Thursday, September 26, 2013

Makan Malam & Solat Bersama

Assalamualaikum,

Anak-anak mama, semoga hari-hari kita penuh dengan kenangan-kenangan manis. Hari ini selepas balik dari pejabat, mama terus singgah pasar malam depan rumah kita tu. Beli beberapa jenis lauk dan sayur untuk masak makan malam kita nanti.

Papa request nak makan nasi paprik. Jadi, mama beli ayam dengan Cik Joi dan beberapa jenis sayur - carrot, kacang buncis, tomato dan bunga kobis. Serai dan daun limau purut juga.

Sampai rumah, lepas bersihkan diri dan solat asar, mama terus ke dapur. Papa baik hati telah sama-sama tolong mama masak. Mama cuci ayam, papa potong sayur. Papa menumis, mama masukkan bahan. Kerja yang susah jadi senang.. yang lambat jadi ringkas dan cepat. Thank you papa. I love you. Hope... lain hari boleh tolong mama lagi.



 Paprik ayam dengan sayur campur yang masih dalam kuali.



Selesai masak, kita solat maghrib berjemaah dulu. Terima kasih papa sebab mengimamkan kita.
Rumah kita tidaklah sebesar mana tapi mama selalu berdoa kepada Allah supaya rumah ini sentiasa diberkati dan dirahmati dengan kasih sayangNya.



~ Mira & Mama ~
Lepas habis doa, posing-posing dulu. 

Menu kita malam ni... simple je, nasi putih, ayam masak paprik dengan sayur campur.

Mama senang hati tengok anak-anak mama makan, Walaupun hanya dengan satu menu saja tapi boleh makan bertambah-tambah. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Kaya.
Mama always love you all.

# gambar tak berapa clear sbb guna handphone jer.

Love, mama.










Friday, September 20, 2013

Happy Birthday Papa


Assalamualaikum,

Happy Birthday Papa. We Love You... We Love You... We Love You.
























Ini papa kami. Hari ini 20 September, hari lahir papa. Kami doakan semoga Allah memberkati umur papa. Dilimpahi rahmat dan nikmat yang berkekalan. Dimurahkan rezeki yang berkat. Diberi kesihatan yang baik. Jadi papa yang baik untuk kami. Suami yang baik untuk mama kami.

Papa......Amir, Mira, Daniel sayang papa.


Kami semua sayang papa sangat-sangat!







Mama pun sayang papa jugak.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-37 untuk papa tersayang. We love you papa.


Love, mama.

Tuesday, September 17, 2013

Mandi di Ulu Kenas

Assalamualaikum,

Weekend baru-baru ni, kita pergi mandi di Hutan Lipur Ulu Kenas. Tempat ni tak jauh dari rumah kita. Mengambil masa lebih kurang tujuh ke sepuluh minit perjalanan. Pukul 4.00 petang gerak dari rumah, 4.10 petang sampai sini.

Perancangan awal nak mandi di kolam renang Kuala Kangsar kat Bukit Kerajaan. Since kolam renang untuk kanak-kanak sedang diubahsuai, kita tukar plan ke Ulu Kenas. Jom tengok gambar...


sweetmemories4u

Subhana Allah... cantiknya ciptaan Tuhan.


Tenang...


Baru nak start mandi.


Sejuk...


Yeay.... 


Mira... hati-hati


Jom berenang


Berenang ... Menyelam...


Relax


Daniel


Amir control macho


Bam Bam


Amir lagi...


Papa & Mama


LOL ;)

Love, mama

Thursday, September 12, 2013

Mari Bermain Upih

Assalamualaikum,

Ini cerita beberapa tahun yang lepas. Rasanya, kalau tak silap mama dalam tahun 2009. Masa ni Amir baru Tahun Satu, Mira empat tahun dan Daniel baru nak masuk dua tahun. Kecik-kecik lagikan masa tu......

Waktu ni, Teh dah final year kat kolej dia (Kolej Yayasan Melaka).. Teh kan ambik Dip. In Animation. Bila final, ade assessment untuk present animasi sendiri. Teh pilih tajuk 'Jangan Pandang Belakang Upih'. Tak tau le ade apa ngan belakang upih tu ye? Mama tak sempat nak tengok result presentation dia dulu..ruginye.

Jadi nak melukis watak-watak kartun dalam cerita pendek dia tu, kena ada model dulu. So...korang lah yang akan menjayakan projek Teh. Ha..cam tu lah ceritanya.

Petang tu pegi la mencari-cari upih pinang kat belakang umah tok. Untung la ade jugak pokok pinang, walaupun tak banyak. At least korang ade pengalaman main upih di zaman-zaman sekarang ni.

Jom layan gambar..............


Model budak kampung yang comot-comot, pakai baju seluar besar-besar. Siap terlondeh lagi sampai nampak badan.. T-shirt dan seluar ditaja oleh papa.

Lakonan bermula...


Tarik upih bersama Ap. Tengah tarik upih boleh senyum-senyum ke?







Selesai satu bab... lepas ni ada la pulak yang nak bergambar....


Amirah with Amir



 Berebut-rebut nak duduk atas upih, sapalah pulak yang jadi tukang tarik........


Ha peluk.. jangan tak peluk.


Sukanyer........


Tengok, masa ni Daniel seluar entah ke mana, selipar entah ke mana. Apa pun tak sempat. Seronok sangat la tu.

Ok... abis cerita-ceriti menarik upih di waktu siang. Nanti mama update tarik upih sebelah malam pulak.

Love, mama.

Diari Kita

Assalamualaikum,

Anak-anak mama, hari ni mama dah cipta satu blog untuk dijadikan diari dan album keluarga kita. Moga ia boleh menyimpan memori-memori indah untuk ditatap dikala suka dan duka.

Mama akan cuba cari semula gambar-gambar lama kita untuk disimpan kat blog ni. Supaya bila anak-anak mama dah besar nanti, korang boleh tengok balik cerita-cerita kat dalam ni...

Love, mama.