Wednesday, August 10, 2016

Balik Kampung - 2

Assalamualaikum

Maaf ye, entri ini panjang berjela-jela.

Sabtu, hari pertama di dusun. Sesudah mengutip durian, solat dan mengemas tempat tidur, atok menjerang air dan membancuh teh. Opah pula nak menggoreng nasi lebihan makan malam semalam. Tetapi cepat-cepat suami aku cakap tak payah masak apa-apa. Kami suami isteri, tak ketinggalan anak bongsu, Yusuf, keluar mencari sarapan di kedai, membeli roti canai dan nasi lemak.

Sebaik tiba di rumah semula, cucu-cucu sudah berendam di sungai. Memang mereka ni pantang lepa! Semuanya dipanggil naik untuk bersarapan. Kami sarapan beramai-ramai di beranda. Mana yang nak roti canai, mana yang nak nasi lemak, pilihlah. Ada juga yang membalun kedua-duanya sekali. Hantu petai, memang tak boleh lupa dengan petainya apabila makan nasi lemak. Itu sudah wajib walaupun makan petai itu makhruh! Entahlah, tak tahu aku nak komen apa dengan hantu-hantu petai ni.

Kemudian, kami bersiap-siaga ke acara seterusnya. Team opah ke pasar membeli lauk pauk untuk makan tengahari. Manakala team atok pula bertungkus lumus membuat lemang. Ha! jangan terkejut ye. Betul, aku tak tipu,  kami bakar lemang. hahaha [aku pulak yang nak tergelak]


Team cucu tak payah ceritalah, aktiviti mereka tetap sama, berkubang dalam air sampai ke petang. Termasuk adik ipar yang paling bongsu pun samalah juga sebab umur dia pun dah sama macam cucu. Kadang-kadang orang pun keliru, cucu ke anak? Anak ke cucu? T__T

Di pasar, kami bukan setakat membeli ikan, ayam dan sayur. Malah, memesan kelapa parut sampai 13 biji untuk lemang. Akibat santan dan kelapa parut sudah habis, penjual tu dah tak mahu lagi memarut kelapa guna mesin tangan. Katanya, 'kalau mahu juga, belilah buah kelapa'. Ayoyo, kalau begitu letihlah kami nak memarutnya.

Bila sudah dipsiko dan dipujuk rayu oleh Opah, akhirnya dia setuju walaupun ketat macam getah spenda aje mukanya. Jangan main-main dengan 'kepala sekolah' ni. Kalau dia kata nak, nak lah juga! Tahu apa itu kepala sekolah? - GURU BESAR. Dulu-dulu, zaman bujangnya di Medan, Opah adalah guru besar di sekolah. Di Malaysia jawatannya bertukar jadi surirumah.

Maka, berjam-jam lah kami di pasar menunggu 13 biji kelapa diparut sampai Yusuf dan Aqil 'Attollah naik angin tahap impak maksima!

Bahkan, orang kampung yang nak membeli kelapa parut setakat seringgit dua pun pulang dengan kecewa kerana semuanya itu KAMI YANG PUNYA! hahaha [gelak macam gergasi]

Nak buat kenduri ke apa kome ni?, tanya orang kampung.

Bengang ler tu!

Semasa bapak-bapak membuat lemang, anak-anak yang tengah meningkat remaja seperti Amir dan pakciknya yang beza umur satu tahun saja, selalu saja hilang dari penglihatan. Sedar-sedar dah di tepi sungai. Bukannya mandi tetapi mencari coverage nak update status instagram. MasyaAllah!

Bila durian jatuh, mereka dulu yang berlari-lari mengutip nak makan durian fresh. Padahal masih ada lagi sisa durian yang dikutip sebelumnya. Aku pun menumpang makan seulas dua. ^__^

Kaum ibu pula di dapur memasak untuk makan tengahari. Tak cukup tungku dapur, kami up lagi tungku kayu api di luar dapur. Merendang ayam dan merebus sup tulang kambing, kami buat di luar. Merata-ratalah asapnyaaa sampai pedih-pedih mata. Lap-lap air mata kakyong sambil gaul rendang ayam tau! Pedihnya tak menahan.

Oh ya! masa kami nak masak rendang, risau santan tak mencukupi pula.

Kalian, pergi ke rumah Makcik ambil dua biji kelapa lagi kemudian parut, laung si opah

Baik ibu, laung si anak perempuan dan menantu pula

Dapur Makcik
Gambar di atas bukan lakonan ye puan-puan. Tiba-tiba semalam, gambar ini terpancul keluar dalam whatsapp. I is terkejut! Tak tahulah siapa paparazinya. Jadi, haruslah masuk blog. Rajin betul perempuan melayu terakhir ini ye. Tak sangka dia yang memarut kelapa seperti yang diperintahkan ibu mertua. Patutlah asyik dapat 'cop sirim' dari ibu mertua tahun demi tahun, katanya! 

Ok, kembali ke jalan cerita.....

Setelah berhempas pulas membasah keringat, tiak-tiak pun lecak maka selesailah tugasan pertama. Nasi sudah ditanak, lauk sudah siap masak, lemang sudah diisi pulut dan dibakar. Cuma menunggu lemang masak sahaja.

Anak-anak kecil pun sudah diberi makan awal supaya tak mengganggu yang dewasa nak menjamu selera dengan khusyuk dan tawaduk. Semasa kami makan, mereka kembali ke aktiviti sedia kala, mandi sungai lagi.

Lauk kami tengahari tu, tempoyak ikan patin, kari ayam, ikan goreng, sayur taugeh tumis, sambal tempoyak dan petai serta timun. Ada juga saki baki lauk semalamnya, kurma daging dan kambing blackpepper yang dibawa dari Ipoh.

Kami makan dengan penuh selera sekali hingga menjejes air liur dek kepedasan sambal tempoyak hingga boleh menendang kaki ke dinding bak kata atok. Maka, itulah sebabnya lebih sesuai kami makan open air sahaja, bawah pokok langsat.


~ fa bi ayyi alaai rabbikuma tukazzibaan ~





20 comments:

  1. Itulah bestnya kalau balik kampung
    Keluarga pulak sepakat - memang berkatlah semuanya
    Dari yg cucu, anak, atok-nenek semuanya sepakat - seronoknyaaaa:)
    Makan dekat dusun memang best!

    ReplyDelete
  2. meriahnya keluarga KB masak2 makan2 bersama kat dusun ....tengok je pun dah seronok.Rajin sungguh buat lemang pulak.
    hahaa...lawak lah KB ada ke muka ketat macam getah spenda, yalah dah penatlah tu parut kelapa banyakkk ...
    Banyak tu masak2 nasib baik anak menantu rajin2 berkerjasama semua ...lagi lah KB rajin sungguh memarut kelapa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tak rajin lah kak. dah itu kata pakmertua, anak-anak ikut saja.

      haha, lawak ke kak? suami saya selalu cakap kat saya macam tu kalau merajuk. saya tak gelak pun, marah lagi ada lah.

      Apa yg penting kerjaaaasama! haha.

      bab parut kelapa tu, dah semuanya berdolak dalik, takutlah, seriaulah, tak biasalah termasuk laki saya sendiri. terpaksa saya keluarkan bakat terpendam yg dah lama tersimpan.

      Delete
  3. Siapakah menantu yg sgt rajin tu, menjadi kesayangan ibu mentua gitew.
    Masya Allah, akk yg baca ni tumpang seronok, tengok suasana dgn ada khemah lagi, mkn tghari di bwh rimbunan pepohon kayu, oh..nikmatnya, agak berapa pggn menambah tu,mwehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak, sapa ye menantu tu? Saya ke? haha

      kalau org suka dgn suasana kampung, akan seronok lah begini, kan kak. saya makan 2 pinggan saja...T__T

      Delete
  4. meriahnya acara KB balik kampung... mcm2 ado... dpt mandi sungai dan piknik bagai... bestnyaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala, macam tu lah acara nya kak normi. habis pukul rata semuo bendo nak dibueknyo!

      Delete
  5. fuh. memang meriah.. bestnya.. ai is suke.. ni kalau ai ada sekali, bukan join memasak tapi join anak2 mandi sungai.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hish tak aci lah nak terjun sungai saja. mak-mak kenalah masak sama lepas tu baru boleh terjun cuci ketiak yg dah hanget tu....haha

      Delete
  6. bestnya siap berkampung kat dusun tu. untung ada dusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kak hana, pokok2 di dusun tengah berbuah ni boleh bergumbira dengan anak beranak.

      Delete
  7. meriahnya kak lauk-lauk tu..seronok kan beramai2 makan macam tu.

    wah menantu handal nih semua kerja terroe, kalau saya disuruh memesin kelapa alamatnya menagis saja ditepian mesin tu..huhuhu tak berani tau nak mesin kelapa takut termesin jari-jari yang runcing ini ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ramai2 baru seronok kan berbanding makan sorang-sorang, terkulat2 aje.

      apa yg handalnya Ilah oii. setakat memarut kelapa tu akak petik jari saja tau. eh! petik jari pulak. petik suiz aje, lepas tu mesinlah....hihi

      Delete
  8. Adoiii KB..... mak baca pun dah rasa penat tau. Yelah ke pasar, parut kelapa, masak.... tu belum basuh pinggan periuk belanga bagai hihi....

    Tak perlah yg penting happy dapat gader gader dengan ipar duai sambil makan sambal tempoyak dengan ikan patin tempoyak..... Kecur air liur mak tau!

    Wahhhh bukan calang calang orang rupanya Pn Ibu tu ye KB, kepala sekolah ....patutlah superb management dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penatkan mak, tapi kita tak boleh rungut-rungut sebab nak berseronok. kalau rungut-rungut hati jadi tak seronok pulak nanti!

      eh! orang johor pun suka tempoyak ke? ingatkan saya org johor tak makan tempoyak. hihi

      alah, kepala sekolah dah pencen mak. datang melesia kenalah jadi surirumahtangga sepenuh masa. superb tak superb tu, kena dok sekali baru tahu kot.

      Delete
  9. Setakat membaca pun dah tahu meriahnya macamana. Macam-macam team ada dari cucu ke atok. Hebatlah kome yerk berkenduri-kendara anak beranak.

    Oh, opahnya bekas kepala sekolah! Padanlah lain macam 'garangnya' sampaikan anak menantu semuanya mithali-mithali belaka!

    Ohsem KB gambar perempuan Melayu terakhir tengah parut kelapa, sopan sesopannya alahai! Nasib baik anak dah ramai, kalau anak dara lagi, mahu ada rombongan masuk meminanglah jawabnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! MD sudah tahu cakap kuale ni...tak sia-sia KB mengajo haha...mana ada hebatnya MD, hidup kampung roper itu ler.

      Oh opah tak garang tapi out spoken, kalau dia enggak sukak dibilang aja enggak sukak! Ngapain disimpan-simpan.

      alamak, kalau zaman sekarang ni ada anak dara kukur kelapa gitu, ada ke org teringin nak masuk meminang MD. kekampungan aja gayanya tu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^