Thursday, October 13, 2016

Kisah Anak-Anak Lagi...

Assalamualaikum

Pagi tadi buat aku semput sekali lagi. Mana tidaknya, sebaik sampai di pagar sekolah, si Daniel baru tersedar dia pakai selipar sahaja. Phewww...... mengucap panjanglah mamanya! Semalam si Amirah tertukar kasut, hari ini Daniel pula.

Adakah patut, mama mereka ini menyediakan pakaian dan letakkan sekali kasut sekolah di bawah gantungan baju? Aduh! tak akanlah begitu sekali hendak dibuat, wahai anak-anakku.....

Amirah sudah turun kerana sudah sampai sekolah. Manakala, kami berpatah balik ke rumah untuk ambil kasut.

Dalam perjalanan ke sekolah semula, si Daniel sudah gelisah.

Kalau pagar dah tutup, macam mana mama?

Takpe, kalau tutup, nanti mama yang bukak kan. ~__^

Sampai sekolah dah 7:30 pagi, maka nama Daniel kena catit oleh pengawas sekolah. Tak dapatlah mama nak tolong explain kat adik mawas pengawas tu.

Redho ajerlah Daniel, namanya kena catit lewat!

******************

Kisah si Amir, lain pula ceritanya. Semalam kami sekeluarga keluar membeli barang kerja tukang Kemahiran Hidup. Beli cat spray jer pun sebenarnya. Yang lain-lain kayu dan paku sudah dia siapkan di sekolah.

Kerja tukangnya bermula dari minggu lepas. Seminggu tak datang sekolah training hoki menyebabkan dia ketinggalan dari kawan-kawannya. Kelas semalam baru dia nak mula bertukang!.

Tapi apa katanya................

Amir tak datang minggu lepas pun, dah siap potong kayu dan paku dah semalam. Tinggal nak spray jer lagi. Diorang (classmate dia) tu semuanya lambat, semalam baru nak paku. Itu pun lembap!

Amboi! belagak sangat bunyinya tu.... Lain orang, lainlah kemahirannya, kan. Selain sukan, Amir ni minat bab-bab praktikal. Kalau bab teori dan duduk ajer dalam kelas....mulalah terlentok-liuk!

Kalau subjek yang tak disukai, markah ujiannya kusss semangat! Terjatuh gaung, jenuh nak tarik semula naik ke atas.

*******************

Amirah, dari hari Isnin sudah berjuang untuk UPKK. Hari ini, last day - subjek Bahasa Arab. Hari pertama sangat tekun mengulangkaji. Kemudian, dari sehari ke sehari sudah longgar pulak ulangkajinya. Bila  diminta tengok buku, katanya sudah baca!

Apa-apa pun, tunggu sajalah resultnya nanti.

Dua minggu lepas, guru subjek RBTnya mengadakan pertandingan penyediaan makanan. Cikgu beri menu, anak murid sediakan bahan-bahan dan pekakas. Penampilan dalam kumpulan juga diambil kira. Ada markah, katanya.

Maka, si Amirah ini bersungguh nak buat topi chef. Kami berdua pun mintalah khidmat pakcik google. Nampak macam senang ya. Bila sudah siap, 'huduh' pulak kejadiannya. Maka, mamanya berkata... 

Alah Mira, kita mintak kat papa ajerlah topi chef

Tak boleh, cikgu tak kasi. Kena buat dengan kerjatangan sendiri!

Adoi, begitu pulak syaratnya. Tapikan, mama dia yang terlebih excited, mintak papa bawa balik topi chef dari hotel. Sonang cerita. Malam tu papa bawa balik dan aku masukkan dalam beg si anak dara yang sudah nyenyak tidur. hahaha....

Jauh panggang dari api.
Cantik-Topi Chef Pakai Buang yg dibawa papa, diperbuat daripada kertas juga tapi keras sikit dari kertas A4.
Topi pembuatan sendiri umpama 'mahkota queen' ajer gayanya. T_T.

Keesokkan paginya, aku berpesan pada Amirah - pakai dulu topi chef tu. Kalau ditegur cikgu, baru tukar dengan topi yang dibuat sendiri.

Yang jadi gelihati, cikgu tak suruh tukar, malah tanya cikgu, siapa buatkan topi tu? Laju saja dia menjawab, emak saya yang buat!   [hihi pandaikan, emak dia buat..... ^__^]

Marilah kita tengok gambar yang dikirim oleh cikgunya.......




Kumpulan Masak Amirah. Menu sarapan pagi - Sandwich telur. Kata Amirah, masa ini, belum siap lagi presentationnya.
Apron itu pun, aku korbankan duit beli satu seorang untuk kawan-kawannya biar seragam.

Balik dari sekolah, boleh pulak kata begini...

Rugi, kita tak belajar dengan papa cara-cara nak hias dan hidang makanan.

>___<









21 comments:

  1. La...gimana tu boleh tak perasan pakai selipar ,tak pakai stokin ke masa tu KB...
    Pasal penyediaan mknn tu ,Iman kata budak2 sekolah dia baru adakan semalam.Iman siap puji lagi kata budak thn 6 pandai buat donut katanya.
    Bila dah pakai topi tu dah rupa chef cilik dah budak2 tu KB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pakai stokin tp dia pergi sarung selipar pulak. Saya tak perasan sebab awal2 sebelum saya masuk dia dah ada kat dlm kereta.

      Oh! agaknya semua murid sekarang kena buat aktiviti mcm tu ya kak. igtkan cikgu dia saja2 adakan aktiviti masak2 tu. yelah dah macam chef cilik hihi

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. aiyooo..ter'guna' selipar gi sekolah,..takpa biar nama kena catat oleh mawas tu dr terus guna selipar dalam kawasan sekolah,. lagi naya.
    anak SB pon dlm minggu di baru ada projek KH dorang, pa lagi, awal pagi subuh dah main ngan tukul gergaji kat luar rumah. Tapi kayu yg dorang ni guna dah sedia bercat. cuma kena potong dan pasang sendiri saja lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye SB, pakai selipar pulak dia hari ni. dah dapat amaran pertama sebab lewat. eh SB jgn tak tahu, ada budak yg sanggup berkaki ayam saja kes lupa pakai kasut ni. dia masuk sekolah juga sbb taknak dicatit nama lewat.

      sekarang dah start musim buat kerja pertukangan agaknya ya SB.

      Delete
  4. 1. Lain kali balik sekolah tanggalkan kasut masuk kereta ajelah sayang-sayang semua. Asyik ada aje yg tertinggal kasut.
    2. Amir lebih on-hands KB. Rasa akak kelak dia lebih sesuai ke technical school.
    3. Amira & the gang mesti jadi perhatian cikgu kan. Mama dah bagi peluang cuma lupa nak ajar cara susun hidangan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tu lah kak, asyik kes tertinggal kasut ajer! pening maknya. Bagus juga cadangan akak tu. Ataupun, sblm jalan kena check kaki satu2 dulu. biar lambat seminit jgn lmbt berminit-minit.
      2. Kami suami/isteri pun ada rasa begitu juga, kalau PT3 tak memberansangkan, nak mohon ke kolej Vokasional saja. Habis dua tahun dah ada diploma dan skill.
      3.Yelah, agaknya. Cikgu dah bertanya tu mesti dia perhati, cantik sgt topi tu...haha. Cara susunan, mamanya pun tak berapa arif, biasa hentam kromo aje. Papa dia yg pandai.

      Delete
  5. Anak anak ni mmg kekadang menguji kesabaran kan Rul....kita lap peluh ajelah nampaknya hihi....

    Nampaknya kome dah tau kecenderungan Amir tu. Bagi galakan dari sekarang Rul. Cerah masa depan tu.

    Betullah, dah macam mahkota Raja pulak hihi ....Wah kembang kuncuplah kome ye Rul sepanjang hari kena puji dgn cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah selagi tak dewasa, hari2 lap peluhlah nampak gayanya.
      Tgh bg galakan lah ni Mak....hihi.
      Mana ada cikgu puji, Mak. Kalau dah topi cilok hotel punya, mestilah cantik rupa parasnya. Cikgu dah kena tipu tu!

      Delete
  6. Gelihati akk baca kisah anak2 KB ni tau, senyum sorang dibuatnya, tk boleh akk bayangkan camanelah kelam-kabutnya sorang mak di pagi hari gara2 kes anak mamai pagi2 smp tk perasan tersarung selipar nk gi sekolah. Teringat plak suami akk suatu hari tu tetiba patah balik kes tersarung selipar jugak nk gi kerja, ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang selalu kelam-kabut dipagi hari kak. subuh sepi'e lagi dah basah ketiak!

      Delete
  7. Gelihati akk baca kisah anak2 KB ni tau, senyum sorang dibuatnya, tk boleh akk bayangkan camanelah kelam-kabutnya sorang mak di pagi hari gara2 kes anak mamai pagi2 smp tk perasan tersarung selipar nk gi sekolah. Teringat plak suami akk suatu hari tu tetiba patah balik kes tersarung selipar jugak nk gi kerja, ha ha..

    ReplyDelete
  8. hihi..macam2 gelagat anak2 ni kan...klu awal2 pagi lagilah kelam kabut dibuatnya.. anak sy plak always lupa masukkan botol air dlm beg..hari2 nak kena bagi ingt..haha.. wah! comel chef amirah.. cantik topi chef nya... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kan Atie, ada saja yg buat kita kelam-kabut! bab tinggal botol air tu biasa juga terjadi. yg jadi korban, mama dia lah...botol air saya yg mereka bawa ke sekolah.

      topi yg cantik tu sebab rembat topi chef dari hotel papanya. mmg lah cantik!

      Delete
  9. Ada2 saja budak2 ni kan KB
    aysik lupa je, sepatutnya umi lah yg kena cek kan hehee
    oorang tua pun dok lupa apa lagi budak2
    makan kismis selalu insya Allah mana tau dapatkan hilangkan sikit lupa tu
    tapi denga izin ALLAH jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan kaknoor, kena bagi makan kismis byk2. mudah2an kuat ingatan anak2 saya ni. ^_^

      Delete
  10. Assalamualaikum KB..
    Membalas kunjungan.
    Sebenarnya saya dah tinjau blog KB ni masa mula2 KB join WA tu, tapi tak sempat mengomen sb si baby masa tu menangis. Teringat nk datang semula lepas baca komen KB kat blog saya.

    Tiga orang anak, tiga ragamnya ye.. Penyeri, pemening dan hala tuju hidup kita pada masa yang sama, diorang ni kan.. selesaikan masalah dan hadapi karenah dioang tak sedar masa berlalu cepat sangat. Saya tak tahula tahun depan macam mana time management dgn anak dah tiga ni.. anak KB dah tahu berdikari pun macam nampak mamanya kalut lagi tu, ai.. cemana la saya nanti.. redo ajela kan.. insyaAllah okje.. kalau bab lupa ni, anak sorang pun boleh asyik lupa je bila dah kalut sangat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam AN, terima kasih dtg blog saya.

      Takpe, lama-kelamaan nanti mesti time-management tu akan tersusun sendiri sebab dah jadi kebiasaan rutin harian kita. Cuma sekali-sekala yg terjadi kes2 begini tu yg jadi kacau-bilau dibuatnya.T_T.

      Delete
  11. addie@mail.postmanllc.net

    ReplyDelete
  12. Alahai, Daniel! Takpa! Aunty pun adakalanya tersilap juga sebelah kasut. Yang kasihan, ibunyalah ya. Memang ke hulu ke hilir, ulang-alik dah anak terpakai selipar pergi sekolah. Berapa kali kena catit nama tahun ni, Daniel? Kalau sekali tu takpalah, bukan cikgu suruh pindah sekolah kalau lewat. Hahaha!

    Amir minat kerja-kerja macam ni ya. Boleh dipupuk minatnya tu dari sekarang. Daripada buat perkara yang tak diminati, biarlah dia buat apa yang disukainya. Kita tolong beri semangat ajelah...

    Amboi, untuk ibu tetiba dapat nama! Ibu pun kalau diberi kesempatan, memang kreatif juga orangnya. Itulah yang buat papa selalu takda di rumah. Kalau ada, memang jadi bahan rujuk anak-anak; banyak benda nak belajar dengan papanya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru sekali terlewat lah aunty..mama dia yg teruk kena ronda-ronda dulu sebelum masuk ofis! dahsyat juga ya aunty, sampai tersalah kasut sebelah, hihi

      Yelah, MD. kalau paksa2 pun tak boleh juga. saya sokong apa2 saja minat anak2.

      hahaha, tu lah. sebab takut dia mengaku emak dia yg buat. padahal cilok hotel punya! saya ada masa kreatif, ada masa malas.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^