Hari Isnin, cuti ganti Awal Muharram
Misi Satu: Potong Rambut Daniel
Daniel tak kisah pun ke kedai mana mama dia membawa untuk potong rambut. Asal rambutnya pendek dan kemas sudah cukup. Budak yang tak banyak tingkah, begitulah! ^_~...Senang nak urus.
Bukan tak mahu bawa dia ke kedai hipster, tapi umat manusia terlalu ramai di situ.
Di kedai yang buruk pun, ramai juga pelanggan yang menanti untuk potong rambut. Sampai terlena si kecik ini menunggu abang Daniel potong rambut. Alahai, kasihannya..
Gara-gara sepupunya memakai anting-anting, si anak dara ini pun teringin juga. Ini bertindik kali ketiga. Kecik-kecik dulu sudah dua kali bertindik. Lepas subang emasnya hilang semasa mandi kolam, mama/papa dah malas nak menindik telinganya lagi.
Sekarang sudah besar, dia sendiri yang merengek-rengek nak pakai subang. Selagi tak dapat, siang-malam bising! Dah dipakaikan subang baru senyap....
Misi Tiga : Makan
Kami keluar rumah dari pagi sampai ke tengahari, baru selesai semuanya. Dek kerana Yusuf tidur, tiba-tiba sifat malas menyelubungi diri nak melenjan ke kedai. Di rumah tak ada masak apa-apa pula.
Maka, telefon emak....
Maka, telefon emak....
Mak, tengahari ni kami makan kat rumah mak.... ^__^
salam KB.. wah makin hensem si daniel lepas potong rambut.. tergugat i uollss. Untung la KB satu keluarga makan dekat rumah mak.. Kampung Minah Kiwi dekat Taiping and duduk KL.. bukan senang nak balik kampung.... 2-3 bulan sekali baru balik.. anyway happy weekend
ReplyDeleteSalam MK. Eh daniel tu belum baligh lagi..jgnlah tergugat!
DeleteMmg untung ler kita ni sbb dok dekat dgn mak...hari2 menempel makan free ajer kerjanya. hihi
Oh org Taiping ya. Samalah kita Perak jugak.
Yer KB.. Minah Kiwi asal Taiping tapi jarang sangat turun Kuala Kangsar..selalu ke Ipoh jer
DeleteTeringin nak jalan2 di KK satu hari nanti
Huntung lah tu KB..
ReplyDeleteTipon mak jer nak dtg mkn..😊
Anak akak pun dah tindik..
Tapi nak subang yg sesuai..
Kalau pakai tudung tak sakit telinga..
Pening mama nya..
Semakin hensem si boy ni ye...
Nabil pun tak gunting rambut lagi..
Selalu kat sekolah jer guntingkan..
Haha kami adik-beradik mmg selalu mkn2 kat rumah emak. Emak pun dah faham!
DeleteKalau anak perempuan ni gitulah kan kakTi, macam2 kehendaknya...larat dgn larat jer nak ikutnya.
Hihi daniel yg hensem. Dia pun 2 bln sekali jer baru potong rambut.
Bagus budak Daniel ,tak banyak kerenah gunting rambut....
ReplyDeleteAnak akak Iqa tak pernah tindik telinga KB ,jadinya tak pernah merasa lah pakai subang.Sebab si ayah nya ni bila tengok Fateha masa kecik dulu tindik telinga dah tu kena alahan sampai berkudis telinga sampai ke hidung...betul KB...sejak tu tak merasa lah anak2 pakai subang.
Daniel apa2 hal mmg tak byk kerenah.
DeleteTeruknya fateha sampai berkudis ke hidung. Kalau dah gitu mmg seriau dah lah makpak nak tindikkan adiknya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKome pun bizi jugak nampaknya ye Rul. Sampai tak mampu nak masak hihi....Untunglah ada mak yg masih larat memasak lagi. Boleh tumpang makan
ReplyDelete..
Pergh! Mcm lauk ayam masak merah kasih sayang je tu! Mmg sure nikmat makanlah ye tengahari hujung minggu kome anak beranak hari tu hihi....
Bukan bizi. Malas yg sebenarnya. Mak saya masih larat lagi buat kerja. Maklumlah muda lagi mcm anak dia juga...haha!
DeleteMak ni mata tajam betul ek..lauk apa pun nampak! Mmg kasih saaaaayang sgt tau Mak!
seharian yg penuh dengn aktiviti.. bab potong rambut anak, anak sy pun ikut ja mana ibuny ni bawa.. hehe.. balik makan di rumah mak lah yg paling best, masakan mak, tiada siapa boleh lawan... :)
ReplyDeleteAktiviti harian yg memenatkan. Bukan penat berjalan tp penat menanti!
DeleteTp lepas tu bestlah sbb makan free. Masakan ibulah paling sedap di dunia kan Atie.
Syoknya KB dah puas jalan2
ReplyDeleteDapat makan free lagi kat umah mak kan
Bertuahnya badan KB dan anak2
Haha makan free.
DeleteBertuahlah jugak saya ni macam anak2 kaknoor yang ibunya rajin dan pandai masak! ^_^
mission completed! ❤ alhamdulillah..
ReplyDeleteYes! Mission completed! Tp tak jugak sebenarnya HR. Selagi anak2 berambut selagi itu kena bawa ke barber utk potong! pffftt..
DeleteYes! Mission completed! Tp tak jugak sebenarnya HR. Selagi anak2 berambut selagi itu kena bawa ke barber utk potong! pffftt..
DeleteUntunglah rumah mak dekat. Main roger-roger aje nak datang makan. Tapikan kalau emak saya masih berupaya masak, saya pun buat perkara yang sama. Tak mainlah datang makan sekali aje. Saya terus request pakej - breakfast, lunch n dinner. kalau boleh suruh emak siapkan supper sekali ^_^
ReplyDeleteSaya pun terkinja juga sekarang ni nak tindik telinga sebab lubang dah lama kambus. Sejak pakai tudung lepas kahwin, terus tak teringin nak pakai subang. Makanya kambuslah ia...
Tapi dek kerana dah kertu dan telinga sentiasa tertutup dek tudung, tak payahlah yerk. Buang karen jerk!
KB makan free apa kat rumah mak? Hahaha!
Memanglah untung, makan free! Emaklah yang naya, mengabihkan boras ajer katanya! Kalau dari breakfast sampai supper asyik di situ ajer, mahu emak suruh pindah ajer gamaknya..
DeleteSaya pun samalah MD, sejak dah pakai tudung tak hairan dah nak bersubang bagai. Lubang pun tak pernah check dah kambus ke belum!
Oh, hari tu kami makan 'ayam masak merah kasih sayang' katanya...hihi
Betulla KB, kalo dgn mak sendiri, kita nak selongkar apa patut tu tak segan, tapi kalo kt umh mak mentua, dia dah semawe pun segan.
ReplyDeleteAnk akk yg sulung tu pernah bwrtindik sekali,masa zaman tadika, tapi tertutup balik smp sekarang tkde bertindik2 dah, yg sorg lagi umur 12 tahun tak pernah bertindik lagi, ermmm..biarlah sok dorg besar pandailah dorg, hehe.
eh kak Azie, betul lah tu..macam tahu-tahu pulak, perangai saya di rumah mertua macam mana. Bersopan-santun sungguh!
DeleteZaman sekarang dah tak macam dulu yang bertindik itu sudah jadi macam keperluan pulak. Saya pun tak kisah kalau anak perempuan tak pakai subang!