Minggu ini misi blog KB nak mengosongkan entri dalam draft saja.
Cuti 1 Malaysia - Petang itu aku dan adik sekeluarga ke rumah emak. Tiba-tiba, suami adik nak panjat pokok kelapa pulak. Nak minum air kelapa muda katanya. Jadi, aku dan anak-anak pun bolehlah menumpang sekaki ^_^
Nak mengharapkan aku yang memanjat, memang tidaklah. Nak mengaitnya pun belum tentu lagi kerana mengangkat galah yang panjang itu pun tak larat! Maka, kita serahkan pada yang pakar.
Dah berdebup-debap jatuh buah kelapa, dapatlah kami menghirup air kelapa muda segar. Enak tak terkatalah rasanya ya! Kepada kawan-kawan yang mengidamkan air kelapa, maaflah ya...tak dapek den nak nolongnya...
Minum pulak di luar rumah sambil-sambil menikmati angin petang. ^_^. Lagipun senang, siap makan isinya, terus saja boleh membuang kulit-kulit kelapa dalam lubang sampah!
Sudah lupa minggu bila - adik-adik mengajak masak laksa di rumah emak. Masak bersama-sama dan makan beramai-ramailah kononnya. Aku tak dapat datang dek kerana menunggu tetamu nak singgah rumah. Bila sampai, laksa pun dah siap dimasak, tinggal untuk dimakan saja...^___^ hihihi
Sementara orang masak laksa, adik yang lain datang membawa jagung. Maka, mencucur jagung juga kami petang itu.
Minggu cuti Aidiladha rasanya - makan ramai-ramai lagi. Sebenarnya tak kisah pun apa saja yang dijamu. Kalau dah berkumpul ramai-ramai, perut asyik lapar sesaja. Nanti ada lah yang mula mencipta nak makan itu-ini. Goreng cucur bodo-bodo pun layan. 1 kg tepung boleh habis sekelip mata.
Itulah yang bapak aku selalu kata macam 'ikan pirahna mengerjakan mangsa'.... Sapa yang lambat memang tak merasa! hew hew hew ^___^
Perghh...terrornya adek ipar KB panjat pokok kelapa ...tinggi tu.
ReplyDeleteSeronok akak tengok keluarga KB ni selalu berkumpul makan ramai2 .Kalau dah ramai makan2 memang menyelerakan .Lawaklah bapak KB...ada ikan pirahna pulak :-)
Oh dia memang terror serba serbi bab kerja kampung ni, kak. Lasak ajer org nya!
DeleteKeluarga kami selalu gitulah kak, kalau dah ramai2 tu, ada saja programnya...emak yg pening, asyik bersepah ajer pinggan-mangkuk kotor.
bapak saya lah tu, asyik sebut ikan pirahna ajer..tapikan kak, dia sebut 'parina'...mahu kami nak tergelak dibuatnya!
Uihh..dasyat gak skill panjat pokok kelapa tu, kak KB. bukan semua org dpt buat. Silap2 panjat tak dpt nak turun..hihii..
ReplyDeletehahaha, dahsyat ke SB?..kami yg tengok dari bawah ni pun jerit2 tau, suruh dia pegang kuat2, risau jatuh!
Deletesedapnya makan ramai2 hidangan enak dirumah atok
ReplyDeletehidangannya biasa2 ajer kak PI, tp makan2 ramai2 tu yg enak!
DeleteMakan-makan kat rumah atok nikmatnya lain tak sama makan di restoran
ReplyDeleteSemua yg masuk perut hasil airtangan org tersayang.
Masa makan semua tangan mencapai dari pinggan yg sama - cucur jagung tu
Indah utk dikenang bila mereka besar KB pasti jadi nostalgia.
Ye lah kak, nikmat tak sama dgn makan di restoran. Bila tengok sekarang, rasanya biasa ajer tp bila dah lama nanti barulah terasa indahnya kenangan tu.
DeleteAir kelapa lagi...
ReplyDeleteDah merangkak dah ni KB nak air kelapa ^_^
Biasalahkan bila dah berkumpul ramai-ramai, hidang apa pun habis. Kalau letak biskut tawar pun saya rasa habis juga! Masa tulah tetiba biskut tawar pun rasa sedap lain macam.
Sorrylah MD. Apa boleh buat, dah gambarnya air kelapa, cerita pun air kelapalah. Jgnlah sampai merangkak, sedih saya! Kat KL tu kan macam2 ada, try lah JJCM air kelapa pulak..^_^.
DeleteMmg pun MD, kalau makan ramai2 tu, biskut tawar, biskut lutut semuanya nikmat tak terkata ya.
seronok nya bila berkumpul ramai2 tu kan.. pasti idea nak masak tu ada je...masak ramai2, makan pun ramai2.... aduhh! Laksa my peberet...hihi
ReplyDeleteYg sedapnya makan ramai2 kan Atie. Kalau makanan sedap, makan sorang2..jd tak sedap tau!
DeleteOh peminat laksa ya.
Aduh air kelapa mmg segar dan sedap KB
ReplyDeleteNak pulak kelapa baru jatuh dijolok alahaii
Makan laksa cucur jagung perggghh semuanya tuu
Sedap kaknoor, air kelapa segar! hihi
DeleteKalau laksa dan cucur jagung tu biasa2 saja lah kak, apalah sangat kalau dibandingkan dgn masakan kaknoor yg mantop!
Haha, ikan piranha..campak ape pun habis ye. Gitulah gayanya kalo ank cucu ghame2 berkumpul. Terkenang zaman ank2 den kecik2 bersama sepupu sepapat berkumpul di rumah uwan kek rembau, gitulah juga gayanye.
ReplyDeleteMane pegi mak kite tu ek? Sonyap je, ngukur jalan k, balik kg ke, pi jenguk mami ke..kan:)
haha ikan pirahna kan ganazz, cepat saja habis kalau dicampak apapun. zaman budak2 yg seronok, kan kak. takpayah pikir apa2.
DeleteMak kita tu bizi, kak. Entah apa yg bizi pun tak tahulah! hihi...
Mesti seronok mak pak kome Rul, anak anak berkumpul, kenduri reramai gini. Kalau dah ramai gini mmg licinlah apa yg diletak haha.....Betul kata abah tu, mmg sebijik mcm piranha...
ReplyDeleteMakan berebut gini memang sedap! Berkat kot...
Sedapnya tengok Laksa ala2 kampung..nampak simple tapi sedap.. kalau kat KL ni laksa bukan main mahal ..
ReplyDeleteMinah Kiwi rela balik kampung untuk makan laksa macam ni...