Monday, August 15, 2016

Balik Kampung - 4

Assalamualaikum

Kembali cerita mengisahkan kampung. - berkelah pulut durian.

Ini cerita sebelah malam. Lepas maghrib kami berkelah pulut durian pulak. Memang mencekik pulut sesaja lah kami minggu itu. Petangnya lemang, malamnya pulut durian. Senak perut dibuatnya.

Walaubagaimana pun, aku tak banyak komplen. Makan tetap makan. Mana boleh lepas peluang makan pulut durian. Bukan selalu ada. Musim durian saja boleh mengadap benda ni. Jadi, haruslah makan juga walaupun sepiring saja.

Cucu-cucu tak berapa berkenan bab pulut durian ni berbanding makan durian. Tapi Amir kena paksa makan dengan atok. Diajar satu-satu kaedah nak buatnya. Kata atok, amir cucu sulung, kenalah ambil tahu. Nanti atok dah tak ada, macam mana nak ajar cucu-cucu atok yang lain kalau tak tahu makan.

Dalam keterpaksaan amir makan. 


Beberapa ulas durian dicampur dengan pulut dan ditambah santan. Kemudian digaul rata, ramas, ramas, dan ramas sampai terkeluar enzim-enzim airtangan. Lepas itu baru boleh makan! 

Suap dengan tangan macam makan nasi tuuu. Bila lemak durian, lemak santan dan lemak pulut bersatu dan bercampur baur, maka terbentuklah lemak tepu di dalam badan barulah terasa nikmatnya. Kesedapan sehingga menjilat-jilat jari.

Kalau cuit-cuit saja tanpa ramas-ramas, takde ummphh orang kata.


Ada orang ramas sampai terkeluar di celah-celah jari. Ini sudah tahap ramasan extrem yang melampau! hahaha

Korang pernah cuba pulut durian gaya begini? Sedap tau!

Budak kecik ni suka makan durian saja.  ~__^








14 comments:

  1. Hehehe.. kita bukan peminat durian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh aiza tak minat durian. pulut durian lagi lah tak minat ye.

      Delete
  2. Amboi, kenduri durian sungguh ni! Jealous dah ni! Kita ni seulas durian pun belum dapat free lagi. Jual tepi jalan tu banyaklah tapi masalah asal jumpa, tak teringin nak makan. Asal tak jumpa, teringin-ingin nak makan!

    Aduhai, bab ramas-meramas sehingga ke tahap extreme tu tak berapa beranilah nak buat. Takut tekak sendiri tak termakan walaupun itu ramasan tangan sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya begitulah kan, kalau di depan mata tak teringin. kalau tak ada terbayang-bayang. hish macam org mengidam pulak kekdahnya.

      hahaha, mesti tak tergamak nak ramas-ramas ye MD. kami pun kalau org punya ramasan tak gamak jugak nak makan. makan airtangan sendiri aje yg sanggup dimakan!

      Delete
  3. alahaiii dah wangi sampai kesini lah durian tu
    kalau dapat dua tiga biji mmg sedappp sangat ni meratahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, sorilah kaknoor
      bau durian dah sampai ke sana.
      nak dikirim ke Brunei, risau meletop dalam flight, nanti dikata bom pulak! haha

      Delete
  4. Bertuah betul anakanda Yusuf tau
    Ngences tau auntie tengok Yusuf makan durian.

    Tapi kakak pun semalam buat pulut durian juga KB
    Cuma duriannya abg belilah - mana nak cekau kat kebun:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Yusuf aja kakzakie, cucu-cucu semuanya bertuah kak. dapat makan hasil dusun moyang mereka.

      oh sama lah kita, makan pulut durian juga ye.
      sedapkan....tak terkata enaknya!

      Delete
  5. Durian kampung mmg best giler kan, dah la free, fresh plak tu. Rugi la sape yg tak suka deroyan tu.
    Pulut deroyan takde bekenan sgt, takat cuit2 je..tapi kalo deroyan mmg den tak tolak.
    Yusuf, bakla aunti nk gak, terlioq ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian sekarang dgn durian kampung, dua-dua pun sedap. tapi durian kpg tetap best kan kak azi.
      peminat tegar durian jugak akak ni ye!

      ala, aunti jauh sangat, macam mana nak hantar ni...

      Delete
  6. KB baru akak tau cara nak makan pulut durian begitu rupanya....ramas2 ya.
    Kami ni tak biasa makan durian buat bagai2....budak2 ni lagi lah kalau boleh makan gitu je .
    Pandai sungguh si kecik Yusuf tu makan durian ya KB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua-tua aja suka makan cara gini kak SI
      budak-budak sekarang dah kurang minat
      anak2 saya pun buat tek reti aja, bila kami makan

      mula-mula diberi pun, yusuf tak mahu juga
      bila dia rasa sikit, baru mahu
      dah tahu rasa sedap agaknya tu

      Delete
  7. Pernah jugak dengar org makan macam tu KB. Tapi teman taklah mencuba...Baik teman makan serawa durian. Lagi best kot....

    Betul tu selagi ada musim durian, eloklah membalun sampai senak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah mak, bukan semua org suka cara gini
      ada yg geli juga
      serawa durian tu, sedap jugak kan mak
      saya selalu cicah roti atau roti jala

      betul mak, kalau tak balun nanti menyesal
      kena tunggu musim lain, lambat lagi hihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^