Wednesday, November 30, 2016

Hari Bersama Anak-Anak













Hari-hari mencatit buku log
Mencatit buku log dengan pena biru
Aku rindu nak update blog
Tapi masa sangat cemburu


Kita berjumpa lagi di lain waktu
Sekian, terima kasih
^___^





Tuesday, November 22, 2016

Pesan Ibu Beribu-ribu

Assalamualaikum. Hari ini, kita baca puisi pula ya.

Hujung minggu lalu, aku membelek buku-buku teks anak yang telah dibekalkan oleh sekolah untuk tahun depan.

Tiba-tiba, aku terpana dengan satu puisi ini. Rasanya...alahaiiii, tak tahu bagaimana nak diluahkan dengan kata-kata!




Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesanannya beribu-ribu


Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
Bacalah buku selalu
Kukuhkan diri dengan ilmu
Pilihlah kawan yang mulia hati
Tolaklah kawan pementing diri
Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Tolaklah kawan yang bertabiat buruk"
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
Bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu
Di luar sana mungkin bencana menunggu"
Kita menjadi jemu
Mendengar pesanan beribu-ribu
Tapi ibu tetap ibu
Pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
Carilah ubat jerawat batu."


Suatu senja
Seorang temanku merintih
Kerana kehilangan kekasih
Kini baru disedarinya
Pilihan musang berbulu arnab
Biarpun menyamar cekap
Ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap

Dia menyatakan kesalnya
Kerana dia alpa
Ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu. "
Mengenangkan nasib temanku itu
Aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.


Ibu,
Kuyakini kau mengenali
Yang mana permata, yang mana kaca
Yang mana budaya, yang mana buaya
Berilah pesanan beribu-ribu
Malah berpuluh ribu
Aku tidak akan jemu
Ini janjiku kerana aku tahu
Sempurna seorang ibu
Dengan pesanan beribu-ribu.



Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications



Monday, November 21, 2016

Cerita Mendobi Pakaian

#entriautopublish

Assalamualaikum.

Seperti kebiasaanlah kan, hujung minggu suami aku ada games bola. Itu memang sudah menjadi aktiviti wajib bagi dirinya. Kalau tidak, nanti menggelitis kaki dan menggeletar seluruh badan kerana gian! Hidup tidak ada warna-warni tanpa menyepak bola kekdahnya. 

Kebetulan minggu sebelum itu adalah tugas dia mencuci jersey yang dipakai team mereka. Sebelum-sebelum itu giliran orang lain. 

Akan tetapi, setelah jersey termasuk stokin yang panjang sampai ke paras lutut itu dikumpul dan disimpan di dalam bonet kereta, bukannya hendak dibawa keluar. Malah diperamnya hingga seminggu tanpa pengetahuan isterinya ini. ^_^

Bila tiba hari games seterusnya iaitu Sabtu baru-baru ini barulah dia terkenangkan jersey mereka belum dicuci! 

Memanglah ek dasar lelaki ni, bab memakai nombor satu. Kalau bab mencuci jatuh ke nombor paling corot dalam carta. Adakalanya bila tiba musim tertentu, terkeluar terus dari carta! >_<

Oleh kerana dah kelam-kabut menguruskan hal di tempat kerja hari Sabtu tu, si suami ini minta pertolongan isterinya untuk mencuci jersey-jersey yang banyak itu. 

Udah ler busuk berlumuran darah peluh, diperam pulak selama seminggu! Tentulah masam dan kapam tak terkata baunya. Walaupun katanya isteri yang taat, eeiiii......tak kuasalah teman nak mencuci guna mesin basuh hak sendiri, cik abang oii! 

Memahami situasi itu, papa pun menghulur wang ringgit suruh bawa ajer ke dobi layan diri.

Sampai di tempat dobi, kami tercangak-bangak dek kerana tak pernah menggunakan perkhidmatan itu. Memang nampak sangat ler jakun dan 'peghok'nya. Lantas aku pun menggamit-gamit taukeh dobi mintak tunjuk ajar. Ye lah kan, kalau dah tak tahu tu, baiklah mengaku ajer daripada berlagak pandai tapi sesat jalan! 

KB: Miss, you tolong ajar saya, macam mana mau guna. Saya tak tahu. +_+

Lengloi: Senang saja maaa. You tukar syiling dulu la, sana. (aku suruh amir pergi). Tak pernah datang sini ka? 

KB: Tak pernah. Ini 1st time! 

Lengloi: Oh! you duduk mana? 

KB: Sini la... Kuala Kangsar. (dalam hati: sampai hati you tanya camtu, lengloi. Ingat orang baru keluar dari gua zaman batu ke?) *tetiba tersentap pulak*

Kami pergi bertiga. Amir tu haruslah dibawa untuk menolong mamanya. Punggah jersey, masukkan jersey....itu tugas dialah. Mama dia cuma mengarahkan saja dan menangkap gambo ^_~.

Budak Yusuf ini wajiblah dibawa. Jika ditinggalkan, melalaklah dia! Kakak Mira dan Abang Daniel tak harus ikut. Aku tinggalkan mereka di tempat kerja papa. Itu pun mereka syok juga sebab ada chance main game. ^_^

Kalau dibawa semua anak-anak, mahunya tahap kejakunan bermaharajalela di situ. Hissh!! buat malu mama saja nanti...haha

Masa mencuci berjalan selama 25 minit dengan caj RM5 untuk pakaian 16kg...Jika, berat kurang 10kg, cajnya RM4.50 saja. Pilihlah yang mana sesuai!


Dah siap dicuci, pindah pula ke mesin pengering. Duit pun kena masuk lagi RM5.00. Dan tunggu lagi 25 minit...>_<. Letih pulak rasanya menunggu ni. Takleh nak buat apa-apa!

Semasa menunggu Amir terpandang satu bakul yang lebih besar di sebalik dinding. Maka, dia pun ambillah dengan berkata..'kita guna yang ini lah ma, besar sikit'. Aku pun diam tanda akur.

Tak lama lepas tu, datang seorang cina, pandang aku atas bawah atas bawah....Dah kenapa pandang-pandang? Kemudian, dia datang menghampiri....

Ini bakul saya punya

Oh ye ke?? ok ok ambillah. Sorry yaa!! ^__^. (padanlah muka sesuka hati merembat bakul orang).


Oleh kerana tidak membawa bakul sendiri, tadah ler dengan beg plastik ajer untuk dibawa pulang setelah dikeringkan.Terasa bersih dan wangi saja seperti baru dicuci. Eh! memang ler baru dicuci, kan??? Pffftt.....


Sekarang ni, bila dah terasa pandai mendobi sendiri, takde ler segan silu lagi. Berlegar-legar dalam kepala otak macam-macam nak diangkut ke sini nanti - selimut, cadar, toto, sarung bantal dll









Thursday, November 17, 2016

Giveaway Sempena Anniversary ke-21 HainomOKje

Assalamualaikum

Kalau menengokkan follower blogger yang ini, memang ramailah ye. Pasti ramai juga yang mengenali beliau termasuk aku.

Ada ke sesiapa yang tak kenal dengan Mak ni lagi? Meh-meh sini aku nak kenalkan.

Aku pun sebenarnya baru ajer kenal beliau. Rasanya belum sampai setahun pun. Tapi dia punya kenal dah macam pernah bersua muka. Ramah-tamah bila mengomen, alahai panjang berjela jugaklah. Siap tinggalkan tanda seru lagi untuk aku bagi jawapan...Tak gitu Mak? ^_~

Pada mulanya aku saja-sajalah menyapa beliau dan beri salam perkenalan. Tak lama lepas tu, beliau membalas kunjungan dan tinggalkan jejak kasih nya. Bukan setakat mengomen entri terakhir, malah dibalunnya terus 3-4 entri sekali dikomennya. Memang rajin lah si blogger ini mengeratkan silaturrahim, gitu! Paling terharu, dok mengajar buat jemput-jemput kurma, hahaha T___T
Blog beliau sangat santai. Ayat-ayatnya bersahaja. Gaya menyembang ajer. Takde lah susah nak memikir, pasti faham apa yang disampaikan. Kadang-kala bila terkeluar bahasa 'jaws' nya, alamak! memang tak dapeklah nak nolong. Kaum kerabatnya ajerlah yang faham! Aku cuma sempat belajar dari arwah Tok, - sici, loro, telu, papat jer...^_^

Genre keluarga dan aktiviti harian yang paling banyak diluahkan. Kalau setakat masak rentung, atau kek runtuh itu bukanlah sesuatu yang pelik diblognya. Relaks ajer bagi beliau untuk berkongsi dengan rakan-rakan alam maya. Woi, woi, jangan marah, Mak!

Perkara yang selalu menjadi buah mulut jiran-jirannya ialah selfie-melfie. Memang itu sudah sinonim dengan jiwa Mak agaknya, ye. Adakalanya tahap kelakar sampai orang nak muntah hijau. Aduhailah Mak oiii!.

"Kalau saya baca kisah Mak di pejabat, officemate boleh kata saya mereng gelak sorang-sorang depan desktop, tau Mak!."

Tak kering gusilah kalau baca celoteh Mak ni. Idok pulok jemu nak datang lagi, walaupun nak muntoh ijo, katanya! Itu belum lagi sawan dia menular satu badan. Pitam kawan-kawan dia membaca!

Maka, aku letakkan blog hainomOKje salah satu bloglist di blog aku. Cumanya, sekarang ni, aku agak sibuk. Banyak dah ketinggalan episod cerita beliau.

Ni ha, antara selfie Mak yang buat aku mengekek sorang-sorang sampai terjangkit sawan Mak kat aku!
Amboi! mengada sangatlah kalau tengok yang ini tau...
Dalam pada sibuk tu, hari ini aku ambil sikit kesempatan nak berkongsi kegembiraan dek kerana esok anniversary beliau ke-21, katanya.

Lama dah bertahan tu ya, Mak. Pelbagai asam garam kehidupan dah dilalui. Moga-moga ikatan perkahwinan dan jodoh kalian diberkati Ilahi dan dilimpahi barakah setiap masa hingga ke akhir hayat.


Yang ini, satu lagi agenda mengada! Aduh..tak tahan dah ni!
PakJilapah jangan marah.
HAPPY ANNIVERSARRY KE-21 UNTUK
HAINOM DAN SUAMI



p/s: Eh! Mak, hari ni malam Jumaat. Mengelupur satu badan kalau dengar, dapat 'kambing' katanya!, kan Mak?? ^___^












Monday, November 14, 2016

Blogku Nyaris Ranap!

Assalamualaikum semua! ^_~

Ada nampak kelainan tak??

Hari ini blog aku dah berubah wajah! Inilah padahnya, kalau tak pandai nak jadi pandai-pandai pulak..hihi. Aku ini bukanlah terror sangat bab-bab IT. Nak mewujudkan blog kesayangan ini beberapa tahun dulu pun, cuma try and error sahaja. Manalah ada menghadiri kursus blog di mana-mana.T_T

Semalam, hasil godekan yang tidak disengajakan oleh jari-jemari sendiri....padanlah muka!! Sudah berlaku kecelaruan tahap impak-maksima, tunggang-langgang dan carca-marba susun-aturnya. Aduhai, apa lah nasib blog aku ini! Mujur tak ranap. Nyaris-nyaris lenyap ditelan bumi dibuatnya. Aku, tiba-tiba jadi seriau pulak.


Pagi tadi aku cuba lagi repair mana-mana yang patut. Ini aje mampu dibaik-pulih. Pengajarannya, jangan harus dicoba-coba lagi kalau tak pandai...pheww, insaf  >__<

Hari ini, barulah mampu tersenyum, hihihi














Monday, November 7, 2016

Sibuk Melanda Diri

Assalamualaikum. Salam hari Isnin ^_^

Barulah terasa bersemangat setelah tiga hari bercuti...hihi. Jumaat lepas, aku cuti sempena hari keputeraan Sultan. Nampaknya setiap tahun Jumaat pertama Nov, rakyat Perak akan bercutilah ^_^ Blog pun mungkin bercuti juga gamaknya. 

Hari Khamis aku ada jer bekerja. Cuma tak sempat nak meng'update entri.....Dok kerja-kerja-kerja dari 8 sampai 5. Itu pun tak habis-habis lagi. Kena sambung hari ini. >_<

Sebenarnya, bermula dari minggu lepas aku ada tugasan baru di pejabat iaitu menanggung kerja kawan yang cuti bersalin. 90 hari you all! ^o^

Bila umur dah meningkat naik ni, sel-sel penuaan pun mulalah menyerang diri. Maka, rutin hidup aku dah jadi kacau-bilau. Rasa seperti tak cukup dua tangan dan sepuluh jari! Kadang-kala jadi pelupa pula. Mana nak urus rumahtangga, urusan pejabat lagi...ditambah pulak nak kena tanggung kerja kawan.

Khamis lepas punya cerita - Aku balik rumah waktu lunch, kemudian nak hantar Amirah dan Daniel ke kelas Kafa. Boleh pulak terlajak terus ke pejabat. Budak dua orang tu pun dah terlepas simpang ke sekolah baru bertanya nak ke mana! Adoiyainyapon!!

Dahlah petrol mahal, sesajalah pulak meronda pusing-pusing pekan ^_^ Sibuk punya pasal sampai boleh lupa arah tujuan. Nak kena sembur anti-rust lupa kat otak agaknya supaya mama mereka tak jadi pelupa! 

Ketika itu tetiba teringat...."lapang sebelum sibuk". Memang aku akan sibuk sampai Januari tahun depan nampak gayanya dek kerana bertambah senarai tugas. 

Adatlah kan, hidup itu seperti roda. Semuanya ada giliran masing-masing. Tahun lepas dia buat kerja aku kerana aku cuti bersalinkan Yusuf, sekarang ni turn akulah pulak menanggung kerja dia. 

Ingatkan diri sendiri aje yang layak cuti bersalin. Terlupa pulak kawan sebelah yang muda belia, masih subur dan sudah tentu tak mandul!! @_@

Mohon jangan tiap-tiap tahun cuti bersalin sudah!. Maklumlah orang baru kahwin, bersalin anak pertama katanya... Fengsanlah ahkak kalau gitu!



Kalau aku tak tinggal jejak, tak balas komen atau tak update blog, jangan lah berprasangka yang bukan-bukan. Ahkak sibuk... 

Nanti aku cuba kayuh pelan-pelan ke blog korang ya. Tungguuuu.... 

Oklah bye, ahkak nak sambung kira duit (rakyat).







Oh! sebelum mengundur diri, good luck untuk anak-anak SPM...^_^





Wednesday, November 2, 2016

Tidur Pun Ada Gaya

Assalamualaikum

Hari ni Rabu....tempek gambar je lah ^__~



Yusuf.....tidur gaya budak umur setahun 7 bulan!








Tuesday, November 1, 2016

Lepak di Petang Hari

Assalamualaikum dan salam hari Selasa...

Dah 1 November kita ya.

Alih-alih, blog ini tak ade kisah lain. Asyik-asyik kisah kampung ajer lah ya.

Hari ini sekolah cuti lagi. Panjang betul cuti Deepavali tahun ini. Anak-anak aku seronok sangatlah boleh melepak dan bermain dengan sepupu.

Biasanya, bila anak-anak cuti, mereka ini akan dihantar ke rumah atok. Dah makpaknya tak mahu bercuti, mana lagi nak ditempatkan mereka ni. Afdal ler hantar anak ke situ daripada merayau tak tentu hala...

Hiuh! bersorak riang cucu-cucu, bila geng sepermainan sampai seorang demi sorang. Opah yang pening kepala. Rumah dah rupa taska jadinya! Riuh rendah, terjerit-jerit, mula-mula kawan, lepas tu bergaduh. Lepas tu, kawan balik.

Moh ler nengok, deme buat apa tu? Opah-atok turun berkebun, deme pun nyebok juga....

Seorang demi seorang turun ke bawah, mengikut atok...
Bukan nak menolong tapi saja suka-suka nak bermain!
Dah sampai bawah. Meh-meh, bagi peace sorang satu......
Petang-petang ni, banyak ni jer cucu yang tinggal. Dua orang lagi dah balik waktu tengahari.
Pheww, opah menghembuskan nafas lega! hihi
Apa lah yang mereka sembang tu kan?? Mengenangkan nasib tak boleh makan cempedak goreng lagi ke? Maklumlah minyak masak dah mahal...^_
-Ammar, Yusuf, Daniel-
"Jangan risau ya anak-anak, bajet korang tak akan dipotong...esok, pergi sekolah masih naik kereta, belanja sekolah totap sama!"

-Amir dan Sungai Perak
Dari kecil sampai sekarang, inilah sungai yang kami hadap hari-hari kerana rumah emak betul-betul berhadapan dengan panorama ini. Buka pintu, tengok matahari terbit.

Seberang sana tu, masjid! Ada cerita unik di sebalik sebuah masjid tu.

Nanti lah ya, kalau rajin mengukur jalan ke sana, bolehlah aku buat entri.....Dah katanya petrol naik harga, idok ler pulok teman sanggup nak mendayung sampan ke seberang sana nun. 

Dok kampung pun kena guna petrol juga dek non! hahaha....T___T