Tuesday, October 4, 2016

Amir dan Hoki

Assalamualaikum!

Aku menulis dari Stadium Hoki Universiti Sultan Azlan Shah, KK.

Pagi ini aku sibuk sebenarnya kerana hari pertama dalam bulan yang baru. Tapi itu bukanlah penghalangnya. Awal-awal lagi segala tugas telah aku bereskan. Kemudian terkedek-kedek minta izin dari boss nak keluar pejabat!

Dari Jumaat lepas, aku duduk di gelenggang hoki ni. Menengokkan si Amir, ada pemilihan hoki bawah 14 ke peringkat daerah.


Ini gambar curi di waktu rehat. Kalau disuruh posing dengan pakaian penuh sebagai keeper, bertuah dia mahu! Maka, mama curi-curilah snap tanpa flash.

Sedang dipanggil papanya, nak beri khidmat nasihat. Baguslah ya lakibini 'tuang' kerja. ^_^

Ada 4 keepers, nak dipilh satu sahaja. Yang dua lagi tu, nampak gayanya Amir boleh 'makan'.... Sekarang tinggal Amir dengan student MCKK. Tak tahulah....rezeki siapa.

Jantung aku ni yang berdegup-degup melihat dia beraksi!

Moga-moga ada harapan dan peluang Amir pergi lagi jauh.......







18 comments:

  1. semoga berjaya.. insyaallah boleh tu jadi keeper..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AH..doa2kan semoga Amir boleh jadi keeper pilihan

      Delete
  2. Insyaallah Amir boleh berjaya..Akak kagum sikap KB dan suami yang beri sokongan pada anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak SI.
      Itu saja yg mampu kami berikan pada dia, kak. Selagi dia minat, kita sbg emakbapak tetap akan sokong.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalaulah kakak ada anak lelaki pun agaknya kakak akan sokong utk minat bolasepak/hoki/rugby KB. Kakak suka anak-anak yg berkecimpung sukan ini.

    Semoga Amir terpilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakzakie.
      kami akan sokong apa saja minat anak2..

      Delete
  5. Semoga Amir berjaya menumpaskan budak MCKK tu. Entahlah kenapa ya KB, walaupun saya ni sangat melindungi anak-anak, rasa seronok pulak kalau anak-anak saya suka main rugby ^_^ Boleh lepas ke agaknya mak depa ni bagi main yerk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih MD.
      Eh kalau minat anak2 main rugby bolehlah asah bakat Abang dan Adik dari sekarang. Alah, pejam mata ajer lepaskan mereka...hihihi

      Amir masa Form 1 dulu, dua minggu saja main rugby. Rugbykan ganas, mulut2 playernya pun sama ganas juga. bila kena kata dgn abg2 senior, dia tersentap terus mintak keluar. Amir tu nampak ajer agresif tp hati taman bunga.

      Delete
  6. semoga Berjaya.. majulah sukan unutk Negara...
    akak sgt suka anak2 muda yg minat bersukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...terima kasih kak normie
      majulah sukan utk negara! T_T

      Delete
  7. Semoga berjaya dalam pemilihan keeper tu nanti :)

    ReplyDelete
  8. Mmg itulah harapan seorang ibu....fahamnya. Kalau mak mau menitis air mata kat padang hoki tu hihi....Yelah pemilihan peringkat negeri tuuuu. Mau tak debor

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^