Monday, August 8, 2016

Amirah Trial UPKK Minggu Ini

Assalamualaikum

Aduh! penatnya tak terkata. Kalau ikutkan hati mahu saja aku sambung tidur lepas subuh tadi.

Sabtu dan Ahad kami di kampung. Sudah rupa hari keluarga dah kome oi! Tajuknya aje - tunggu durian luruh. Tapi bila dah sampai sana, banyak pula aktivitinyaaaaaa! [ha, nampak tak, betapa panjang harkatnya tuh].

Anak dara aku yang sorang ni akan menduduki percubaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) petang ni. Beriya-iya si Amirah packing beg nak balik kampung. Satu beg pakaian dan satu lagi beg buku.

Konon-konon nak study di kampung. Tapi kan..... sampai di sana, jiwanya tak kental. Sungai sudah melambai-lambai ajak mandi. Nama pun budak, mana tahan kalau sepupunya mandi dia di atas tengok buku. Akhirnya, dia terjun juga berenang-renang dari pagi sampai ke petang. Selagi tak dijerit panggil naik, jarang haraplah nak nampak muka.

Buku, elok aje diam-diam dalam beg. Macam itu datang, macam itu jugak lah buku tu dibawak balik. Alahai anak aku!

Moga-moga, Amirah tenang menjawab soalan dan beroleh keputusan yang baik dalam ujian petang nanti. Hai! Mira, Mira, mama yang gelisah sebenarnya. Mujurlah ujian percubaan saja tapi tetap risau juga aku.



18 comments:

  1. Jgn risau KB. Anak akak rata-rata masa percubaan mesti agak ke bawah tapi alhamdulillah bila periksa sebenar semuanya stright A's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga sebab Mira langsung tak tengok buku. Kalau dapat straight A's Alhamdulillah!

      Delete
  2. semoga berjaya.. hehe.. sama la dgn sy dulu bukan main bawa buku kunun nak baca la nnti aliih2 takde mcm tu la bawa mcm tu bawa balik semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, boleh berjaya! Akak pun sama, kalau dah bercuti mana boleh tengok buku.

      Delete
  3. Anak akak pun sama KB kalau waktu nak pekse pegi mana2 bawa buku tapi memang tak boleh nk baca pun.Tak pe KB anak akak kata upkk tu soalan2 mudah je ...Insyaallah Mira boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan soalan senang kacang mak lodeh kan kak. Harap-harapnya macam tu, boleh buat!

      Delete
  4. Samalah anak-anak kita semua. Kalau suruh bawa buku masa bercuti-cuti macam ni, memang jangan haraplah kedudukan buku-buku dalam beg tu berubah. Macamana bawa pergi, macam itulah juga bawa balik. Nak buat macamana, aktiviti yang lain-lain tu lebih menarik daripada aktiviti mengulangkaji.

    Kita dulu-dulu pun macam tu jugakan, KB. So tak payahlah nak marah sangat ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh MD! mana ada saya marah. Saya biarkan saja. Kalau dimarahkan pun tak berguna, buang karan aje. Dia akan tetap dengan sungainya.

      Delete
  5. samalah anak saya pun bawak je buku, bukan baca pun. good luck amirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah anak-anak kita semua. harap bawak je buku berat-berat. terima kasih aunty hana!

      Delete
  6. Haha, cam sama je ngn anak akk si nadhrah tu, bwk buku merata sbb thn ni upsr, sudahnya tak sentuh pun, tak pun sentuh mcm tak sentuh jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua anak-anak pun sama kan kak. bukan setakat tak sentuh, menjenguk pun tidak. kalau baca pun, tak tahu lah ada masuk ka tidak ke dalam otak tu!

      Delete
  7. InshaAllah Amirah akan berjaya..dapat terjun sungai kak, kalau saya pun lupa buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ilah. eh! eh! aunty Ilah. Jom lah sama-sama terjun baru syok!

      Delete
  8. sama ja semua gitu... lupa abis buku klu jumpa sepupu di kampung....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa geng, mana ingat kan buku dah kan. sama jer semua budak-budak. kalau mak budak mungkin kot!

      Delete
  9. Tak pe, yg penting semangat tu kena kental hihi .....
    Weyh bukan hari tu baru balik mandi sungai ke? Ni dah terjun balik ek hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau sebut semangat, memang dia kental nak terjun sungai mak. Mak, kalau nak tahu, mereka ni mana pernah jemu dengan sungai. dari kecik sampai ke la ni.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^