel sahaja. Mesti kerja si kakak juga. T_T



Hasil kerja Daniel. Pantang ada ruang kosong di halaman buku. Mesti penuh dengan lukisan.
Anjing pun dah bertukar menjadi seekor raksasa.

Amir - mengajak mama bermain sudoku. Dah sampai larut malam mama memikir, tidur ajerlah!










Friday, February 10, 2017

Yusuf Minggu 5 & 6 : HFMD dan Kesihatan

Jumaat, 13 Jamadilawal 1438

Sedia maklum minggu lepas Yusuf dijangkiti wabak tangan, kaki dan mulut [hfmd]. Masa kena tu, saya sebagai mamanya tidaklah berapa arif tentang penyakit ni. Anak-anak zaman Amir hingga Daniel dulu manalah ada penyakit macam ni. Sekarang macam-macam penyakit timbul.


Saya ada juga google tentang latarbelakang penyakit ini. Dan saya dapati, sesetengah tanda-tanda itu ada pada Yusuf.

Kaki Yusuf yang dijangkiti hfmd

Seorang kanak-kanak yang dijangkiti HFMD boleh mengalami beberapa tanda dan gejala seperti:

  • Demam.
  • Sakit tekak.
  • Ulser di bahagian dalam mulut atau sisi lidah.
  • Rash atau lepuh kecil di tapak tangan, tapak kaki, dan/atau punggung.
  • Kelesuan.
  • Kurang selera makan.

Wabak ini selalunya menjangkiti kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

Yusuf senang makan ubat

Alhamdulillah, ubat yang diberi doktor menampakkan perubahan ketara. Bintik-bintik merahnya beransur hilang dan mengering. Minggu ke-5 itu, Selasa dan Rabu sahaja ke taska, manakala Khamis dan Jumaat cuti sebab penyakit ni. Isnin memang cutilah kan - CNY.

Hari Jumaat minggu-5 - bermain alat muzik. Yusuf cuti.
Hari Isnin minggu ke-6, saya hantar Yusuf semula seperti biasa. Cikgunya hairan kerana Yusuf lekas sembuh. Kebetulan pula minggu ke-6 tu, tema pembelajaran mereka adalah 'kebersihan diri'. Hari Selasa ada pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan.


Setelah anak-anak didik taska menjalani pemeriksaan seorang demi seorang, Yusuf dikatakan belum sihat sepenuhnya. Walaupun tinggal parut saja, tetap juga boleh menjangkiti kawan-kawan yang lain.


Maka, pagi tu cikgunya memanggil saya untuk mengambil Yusuf pulang. Yusuf dinasihatkan supaya dikuarantin sampai hilang semua parut di tangan dan kaki. Tak tahulah ambil masa berapa lama. Tiba-tiba saya jadi sedih. Tapi tak apa lah, demi kebaikan semua pihak saya akur saja. Nanti marah pulak mak-mak budak yang lain!

Jumaat minggu-6, penerangan tentang kebersihan gigi oleh nurse

Nurse dari klinik gigi sedang memeriksa gigi kawan Yusuf

Aktiviti memberus gigi beramai-ramai ^_~. Yusuf tak de lah dek kerana kena kuarantin.

Jadi minggu ini hingga minggu depan biarlah Yusuf duduk dalam kepompong Opah sampai sihat dan boleh keluar menjadi rama-rama yang cantik! hihihi...^___^



Untuk makluman, sekiranya anda penjawat awam yang ada anak 18 tahun ke bawah menghidapi penyakit berjangkit seperti ini, anda boleh memohon kemudahan Cuti Kuarantin selama 5 hari tidak termasuk cuti minggu dan cuti umum. Boleh semak DI SINI untuk tahu lebih lanjut ya.

Tapi sayangnya mama Yusuf tak mohon pun cuti tersebut!


Selamat berhujung minggu.





Kemas Rumah :: Menyisih Barang

Jumaat, 13 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum


Hari cuti semalam saya dan anak-anak menyisih barang-barang dalam rumah. Menyisih tak bermakna nak membuang. Bukan juga sebab nak membeli perabot baru. Sudah lama almari pakaian tak bersusun, rak buku tak berkemas dan barang yang tak digunakan lagi pun masih tersimpan tapi diabaikan.


Susah tau kalau rumah sempit ni. Rumah kami cuma rumah kos sederhana teres satu tingkat. Tak boleh nak simpan banyak barang. Mana yang dah rosak mestilah kena buang dan yang tak dipakai lagi terpaksa disisihkan.

Baju Amir, Amirah dan Daniel - 2 beg plastik sampah besar
Akan saya sisih kali kedua. Mana yang masih elok akan disumbang kepada orang lain.
Yang dah lusuh, buat kain lap ajer ^_~

Set home theater, 2 biji helmet [1 masih di bilik Amir], kasut-kasut suami, Amir, Daniel,
Amirah [dalam plastik hijau]. Bola sepak pun ada dalam tu.
Yang ini mana nak campak pun tak tahu! Set home-theater tu beli masa mula-mula kahwin dulu. Sekarang dah lama tak guna. Tersimpan ajer di satu sudut. Sama juga dengan yang lain. Kasut masih elok tapi saya tak pernah tengok pun mereka pakai lagi sekarang ni. Nak ajer saya let-go semuanya. Buat masa ni, masih menunggu kata putus dari bos besar dalam rumah.

Motorsikal tu, jangan tanya ya. Memang cari nahas kalau saya lelong. hihi T_T

Dah disisihkan begitu barulah lapang sikit mata ^_^ Tapi ada satu lagi yang masih 'sakit mata' memandangnya. Ni yang kat bawah ni......




Kasut bola, kasut hoki, kasut futsal, kasut jogging...entah apa-apa kasut lagi!

Kasut penulis blog ada tiga pasang ajer tau - kasut kerja, sandal, selipar jemur kain. Selain dari itu, semua kasut/selipar adalah milik orang lain dalam rumah ni. Berhimpit-himpit dalam almari tu sampai 'jahanam' pintunya. Hai pening-pening....











Wednesday, February 8, 2017

Yusuf Minggu 4 :: Burung Kakak Tua

Rabu, 11 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum


Biasanya,
bila pamer gambar aktiviti Yusuf mesti dimulai dengan bacaan doa'.
Kali ni tak ada pulak gambar doa'nya. 
Yang ada gambar Yusuf tengah .....
\/
\/
\/
Hey!
mambang tanah,
mambang air,
mambang angin,
mambang berasal dari gunung simambang

tukarkan kepala ku menjadi kuning
T___T

Ting!
kepala anak burung pun bertukar warna
magicnyaaaa, hihi ^_^

maka...
anak burung berkepala kuning pun gumbira
melompat sakan tak ingat dunia
anak burung yang lain ralit menonton tv
si burung kepala kuning sudah terbang ke bawah tv

anak burung berkepala kuning
tak tahu erti penat
asyik melompat aje tak henti-henti
nak terbang tinggi belum pandai lagi...
sebab ibu burung belum ajari
haik?


setelah penat menjadi burung
dia ingin menjadi
ultraman taro pula
ajak burung yang seorang lagi
jadi ultraman-x
sebagai geng sepejuangannya
^__~

'saya pun nak jadi ultraman juga'


eh! mana burung berkepala kuning tadi?
nuunnnn, dah merayau ke tempat penonton!
@_@


p/s: aktiviti hari Jumaat minggu-4, persembahan burung kakak tua. Yusuf disuruh berlari mengembangkan sayap tak mahu. Kerjanya melompat aje. Anak burung tak pandai terbang, kata teacher!









Tuesday, February 7, 2017

Yusuf Minggu 4 :: Golek-Golek

Selasa, 10 Jamadilawal 1438

Assalamualaikum.

Sehari dua ni saya tempek gambar ajer dek kerana kemalasan sudah melanda untuk mencurahkan kata-kata. Sibuk pun iye jugak, almaklumlah minggu pertama dalam bulan yang baru! Macam-macam laporan nak disiapkan.

Yusuf sudah sihat wal'afiat dari wabak hfmd dan sudah pun dihantar ke taska seperti sediakala sejak semalam. Gambar-gambar di bawah ni, adalah gambar aktiviti Yusuf bersama kawan-kawan di minggu 4. [tak habis lagi kisah week-4 ni ya, hihi] ^_^

Baca doa diketuai oleh cikgu Aida

Mereka melakukan aktiviti fizikal dengan teacher Shikin. Bersemangat teacher Shikin buat demo untuk tunjuk pada anak murid ^_^. Kalau tidak nanti, anak murid tak tahu pula apa kegunaan gelung ni.
Berebut bola pulak!

Yang ini tak tahu saya mereka nak buat apa, tapi Yusuf dah siap menonggeng kat situ. hehe

Yusuf dengan gegelungnya - kata teacher tinggi betul imaginasi Yusuf.
Dia bukan setakat main golek-golek, tapi dengan gelung tu Yusuf buat stereng kereta!

Kawan-kawan - main tarik bola guna gelung T_T