Thursday, August 11, 2016

Balik Kampung - 3

Assalamualaikum

Adakah anda sakit hati mata tengok tajuk tak habis-habis cerita kekampungan ini? Maaflah ye, macam inilah kehidupan kami di kala berkumpul anak beranak.

apa boleh buat,
bukannya dibuat-buat,
bukan salah ibu mengandung,
memang kami berjiwa kampung.
Kasihan - Anak aku ni kurang pelukan.
Dia membawa diri, tatkala mamanya entah apa sajalah yang disibukkan.
Bila dah habis sessi makan-makan tengahari, 'peserta team kebun durian' ini, buatlah hal masing-masing - membersihkan diri, solat, 'megholoh' [meroloh tu tidur ye, MD].

Ada juga yang nak ke Lata Jeliang berendam mandi air gunung yang sejuk sampai ke tulang hitam. Tempatnya tak jauh, hanya sejengkal saja dari tempat kami ini. Lima minit saja dah sampai tapi naik kenderaan lah ye. Kalau berjalan kaki, mungkin mengigil kelapa lutut baru nampak air gamaknya. Sungai yang bebudak mandi-manda tu adalah air dari Lata Jeliang ni. Ha! macam tu lah bayangannya, kalau korang boleh bayangkan betapa dekatnya lata ini.

Lata Jeliang ni, aku tak ada gambar nak tunjuk sebab aku malas nak pergi, dah penatkan. Aku nak bermanja-manja dengan Yusuf yang terabai itu. Kalau teringin juga nak tengok tempatnya, korang boleh melawat kat sini. [cerita lama]

Panjang pulak cerita Lata Jeliang ni dah kenapa? Jom kembali ke tajuk asal.

Walaupun katanya acara bebas, Amir ada tugasan. Dia kena jaga lemang sampai masak. Kononnya dia ada pengalaman dengan atok sebelah mamanya yang tiap-tiap tahun buat lemang ketika hari raya. Tentulah dia pandai, konoooonn!

Namun kali ini, kerja-kerja memasukkan pulut dan santan tetap dikepalai oleh atok. Amir hanya membantu sahaja.

Keajaiban berlaku, lemangnya menjadi sangat elok masaknya. Tak ada rentung sebelah, dan tak ada juga mentah sebelah. Memang superblah kejadian lemang jagaan Amir ini. Bila semua orang memuji dan bertanya siapa yang masak

Lantas, terus saja dia mengaku 'Amir yang masak!' sambil tersenyum bangga.

Eh! eh!, resepinya dari mama okay. Nak jugak menyelit tu. Sebenarnya, keluarga mertua tak biasa masak lemang. Bila bertanyakan aku, apa sukatan pulut dengan santan, aku pergi bantai 1kg santan untuk 1kg pulut. Ini ajaran sesat tau sebab aku lupa. Walhal bapak aku selalu buat, 1 biji kelapa sahaja untuk 1 kg pulut. Lantaklah situ! 

Maka, kejadian lemang pakmertua telah mejadi lemak berkrim disukai ramai. Tetapi sedap tak terkatalah ye, tahap kolestrol pun akan naik mencanak-canak! Dicicah pulak dengan rendang ayam makmertua. Fuh!!


Ini di waktu petang. Aku berehat di dalam khemah dengan Yusuf dan Amir sambil menikmati cendol.

Atok dengan anak-anak lelaki duduk bersembang dengan saudara mereka yang datang bertandang di beranda. Di dalam rumah ada Makcik dengan Opah, bersembang-sembang juga.

Di dapur pula, tak ada siapa-siapa tetapi ada pulut yang sedang dikukus untuk acara kemuncak di malam hari.

Acara kemuncaknya, nantilah cerita ye. Aku dah tersilap langkah cerita melalut-lalut hal lemang panjang berjela pulak.










12 comments:

  1. sedapnya dapat makan lemang dan rendang..tetiba teringin pulak kak oiii, mana nak cari dah abis raya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah, kalau bukan musim raya memang teringin sangat. bila raya sampai muak-muak, tengok pun dah tak lalu kan Ilah.

      Delete
  2. Itulah istimewanya kita yg ada kampung kan KB
    Apa lagi kalau dah kumpul seisi keluarga - kecoh, penat tapi puas
    Boleh tahan juga tangan Amir menjadi dgn lemangnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah kakzakie, bertuahlah orang ada kampung dan dusin ni
      saya ni menumpang tuah suami aja.

      Amir ni, ramai yang kata tangan dia 'manyak ong lah'

      Delete
  3. Haruslah cerita pasal lemang panjang....dah katanya tukang bagi resepi, tukang jaga api lemang lepas tu kejadian lemang pulak superb, masak seba sempurna katanya hasil anak beranak kan hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh itu memang harus dicerita mak tapi kan yg sebenarnya saya nak cerita panjang lagi. lepas tu tengok jam dah pukul 1.30 thri terus kelam kabut nak ambil anak sekolah.

      makanya, publishkan aja lah. boleh pulak begitu kan, mak hihi.

      Delete
  4. Replies
    1. ada ke lemang durian? saya tak pernah tahu ada lemang durian ni MO.

      Delete
  5. Replies
    1. janganlah jelez2 kak azi, mehlah join. takde hal punya.

      Delete
  6. Okeylah kita faham. Kalau sampai berpart-part ni, maknanya aktiviti ni memang disukai ramai ^_^

    Yalah, tengok salah satu komen kat atas tu teringin juga nak tanya, boleh buat lemang campur durian tak? Kita memang tak pernah masak lemang, menunggu pun tak pernah. Itu yang nak tanya ~_^

    Pandai cucu atok jaga lemang. Kalau suruh 'menantu' atok yang jaga lemang, tak tahulah apa kejadian yang akan berlakukan, KB ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ni kan MD, kalau aktiviti kampung memang suka benar tau! tak tahu lah kenapa ek? memang dah ditakdirkan sejaka azali agaknya.

      lemang durian tu, saya sendiri pun tak pernah mencuba. dan tak tahu pulak ada lemang durian. kalau lemang jagung, lemang pulut hitam atau lemang tepung tu biasalah kita.

      Tu lah, cucu atok yg sorang ni tangan dia selalu 'menjadi'. kalau suruh menantu belum tentulah jadinya sebab tak pernah membako lemang.

      setakat tolong2 masukkan pulut ada lah. mahu rentong gamaknya kalau disuruh membakar! haha

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^