Wednesday, August 17, 2016

Cucur Durian

Assalamualaikum

Dah puas kita makan durian, meh kita buat cucur pulak ye. Isi durian dibuang biji, campur tepung gandum dan gaul-gaul. Tambah air kalau perlu. Kemudian, jemput-jemputkan dan goreng dalam minyak yang panas.

Senang saja. T___T.



Ini aku punya cucur deroyan. Tak comel sangat. Kalau jemput-jemput guna jari, cantiklah kejadian dia. Bulat-bulat. Ini kes malas telah menular dalam diri tetapi hati teringin nak makan, ku sudu-sudukan ajer. Lantakkan situ, janji boleh makan. hihi

Kome pernah makan cucur deroyan?









10 comments:

  1. KB kali pertama akak tau durian boleh buat cucur....makan lagi lah akak tak pernah.Bagus juga ni kalau ada lebih2 durian boleh wat cucur pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah selalu kak. masa kecik-kecik dulu emak selalu buat untuk breakfast pergi sekolah.

      Delete
  2. Cucur durian eh.. First time siqah dengar.. Macam sedap tu nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Siqah, cucur durian. memang sedap. anak-anak akak semuanya suka.

      Delete
  3. Byk guna deroyan ni kan, mcm2 bole buat, nak tak nak je. Kaya toke deroyan di musim deroyan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, selain buat makan camtu je boleh jugak dipelbagaikan jd mknn lain.

      Apa yg kaya nya kak azi, bukannya dibuat jual pun.

      Delete
  4. Sampai hati ceghita durian dia tak habis-habis lagi! Kita ni dah terkujat-kujat nak deriyan-deriyan!

    Tak pernah makanlah KB. Buat lagilah tak pernah. Saya ni kalau boleh, semua pun saya nak tunjuk dengan lima jari aje. Saya ni pemalas orangnya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sorrylah MD. Camtulah kalau dah takde modal nak cerita. Kebetulan musim durian ni, apa lagi yg boleh jadi bahan kalau bukan durian. Hihi

      Eh ye ke pemalas? Bukan pemalas, saja tak nak menunjuk2 yg awak tu rajin kan?

      Delete
  5. Pernah.....sedapppppp. Dulu masa zaman kerja. Dia buat bukan campur sekali mcm kome ni KB, dia buat mcm goreng cempedak tu. Sedap tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan mak, musim durian jer boleh jumpa!
      kalau goreng macam tu saya belum pernah buat lagi,
      nanti nak cuba lah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^