Wednesday, October 19, 2016

Perkembangan Yusuf 19 Bulan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tiga hari lagi umur Yusuf genap satu tahun tujuh bulan. 

Rekod kesihatan Yusuf bulan lepas - 18 bulan.
Kalau abang-abang dan kakaknya dulu, umur 18 bulan sudah bersiap-sedia nak kena suntik. Sebelum pergi mama dia pun dah siap set di kepala macam mana nak hadap Yusuf nak kena cucuk ni!

Dah berlegar-legar dalam kepala, nak cucuk di paha ke, di lengan ke...

Eh! rupa-rupanya tak ada cucuklah. Selamatlah Yusuf....Enam bulan lagi baru ada suntikan. Buat ujian saringan jer, kata nurse. Mujurlah LULUS!. Biasanya memang luluslah, kan.




Semasa kami menunggu giliran, dia sudah pandai bermain dan bersosial dengan rakan-taulan. Tak ada takut-takut lagi.

Malah, di umur ini banyak perkara dia sudah pandai/tahu buat selari dengan umur dia lah. Mulutnya pot-pet, pot-pet sesaja.

Paling teruja, Yusuf sudah kenal semua pakaian ahli keluarganya. Sewaktu mamanya melipat pakaian, dia boleh membezakan yang mana papa punya, mama punya dan milik abang/kakaknya. Sampaikan, bila mama cerita pada abang/kakak, mereka pulak tak percaya dan buat test pada Yusuf...

Wah! ye lah, Adik dah pandai

Jari-jemari dia juga sudah kuat menggenggam, menggunakan dua jari untuk memegang benda halus dan mencubit orang pun kuat juga!

Dan, yang tak paling aku tak tahan, suka memicit hidung mama sekuat hati semasa sedang solat [duduk tahayat awal/akhir]. Kadang-kala, ada juga satu jari dia termasuk di dalam 'lobang hidongku' ^__^.

Adoiiii...tak boleh bernafas tau! Rasa nak tepis-tepis ajer tangan dia. Aduhailah Yusuf, asyik mama tak khusyuk solat dibuatnya!







13 comments:

  1. Hihi... kakak tergelak sendiri ni KB membayangkan si comel Yusuf ni picit hidung mama, masukkan jari kat hidung mama masa mama solat. Muat-mulat lubanglah kalau jari comelnya tu masuk:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yg dalam sembahyang pun rasa nak tergelak tp tahan ajer...lepas tu kenalah dia, saya peluk dia kuat2!

      Delete
  2. hehe.. jadual vaksin sekarang dah lain KB.. ada kat blog ita cerita baru ni..

    sihat adik... comel part menyakat solat tu ye.. hehe.. sama yg di rumah ni pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tahu ita. Masa abang/kakak dia lain. skrg dah banyak yg berubah ya.

      kalau ada anak kecil mmg perkara begini selalu terjadi, kan ita...hihi

      Delete
  3. Yalah KB,biasanya kan 18 bulan kena suntik kan..dah berubah jadual nya lah ya.
    Tak tahan gelak akak tau...macam2 je Yusuf...boleh pulak hidung yang ditujunya.Yang tak tahan nk gelak tu boleh pulak cucuk hidung mamanya...hihii,gitulah kan ya bila ada anak kecil .Ingat anak2 akak kecik dulu ,kita sujud dikudanya kita ...alahaiii anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, tak tahan saya tau. sekali-sekala jer jadi di waktu solat. kdg-kdg masa kita baring pun jadi, dia picit hidung. Geram!

      Delete
  4. Kome tau tak KB....mak ni asal kata nak jumpa doktor je mesti seram. Kalau yg nak jumpa tu, diri sendiri, lagilah seram weyh...

    Malas nak dengar kemungkinan kata kata doktor tu. Adoiyaiiii....
    Fuh!! legalah ye, ujian semua lepas...hihi....
    Yusuf tu geram nengok hidung kome tu mancung sangat tu Rul ... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg Mak seramkan? Saya pulak teruja kalau bab2 nak check perkembangan anak. Tak sabar rasa nak tahu berat/tinggi berapa. Kalau cucuk tu seriau sebab dia suka ronta2.

      Mana ada hidung mancung, Mak oii. Dia nak jadi macam cerita P.Ramlee tu..."lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatiku"...^_^.

      Delete
  5. Hahaha! Bab yang last tu memang kelakar. Macamana KB boleh tak gelak ke atau menepis sekuat hati yerk? Kalau sayalah, dah terbatal solat. Tak boleh ditahan-tahan lagi.

    Dulu masa si Adik Cute sebaya Yusuf ni, memanglah saya lagi banyak solat tak khusyuk daripada khusyuk dibuatnya. Dahlah nak solat berebut-rebut, dapat solat pun tak tenang hati dok tengok keletahnya di tepi kita.

    Yusuf dah besar ni. Tak lama lagi dapatlah girlfriend. Wakakah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga rasa nak tepis tgn dia...tapi dah nak bagi salam, tahan ajerlah! Dia buat tak lama MD. Macam touch and go jer...tapi tu lah, rasa tak khusyuk jadinya.

      Kalau solat ada budak kecik ni mmglah gitu ya. Solat tp hati tak tenang!

      Eh ada peluang ke dapat girlfriend ni. Tunggu dia masuk taska nanti, tgk cam mana hihi...

      Delete
  6. anak-anak cepat sangat membesar...lucu gelagat yusof ni..teringat kenangan masa anak kecil dulu..moga yusuf terus membesaar dgn sihat..:)

    ReplyDelete
  7. Hahaha sabo je la....kena tahan gelak waktu solat la jawab dia...hihi

    ReplyDelete
  8. Wah..Yusof dah semakin besor kan KB

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^