Debush!!! Daniel baru saja jatuh ke dalam air selepas membuat terjunan dari batu yang tinggi. |
Kami beli nasi bungkus saja di pekan berdekatan, kemudian masuk ke dusun. Makan-makan, solat, lepas tu terbongkang kekenyangan. Sempat juga menyelongkar tilam bantal dan tidur seminit dua.
Lepas tu barulah kami ke lata untuk bermandi-manda. Cerita mandi ni sama sajalah, kisahnya. Mandi - panjat batu - terjun - menyelam - berenang.
Kalau ada yang lainnya, jadi model dalam air - berposing. ^_^. Sebab aku tak mandi, bolehlah mengambil gambar mereka yang sedang bersuka-ria itu!
Layan gambar ajerlah kita yer....
- Amir - Masa ini lah tragedi Oktober berlaku, handphone Amir terlemas dalam air. Dah tak boleh diselamatkan lagi. :( |
- Amirah - |
- Daniel - |
- Yusuf - Dia main pasir (putih tepi pantaiiiiii) bersama back-hoe kesayangannya. |
Dah puas berendam sampai gigil-gigil, kami baliklah. Tak akanlah nak tunggu sampai malam pulak.
Aku walaupun katanya tak mandi, tetap basah juga kerana terduduk atas batu yang basah. Baju pun basah juga dek melayan si Yusuf bermain.
Orang lain balik dengan baju kering, aku pulak yang menggigil kesejukkan dalam kereta dek baju seluar basah. Naya tau!
Oh ya! balik itu tidaklah bermakna balik ke rumah. Kami singgah di rumah Makcik dulu, solat Asar. Kemudian encik suami dan adiknya nak meneruskan misi mesin rumput di dusun.
Tunggu ajerlah kesudahan cerita kami selepas ni, jadi ke tidak mesin rumputnya ya. Al-maklumlah orang tua mereka tak balik. Kami-kami ajer yang turun ke kampung!
Bersambung.........
(rasa-rasanya, kami buat apa? Siapa pandai, cubalah teka ^_^)
(rasa-rasanya, kami buat apa? Siapa pandai, cubalah teka ^_^)
Cantiknya lata di dusun mmg suka kalau ke sini ..teringat kat kampung kak dalam dusun mengalir anak sungai dicelah batuan indahnya nyaman suasananya.
ReplyDeleteMemang cantik kak PI. Kalau cuaca panas, elok sangatlah berendam menyejukkan badan.
DeleteBest betul kampung KB ada lata.Kalau akak pun rajin balik kampung ada lata begini.Nampak suasananya tu redup je...
ReplyDeleteKenapa lah tak bawak baju lebih KB sampai memggigil kesejukkan tu.Kan seronok berendam dgn budak2 tu.
Suasana memang sangat redup kak sebab di dalam hutan simpan kekal. Dikelilingi pokok-pokok sesaja.
DeleteSaya kalau pergi banyak tak mandi daripada mandinya. Sebab malas nak tukar baju...tempatnya terdedah, tak ada bilik persalinan. org perempuan ni kan banyak sgt baju. baju kecik, baju besar semuanya lengkap.
Best betul kampung KB ada lata.Kalau akak pun rajin balik kampung ada lata begini.Nampak suasananya tu redup je...
ReplyDeleteKenapa lah tak bawak baju lebih KB sampai memggigil kesejukkan tu.Kan seronok berendam dgn budak2 tu.
Kalau kakak ada kampung macam ini memang tiap bulan boleh mandi-manda KB
ReplyDeleteBest betul. Tengok kaki kecik-gebu tu, dia pun tahu nikmat air fresh KB:)
Ye lah, kalau kakzakie ada kg macam ni boleh berendam juga. Melepaskan stress di tengah kota tu!
DeleteBudak kecik tu suka juga main air, tp takut2...
Kome main petik-petik buah lagi ke, KB!
ReplyDeleteMacamana handphone Amir boleh lemas? Dah dapat belum handphone baru? Susah tau KB kalau takda handphone, macamana Amir nak contact girlfriend nanti errr...rakan sekolah?
Seronoklah boleh pergi bila hendak aje bermandi-manda di sungai. Maklumlah orang ada sungai katanya... ^_^
Tak ada lah petik buah lagi, MD. musim buah dah habis. Sekarang musim hujan pulak, rumput pun galak naiknya...
DeleteBelum berganti lagi hpnya. Sekarang dok pakai hp Amirah...bising adik dia tu! Eh eh MD ni asyik nak bagi girlfriend kat anak kita ajer, ada calon?? hihi
Seronoklah MD..ini saja aktiviti org kampung. Mana ada shopping complex nak melenjan...kita lenjan sungai jer lah..
cantik tempatnya mesti anak2 pun suka
ReplyDeletekalau namanya mandi-manda, anak2 tak pernah kata tak suka, raihanah...^_^
Deletealahai..seronok nya tengok anak2 ni mandi manda...dah lama sgt tak pergi... huhu
ReplyDeletebukan anak2 ajer yg seronok, kalau kita mak/bapak pun seronok juga bermandi-manda ni..
DeleteHihi, lamanya tak dengar perkataan dangau tu, tapi akk tau makna dia, pondok kecik kan. Singgah mkn, rehat2, mandi2, Masya Allah best sangat, tmpt bersih, tak perlu risau kencing tikus kan. Kami lama betul dah tk mandi sungai tmpt2 riadah camni, risaukan kencing tikus
ReplyDeleteBetul lah tu kak, rumah kecil dalam dusun. Kami selalu sangat mandi lata. Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi kes kencing tikus.
DeleteHihi, lamanya tak dengar perkataan dangau tu, tapi akk tau makna dia, pondok kecik kan. Singgah mkn, rehat2, mandi2, Masya Allah best sangat, tmpt bersih, tak perlu risau kencing tikus kan. Kami lama betul dah tk mandi sungai tmpt2 riadah camni, risaukan kencing tikus
ReplyDeleteYa amponnnnnn bestnyaaaa.....nanti anak besaq bole pergi...hihi
ReplyDeleteTeringin nya nak mandi Lata. Masya Allah.,,sangat sejuk mata memandang
ReplyDelete