Monday, November 10, 2014

Demam semasa hamil

Assalamualaikum

Minggu lepas pada 4 November 2014,
aku kena tahan wad, maksudnya masuk hospital.
Gara-gara demam, sakit tekak dan batuk
Dah tiga empat hari tak hilang-hilang.

Sebab tak berani nak telan ubat sebarangan,
Aku pergi hospital nak rujuk dengan doktor...
Dengan harapan doktor lebih pakar tentang ubat-ubat sesuai
Untuk ibu-ibu mengandung macam aku.

Maka....
Lepas lunch hour hari Selasa tu, lepas dapat permission dari boss..
Aku pergi lah ke hospital..
Tunggu tak lama sangat sebab dapat priority 'ibu hamil'

Sebelum jumpa doktor
Macam biasa kena check tahap kepanasan demam dan tekanan darah (bp)
So rekodnya badan aku 38 darjah celcius, sah demam
BP aku 85/52.....memang rendah beb!

Bila masuk bilik doktor
Doktor kata bp aku sangat rendah
Doktor check lagi sekali sebab tak percaya
Tapi memang rendah sangat

Lepas tu pulak, kena ambik darah
Takut-takut kena denggi ke, apa ke kan..
Mana lah tahu...
Keputusan darah, alhamdulillah tiada masalah
Tiada denggi atau apa-apa yang menakutkan.
Risau jugak aku, sebenarnya.

Tapi, lagi sekali kena check bp dengan nurse
Doktor tak puas hati
Bila dapat keputusan check bp kali ketiga
Sangat mengejutkan sebab bertambah turun
87/47

Reaksi doktor....
"Hah...lagi turun! Macam ni lah puan, saya terpaksa tahan puan di wad untuk satu hari"
"Untuk pantau bp puan"

Masa tu saya...."Kena admit??"
Emm takpe lah...pasrah aje
Sebab dah tak larat nak melayan sakit
dan penatnya batuk tak berenti-renti
Ikutkan aje nasihat doktor.

Ok, dipendekkan cerita....
Masa aku berjumpa doktor, dan semasa aku di wad
Aku ada bertanya beberapa soalan pada mereka
Aku dapat beberapa info dari doktor dan nurse yang merawat aku.

1) Kenapa bp tiba-tiba boleh turun?
Asalnya aku sakit tekak. Nak menelan air liur pun rasa sakit dan rasa berpasir je kat anak tekak tuh.
Bila dah sakit, selera makan dan minum jadi kurang. Lepas tu, dah mula batuk-batuk.
Akhirnya aku dapat demam.

Kata doktor, demam berpunca dari kuman yang dijangkiti melalui tekak.
Demam pulak punca tekanan darah aku turun mendadak.

2) Apa kesan bila tekanan darah terlalu rendah?
Bila tekanan darah rendah, oksigen dalam badan akan berkurangan.
Kesannya, oksigen tak dapat sampai ke uri
dan berkemungkinan oksigen juga tak akan sampai ke baby.
baby dalam kandungan tak dapat berkembang dengan baik.
Risau kan?

3) Macam mana nak pastikan bp sentiasa stabil?
Minum banyak air masak.
Masa aku dengar ni....
Aku terus teringat satu perkara, masa kita belajar sains di sekolah dulu.
Air mengandungi oksigen (h2O)...terus ingat dalam kepala.
Kesan kurang air, oksigen akan kurang.
Bila oksigen kurang dalam badan, macam-macam boleh jadi...
lemah tak bermaya, rasa nak pitam
tambah-tambah waktu pregnant...lagi berbahaya.

Satu perkara lagi, sewaktu mengandung
kita jangan senang-senang ambil ubat tanpa nasihat doktor
walaupun hanya batuk dan demam

Pengalaman aku masa di wad
Apa jenis ubat batuk dan paracetamol memang tak diberi
Walaupun masa tu batuk aku sangatlah dahsyat
Sampai terkucil-kucil aku dibuatnya.

Dalam wad, aku cuma masuk air dalam badan. Bergantung pada keadaan badan kita.
Kes aku, aku kena lapan botol.
dan disuntik antibiotik untuk mengurangkan demam
Untuk kurangkan batuk...aku diberi pil cairkan kahak. Itu saja.

Sekarang ni, alhamdulillah dah bertambah sihat
batuk pon dah beransur hilang..
selera makan pon dah datang balik..

Syukur, sihat itu nikmat dan rezeki.
Sakit pun nikmat dari Allah.