Ni nak bagi tahu, semalam aku punyalah pulun menaip entri di bawah ni tapi tak siap-siap kerana sibuk dengan kerja pejabat. Kemudian, waktu malam sambung lagi, dengan harapan bolehlah publish di malam harinya. Tahu apa jadi? Aku tertidur, sampailah pukul 4.30 pagi tadi baru terjaga. Elok je entri ni di skrin telefon, menunggu aku taip sambungan ceritanya. Hai, lawak ke apa ni?
Yuk, kita baca yuk. Entri yang entah apa-apa ni.
-
-
-
-
Nampaknya waktu menulis kena berganjak ke malam hari dek kesibukan menerjah diri. Hari ini kisah anaklah pulak ye.
Sebelum itu nak bagitahu, makan malam tadi aku buat sambal asam kak SI. Huih, sedapnya cicah dengan ikan goreng. Huha huha kepedasan tapi berselera betul!
Ok sambung....
Pagi tadi [Khamis] aku terlewat bangun, tak sempat nak buatkan sarapan. Maklumlah, malam Khamis. Eh! tak ada kena mengena. T___T
Mama mereka ni, kalau dah hari Rabu membawa ke hujung minggu, badan ada sikit lunyai tak bermaya dek kerja di pejabat bercampur kerjarumah dan bangun awal-awal pagi waktu tahajud.
Bukannya bertahajud pun, tapi mengesahkan persiapan diri dan anak-anak di pagi hari sebelum Yusuf bangun. Nanti, bila budak kecik tu dah terjaga, sahlah aku akan mengempeng saja dengan dia. Berdua-dua atas katil gitu!
Bukannya bertahajud pun, tapi mengesahkan persiapan diri dan anak-anak di pagi hari sebelum Yusuf bangun. Nanti, bila budak kecik tu dah terjaga, sahlah aku akan mengempeng saja dengan dia. Berdua-dua atas katil gitu!
Makanya, hari Khamis dan Jumaat selalu saja terlewat bangun kerana badan sudah lesu tak cukup tidur, katanya.
Tanpa bersarapan kami berlima keluar awal dari rumah. Macam biasa Amir duduk di sebelah aku, memangku sekali adik Yusuf. Amirah dan Daniel di belakang. Carseat Yusuf sudah lama aku keluarkan kerana dia tak mahu lagi duduk di situ.. Merugikan space saja letak carseat, dia duduk di luar juga. Mengada-ngada macam orang besar!
Kadangkala dipangku pun tak mahu. Dia nak bersandar di kerusi kereta. Ditolak-tolaknya Abang Amir.
Pi...pi.....katanya menjerit-jerit. [ke tepi, ke tepi]
Amir pun marahlah, nak ke tepi mana lagi. Sudah rupa tin ikan sardin. Almaklumlah, kereta comel!. Kereta besar nan selesa digunapakai oleh cik papa mereka seorang diri. Sudah terbalik kot nampaknya ni. Tapi aku sendiri suka bawa kereta kecik, senang nak merempit. ~__~
Kemudian, abang Amir mengangkat adiknya ini, diletakkan di celah kelangkangnya. Main-mainlah adiknya di situ. Semua nak diusiknya - aircond, punat radio, entah apa-apa lagilah yang ada.
Adik ni, janganlah usik. Kemudian dipeluknya adik.
Payaaah!.....payaaah!.....adik meronta-ronta marah dipegang. [tak payah, tak payah]
Bising saja dok bergaduh abang Amir dengan adik Yusuf ni. Letak di kerusi tak mahu berkongsi dengan abang, dipangku tak mahu, humban ke belakang lagilah dia menjerit. Membara aje abang Amir kena beralah dengan adik.
Macam tu lah perangai si Yusuf ni sekarang. Kalau tak mahu, atau tak suka diganggu, mulalah, payaaahh.......payaaaahhh sesaja di mulutnya!
Sampai di pagar sekolah, Amir sudah siap-siap aku bekalkan wang saku campur sekali belanja sarapan pagi. Nak beli nasi lemak di kantin sekolah, katanya.
Sudah bye-bye abangnya, sukalah si adik Yusuf duduk sorang-sorang di kerusi. Menari terjoget-joget bila terdengar lagu rancak di corong radio! Nanti, sekali mama dia brek mengejut, hah baru dia tahu.
Sudah bye-bye abangnya, sukalah si adik Yusuf duduk sorang-sorang di kerusi. Menari terjoget-joget bila terdengar lagu rancak di corong radio! Nanti, sekali mama dia brek mengejut, hah baru dia tahu.
Lepas itu, kami meneruskan perjalanan hendak menghantar Amirah dan Daniel pula. Singgah sebentar di kedai mamak membeli roti planta. Aku beri note RM5, maka Amirah dan Daniel ni pergilah membeli sambil-sambil mama mereka pantau dari dalam kereta saja. Amboi! kalau MD risau tak ni?
Lantas setelah membeli, rotinya dua bungkus sahaja. Dan ada pulak satu tin susu pekat manis untuk subjek Sains.
Susu ni pun satu bab juga. Dah malam-malam meroloh baru kakak memberitahu esok cikgu suruh bawa susu pekat manis ke sekolah. Mana nak 'kobek' susu malam-malam buta. Malas ah, mama nak keluar membeli.
Di rumah kami ni biasalah, kalau hujung bulan segala stok semua tinggal sipi-sipi atau habis langsung, nak tunggu diisi semula saja. Tambahan pula, mama mereka sekarang ni dah ketagih asyik membancuh nescafe siang malam, katanya. Cepatlah habis susunya! Susu tin ye bukannya susu badan. Jangan silap faham. ~__^
Di rumah kami ni biasalah, kalau hujung bulan segala stok semua tinggal sipi-sipi atau habis langsung, nak tunggu diisi semula saja. Tambahan pula, mama mereka sekarang ni dah ketagih asyik membancuh nescafe siang malam, katanya. Cepatlah habis susunya! Susu tin ye bukannya susu badan. Jangan silap faham. ~__^
Ok sambung balik.
Cukup ajer duitnya kalau nak membeli tiga bungkus roti, tetapi kakak Amirah sudah silap congak. Maka, tiadalah roti untuk adik Yusuf. Aku tidak pulak menyuruh mereka pergi ke kedai sekali lagi, risau lambat sampai ke sekolah.
Cukup ajer duitnya kalau nak membeli tiga bungkus roti, tetapi kakak Amirah sudah silap congak. Maka, tiadalah roti untuk adik Yusuf. Aku tidak pulak menyuruh mereka pergi ke kedai sekali lagi, risau lambat sampai ke sekolah.
Dalam perjalanan, semasa kakak dan abang makan roti, si adik sudah menjerit-jerit sambil tangan menghala ke arah kakak mintak roti.
Bagiiiii.......bagiiiii.......bagiiiii
Menangis-nangis terkeluar airmata dan hingus meleleh-leleh!
Bila diberi sedikit oleh kakak, bukannya dia mahu. Yang dia nak, sebungkus roti itu. Kakak pun potonglah separuh, roti yang tinggal dalam plastik tu diberikan pada adik. Kakak makan separuh yang di ambil dari plastik.
Barulah, si adik ketawa mengekek-ngekek, kononnya dapatlah dia sebungkus roti. Memang bertuahlah si Yusuf ni.
Di belakang, Daniel pulak bising-bising terpaksa beri sedikit pada kakak sebab diminta oleh kakak. Udah gaduh lagi pasal roti. Gasaklah kome! Bingit telinga mama ni tau, hari-hari melalak saja dalam kereta. Ada saja hal yang tak kena.
- gambar lama - ada saja yang tak kena |
- gambar lama - empat beradik |
Itu lah ragam anak2 kan KB..
ReplyDeleteAkak pun macam tu lah pagi-pagi kalau tak sempat buat sarapan..
Lagi satu perkara yg cikgu suruh pesan bawa..
Kekadang geram juga dengan cikgu ni..
Esok nak baru nak bagi tahu anak..
Anak kita dah malam hari baru nak bercakap utk kelas sains kena bawa kacang hijau..
Mujur lah kedai runcit mamak ni buka awal ..
Boleh lah diterjah kat situ awal pagi..
Macam2 ragam bila anak dah ramai ni kan, kak
DeleteRiuh rendah rumah di pagi hari sampai bawak ke dalam kereta pun tak habis2 lagi kadang2 tu.
Entahlah kak, nak salahkan cikgu ke, salahkan anak.
kdg2 anak2 ni pun sama juga, lambat sangat beritahunya
tunggu malam nak tidur baru teringat itu ini.
salam singgah...haluuuuu! mak garam dah datang ni nak komen2...kikiki...comey la Yusuf ni..pi..pi...payah...payah...hahaha...tegelak aunty di buatnye...tq sekali lagi dik sudi polow akak...akak pon dah polow adik gak...muah ciket :D
ReplyDeletehalloooo mak garam. terima kasihlah sudi datang, komen2 dan pollow2 lagi. muah balik T__T.
Deleteaunty jgnlah tergelak2 dgn si yusuf ni. dia sekarang ni tgh belajar ckp. potpet potpet memanjang.
Hihi....bingit bingit kome pun masih OK kan KB telinga tu. Sebab apa tau sebabnya mmg dunia kome beranak kecik sekarang ni. So dah immun. Macam mak jugaklah dulu, tapi la ni kalau menghadap riuh rendah anak sedara , mak mcm dah pening weyh hihi ....
ReplyDeleteMinum nescafe tu mmg bisa ketagih tau....kalau boleh mau hari hari di teguknya. Kome tak pelah Rul, masih muda.... mak ni sudah mau reput haha
tu lah mak, hari2 bingit tau dari subuh sampai ke malam. mujur tak pekak! kalau anak tak buat hal, mamanya pulak yg memekak jerit-jeritkan anak.
Deleteeh mak, dah nak mereput takleh minum nescafe ke? saya ni pun dah nak ke alam mereput juga mak. jgn tak caya.
Dari intro aje dah tahu mengapa entri ni tak siap. Dah tengah minggu, saya pun lemau, KB. Selalu aje mengharap esoknya hujung minggu padahal ada lagi hari bekerja esok dan esoknya.
ReplyDeleteNi kalau Mak @ jiran sebelah saya tahu KB mention-mention Khamis malam Jumaat, memang dia menggigil badan dok gelak. Ingat tang tu aje yang wajib buat ^_^
Saya pulak teh tarik addict. Tiap pagi kena minum segelas barulah boleh memulakan hari nan indah. Kalau tidak, lemau aje kat pejabat. Blogwalking pun malas!
Adatlah tu bila dah beramai-ramai empat beradik dalam kereta. Of courselah Yusuf aje jadi raja sebab dia yang paling kecil. Abang kakak tu kenalah urut dada selalu bersabar ^_^
Bingit memang bingit kan tapi kalau mereka tak buat bingit kita rasa macam something wrong somewhere jerk!
tu lah MD, bila dah Rabu mesti berkira-kira bila nak Jumaat ni. tak sabar nak guling-guling bangun lambat.
DeleteJiran MD tu, takpelah dia surirumah terhormat. bolehlah fikir ttg malam Jumaat katanya. Saya ni kadang2 hari pun boleh lupa. [sorry ek mak, bergurau senda aje!]
Hairan kita tau, kenapa ek mesti nak pekena air kegemaran dulu baru boleh ligat bekerja. saya pun camtu, pagi2 minum nescafe, baru rasa segar bugar mata ni.
Betul tu MD, kalau anak2 ada di rumah ya ampun riuh rendah rumah, tuhan aje yg tahu, mulalah rasa nak naik angin. kalau takde sunyi sepi pulak kita!
Dapat kambing wey hihi.....
Deletekambing? yg berkaki 4 ke, yg berkaki 2? kuang..kuang...kuang ~_^
DeleteWah dah buat sambal asam nya ya KB...Akak sebenarnya tak lah suka sangat tapi anak2 akak suka dicicahnya dengan ikan goreng juga.
ReplyDeleteBetul lah kata hainom tu...KB beranak kecik kena lah hadapi apatah lagi baya2 yusuf ni tengah aktif.Akak dulu pun dah merasa suasana bingit masa anak2 kecil dulu ,yg bergaduh lah yang melalak lah tapi kini bila mereka dah remaja rumah ni sepi walaupun semua ada kat rumah sebab 3 dari anak2 akak ni pendiam ...yang jadi mak joyah nya hanya Iqa dengan Iman je.
Nescafe akak dah lama sangat tak minum sejak ada bp .Kalau tidak itulah minuman harian akak.
kalau anak2 suka, emak pun terpaksa suka juga kan, kak. sama lah kita ni.
Deleteye lah, tengah anak kecik ni jer yg riuh serumahnya kan. nanti bila anak2 dah besar mungkin akan lalui juga suasana sunyi sepi ni. hai, bilalah tu agaknya. sama macam emak sayalah. dulu masa kami kecik, tak larat nak layan, sekarang tinggal bertiga saja mereka. sunyi jer rumah.
akak pun minat nescafe ye.hihi
Ragam bebudak katakan..kekadang kalau drive, SB dengar bingit2 mcm ni mau taknya kena campur tangan gak..huhuu..bersabar wahai hati.
ReplyDeletememang lah SB, akak pun kalau dah geram campur bertempik jugak! tp tak makan saman mereka ni. cuba kalau papa mereka, baru nak ehek sikit, siaplah ko.
DeleteMacam tulah ragam anak2 menunggu besar, dah besar sok lain lak ragamnya, lagi pening.
ReplyDeleteAkk pun camtu KB, kalo hari rabu dah start lemau sikit, tunggu kamis, jumaat, alahai..
Kalau pagi jumaat tu bunyi jam loceng kadang terpikir2, jumaat ke sabtu, jumaat ke sabtu, bila fikiran normal dtg....ooo.jumaat, mulalah melompat bangun.
Kita kalo bekerja tggjawabnya bganda KB,,mana nak keje, nana nak settle urusan rumah lagi..tulah sape suruh keje, tapi kalo tak keje pun bosan juga kan..
tu lah, ingatkan bila besar habis dah ragam mereka ni. rupa2nya, ragam yg lain pulak kena hadap.
Deletesaya pun selalu gitu, rasa nak cuti je memanjang. sekarang ni pulak asyik terpikir nak pencen pulak. penatlah kerja.
Nanti bla semua dh besar msti rindu moment mcm tu kn hihi
ReplyDeleteye lah, nanti mesti rindu balik
DeleteKB penat akak membaca coretan ko tau... hahaa
ReplyDeletemcm tu lah kita sbg Ibu... hari2 mengadap mcm2 feel anak2...
penat tapi bila dikenang kembali terasa bahagia dgn anak2...:)
la, akak penat ke? jgnlah penat kak...
Deleteragam anak-anak saya mmg setiap hari begini
bukan-bukan perangai mereka ni tau
tak larat nak jerit dah!
anak2 time nilah akan hingar rumah mak. seronok juga rasanya
ReplyDeletebila terkenang seronok hana. time nak marah tu mulalah rasa nak naik hantu. pekak telinga
DeleteSementara nak membesar ye kak. Hee 😁
ReplyDeleteye siqah, sementara nak besar ni macam2 perangai dia org tau! nanti dah besar tak tahu apa pulak perangainya...
Delete