Tuesday, October 25, 2016

Victoria Bridge Kuala Kangsar

Assalamualaikum

Siapa pernah dengar 'Victoria Bridge'? Pernah, kan.....



Jambatan disifatkan tercantik di Asia Tenggara yang dibina pada 1897 ini adalah peninggalan sejarah tertua hasil idea bersama dua jurutera iaitu G W Fryer dan C R Hanson dan dirasmikan Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.

bolehlah baca di sini kalau nak info ilmiah. 



Dah makan 'free' di rumah emak, aku anak-beranak keluar merayau ke Victoria Bridge ni. Kebetulan adik aku pun ada datang ke rumah emak juga. Bertambahlah kegedikan nak merayaunya.

Tempatnya taklah jauh mana dari rumah emak. Kami pergi berkereta, lebih kurang 7 minit sampailah ke destinasi.

Pergi situ, bukanlah nak buat apa pun. Macamlah tak pernah datang ke sini. Tapi dah kata tak tahu apa lagi nak dibuat waktu cuti, kami jalan-jalan cari makan makan angin yang dekat-dekat ajer. ^__^. 

Marilah ikut kami, jalan-jalan ke Victoria Bridge ni......(kalau sudi)


Ini pandangan pertama, bila kita mula-mula naik tangga sampai ke sini. Masa ni ada pulak orang sedang posing bergambar kenangan.

Kalau tak bernasib baik, naik ke atas ni pun tak boleh kerana ada shooting filem atau orang buat photoshoot. Pengantin, terutamanya.

Ye lah, sekarangkan pengantin suka buat pre-wedding! Zaman aku dolu-dolu, mana ada ketip-ketip gambo kawen!

Ini pula gambar kami yang ngengada nak bergambo juga...^_~. Guna kamera handphone saja, maka gambar tak bolehlah nak bajet macam guna DSLR..


Budak-budak ni boleh pulak berambat main aci kejar atas rel tu. Kuusss semangat! Aku dengan adik dah meremang bulu roma tengok mereka berlari. Tetiba pulak emak-emak boleh terjerit pitching tinggi di situ.

Relnya dahlah lobang-lobang, bawahnya sungai, woi! Aku yang melangkah ke situ pun, jantung dah dup-dap-dup-dap rasa nak luruh....

Tak tahulah macam mana perasaan orang yang menyeberangi sungai ni dengan motorsikal atau berjalan. 

Aku tak pernah rasa tapi emak aku pernahlah naik motor dengan bapak ke seberang sana, nun!. Katanya, sayup-sayup ajer meniti atas jambatan tu....

Dalam gambar sebelah kiri atas tu, boleh nampak tempat untuk pejalan kaki dan pengguna motorsikal. Tempat Daniel berdiri, tu! Orang rabun, ada nampak ka??



Ok semua, meh turun. Kita tengok pandangan dari sudut bawah jambatan yang merentasi Sg Perak ini pula ya. Panjangkan?? 

Sebelah sini namanya Karai, sebelah sana tentulah namanya Seberang Karai. ^__^

Jambatan keretapi ini sudah tak berfungsi lagi setelah rel baru dibina bersebelahannya. Tapi untuk motorsikal dan berjalan kaki masih boleh guna lah ya sebagai jalan pintas! 

Kusss semangat lah aku kalau nak lalu atas tu. Ahkak tatut!!














21 comments:

  1. Pernah dengar KB..
    Tapi belum pernah smpi lagi..
    Menyeberang sungai Perak ke KB..
    Mmg kusssss smgt jauh tu..
    CH pun takut juga..
    Ada yg merangkak tu haha😆😆😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar kan...
      Kalau akak sampai sini, jangan terkejut pulak...kekampungan sangat tempatnya
      Ye kak, menyeberang sungai Perak yang besar dan lebar tu
      Mmg kuss semangat..
      Eh jgn merangkak, nanti jatuh. naik motor laju sikit sampainya! haha

      Delete
  2. JAMBATAN BERSEJARAH NAMPAK TEGUH BINAANNYA TAPI LANTAINYA DH ROSK YA...KENAPALAH XDIBAIKI SELAIN MENGEKALKAN BINAAN BERSEJARAH DPT PULA DIMENAFAATKKAN RAMAIYG MENGGUNAKANNYA SBG PENGHUBUNG LALUAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak PI, salah satu tinggalan sejarah yang masih utuh!

      Maksud saya dengan 'lobang-lobang' tu bukanlah rosak tapi memang berlubang-lubang disebabkan oleh kayu-kayu rel disusun secara jarak-jarak. Nampak ajer segala apa yg ada di bawahnya. Takutlah saya kak, gayat!

      Setakat ni masih dimanfaatkan oleh org kampung yg menggunakan motor atau berjalan kaki utk menyeberang sungai..^_^

      Delete
  3. Yelah Rul cantik jugak tempat ni . Mmg sesuai sangatlah untuk shooting filem atau berphotoshoot pre wedding. Alah kome sajakan....kalau zaman kome tak de ketip ketip, zaman mak lagilah, ketup ketup pun tak de haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke mak takde ketip ketup masa kawin dulu? entah-entah lagi dahsyat kot. Yelah Mak kan suka selpie-selpie ni..^__^.

      Delete
  4. Kakak tengok Mira cium adik sampai naik penyet pipi adik dibuatnya - kakak pulak yg jeles. Macam nak buat juga kat adik hihi... best kan cium adik kan Mira:)

    Banyak tempat sejarah kalau di sana KB. Kat JB ni tak ada apa yg special.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang kakak dia memang ler suka cium-cium adik. Tapi adik pulak yang suka cakap, busyuuuukk bila kena cium. Siap gaya tutup-tutup hidung lagi!

      Kakzakie janganlah cakap begitu. Kadang2 kita tak rasa sesuatu tu special sebab dah biasa. macam kami tengok jambatan ni jugaklah. biasa jer sebenarnya. Tapi orang luar kata, cantik pulak!

      Delete
  5. tak pernah dengar, tapi lokasi memang cantiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! tak pernah dengar ek, raihanah? sekarang dah pernah kan...hihi

      Delete
  6. Nampak klasik & unik jambatan tu KB..klu sy pun suka ke tempat2 mc ni.. menyaksikan sejarah dulu2.. sesuai utk ambil pelbagai gambr... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik dan unik sebab ianya hasil tangan orang luar. binaan dia lebih terpengaruh kepada rekabentuk luar negaralah..

      Delete
  7. Dah pernah dengar tapi belum pernah pergi posing di sini! Baru nak tanya jambatan ni boleh guna lagi ke tapi nasib baik dah disediakan jawapan. Tapikan kalau boleh guna pun, memang tak kuasalah saya nak mencuba. Siapa-siapa yang saya kenal pun, saya jerit jangan cuba! Ish, takutlah. Merentangi Sg Perak kan tu. Ish, takutlah ada jaws! Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takutlah MD walaupun katanya, tiap-tiap hari tengok Sg Perak. Tak sanggup rasanya...
      Bukan setakat jaws ajer, entah-entah hantu air pun ada!!

      Delete
    2. Ya ke banyak hantu air? La awat tak include dalam entri? Tak jadilah nak posing kat sini. Hantu air lebih bahaya dari jaws tau ^_^

      Delete
  8. Eh, nilah jembatan yg guna bergambar dlm drama, alaaa..lupa lak tajuk drama tu, yg berlakunnya..akashah, bella dely tu. Akk ingat dorg brgmbar atas jambatan kt luar negara, rupanya kt peghak jer ye, hihi..ishh..nampak naw kurang ilmu pengetahuan am kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu org buat penggambaran kat sini kak. Tp saya tak tahu cerita apa. yg saya tahu, filem Zombie Kg Pisang ajer...tp saya tak pernah tengok pun!

      Macam kat luar negara ek, sebab org yg membinanya omputih kak. tulah sebabnya macam kat luar negara ajer.

      Delete
  9. Eh, nilah jembatan yg guna bergambar dlm drama, alaaa..lupa lak tajuk drama tu, yg berlakunnya..akashah, bella dely tu. Akk ingat dorg brgmbar atas jambatan kt luar negara, rupanya kt peghak jer ye, hihi..ishh..nampak naw kurang ilmu pengetahuan am kan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis KB.

    Wah rare view kat Victoria Bridge ni. Memang cantik buat tempat photoshoot gambo kawen ni :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis KB.

    Wah rare view kat Victoria Bridge ni. Memang cantik buat tempat photoshoot gambo kawen ni :D

    ReplyDelete
  12. Salam KB. Minah Kiwi tak pernah lagi menjejakkan ke Cally Castle dengan Jambatan Victoria tu... nama jer orang Perak tapi sekali pun tak pernah pergi.

    Jangan kata Victoria Bridge tak pernah pergi.. Bukit Maxwell @ Larut dekat dengan Zoo Taiping/ Taman Tasik Taiping tu pun Minah Kiwi tak pernah pergi walaupun di lahirkan di Taiping.

    Malu bebenor Minah Kiwi jadi orang Taiping. Insyallah hujung bulan ni Minah Kiwi cuti balik Taiping nak pusing2 satu Taiping.

    Minah Kiwi dah ada list kat bawah ni

    Places to Visit
    Kota Ngah Ibrahim
    Matang Mangrove
    Kuala Sepetang
    Perak Museum
    Burmese Pool
    War Cemetery
    Lake Garden
    Zoo Taiping
    Bukit Merah
    Austin Pool
    Kuala Gula
    Bukit Larut

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^