Monday, October 10, 2016

Kisah Si Yusuf Disangka Hernia

Assalamualaikum

Hari ini, marilah kita rungkaikan segala pertanyaan yang bermain-main di benak hati dek kerana entri sebelum ini.

Khamis lalu, aku dan suami bercuti kerana beberapa hal. Sedia maklum, paginya kami ke SSN, Ipoh kerana mahu melihat pasukan hoki daerah KK bertanding. Seperti perancangan awalnya, selepas itu kami ke klinik membawa Yusuf pula.

Yusuf ini tidaklah sakit. Tapi 'bird'nya sering menimbulkan tanda tanya kepada mama dia. haha ^_^. Sejak berumur 6 bulan, adik aku yang melihatnya dan berkata ianya adalah 'angin pasang'. Sudah pun dibawa berurut tapi macam itu juga keadaannya. Yang menghairankan, Yusuf tak pernah tunjuk dia sakit. Tak pernah merengek, tak pernah kembung perut dan apa-apa sakit yang merisaukan. Bak kata emak aku, hari-hari, mencak ajer bermain! (mencak=cergas)

Kalau sudah 'mencak', kenapa perlu dibawa ke klinik? Biasalah kan, jika sudah bernama emak, mesti risaunya terhadap anak mengalahkan diri sendiri. Sudah beberapa kali juga diajukan kepada papa untuk membawa si Yusuf Taiyoob ni ke klinik panel syarikat. Tapi, asyik tertunda aje kerana sibuk!

Kemudian, aku termakan pula cakap-cakap kawan sepejabat yang ada anak sebaya Yusuf, katanya

Alah, kak bawa ke klinik Greentown jer. Anak saya dulu bawa ke situ juga, doktor tu tengok terus dia tekan bagi elok. Sekarang dah ok.

Maka, alang-alang sudah minta cuti bersama suami, aku terus plan bawa Yusuf untuk periksa. Betul ke ada angin pasang! Kalau tanya aku, angin pasang tu macam mana, sumpah aku tak tahu ya. Abang-abang dia dulu tak ada sakit begitu. Sihat walafiat aje. T__T.

Petang itu, sampailah kami enam-beranak di klinik kesihatan Greentown Ipoh. Dapat masuk bilik doktor pun pukul 3.50 petang. Tak sampai lima minit diperiksa, dia tulis surat rujukan ke Unit Kecemasan Hospital Besar Ipoh. Katanya, nanti saya panggil Pead On Call untuk check di sana. Aku pun, akur sajalah.

Di Unit Kecemasan, aku melulu terus ke kaunter dalam dan tunjukkan surat kerana nak cepat. Lepas tu, staff kaunter minta aku ke kaunter triage di luar. Katanya, walau apa pun kesnya, perlu daftar juga di situ.

Dipendekkan cerita, semua urusan pendaftaran sudah selesai. Dapat nombor ke bilik rawatan cuma beza tujuh sahaja. Masa itu, waktu yang dicetak pada slip angka giliran ialah 16:38 pm ya. Ingat tau kawan-kawan. hihi  ^__^.

Dalam masa menunggu tu, macam-macam ragamlah si anak-anak. Yusuf seperti biasa berlari ke sana-ke mari, tak mahu duduk diam. Amir, Mira dan Daniel sudah bising - penat dan bosan, nak berbaring pun tak dapat. Nak melepak di surau hospital pun bukannya boleh berlama-lama. Terpaksalah redho ajer dengan keadaan masa tu.

Air minuman sudah berbotol-botol, tambah pula dengan makan ringan dibeli papa. Memang penuhlah jajan-jajan di tempat duduk kami. Nasiblah ya, satu keluarga yang sihat datang hospital.

Amir mengajak balik saja sebab dia dah penat dari pagi di padang. Kata papa, kalau balik pun, kita sudah berjam-jam menunggu. Tunggu tetap kena tunggu....biarlah balik berhasil. Kasihan adik. Lepas ni tak tahu bila lagi mama papa dapat cuti bersama.

Akhirnya Amir tertidur di kerusi.

Aku tak ingat waktu bila nombor Yusuf dipanggil masuk. Yang aku pasti, ia sudah waktu maghrib!. Korang buatlah kira-kira, berapa jam kami menunggu. Rasa nak menyumpah pun ada.

Doktor yang memeriksa Yusuf tu bukanlah pakar kanak-kanak on call seperti yang diberitahu doktor Greentown tu. Kecewa. Lepas seorang, seorang yang periksa kerana tidak pasti. Sampai tiga doktor yang ada di situ semuanya datang ke Yusuf. Dan si Yusuf pun sudah melalak kerana fobia agaknya. dah kenapa pegang-pegang 'bird' dia, kan.

Bila tak pasti, diminta ke bilik x-ray pula. Melalak lagi. Selesai x-ray, Yusuf tertidur di pangkuan aku.

Semasa tidur itu, mereka hendak mengambil specimen darahnya pula. Sudah siap sedia, waktu disuntik, Yusuf terjaga dan meraunglah sekuat hati. Mula-mula di sebelah kiri tangan, tukar ke sebelah kanan kerana gagal mengeluarkan darah.

Habislah semua orang ditendangnya. Mulut menjerit-jerit, mamaaa, kakakkkk, mamaaa, kakakkk.....suaranya kedengaran sampai di luar bilik. Papa dah cabut lari dulu sebab tak sampai hati! Oh ya, suami aku ni berbadan sado tapi kalau bab-bab ini, hatinya kecik berbanding isterinya. Hal-hal sebegini semuanya serah kepada isteri.

Kemudian, aku difahamkan Yusuf kena jalani pembedahan kecil, untuk mengubah kedudukan 'telor' (apa ya bahasa saintifiknya, aku tahu bahasa kampung aje-gara-gara malas mahu google) yang sudah naik ke atas, kata doktor. Tetapi sebelum itu, kena beri dia minum sirap ubat tidur dulu.

Hah!, lagi satu bahana pulak. Bukan mudah nak beri Yusuf minum ubat. Ditepisnya, habislah nanti. Mujur ada seorang makcik yang sedang menemani anaknya membantu aku. Ketika Yusuf menjerit, aku picitkan sirap tu, sementara makcik tu pegangkan kaki dan tangan Yusuf. Paksa relalah Yusuf menelan ubat. Kasihan, kan. Nak buat macam mana, sudah terjebak ke hospital!


Masa menunggu doktor pakar bedah hernia datang, aku membawa Yusuf keluar bilik. Susukan dia. Waktu ini, Yusuf tunjukkan tangannya pada abang-abang, kakak dan papanya. Minta simpati lah tu. Kemudian, kami tiup-tiupkan ke tangannya. Alahai, manjanya.

Waktu dipanggil semula ke bilik untuk diperiksa oleh doktor pakar hernia, tahu apa katanya?

Macam mana puan kata ini hernia?
Kenapa puan datang ke sini?
Normallah macam ini. Lihat, ada kedua-duanya! ...[sambil tunjukkan pada aku]

Kemudian, doktor pakar itu, mengimbas kertas x-ray Yusuf. Dia mengambil kad rawatan dan meyuruh aku tunggu di luar. Ikut sajalah, walaupun dalam hati sudah tak tahu apa nak kata. Aku tengok jam sudah 8:15 malam.

Kami duduk di ruang menunggu itu sampailah aku perasan doktor sudah bertukar shift. Sengaja aku minta papa terjah ke dalam bilik doktor. Kami masuk bertiga - Aku, suami dan Yusuf yang sudah tak sedar diri penangan ubat tidur.

Bila diajukan soalan, apa keputusan x-ray dan kesudahan pemeriksaan Yusuf, semuanya tercengang, seolah-olah tak tahu. Tidak ada hand-over dari doktor yang sebelumnya. Pelik. Suami aku, sudah naik angin, sudah kembang-kempis saja mukanya. Risau dah aku, dia bertukar jadi hulk di situ juga nanti!

Setelah disemak semula, rupa-rupanya kad rawatannya sudah ditempatkan dalam kotak 'patient sudah pulang'. Tak ke nak mencarut jer rasanya? Mahu tak mencarut, satu jam lebih kami tunggu!.

Jika sudah boleh balik kenapa tak diberitahu.
Jika sudah boleh balik, kenapa diminta tunggu.
Jika sudah boleh balik kenapa tak dibuka jarum suntikan di tangan.

Itu soalan-soalan yang cakap pada doktor yang bertugas ketika itu. Jawapannya mudah saja, kami minta maaf banyak-banyak ya puan. Sorry sebab tunggu lama.

Kami keluar hospital, jam sudah 9:45 malam. 

Ada lagi kejadian selepas itu. Sebaik keluar, ibu mertua memanggil. Udah! satu lagi hal. Gara-gara si papa gatai tangan upload gambar di entri ini dalam group whatsapp keluarganya. Jika tengok, pasti semua orang akan tertanya-tanya, bukan? Inikan pula keluarga sendiri, mestilah risau bukan kepalang lagi.

Pada asalnya, papa nak mengusik adiknya, acah-acah sakit terkoma seperti dahulu. Bertalu-talu telefon berdering, menanyakan berita. Aku tak terlibat kerana nyawa hp sudah habis.

Panggilan terakhir, dari Papa nya. Hah! pandai-pandailah menjawab. Sudah diberitahu jangan datang kerana bukannya serius. Tapi sudah malam-malam pun mereka datang juga dan mengajak ke rumah pula. Aduh...duh....duh.

Nak pergi, hari sudah malam, badan sudah penat. Nak ditolak, ibu dan bapa. Akhirnya, papa belok jalan menghala ke rumahnya. Katanya, tak apa lah...orang tua punya pasal! Esok-esok kita pun tua juga.

Sejam jugaklah kami di sana, dan meneruskan perjalanan sejam lagi baru sampai ke destinasi. Macam itulah cerita yang haru-biru di hari Khamis lepas. Rasa nak cuti aje keesokkannya tu.

Yusuf sekarang ni, sihat saja seperti biasa! ^___^







16 comments:

  1. Nasib baik pihak hospital tak bertemu dgn org yg kaki turun-naik court. Kalau tak memang dah masuk paper kisah KB ni. Sebab pada kakak ianya serious dik. Cuba bayangkan kalau kena kat org yg tak tahu bertindak, mahu dia tidur kat sepital. Melampau!

    Kata dah merdeka 59 tahun tapi kes macam ini pun masih ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kakzakie, kalau masuk suratkhabar glamour pulak saya nanti. Geram tu memanglah geram, rasa nak marah tp biasanya habis hari tu juga. Malas nak panjang2 cerita.

      Saya pun hairan, kenapalah masih ada segelintir yg cuai bertugas. padahal mereka adalah golongan professional!

      Delete
  2. Waduuhhh.. gitu sekali.. ya ampun, kalau terkena kat SB, lama dah angkat kaki tangan semua tu (kes terlebih sabar).. Klau terkena kat org lain tu ntah dah di viralnya siap gi panggil peguam ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah SB..kalau org yg panas baran memang kena maki jam itu juga rasanya. Berjam-jam kita menunggu, boleh pulak doktor dah balik!

      Delete
  3. Aduhai, KB... Macam ni kes pun ada. Kalaulah suami saya tu, memang dah bertukar hijau kat situ. Habis seluruh hospital tu nak disamannya nanti!

    Inilah masalahnya kalau pergi hospital kerajaan. Dahlah menunggu lama, boleh pulak tu tak tahu hujung punca. Main pass baton sana-sini, yang merana of courselah si patient dan keluarga ^_^

    Kasihan alahai Yusuf ni, tiga kali kena 'sexual harassment'. Hehehe...

    Ish, KB! Tak tahulah nak kata apa lagi. Kalau saya dalam situasi ni, memang saya dah minta cuti esok harinya. Muka tak payah cakaplah. Memang bukan muka ibu dan isteri mithali lagi dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, KB! Nak nombor telefon boleh? Hantar ke email saya hppyrynne2906@gmail.com ^_^

      Delete
    2. Ye lah MD, kalau kita kata kerajaan tak bagus marah pulak mereka. Tapi kejadian yg macam ni lah yg buat orang awam selalu tak puas hati. Ada saja kepincangan!

      Yusuflah kasihan, dah diperiksa dan diberi ubat tidur tapi tak jadi buat surgery. pengsan free saja dia malam tu sampai ke pagi!

      Ikut hati mmg hendak EL tapi kerja banyak yg urgent kena hantar. Terpaksa kerja. Amir saja yg EL sebab dengki kerana katanya semalam adik2 dpt cuti peristiwa, jadi hari itu giliran dia pulak!

      Delete
    3. Beritahu Amir, EL tak boleh diamalkan selalu masa sekolah. Nanti terbawa-bawa ke zaman pekerjaan pulak ^_^

      Kadang macam tulah, bila nak EL ni banyak perkara nak fikir. Bukan senang nak lepaskan tugas di pejabat. Balik kerja semula bertimbun-timbun nanti!

      Delete
  4. Ya Allah sabarrrrr nye lahaiii
    Alhamdulillah yusuf sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Yusuf tak ada masalah. Eh dik, kenalah bersabar walaupun sebenarnya hati membara kesakitan! Bersabar itu kan sebahagian daripada iman....hihihi

      Delete
  5. Alahai KB memang haru biru lah kalau gitu gaya nya ....Akak dah rasa pengalaman menunggu berjam2 ni ,kalau boleh memang nk cabut balik tapi tu lah terpaksa sebb temujanji.
    Kalau hernia tu bird nya sakit KB bila ia membengkak.Tak de apa2 lah Yusuf tu KB.Kesian kena cucuk2 dan paksa makan ubat tu..
    Tapi yalah dah mak2 ni kita memang risau kalau ada sesuatu tak kena kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang haru-biru kak. Mula2 tu, pujuk juga hati sebab faham doktor sikit nak mengadap patient yg ramai. tp bila dah berjanggut menunggu, benganglah jugak. tambah2 pula kena perkara yg tak diingini macam ni. sapa pun akan naik angin dibuatnya.

      saya tak tahu sgt pasal hernia ni sbb takde pengalaman. bila tgk Yusuf sihat aje tu, kira sihatlah ya. tekan2 pun tak sakit. naya ajer dia kena makan ubat tidur.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Kesian Yusuf.....
    Macamanalah bentuk bebird Yusuf agaknya tu KB.....lain mcm sangat ke rupanya?

    Mau tak marah, dahlah anak beranak menunggu lama, daripada cergas memasing sampai jadi lesu semuanya hihi.... Perut confirmed dah lapar tu kan.

    Eh KB, mak kalau bab bab jumpa doktor mmg serem, tak sampai hati, lagi lagi bab cucuk cucuk gitu. Mmg ku serahkan ajelah pada Pak Jilap weyh...

    Sabau ajelah kena menyimpang dulu sebelum sampai rumah tu. Tak muncung ke? Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Mak ni, macam biasa ajer..kdg2 nampak macam bengkak tp tak sakit pulak kalau ditekan.

      Mau tak lapar Mak. Dah plan lepas keluar dr hospital nak hirup mee kari tp dah kena ke rumah mertua, cancelled terus! sampai KK baru dapat makan nasi.

      Suami saya kalau bab2 ni mmg penakut kalah isteri dia. Saya takde muncung2 tp masa balik drive sorang2lah dia sbb saya tido!

      Delete
  8. hospital swasta kan ni? konpius sbb tak tau.. huhu..
    dulu kami penah gak kena.. masa abg long kena air panas.. budak menangis berenti menangis balik pun lum dpt jumpa doktor..letih..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^