Kalau tajuk tu dah sebut Ipoh, dah tentu-tentulah ke rumah mertua. Mertua aku, senang sebut papa dan ibu saja lah ye...menyambut Syawal di Medan selama dua minggu lamanya. Bermakna minggu pertama persekolahan selepas raya adik ipar ponteng sekolah. Papa [suami aku] pun macam tu jugak dulu masa sekolah. Orang cuti seminggu, dia sendiri tambah satu minggu lagi.
Jadi, hari Ahad kami ke sana setelah seminggu mereka di tanahair. Biarlah mereka melepaskan penat lelah dulu, baru menjenguk. Sebenarnya hari Sabtu, mereka ada ke KK, tapi kerana anak-anak ada jamuan di sekolah dan menantunya pula menyorokkan diri di hotel, maka tak dapatlah mereka berjumpa anak cucu mereka. Esok je lah, kita ke sana, kata papa.
Raya dah nak habis, manalah nak cekau bislut raya untuk dihadiahkan kepada puan ibu. Lagi pun puan ibu handal buat biskut raya berbanding menantunya hanya pandai membeli. Jadi tak perlulah bersusah payah memberi biskut raya kerana biskut raya dia lagi sedap.
Aku buatkan kek coklat moist saja untuk dibawa ke sana. Entah di mana yang lebihnya, kek aku membuak-buak sampai terkeluar dari aras bekas. Satu lagi, sampai merekah pulak. Cepat-cepat aku matikan api dapur. Aku tutup cantik-cantik dengan topping, lepas tu aku tekan dan tutup kemas-kemas.
Sampai sana tengahari. Sebaik bertemu muka, kami bersalaman dan bermaafan, walaupun dah syawal ke berapa dah.
Lepas tu, apa lagi makanlah. Tak ada lah juadah sedap iaitu lontong dan kuah lodeh yang biasa disediakan puan ibu di hari raya.
Sebelum ke Ipoh, adik ipar memesan bakso yang dikatakan sedap sangat macam bakso Amat di Medan. Hari Ahad, bakso kakak jawa yang sedap itu tutup. Jadi kami belikan laksa kuale saja. Makanya, itulah juadah kami tengahari itu. - laksa yang dibawa dari KK dan nasi lemak. Pagi tu, puan ibu masak nasi lemak banyaaak sangat. Tengahari dia tak masak dah sebab nak pergi open house. Buatlah ulangan nasi lemak di waktu makan tengahari pula. Macam kita ulang juadah raya sampai ke malam kekdahnya.
Sebelum ke Ipoh, adik ipar memesan bakso yang dikatakan sedap sangat macam bakso Amat di Medan. Hari Ahad, bakso kakak jawa yang sedap itu tutup. Jadi kami belikan laksa kuale saja. Makanya, itulah juadah kami tengahari itu. - laksa yang dibawa dari KK dan nasi lemak. Pagi tu, puan ibu masak nasi lemak banyaaak sangat. Tengahari dia tak masak dah sebab nak pergi open house. Buatlah ulangan nasi lemak di waktu makan tengahari pula. Macam kita ulang juadah raya sampai ke malam kekdahnya.
Mereka makan laksa, sementara aku makan nasi lemak yang dimasak puan ibu. Kepedasan sambalnya sampai berasap telinga ye kalau sapa yang tak tahan tu.
Anak-anak gembiralah dapat berjumpa atok dan opah. Terutama Yusuf dah boleh beradaptasi dan tak melalak lagi. Lagipun dia ada sepupu yang lebih kurang sebaya umurnya. Lima bulan muda dari Yusuf. Berkawan baiklah mereka. Kalau opah menyanyi, mereka berduet joget dan menari. Bertepuk tangan dan macam-macam aktiviti opah/atok dengan cucu-cucu kecil ni.
Selesai makan, berboraklah kami anak beranak dan adik beradik macam lama benar tak berjumpa. Ye lah kali terakhir jumpa pun awal berpuasa dulu. Papa lah [suami] yang banyak berborak dengan adik-adiknya, dengan papanya dan dengan ibunya.
Aku banyak diam aje daripada bercakap. Bila ditanya baru bercerita. Kalau tidak, tak payahlah cakap apa-apa. Macam tu pulak fesyen menantu yang seorang ni, kalau nak tahu.
Dah tak ada apa nak dibualkan, aku melepak dengan anak-anak di laman rumah. Kata puan ibu, pergilah bawak Yusuf tengok burung bencong enggak bisa terbang di muka sana. Tu, burung merpati di belakang tu. Main-main je lah Yusuf dengan burung tu.
Oh! ya bencong tu pondan ye kawan-kawan. Nanti ada pulak yang bertanya, 'bencong' tu apa?. Maklumlah perkataan Indon.
Puan ibu gelar merpati tu pondan sebab tak tahu terbang. Biasa burungkan boleh terbang. Ini tidak, terkedek-kedek aje dia berjalan.
Cubaan nak menangkap burung. Sampai ke sudah tak terpegang-pegang dek Amir kerana takut sangat. Mama dia juga yang berani tangkap. Alah, setakat burung tak boleh terbang tu, apalah sangatkan.
Petang tu, mereka anak beranak satu rumah ke asrama sekolah melawat adik ipar yang tak boleh balik bercuti hujung minggu. Papa dengan Amir pulak ke padang ada game bola.
Tinggallah aku dengan Yusuf dengan menantu yang sorang lagi di rumah buat kerja.
Itu nanti kita sambung esok ye.
Rajin menantu buatkan kek untuk mertua....sedap lah tu sebab mertua nk belajar buat.
ReplyDeleteSelalu ada laksa lah ya sepanjang Syawal....sedapnya.
Akak ingatkan bencong tu nama burung KB...lawak lah ada burung pondan pulak.:-)
bukan rajin kak, kebetulan ada bahan2nya terus membuatnya.
Deletehaha, ye lah kak, pondan sebab tak pandai terbang.
Rajin jugalah si menantu buatkan kek untuk ibu mertua. Kalau kena kat saya, entahlah... rasanya beli aje!
ReplyDeleteMacam saya lagi best, kalau makpak mertua datang, memang tak faham apa tapi tetap juga kena duduk bersama dengar mereka tiga beranak berbual. Kita ni bila orang elak, kita pun gelaklah padahal satu apa pun tak faham. Berlakon aje!
Kelakarnya panggil burung tu pondan. Saya ingatkan bencong itu nama burung. Hahaha!
takdelah rajin sangat. kita buat apa yag kita tahu saja. kadang2 bertangan kosong saja balik ke sana.
Deletekalau MD betullah tu sebab tak faham bahasa di sana kan, kenalah berlakon gelak ketawa juga bila mereka ketawa. macam saya mmg tak reti bersembang. diam aje yg byknya.
haha burung merpati yg bencong
Akak pun suka kalau dpt menantu mcm KB ni kan rajin
ReplyDeleteNnt nk try buat tumis bunga betik mcm Kb ckp tu
Eh kaknoor jgn dipuji2, belum kenal sepenuhnya mana tahu saya ni rajin ke tidak.
DeletePuan ibu puji sdap kek tu mesti sedap tu kak, bab nak resepi pakej tunjuk ajar tu memang boleh bikin gigil dah tu kalau saya pun..hehehe
ReplyDeletehoo mujur sudah dijawab awal2 apa itu bencong kalau tak memang saya nak tanya dah hehehe
ibu kata sedap sebab dia biasa makan yg rasanya pahit. dan dia tak tahu nak membuat kek tu. tu lah sebabnya dia nak belajar buat. biasalah dia rajin memasak!
DeleteYa Ilah, bencong tu pondan selalu kita sebut pada orang. Ini digelar pada burung pulak dia.
Alahai menantu pendiam lagi sopan namanya tu KB hihi....Untung tau kome KB ada mertua yg masih sihat tegak berdiri, mampu lagi masak nasi lemak, anak menantu datang cuma tolong bedal je. Yelahkan bahagian org lain lain....
ReplyDeleteSyukur ajelah seadanya ye dak...
En Papa sure rindu tak hengat dgn mak pak dia tu....maklumlah tak dpt beraya bersama di pagi Syawal ...Eh ! Ke menantu dia yg rindu tak hengat hihi
Eh mak tak tahu ek, saya ni memang sejak azali pendiam org nya. Ibu mertua saya masih muda belia mak, tu yang rajin masak itu ini. Yg penat menantu ni lah yg sentiasa nak makan sedap aje.
DeleteSuami saya memang rindulah jumpa adik beradik dia, terutama pada bapaknya tuuu. menantu biasa-biasa aje. hihi
kesian merpati tu kena pondan. :D
ReplyDeleteSedapnya dodol tu
ReplyDelete