Monday, August 22, 2016

Bertaburan Kami Ke Utara dan Ke Selatan

Assalamualaikum

Salam hari Isnin ya, semua. Kalian semua pergi ke mana Sabtu Ahad baru-baru ni? Jalan-jalan makan angin ke, di tengah-tengah bulan purnama ini? Hujung minggu baru-baru ini, kami tak ke mana-mana pun. 

Walaupun patah perkataannya ditaip 'tak kemana-mana' tak bermakna kami diam di rumah semata-mata. Terpaksa jua keluar kota rumah kerana beberapa hal, walaupun sebenarnya hati mama ini sudah nekad jiwa dan raga nak sangat bertapa di rumah sahaja.

Pagi-pagi Sabtu lagi, kami berenam sudah berpecah ke utara dan ke selatan.

Aku dengan Yusuf ke rumah Emak dek kerana Bapak menelefon mintak tolong ambilkan tv di kedai. Sudah siap dibaiki katanya. Jangan sampai tengahari, sambungnya lagi. Nampak sangatlah bapak aku itu sudah kepingin sangat nak menonton tv. Sampai begitu sekali berpesan kepada anak sulungnya ini. Aku pun akur sajalah demi Bapak.

Papa a.k.a suami aku, cuti iaitu tak masuk kerja lah ye. Tak bermakna juga dia akan ikut isterinya ini balik ke rumah Emak.  Sudah siap  agenda bersusun sepanjang hari termasuk petang nanti ada game bola di Tanjong Rambutan.

Dalam waktu yang sama juga, mertua aku sejak hari Jumaat lagi sudah berada di dusun. Bila dapat tahu saja, anak mereka a.k.a suami aku tak kerja dan akan ke TR, cepat-cepat, Opah mengajak balik Ipoh. [TR dengan rumah mereka sepelaung saja.] Ada kenduri, katanya! Tak boleh ditepis ke kanan dan ke kiri lagi untuk mengelak. [aku bolehlah elak, alasan nak ambil tv]. Sesudah subuh berangkat ke Ipoh walaupun main bolanya selepas Asar nanti.

Amirah yang baru saja bangkit dari demam dibawa untuk jadi peneman Opah dan Papa pergi kenduri.

Atok dan anak bongsunya tak mahu mengikut. Mereka duduk di dusun saja. Buat apa tidaklah aku tahu. Menebas rumput agaknya!

Daniel pula diminta tinggal bersama Atok untuk menjadi rakan seperjuangan pakciknya 'berlatih terjun tiruk' di sungai. Pakciknya itu kan sebaya umur dengan Daniel. Memang ke hulu ke hilir mereka ini akan bergandingan bahu.

Oh ya! hari Jumaat Pakcik Kecik Daniel tu tak sekolah. Dia dapat cuti peristiwa yang menakutkan. Sekolahnya ditutup sebab ada kes histeria melibatkan 10 orang murid!

Gambar ulangtayang - Daniel dengan Pakcik Kecik
Manakala, si bujang besar, Amir awal-awal pagi sudah keluar rumah. Ada perlawanan bola di padang PDRM. [berhampiran perumahan aku saja - jalan kaki pun sampai]. Lima perlawanan menentang team-team di tempat lain.

Maka, berdua-duaan sajalah aku dengan Yusuf di rumah Emak sampai ke petang sementara menunggu Amir habis perlawanan. Sebelum Yusuf lahir dulu, mama kerap juga menjadi tukang sorak tak berbayar di tepi padang. Sebutlah ke mana saja, pasti ada mama dan papa terpekik terlolong bersama-sama. Sekarang ini saja, agak susah kerana ada Yusuf yang masih kecil. Papa saja lah, kalau ada masa pergi tengokkan si Amir ini.

Lepas maghrib, aku menunggu dengan penuh debaran, kalau-kalau si suami membawa ibu singgah rumah dulu sebelum meneruskan perjalanan ke dusun. Kalau nak ke dusun tu, wajib melalui perumahan kami - tak ada jalan lain dah!. Mestilah rumah dikemas serapi-rapinya dari sebarang habuk dan sampah sarap, katanya. Memang akan keluarlah larangan keras dari mama kepada Amir. Itu ini semua tak boleh! Maka, tak bolehlah si Amir ini membuat sebarang kekotoran walaupun setitis air.

Tunggu punya tunggu, rupanya mereka terus ke dusun, tidur di sana.

Cucu-cucu menonton tv di dusun
Lebih kurang 9.00 malam aku terima gambar dari Atok - Ber MALA M di ke b UN [orang tua punya typing, T___T].

Jadi fahamlah aku, Opah dan Papa pun sudah sampai di sana kerana Amirah yang berbaju merah tu pun berjemaah menonton tv. Yang lain-lain tu, anak adik suami.

Terkulat-kulat aku makan malam seorang diri. Amir dah makan selepas balik main bola. Tak sedapnya makan sorang-sorang ni, ye? Walaupun menu malam tu sedap juga - udang masak lemak airtangan emak [tapau dari rumah emak]! Sesuap dua saja mampu ditelan. Bakinya, kusedekahkan pada cik tong!

Tapikan, entah puting beliung mana datangnya, mengidam pulak nak minum nescafe panas di malam hari. Satu mug dibancuh dan dihabiskan.

Nak tidur, barulah kakyong tahu ye. Terkebil-kebil mata tak mahu lelap. Sampai pukul dua lebih pun terbuntang bijik mata teman. Padanlah muka! Dahlah cik abang tak ada di sisi. :(













21 comments:

  1. Walaupun hari cuti masih sibuk lagi semua nya ya KB?....
    Kesiannya sampai ke malam pulak tu makan sendirian,kan sedap lauk tu.
    Hihii...kenapa KB ,mertuanya orang pembersih ya? .Takpelah lebih baik berjaga2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti pun tak macam cuti dah, kak. Tiap-tiap minggu ada saja programnya. Lauk memang sedap. Masa makan tengahari di rumah emak, huih cukup berselera lagi. Kalau makan sorang2 tu yg tak best!

      Ibu takdelah cerewet mana. Biasa-biasa saja. Kalau selerak pun dia paham menantunya org bekerja. Saya ni je yg ngengada. Baru kemas rumah dan mop lantai, rasa penatlah kalau dikotorkan semula. Mulalah membebel tak tentu pasal dengan anak.

      Delete
  2. Siannya sbb kena sendirian gitu. Penangan nescafe, macam tu lah kak KB..mau tak nya kena tungggu berjam-jam baru kesan tu hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan, SB. Dah tahu penangan nescafe tu begitu tapi saja suka cari pasal. Padanlah dengan muka sendiri!

      Delete
  3. seronok membaca al kisahnyer.... yerle kalau tak kemana2tu bukan makna memerap... kecuali cakap duk rumahjer yang tu memang duk rumahjer... tak kemana2tu mungkin tak ke obersee atau tak der melancong kot... setakat jalan ke giant memang tak kemana2 untuk anak saya bukan macam zaman saya kecil2 dulu dapat ke pekan minum ais sirappun dah kira berjalan jauh... oh kesiannya... sebab dulu macam ganjil kalau berjalan dan sekarang ganjil kalau duk rumahjer... opsss takder kaitan dengan cerita di atas tapi dah tertaip jadi relakanjer baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takpe kak cho. suka saya kak cho datang sini.

      ye lah dulu2 asyik terperap je kat rumah kan. kalau dapat berjalan pegi ke kuala katanya, dah seronok sangat. bukan ke mana pun, ngekor bapak ronda-ronda pekan je pun! nak membeli tak berduit.

      Delete
  4. Tang suami tiada disisi tu mmg lah sokong 100 peratus. Tapi kalau disuruh pilih, tidur didusun atau tidur dirumah sendiri, haruslah pilih dirumah sendiri walaupun sorang tapi itu kalau maklah...

    Dalam diam menunggu Puan Ibu kesayangan jugak rupanya kome ye hihi...nape tidak di pesan suruh cik Papa singgah aje, bolehlah ajak Puan Ibu makan malam sekali hasil air tangan menantu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun samalah mak. Kalau bagi pilihan, nak tidur di rumah saja. Malehlah nak ke sana tu.
      Bukan tunggu ibunya tapi tunggu anaknya. Dan tentunya kalau singgah tu, dgn ibu ler. Tapi tak singgah, takpelah hihi.

      Delete
    2. Hihi.... ni kalau puan ibuk baca perenggan kedua ayat pertama, harus tak lalu makan haha...

      Delete
    3. Mak ni ngengada tau! Ssyhh! Diam-diam aje. Lakonan harus tip-top. Mereka mana tau saya ada blog. Kalau dia baca, matilah saya maakkkkk!

      Delete
  5. Memang bertebaran sungguh gayanya tu.
    Aterr, napenya takmo tido dusun, banyak nyamok ke kome? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak mahu tido di dusun, tapi dah tak menyinggah takde ler teman mengikut balik sana.

      tapi suka tido di rumah ajer, banyak kerja nak dikerjakan cuti2 ni!

      setakat digigit nyamuk tu, dah tak de hal, kak. teman org kampung, hihihi

      Delete
  6. kalau saya pun suka lagi tidur di rumah. yelah kan rumah kita, kot mana pun selesa lagi rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan, rumah sendiri nak buat pun boleh. Saya malas nak balik kali ni sebab ada byk kerja nak buat dirumah. Kalau tak, ok jer, takde masalah.

      Delete
  7. Rumah di dusun ada tv ok juga anak-anak tak boring KB

    Terima kasih doakan bapak kakak di 'sana'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kan kakzakie, malam2 sebelum tidur tu boleh jugak tgk tv. Kalau tak melopong tak tahu apa nak buat.

      Sama-sama kak.

      Delete
  8. Ini tak boleh guna statement 'tak ke mana-mana' tu, KB. Ni dah lebih daripada ke mana-mana dah ^_^ Penuhnya itinerary anak beranak, masing-masing ke hulu ke hilir bawa diri. Saya yang membaca pun terasa macam saya pun ikut serta dengan KB dan Yusuf, papanya dan Amirah, si Daniel dan pakciknya, termasuklah bersorak untuk Amir juga. Penat weyh saya ~_^

    Itu bukan sebab nescafe tu. Itu memang sebab cinta hati tiada di sisi. Kalau ada tu dah lama ber'sendo' ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke MD? Terima kasihlah, ikut sama berjalan dgn kami. Penat ek jalan2 sana sini. Tak sangka turut bersorak untuk Amir hihi.

      Itulah, tidur sorang2 tu pun sebab utama juga.

      Delete
  9. saya ni kak tak kemana pun sekarang ni sibuk dengan kerja sabtu pun kena kerja juga..

    bertebaran semuanya ya kak..alahai tak singgah pula dirumah ye, kalau saya tu mau sentap hahaha...ye lah pernah rasa macam tu,sedihnya bukan kepalang, tapi itu sayalah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye? Jabatan mana tu, yg kena kerja Sabtu.

      Alah Ilah, akak takde nak sentap menyentaplah kalau hal camtu. Kecik punya hal. Takde lah nak dok pikir2, nanti cepat kerepot! hahaha

      Delete
  10. Tidur kat rumah adalah terbaik dari tidur tempat lain kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^