Wednesday, May 31, 2017

Mama dan Mei

Rabu, 5 Ramadhan 1438H


Alhamdulillah, sudah hari ke-5 kita berpuasa dan hari ini hari terakhir di bulan Mei. Bulan Mei aku tahun ni, bulan agak padat. Bulan Mei juga sangat bermakna bagi aku.

Awal-awal bulan lagi sudah mendapat arahan untuk menghadiri kursus di Kelantan. Memang sudah tidak boleh ditepis-tepis lagi. Terpaksalah pergi jua. Jika orang lain bagaikan seronok tapi bagi aku berat benar nak meninggalkan anak-anak.

Antara gambar-gambar ketika di Kelantan. Penginapannya, alahai di hostel sahaja. Bilik air di luar bilik tidur. Maka, kenalah berjalan pulak di koridor untuk ke bilik air. Sama seperti di asrama dolu-dolu...^_^. Empat bilik tidur, berkongsi satu bilik air.

Satu bilik berkongsi dengan dua orang peserta. Kebetulan pulak, room-mate aku tu ada baby yang masih fully breastfeeding. Jadi, dia datang dengan husbandnya dan menyewa homestay. Oleh kerana itu, tinggallah ahkak ni seorang diri selama tiga hari dua malam di situ. Memalam, ahkak berselubung dengan selimut, tak matikan lampu sampai pagi...hihi.

Bab makan, biasa-biasa aje. Udah kata tinggal di hostel, makanannya pun ala-ala hostel lah jugak. Mujur juga tidak dihidangkan menu-menu mewah bak hotel. Mahu menitis air mata mengenangkan anak-anak makan apa di rumah!

Nampak muka aku tersengeh lebar aje tapi dalam hati siapalah yang tahu. Asyik memikirkan bilalah nak habis kursus.

Ini pula gambar-gambar laut, hutan dan gajah. ^_~.

Ada satu hari, waktu petang - sessi melepaskan peserta pergi ronda-ronda Kelantan. Urusetia sediakan bas untuk pergi ke Wakaf Cek Yeh dan makan malam di Tok Bali. Namun, aku dengan dua orang lagi rakan, pergi melencong ke pantai PCB. Jalan-makan-balik asrama. Tak kuasalah nak bershopping sampai larut malam macam mereka yang naik bas tu.

Sebelah kiri bawah, gambar Banjaran Titiwangsa. Persinggahan terakhir sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Perak semula.

Gambar paling atas, tu gajahlah kan. Siapa pulak yang tak kenal gajah. Haiwan ni melintas jalan sewaktu kami nak pulang balik Perak juga.


Sehari dua balik dari Kelantan, aku berkursus empat hari di Ipoh. Hari-hari travellah sebab dekat aje. Kebetulan, hari pertama kursus tu adalah tarikh birthday aku. Dan tanpa disangka-sangka, pada hari terakhir kursus, urusetia bagi surprise - panggil aku ke hadapan untuk ambil hadiah birthday. Tersipu malu pulak ahkak ketika itu.

Isinya cuma coklat, balik rumah tak sempat nak ngap, anak-anak dah sambar dulu.(^_^)


Yang ini pula, kad ucapan 'Happy Mother's Day' dari Yusuf. Dia buat di taska dengan cikgunya. Waktu terima kad ni, aku tersenyum, hati tak tahu nak gambarkan...terharu ke, gembira ke. Tapi sweet sangat, tersentuh hati! 


Itulah kisah aku di bulan Mei. Selalunya Mei ni sinonim sangat bagi aku sebab tarikh birthday dengan hari ibu tu dekat sangat, Selang sehari dua saja. Biasa kami tak sambut apa-apa pun, baik hari jadi atau hari ibu.


Tapi satu benda yang aku selalu buat. Bila sampai hari lahir aku, aku akan pergi ke rumah emak, berbual dengannya dan berterima kasih kepadanya kerana telah bertarung nyawa melahirkan aku pada tarikh itu. Aku nak emak gembira. Sampai bila-bilapun emak adalah syurga aku! Aduh...tetiba rasa nak nangis.








Friday, May 26, 2017

Yusuf Minggu 19 :: Sayur-sayuran 🍅🍆🌿

Jumaat, 29 Syaaban 1438H


Insyaallah, esok kita akan mula berpuasa. Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pembaca blog ini - sama ada yang mengenali saya di alam nyata mahupun di alam maya. Kepada stalker sekiranya ada, saya juga mohon maaf atas keterlanjuran dan kekasaran berbahasa selama saya menulis.

Sesungguhnya, setiap manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan. Saya juga telah memaafkan dan melupakan semua kesilapan kalian terhadap saya. Kemaafan itu tidak akan mengubah apa-apa di masa silam tetapi saya percaya ia boleh memperolekkan keadaan di masa hadapan, insyaallah.


Di kesempatan ini juga, saya panjangkan perkongsian ilmu yang saya dapat dari emel.


"10 kesalahan paling hit ketika Ramadan"  

1. Tidak sahur - puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Maka, bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 

Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur ya kome, itu supper. (^_^)

3. Terlebih tidur - terlebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir - lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Masyaallah.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan - bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal. Ingat tu!

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar - Nabi kadang-kadang meninggalkan tarawih tetapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ..

8. Puasa tapi tak solat - pahala puasa pending sebab tak solat. Ayoyo! ....

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu - bulan Ramadan bulan ilmu. Semua ibadah tiada guna tanpa ilmu.

10. Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan - ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan. Ruginya. (>.<)


**************************************
Ok, kita sambung pula dengan kisah Yusuf di taska minggu 19 - tema sayur-sayuran (T__T)


ISNIN - brokoli

makan sayur brokoli yang direbus. Disebelah petang, mereka mengecop gambar brokoli dengan jari. dot-dot-dot



SELASA - tomato

makan buah tomato pulak. Lepas tu, mengecat piring kertas buat kraf tomato (^_^)

Hari Isnin dan Selasa Yusuf tak datang taska. Mama hantar Yusuf balik kampung, duduk dengan opah sebab mama kursus, nun jauh di Kelantan sana.



RABU - cuti umum Hari Wesak.



KHAMIS - carrot


membuat kolaj carrot. Hari ini, tak ada pulak cikgu nak beri makan carrot. Kalau tak, wajib Yusuf mengerjakan carrot makanan kegemaran dia tu.



JUMAAT - taska tutup kerana cikgu-cikgu menghadiri kursus. Anak murid diberi cuti.



Makanya, minggu tersebut hanya satu hari saja Yusuf ke taska.



Selamat berhujung minggu dan selamat menjalani ibadah puasa 1438h. Marilah kita berazam menjadikan puasa tahun ini, puasa yang terbaik. T_T.












Thursday, May 25, 2017

Yusuf Minggu 18 :: Tumbuh-tumbuhan 🌳🌱🌴

Khamis, 28 Syaaban 1438H


Bersua lagi kita....^_^

Hari ni nak sembang sikit kisah saya bersama si kecik Yusuf yang berlaku semalam. Amboi, sekarang ni kepetahan dia bercakap bukan main lagi. Cikgu taskanya beritahu level bahasa Yusuf ni tinggi sikit daripada rakan-rakan sekelasnya. Sebanyak mana tingginya tu, tak tahulah ya.


Semalam, tiba-tiba tekak saya teringin makan 'kentang kari'. Balik kerja terus mengerjakan kentang - dipotong dadu, tumis bawang dan seaneka rempah ratus, apabila naik minyak terus campakkan kentang, letak air banyak-banyak untuk melembutkan ubi. Masak hingga pekat sampai ubi bersalutan dengan kari seperti inti karipap.

Semasa masak, si Yusuf panjat kerusi nak tengok.....

Y : Mama masak apa tu?
M : Mama masak kentang
Y : Emmm sedapnyaaaa, nak, nak...

Siap masak, saya letak kentang dalam roti, lipat dua dan katakan padanya, ini karipap roti tau! ^_~. Biasalah kalau bab hentam-menghentam masak ni, serahkan pada mamanya!

Sedang dia menikmati karipap roti, papanya balik dari kedai menjinjing beg plastik berisi mee segera. Mata si Yusuf terus tertancap pada maggi yang menghairahkan seleranya.

Y: Nak beggi, nak beggi....menjerit-jerit

Dipulangkan semula karipap roti tadi.

M : Kenapa taknak, Yusuf dah kenyang ke?
Y : Tak tedap.

Tiba-tiba mintak maggi pula. Haih! penat masak kentang kari tak habis lagi, kena masak maggi pulak. Bila maggi dah siap masak, saya isi dalam mangkuk, Yusuf dah tak sabar-sabar nak makan.

Y : Jom depan, mama

Dia mengajak saya bawakan mangkuk maggi ke ruang tv. Slurrp, slurrp dia menyedut mee sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Perak vs Sarawak bersama papanya.

Y : Ini baru tedap

Kebetulan ada temuramah dengan Ketua jurulatih pasukan. Coach Sarawak tu bernama David Usop.

M : Eh! Yusuf, nama dia David Usop lah..
      Apa nama dia, Dik?

Saya minta Yusuf ulang.

Y : Rabbit Ucuf  (T___T)
M : lagi sekali Dik, apa nama dia?
Y : Rabbit Ucuf


Lepas tu ada iklan Yusuf Taiyoob. Maklumlah nak puasa ni kan

Y : sshhh...yucuf taiyub.....mengajuk iklan sambil berbisik-bisik letak jari telunjuk di mulutnya.


Dah nak hampir habis membelasah semangkuk maggi, Yusuf kata

Y : dah taknak dah, dah 'kembang' - sambil angkat baju tunjuk perut!
M : kembang?  (Yang sebenarnya dah kenyang).

Mama gelak ajer tengok keletah si Yusuf ni.

Itu jer lah nak cerita.
#yusuf26 bulan

******************

Berbalik aktiviti Yusuf di taska di minggu ke-18. Temanya, tumbuh-tumbuhan.


ISNIN - cuti umum Hari Pekerja. Maka taska pun bercutilah.


SELASA - belajar melukis dan mewarna


RABU - melihat tumbuhan hijau dan mengembur tanah.

Cikgu membawa mereka melihat pokok-pokok herba yang mereka tanam dua bulan yang lepas. Hidup subur nampaknya ^_^.

biji benih sayur yang kami tanam dalam botol dulu, kebanyakannya menemui kegagalan. Banyak yang mati. Kailan Yusuf 'hidup segan mati tak mahu' aje. Yalah, mana kan tidak, siram mengharapkan hujan, berbaja langsung tak payah....haha (>.<)


KHAMIS - membuat kolaj pokok




JUMAAT - membaca buku busy book [tak ado gambo nya]







Tuesday, May 23, 2017

Yusuf Minggu 17 :: Lawatan Ke Zoo 👪🚌🐾

Selasa, 26 Syaaban 1438 H

Apa khabar semua. Entri kali ni, saya nak melangsaikan draft yang tertunggak buat sekian kalinya. Dah berminggu-minggu tergantung aje ceritanya dek kebizian melanda. Lagi satu disebabkan banyak nau gambau nak ditempek. (^_^). Kena buat part by part pulak dah. Kiranya ini entri part 1 lah. Itulah padahnya, kalau semua gambar termasuk binatang-binatang pun nak masuk blog!


Kejadian saya dan Yusuf pergi melawat Zoo Taiping ni dah lama sangat dah - 26 April yang lalu. Dah nak dekat sebulan dah pun. Pergi atas tema pembelajaran anak-anak taska minggu itu - haiwan liar, jinak, serangga dan seangkatannya lah. Jadi di penghujung pembelajaran, taska buat lawatan untuk anak-anak melihat sendiri kewujudan haiwan di mata kasar mereka. Gamaknya begitulah. Pandai aje saya mentafsirkan pembelajaran mereka.....hehe


Taska mewajibkan salah seorang ibu atau bapa kena jadi peneman. Tak akan pulak nak mengharapkan cikgu menjaga puluhan murid. Mahu bertaburan anak-anak!. Jadi, memang ler tak boleh dielakkan, saya ambil cuti rehat pada tarikh tersebut.

Gambar atas ni, Yusuf dan kawan-kawan sekelasnya bersama ibu/bapa mereka. Dua orang lagi kawan tak dapat ikut serta. 😑


Kami pergi naik bas. Pertama kali Yusuf naik bas. Teruja sangat bila dapat naik bas yang besar tu. Biasalah, mulutnya pun riuh sekampung macam dia sorang je yang dapat naik bas.

Dalam bas, kami dapat sarapan pagi. Berkongsilah makan emak dengan anak - french fries, wedges, nugget, ayam goreng nan seketul, roti krim dan air kotak. Kiri-kanan tangan Yusuf membelasah makanan. Nampak macam sikit tapi sampai kesudah ayam tak berusik pun. (^_~)

Pertama kali juga Yusuf dan mamanya naik tram mengelilingi zoo. Seronoklah juga, takyah penat berjalan. T_T


Tapi sebelum dapat naik tram, kena berjalan kaki juga untuk minit-minit awal perjalanan sebab nak tengok haiwan terkecil di dunia katanya. Kalau naik tram apalah sangat yang nampaknya nanti. Pada saya yang dah berkali-kali bawa anak masuk zoo, haiwannya tetap sama aje, takde yang berubah pun. Namun, demi anak  nak berseronok, kita layankanlah juga.


Ikut rombongan ni, yang lainnya ada renjer untuk beri penerangan satu per satu tentang haiwan. Sikit sebanyak ada lah jugak ilmu baru yang dipelajari. Seorang renjer harganya RM50 ya, bukan free ☺



Antara gambar-gambar Yusuf yang sempat dirakam semasa dalam zoo. Bila di satu-satu tempat persinggahan, dia ralit tengok haiwan. Susah nak pandang kamera pun.

Kami bernasib baik sebab waktu lawatan ni, zoo keeper sedang memberi makanan pada haiwan. Dapatlah tengok burung-burung menangkap balingan ikan, ungka menyambut pisang dan ikan arapaima menyambar makanan. Oii mak! besar sesangat ikannya weyh! Untuk burung putih kat atas tu, sekali diberi makan, 7kg ikan sardin segar.

Orang pun tak ramai sebab lawatan diwaktu pagi hari bekerja. Lengang dan tenang aje zoo. Sesekali terdengar harimau mengaum....hihi


Dah penat berjalan dan belajar haiwan-haiwan, kami soru sepedek tengahari di cafe zoo. Margastua Cafe namanya, kalau tak silap. Sambil-sambil tu, bolehlah merehatkan kaki. Eh! naik tram pun penatlah jugak. Berpoluh-poluh den dibueknya!. Maklumlah dah tak muda lagi, stamina pun merundum dengan maju jayanya. (^_^)

Menu apa hari tu? Anak-anak makan nasi goreng cina dengan sosej. Emak-emak, nasi putih, lauk ayam, sayur labu, ulaman dan sambal belacan. Apa yang dijamu kita hadap jer lah.



Tadi kat atas kata nak buat cerita part 1, part 2 kan? Rasanya tak jadilah. Saya tempek gambar kat sini, semuanya sekali harung yek.......

Beberapa keping lagi gambar Yusuf. Yusuf tengok buaya, dikatanya dinosour (^_~)

Gambar cap ibu dan anak di zoo tepen 😊

Tak lupa gambar cikgu-cikgu yang vouge

Dan tak ketinggalan juga, gambar kenangan beramai-ramai. Kelam dan mendung aje gambar. Yusuf tak nak dok kat mama dia. Gigih dia mencari tempat nak posing berdiri di tengah. Sabo jer lah!

Dah kata pergi zoo, haruslah ada gambar binatang juga. Antara yang sempat ditangkap masuk kamera
\/
\/






Sekian, itu saja kisahnya pergi zoo. Semoga bertemu lagi di lain tahun, from Taiping with love ye kome T___T












Wednesday, May 3, 2017

Amirah dan April

Rabu, 6 Sya'ban 1438H


Subhanallah....sudah 6 Sya'ban kita ya. Cepat betul hari berlalu!


Minggu lepas, Amirah bertanya:

Mama, negara apa kalau dibuang satu huruf jadi benda, Kalau dibuang dua huruf jadi nama orang?

Ada sesiapa yang boleh jawab? ^_^

*** *** ***


Ok lah, hari ni saya nak menulis kisah satu-satunya si anak dara saya, Amirah. Asyik-asyik cerita si adik Yusuf saja, jemu jugak nanti. Bulan April sudah, padat sungguh aktiviti anak dara ni.


Bermula awal bulan dulu, Amirah sudah start training bola baling. Asal saja namanya hari Sabtu dan Ahad, di waktu pagi ada latihan bola baling untuk wakil sekolah. Bila anak ke sekolah, mamanya pun sibuk jugalah berulang-alik menghantar dan mengambilnya.



Dalam pada itu juga, ada satu minggu tu, Amirah terlibat dengan Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Emas. Memanglah di Amirah ni tak pernah kenal erti penat. Apa saja aktiviti semuanya nak diharung! Balik rumah sampai sunburnt muka. Itu pun bukannya dia kisah....(>.<)

Selesai perkhemahan, bersambung semula dengan latihan bola baling. Selagi belum sampai hari perlawanan, selagi itulah ada latihan di waktu petang. Enam setengah petang baru habis latihan setiap hari. Mamanya jugaklah yang menunggu.....pfffttt

Pasukan sekolah Amirah berjersey merah

Tibalah hari perlawanan sebenar, pertengahan April yang lepas. Seperti abangnya Amir, mama dan papa tetap datang untuk tengok anak beraksi di padang. Tak kiralah bagaimana corak permainannya, sokongan tetap kena beri. Aku kerja half-day hari tu. Menjerit-jerit tepi padang sebab geram! Amirah banyak kali dapat peluang menjaring gol tapi bolos.


Oh ya! sebelum tu, Amirah minta kasut. Papanya belikanlah juga demi anak nak bermain. Kita ni kan, kalau dah berkahwin, bila dapat anak automatik bertukar status jadi ibubapa. Kalau bertambah anak pula, terus naik pangkat jadi referee (^__~). Maka, seboleh mungkin kena berlaku adil! Malam sebelum hari perlawanan, papa cucuk bank rimau lagi....hahaha. [sesiapa yang faham tu, faham lah ya]


Sayangnya, pasukan sekolah Amirah sampai ke peringkat zon saja sebab mata yang dikumpul tak layak ke peringkat seterusnya. Jadi, habislah sessi-sessi latihan yang meletihkan dan memenatkan badan tu. Aku yang tengok tu pun penat!


Sekarang ni tumpuan hanya pada pelajaran saja. Pagi-pagi lagi, sebelum jam tujuh sudah berada di sekolah sebab ada kelas tambahan. Habis sessi persekolahan, terus bersambung dengan kelas tambahan lagi sampai 3:30 petang. Selesai kelas tambahan, berjalan kaki ke kelas KAFA pula sampai 5:45 petang, kemudian sambung sampai 6:30 petang untuk kelas tambahan SRAI. Cikgu-cikgu nak jaga prestasi sekolah, emak yang stress tengok anak belajar! Huuiih.... stress dibuatnya.


Baru-baru ni Amirah menghadirkan diri di Hari Anugerah Cemerlang sempena keputusan yang baik dalam UPKK nya tahun lepas. Sehari sebelum itu, April 27 adalah hari jadinya yang ke-12. Kami tak buat pun majlis sambutan hari jadi. Saya hanya belikan pizza untuk makan-makan meraikan hari jadi dan kejayaannya.


"Ya Allah, jadikan lah Amirah anak yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal."