Tuesday, October 11, 2016

Hilang Satu Pincanglah Pasukan

Assalamualaikum

Hasrat Amir dan pasukan hoki KK untuk mara ke peringkat seterusnya tak kesampaianlah nampaknya.

Biasalah adat perlawanan, kan. Kalau untung, menanglah dan kalau nasib tak menyebelahi, kalahlah pasukan itu.

Sebenarnya, daerah KK tidak kalah tetapi tidak layak. Dalam empat perlawanan, menangnya hanya satu. Seri satu dan kalah dua. Mata yang dikumpul tak mencukupi untuk layak ke peringkat kedua.

Dek kerana seorang tiba-tiba tak mahu pergi, pasukan mereka kurang seorang pemain.

Rasa tak percaya saja, waktu berkumpul hendak bergerak ke Ipoh, tiba-tiba saja bapa budak tu telefon mengatakan si anaknya tak mahu bermain!

Pemain tu harapan semua kawan-kawan pasukannya. Dia mid-fielder yang bagus, kata coach. Tapi kalau sudah begitu, apalagi yang boleh dibuat! Berserah sajalah dengan 17 pemain. Tak akan lah disebabkan seorang tak ada, pemain yang lain nak mogok juga! 

Jurulatih terpaksa tukar strategi dan susun semula kedudukan player. Tarik sana, tarik sini....ubah sana ubah sini. Yang tidak pakar di tempat mid-fielder kena jadi mid-fielder. Yang dah pakar stopper kena tarik ke tempat lain. Begitulah ya.


Ini game ke-4. KK menang 1-0 dengan daerah mana, aku dah lupa. Nampak keeper relax sajakan! Permainan banyak di kawasan kami (KK). Maka, akhirnya menanglah sebijik gol.

Perlawanan yang pertama dan kedua - kalah. Satunya, mungkin kekok kerana kebanyakan pemain telah diubah posisi. Dan satu lagi kerana team lawan yang kuat.

Perlawanan pertama menentang daerah Kinta Utara yang dianggotai kesemuanya murid-murid dari SMK Anderson. Tak ada seorang pun yang datangnya dari sekolah lain. Mereka ini adalah dari kelas Rancangan Khas hoki yang setiap hari membuat training selain belajar! Memang patutlah mereka menangkan. Tapi bolos dengan mereka hanya satu gol saja. >__<

Ketika keeper berjaya menyelamatkan bola dengan membaringkan diri, kemudian tak sempat bangun, pihak lawan telah memukul dari sisi lain. Tak dapat diselamatkan oleh pertahanan, maka pihak lawan dapat satu gol.

Game kedua pun begitu. Kalah satu gol dengan daerah Manjung. Apa yang kami nampak, bola telah terkena kaki player pihak lawan terlebih dahulu sebelum dia memukul masuk ke gawang. Tetapi pengadil mengira ia sebagai gol! Kami yang melihat termasuk coach kena akur sajalah apa keputusan yang telah dibuat.

Game ketiga seri. Tapi aku tak tengok kerana di dalam kereta menidurkan Yusuf.


Sedih juga sebenarnya tapi apa-apa pun kami mengucapkan syabas kepada team hoki KK sebab sudah lakukan yang terbaik untuk Kuala Kangsar.

Sebelum beredar dan meminta izin membawa Amir balik, papa mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih/guru yang melatih anak kami...

Dalam perjalanan membawa Yusuf ke klinik, Amir telah menuntut janji papanya.

Sebelum ini, papa berjanji sekiranya bolos kurang dari lima gol, akan dihadiahkan smartphone Sony dek kerana hp Amir masuk air ketika mandi di lata cuti Awal Muharram yang lalu.

Sampai sekarang menuntut janji tau! Nasib, emaknya tak janji apa-apa...hehe









14 comments:

  1. TAHNIAH WALLAU XMENANGPUN SEMANGAT SUKAN ANAK TINGGI TAMBAH ADA DORONGAN KELUARGA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat perlawanan mesti ada kalah menangnya ya kak SI.

      Delete
  2. Boleh pulak budak yang sorang tu tarik diri ya KB...kesian yang lain agak tergugat.Apapun tahniah untuk Amir,walaupun tak menang tapi dah berusaha.
    Lepas ni kenalah tunai kan janji pada Amir kan..
    p/s pasal perkasam ikan laut tu sama je dengan ikan air tawar KB.Biasalah guna garam kasar,beras sangai yang dikisar dan asam keping.Biar kan satu dua hari baru masuk kan aisbox.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, kata coach mereka...kasi orang sakit hati saja! haha
      Yelah, semuanya dah berusaha yg terbaik tp nasib tak menyebelahi...

      Terima kasih ya kak SI. Nanti saya boleh try buat.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Amir....kalah menang adat bertanding. Biasalah tu....
    Yg penting dan mahal tentulah pengalaman bertanding.
    Gagal sekali bukan bermakna gagal terus menerus. Yakin boleh!!! Heh....dah mcm abg terlajak laris pulak hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh Mak boleh jadi pakar motivasi kat anak saya ni! biasalah Mak, anak saya ni pun dah biasa menghadapi kekalahan ni. kalau menang entah macam mana pulak ragamnya.

      Delete
  5. tahniah amir. skrg musim pertandingan kriket ya

    ReplyDelete
  6. adat perlawanan kan kak yang penting tetap bersemangat meneruskan perjuangan..

    dah berjanji tu, mestilah ditepati kan amir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah AA, adakala menang, adakalanya kalah pula. oh janji tetap janji...T__T

      Delete
  7. Habislah papa. Kenalah pergi cucuk rimau lagi. Janji mesti ditepati ^_^

    Menang kalah adat pertandingan. Oh, ada kelas rancangan khas hoki ya rupa-rupanya. Saya dulu budak rancangan khas juga tau KB. Rancangan khas untuk budak-budak kampung yang dapat ke sekolah bandar. Saya ni budak kampung juga tapi dululah, sekarang saya dah jadi orang Itali. Kahkahkah!

    Tahniahlah, Amir. Kalah menang tu adat pertandingan. Jangan lupa tuntut hari-hari hadiah dari papa ya, Amir ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang habislah, setiap hari menuntut janji. Jangan 'dicapati' sudah! hihi.

      ada MD. di sekolah tu ada RK hoki, RK bola. Amir dulu pun lepas UPSR ada mohon sekolah ni tapi resultnya tak berapa mantop, tak dilayanlah. kiranya MD ni memang cerdik pandailah ya, duduk kelas RK.

      Delete
  8. http://madey09.blogspot.my/
    sahabat klik blog saya juga ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^