Friday, August 5, 2016

Sekadar Renungan #1

Assalamualaikum dan Salam Jumaat!


Tidak perlu kamu kelihatan cantik untuk menarik perhatian manusia.

Tidak perlu kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia.

Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil.

Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan,

manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita.

Ia berbeza dengan cinta Allah,

99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan dan sekali kita bertaubat, 

Allah akan melihat taubat yang 1 itu

dan melupakan segala 99 dosa terbabit.

Oleh itu, carilah cinta Ilahi,

pasti kita akan jumpa cinta yang hakiki.

~kata-kata Syeikh Tantawi~


YUSUF - Gambar sekadar hiasan 

10 comments:

  1. itulah bezanya cinta manusia dan Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah itu Maha Menyayangi. berbeza dengan kita ni yang memilih-milih cinta. selalu kejar cinta manusia hingga lupa Pencipta Yang Maha Agong. saya lah tu, tak cakap orang lain.

      Delete
  2. Indahnya bait bait puisi nasihat ni KB...
    Indahnya kalau dapat meraih cinta Ilahi, cinta yg sejati .....
    Malangnya manusia ni rakus sifatnya...
    Gelojoh, cinta dunia juga yang dikejar...

    Dah.... mak nak balik, nampaknya dah start merapu ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas baca kata2 ni, saya pun ada terfikir. memang banyak kekurangannya saya ni. asyik nak kejar cinta org saja. dan sentiasa nampak buruk org saja.

      mak, oi mak! dah sampai KL ke? bila nak start merapunya ni?

      Delete
  3. Betul tu hanya cinta Allah yang hakiki.
    Yusuf macam pak ustaz gayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan...
      pak ustaz tu, tua sangatlah kak...
      jadi imam muda lah hihi

      Delete
  4. Memang betulkan...

    Manusia ni tak kiralah apa kebaikan yang kita telah lakukan, sekali buat silap dikenangnya sepanjang hidup! Silap haribulan, dah mati pun orang dok ungkit kesalahan yang satu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MD, buat salah sikit je kecoh satu kampung kan. Tp kalau keburukannya dikenang sampai dibawa mati, sangat malanglah dia.

      Delete
  5. Cinta Allah yang paling hakiki..carilah cinta Allah,haraplah cinta Allah jangan mengharapkan cinta manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cintakan manusia tapi jangan melebihi Yang Maha Esa. Cintai manusia kerana Allah, itu yang betulnya.
      Dah berbelit-belit pulak bunyinya ni!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^