Rasa dah besar pulak anak aku si Yusuf ini. Petang semalam, dari rumah opah terus saja ke studio gambar, nak ambil gambar passport. Papa dia malas nak berpatah balik rumah dulu untuk tukar baju. Kalau ikutkan mama dia, mahu saja dipakaikan kemeja, barulah nampak 'smart' sikit kan. Benda tak rancang macam tu lah! Jadi hadap saja lah baju apa yang disarung opah ketika itu.
Semasa nak ambil gambar, mama dia yang risau kalau-kalau si Yusuf meronta tak mahu duduk di kerusi. Tapi tak sangka dia ok. Diletakkan di kerusi diam aja dia. Kemudian, kecik sangat pulak, diminta berdiri atas kerusi, pun ok. Kali pertama ketip kamera, dia senget-sengetkan badan, kenyit-kenyit mata. Boleh pulak dia macam tu. ~__^
Ambil lagi sekali lah, kata kakak jurugambar....
Ok, adik, diam-diam....senyuuum!
Pandai dia. Setengah budak menangis, takut. kata jurugambar tu.
Pandai dia. Setengah budak menangis, takut. kata jurugambar tu.
Dah siap pun gambarnya. Instant jer sekarang ni kan.
Tahun depan, aku bercadang nak hantar Yusuf ke Taska Permata. Macam abang Daniel dulu.
Boleh juga duduk dengan opah atok sampai besar, tapi aku kasihankan emak. Nak berehat juga orang tua tu. Bukannya senang nak menjaga budak kecik umur-umur baya Yusuf ni. Lasaknya bukan main lagi. Ligat, panjat sana, panjat sini. Tidur pun dah kurang sekarang. Susah emak aku nak buat kerja apa pun. Nak berehat apatah lagi. Tunggu Yusuf tidur barulah dia boleh berehat. Itu pun, kalau dia mahu tidur. Kalau tak tidur, bertabah saja lah opahnya sampai aku balik petang nanti.
Sebelum ini, aku pernah hantar Yusuf ke taska dan juga rumah pengasuh. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati dan Yusuf sendiri pun tak serasi dengan mereka. Menangis saja setiap hari. Sampaikan emak aku pun tak sampai hati tengok Yusuf berendam airmata. Jadi emak rela hati nak jaga Yusuf sementara dia kecik ni. Masa tu Yusuf lapan bulan. Dan aku janji pada emak, sampai umur dua tahun saja. Aku pernah cerita kat sini.
Sekarang Yusuf dah setahun lima bulan. Tahun depan dah dua tahun. Sudah tiba masanya Yusuf nak dihantar ke taska semula. Hai, sedih pulak aku!
Harapan mama, Yusuf bolehlah belajar bersosial dengan rakan sebaya dalam persekitaran yang baik. Sekarang ini pun, dia sudah boleh berjinak-jinak dengan orang asing. Maksudnya, dengan saudara-mara yang dia tak pernah jumpa. Kalau dahulu, tengok saja orang yang dia kurang kenali mulalah mengeraskan badan, apatah lagi kalau diambil melalak tak tentu pasal! Sekarang, sudah banyak bezanya.
Selama duduk dengan atokopah, banyak perkara yang Yusuf sudah belajar.
Potpet potpet saja sepanjang masa. Sudah boleh bercakap dan meminta apa yang dia mahu, walaupun patah perkataan dan sebutannya pelat-pelat. Orang-orang di sekelilingnya juga sudah dikenali dan sudah boleh memanggil - papa, mama, atok, papah (opah), kakak, babang (abang).
Harapan mama, Yusuf bolehlah belajar bersosial dengan rakan sebaya dalam persekitaran yang baik. Sekarang ini pun, dia sudah boleh berjinak-jinak dengan orang asing. Maksudnya, dengan saudara-mara yang dia tak pernah jumpa. Kalau dahulu, tengok saja orang yang dia kurang kenali mulalah mengeraskan badan, apatah lagi kalau diambil melalak tak tentu pasal! Sekarang, sudah banyak bezanya.
Selama duduk dengan atokopah, banyak perkara yang Yusuf sudah belajar.
Potpet potpet saja sepanjang masa. Sudah boleh bercakap dan meminta apa yang dia mahu, walaupun patah perkataan dan sebutannya pelat-pelat. Orang-orang di sekelilingnya juga sudah dikenali dan sudah boleh memanggil - papa, mama, atok, papah (opah), kakak, babang (abang).
Mengajuk bunyi haiwan - kucing, ayam, kambing, lembu, anjing, katak, burung, cicak, harimau.......oiii semuanya dah pandai!
Yang terbaru - kami ajar si Yusuf ni, a,i,u ba,bi,bu pa,pi,pu ma,mi,mu ta,ti,tu, ka,ki,ku.......... pun dah boleh ikut sikit-sikit. Kadang-kadang, dia buat bunyi dia sendiri - ku, kak, kek, kak, kuk, sabau jer lah!
Dah pandai-pandai begitu pun, yang paling tak larat, bila dah diambil dari rumah opah asyik nak mengempeng saja kerjanya. Dan mintak mamanya mendukung sepanjang masa, tak mahu diletak-letak. Kadang-kadang tensi juga mama dia ni tau!
Macam tu lah serba sedikit perkembangan Yusuf sekarang.
Hari ini mama dia nak pergi menghantar rombongan meminang borang permohonan ke Taska Permata. Harap-harap diterimalah hendaknya ye. Untuk kanak-kanak dua tahun koutanya sepuluh orang saja. Wajiblah cepat menghantarnya tu!
Borang dah siap diisi, gambar mamanya pulak tak ada. Jenuh cari dari semalam siang dan malam tak jumpa. Konon-konon nak tempek gambar lama saja, nampaklah muda sikit kot nya.
Kalau dah tak jumpa tu, terpaksalah ambil gambar terkini yang dah tua ni. Apa boleh buat, kenalah terima kenyataan emak awak dah tua, ye Yusuf! ^__^
Bijak yusuf ni KB...setengah budak belum pandai cakap lagi baya dia ni.
ReplyDeleteDia dah biasa sepupu sepapat ramai tentu dah tak kisah bila dihantar taska...Seronok tentunya ramai kawan tu.
Mana ada tua KB...cun lagi tu.Orang tua macam akak ni mana ada beranak kecik lagi :-)
Bukanlah boleh bercakap sepenuhnya lagi kak. Setakat menyebut sepatah dua perkataan saja. Yg lainnya mengajuk cakap org, yg itu mmg dh terror.
DeleteMmg dh tua lah saya ni. Kalau ikutkan baya saya ni mana ada org yg anak kecik baya yusuf tu. Masa bersalin dulu semuanya muda2 kak.
wow.. kak KB ada baby rupanya!.. Awal gak Yusuf gi taska.
ReplyDeleteYe lah SB, akak ada baby sorang. Tatkala abang kakaknya dah besar2 nanti bolehlah dia jadi peneman akak gamaknya!
DeleteApa boleh buat, susah nk cari pengasuh yg baik skrg ni. Tak boleh juga nk bergantung harap pd emak yg dh tua!
Arghhh...sedihlah! Sedihlah! Kita ni baca pasal anak kecil kena hantar pada pengasuh/taska terasa sedihnya dari KK sampai kat KL, KB!
ReplyDeleteApa nak buat! Nak suruh opah jaga, rasanya opah 'most welcome' aje memanjang tapi kasihan pulak dengan opahnya ya. Nak tak nak, terpaksalah Yusuf berpisah siang dengan ibunya.
Kali pertama tau kita tengok borang nak register anak masuk taska. Nasib kita memang baiklah sikit sebab anak pertama, emak beria nak jaga. Anak kedua, kakak beria nak jaga. Makanya kita ni takdalah masalah besar mana bila bab tinggalkan anak-anak di rumah ni!
Sekarang pun KB nampak muda lagi apa. Tu gambar yang parut kelapa tu, macam budak 18 tahun tau! Gambar tu pun boleh aje potong kalau ada ^_^
Sedihkan, masa saya menulis tu pun, terkenang-kenang nasib Yusuf bila dihantar ke taska, macam manalah rupanya nanti.
DeleteApa boleh buat MD, mama dia nak bagi opahnya berehat pulak. Lagi pun, nanti apa kata adik-adik yg lain yg ada anak2 baya Yusuf tu, mereka semua hantar anak pada org, tak ada opah yg jaga. Fair n square lah ye.
Untunglah MD, ada org yg beriya2 nak jagakan anak. Tak delah emaknya susah hati kalau darah daging sendiri yg jagakan.
Taska ni lain sikit, tak macam taska yg biasa-biasa tu. Banyak tapisannya, MD.
Saya ni dah tua lah MD, nampak aje muda hihi. Kalau ambik gambar tu, manalah nak nampak mukanya, harus kena reject nanti borangnya!
Kita pun tak lama lagi.. ni pun dah sibuk bertanya bila dia nak sekolah..
ReplyDeleteeh eh dah umur berapa tu aiza? dah nak mintak pergi sekolah...excitednya dia!
DeleteNi taska yg belajar ye KB. Tu berisi isi borang bagai tu.
ReplyDeleteBetul jugak, kesian orang tua, dari muda sampai ke tua jaga budak kecik. Jemu weyh.....Tapi yelah kadang tu kita yg kesian, tapi mereka pulak yg beriya nak jaga cucu.
Bagi pada Puan Ibu pulaklah....mau tak Yusuf agaknya KB hihi.
Nak kata belajar sepenuhnya tak jugak mak, tapi asas pembelajarannya ikut Dasar Didikan Awal Kanak2 Kebangsaan. Pengasuh dan cikgunya, staff kerajaan yg ada degree Pendidikan Awal Kanak2. Alah, Taska Permata, isteri PM kita tuuuu! Dulu Daniel pun sini juga, Yusuf ni tak tau dapat ke tidak. Susah nak masuk - banyak tapisan lah mak!
DeleteSebab kasihan kan emaklah saya janji sampai 2 tahun saja. kalau tak, nak ajer sambungkan perkhidmatan emak tu sampai Yusuf sekolah hihi. Pengsan emak saya kalau dengar!
Kalau hantar kat pn ibu, rasanya mama Yusuf pulak yg meroyan tak tidur malam, jauh tu Ipoh. tak boleh, tak boleh.