Oktober...
Tragedi Oktober
Peristiwa bulan Oktober
17 Oktober adalah hari lahir ibu mertua. Cuti hari minggu sebelum tarikh itu, seisi keluarga adik-beradik suami berkumpul di Ipoh kerana hendak meraikan ibu kesayangan mereka. Kebetulan suami pula ada tugasan di Ipoh. Maka, dia pun dapatlah menghadirkan diri bersama Amir dan Daniel.
Aku tak dapat pergi dek Amirah ada aktiviti di sekolah. Tinggallah kami bertiga di KK saja, mendengar cerita mereka makan-makan sempena birthday ibu di Kenny Rogers.
Atas tu, gambar mereka beramai-ramai bersiar di taman sebelum menjelang malam untuk makan besar. huhu sedih betul tak dapat join makan free! ^__^
October Birthday Boys and Girls Dari kiri: Amir, Adik Ipar, Emak, Anak Saudara, Adik |
27 Oktober pula adalah hari bersejarah dalam keluarga aku. Semalam, ialah mak aku punya birthday. Tetapi hanya dapat ucap 'selamat hari jadi' sahaja kerana belum diberi peluang untuk meraikannya macam tahun lalu. *sedih*
Gambar atas tu, tahun lepas punya kisah! Kami buat makan ramai-ramai meraikan ahli keluarga yang lahir bulan Oktober.
Entry tentang ini, masih tersimpan rapi dalam draft.
Aku sekeluarga bersama emak. Yusuf baru 6 bulan. En Papa kerja *sedih juga*..Tapi dah setahun berlalu, sedih pun dah berlalu pergi juga...^__^ |
Ahli baru keluarga Pak Mail |
10 Oktober yang lalu, lahir cucu yang ke-19...Muhammad Zhariff nama diberi! Inilah si comel yang mewarisi baju-baju Yusuf dulu...T__T *gembira*
Di klinik - Adik-beradik sedatuk |
Waktu ini aku membawa ibu dan baby comel di atas tu ke klinik untuk periksa jaundis. Sementara tunggu ibu dan anak, sengaja aku suruh mereka berposing!
Tengok abang si baby yang menggigit jari tu! Suruh pakai selipar, tak mahu. Bermati-matian nak pakai boot ke klinik. Gasaklah kau Ammar, asalkan awak bahagia! kah kah kah...*bikin lawak saja tau!*
Apa yg kakak namak & suka ukhuwah keluarga yg erat KB
ReplyDeleteAnak-anak tak ada masalah duduk dgn mak-pak saudara
Sepupu-sepapat nampak erat bagaikan adik-beradik.
Aloooooo tomeinyaaa baby.....geram tgk baby
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir pada semua ahli keluarga yg menyambutnya... seronok sambut ramai2 mcm ni.. meriah...
ReplyDeleteanak2 suka main belon2 tu... :)
Ingat tragedi apalah tadi, sasepen je KB ni. Besday mak dan mentua dalam bulan oktober jugak ek, sehati gitew kan.
ReplyDeleteNnt sampaikan salam kat mak KB yea.
Sebijik muka mak kome Rul..... Tang mata, tang hidung, tang pipi... Tak payah susah susah nak pikir mcm mana esok kalau dah tua. Tengok ajelah gambo mak tu.
ReplyDeleteHepy Bezday semuaaaaa..... Bukan main meriah ye keknya tu Rul. Mcm karpet coklat tau haha....
Selamat hari lahir buat family KB..semoga sihat sihat selalu yer
ReplyDeleteRupa KB memang ikut emaklah. Sama aje! Eh, nama pun anak beranak, anak emak, tentulah ada iras-irasnya!
ReplyDeleteKiranya Oktober ni banyak kenangannyalahkan KB. Macam-macam hari yang perlu diingati dan diraikan...
Eh, comellah boot merah si Ammar ni! Padanlah dia beria-ia nak pakai. Kalau saya dapat pun, saya beria-ia suruh anak saya pakai buat pergi mengaji tau ^_^