Tuesday, January 16, 2018

Minggu 48 :: Cuti Sekolah Sudah Bermula


Minggu pertama cuti persekolahan 2017, Abang Amir, Abang Daniel dan Kakak Mira duduk di rumah saja. Sementara Yusuf masih bertaska seperti biasa. Mama Papa kerjalah. Mana ada cuti macam cikgu sekolah. (-.-)

Hujung minggu pertama tu, kita cuci kereta yek, anak-anak. Nak berjalan pun, macam tak de semangat je sebab papa kerja. 

Ada aktiviti nak dikerjakan, taklah rasa bosan sangat berada di rumah. 


Cuci kome cuci,....jangan tak cuci. Cuci, bersih-bersih, ye!

Petang tu, mama bawa korang ke kolam renang. Kiranya, ini upah cuci kereta.

Panorama di kolam renang Kuala Kangsar

Daniel, Yusuf, Amirah. Bertiga sahaja. Abang Amir tak mahu mandi. Ramai orang, katanya....


Paling teruja si Yusuf. Kalau boleh tak mahu keluar dari kolam. Kalau diajak balik pun tak mahu...

Tapi, kena baliklah jugak. Hari dah nak maghrib, ye sayang-sayang semua. Lain kali datang lagi. Bukannya jauh pun....sepelaung ajer. hihi.














Monday, January 15, 2018

Yusuf Minggu 47 : Konvokesyen 2017


Tarikh : 24 November 2017 (Jumaat)

- Majlis Konvokesyen TPKK 2017 berlangsung -
[Pengacara Majlis : Mama Miqa]

- Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku - 

- Kemudian, disusuli dengan lagu 'Permata'

Menyanyi mengikut rentak, menari dan gerak-geri nya....

Tengok Yusuf, amboiiiiii bukan main lagi berjoget dengan bff (^_^). Girlfriend tu, partner Yusuf bersembang dalam kelas....potpetpotpet aje kalau dapat duduk dekat-dekat, kata teacher.

Habis nyanyi, mereka melaungkan ikrar. Bacaan diketuai oleh Adik Iman, murid 4 tahun...Bagus ye Iman ni, dah boleh hafal ikrar.

Selesai ikrar, ada bacaan doa [oleh ayah Adam], ucapan dari Pengerusi PBPI [ayah Syafi] , ucapan dari Penaung TPKK. Kemudian, tibalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua parent termasuk mama - Persembahan dari anak-anak permata...

Mula-mula sekali, persembahan murid 2 tahun. Menari 'baby shark dododododo'.....kome! Yusuf, hujung sekali sebelah kanan. Berbaju oren. T-shirt tu, teacher yang order. Kami sebagai parent, tak tahu apa-apa, hari kejadian barulah surprised tengok t-shirt dorang.


- Sedang beraksi -

Lepas itu, ada persembahan murid 3 dan 4 tahun. Mama takde tempek gambar. Sorryyyyy......Habis persembahan, penyampaian hadiah pula. 

Memandangkan Yusuf belum grad, dapat hadiah aje lah. Murid empat tahun, dapat hadiah beserta plak dan sijil. Tiga orang murid empat tahun juga terpilih untuk menerima anugerah tokoh. Yusuf nanti, tunggu 4 tahun untuk menerima anugerah, jika ada rezeki di sini lagi. Itu pun, kalau terpilih...hahaha. Mama dah berangan!!

Sebelum berakhir, murid-murid ada persembahan khas dengan cikgu. Pemain gitar tu, salah seorang bapa anak permata. [ayah Imran, kawan sekelas Yusuf]. Ketika ini, Yusuf takde sebab sudah kena 'sawan lalak'. Waktu naik pentas ambil hadiah, Yusuf terpandang mama yang jadi dulang girl. Maka, turun pentas Yusuf melalak taknak duduk dengan teacher.

Akhir sekali, gambar beramai-ramai ibubapa, cikgu dan anak-anak permata termasuk penaung pun ada.

Cikgu-cikgu, penaung dan Naib Pengerusi PIBP [mama Hazrin], Taska Permata KK 2017

Acara potong kek dan makan tengahari.

Hadiah-hadiah, sijil, plak dan sijil anugerah khas tokoh.

Lagi gambar hadiah dan cenderahati untuk anak-anak. Semuanya diuruskan sendiri oleh parents. Pihak taska beri duit saja.



# Terima kasih dan kredit kepada jurugambar [ayah Indah] (^_^)












Friday, January 12, 2018

Yusuf Minggu 46 :: Aktiviti Bebas




Enam sekawan sedang menonton tv (^_^)

Minggu ini teacher sangat sibuk kerana sudah menghampiri hari yang di tunggu-tunggu
iaitu Majlis Konvokesyen Taska Permata Kuala Kangsar

Setiap hari dalam bulan Oktober dan November,
enam sekawan ini membuat latihan persembahan untuk majlis tersebut.

Jika teacher sedang membuat persiapan prop dan sebagainya
enam sekawan ini akan melakukan aktiviti bebas...

Tengoklah tu, sebaris je duduknya.....hihihi
comel sangat!









Yusuf Minggu 44 :: Cotton Bud Flower




Membuat Bunga Menggunakan Playdoh dan Cotton Bud

Gelek-gelek playdoh dengan batang paip sampai leper (^_^)

Lekat playdoh ke batang lidi. Kemudian cucuk cotton bud di sekeliling playdoh.

Siap !!










Dua Kek Untuk Dua Bujang


Tarikh : 23 Oktober 2017

Amir dan Yusuf

Pada tarikh ini, Amir sudah 15 tahun.
Mama doakan Amir dilimpahi keberkatan dalam hidup
Jadilah anak yang soleh, abang yang baik kepada adik-adik
Apa pun yang terjadi dalam hidup Amir,
doa mama sentiasa mengiringmu, sayang....

Pada tarikh ini juga, Yusuf pula sudah bebas-pampers.
Dah boleh mengawal 'otot-otot perkumuhan' untuk buang air.
Jenuh juga mama melatih Yusuf...
Sebulan lepas tu, Yusuf berjaya juga buang air di tempat yang sepatutnya.
Maka,
Kenalah raikan juga kejayaan Yusuf supaya
bertambah semangat untuk kencing di tandas ...hahaha






Yusuf Minggu 43 :: Gambar-Gambar Candid (^_^)