Apa khabar semua? Semoga ceria selalu dan janganlah ada yang Monday blues hari ini. ^__^.
Aku juga sebenarnya, baru saja balik dari jumpa dentist untuk follow-up checkup dari yang minggu lepas. Dan kena datang semula selepas tiga hari nanti.
Tak tahulah ya kenapa, sesetengah orang seram nak jumpa dentist tapi aku rajin pulak. Kerjanya mengikut saja apa dikata! hahaha.... Sudah sakit tak tertanggung, asyik nyut-nyut-nyut....berdondang-sayang di malam hari, haruslah dibuang saja gigi itu, ye tak?
Mulut aku sedang kebas sebelah dek kerana 3 kali suntikan oleh doktor tapi tak hilang-hilang juga rasa sakitnya. Maka, tak jadilah untuk cabut dan diminta semula nanti!
Dek kerana itu juga, hari ini tak ada idea nak menulis tentang apa. Sebenarnya, mulut yang kebas dengan kekeringan idea, tidak ada kaitan langsung dan tidak kena-mengena kan, tapi itulah yang berlaku. Pelik pulak rasanya.
Tak apa lah. Hari ini, aku gali saja apa yang ada dalam draft!
Bermain basikal dan scooter. Tak cukup basikal, mereka mengambil 'DIY tempat tarik barang beroda tiga' kepunyaan atok untuk main. Seorang duduk dan seorang lagi tukang tarik. |
Ini kejadian hari cuti 1 Malaysia. Ramai cucu-cucu berkumpul di rumah atok. Bahkan, bukan di hari cuti saja kami ke mari. Weekday pun rajin juga ke rumah atok terutamanya anak-anak aku! T__T. Memang tak pernah sunyilah kaedahnya, rumah atok ni. Lepas seorang, seorang datang menjengah tak putus-putus!
Budak kecik ini pun nak bermain juga. Namun apakan daya dia belum pandai! Dah sama besar scooter itu dengan badan dia. ^_^.
Mamanya kasihan, jadi mama jadi tukang tolak, sementara dia berdiri di atas scooter. Terbongkok-bongkoklah mama memegang handle scooter, sambil menolak dia, kaki kena terkangkang-kangkang pula kerana dia berada di tengah-tengah. Aduhai, tegang urat betisku! Sakit belakang dibuatnya. Rasa nak putus urat pinggang.
Kalian semua cuba membayangkannya sudahlah, tak sesuai pulak nak tempek gambar. hihi...
Ini kejadian di hari lain pula. Tapi si kakak Amirah tetap berpakaian sama. Kalau dah kata baju kegemaran, begitulah ya...selagi tak lusuh, pakailah sampai lebam!
Hari itu, kami minum air kelapa muda yang diambil segar dari ladang pokok kelapa depan rumah atok. Kebetulan pula, ada pelepah tua yang jatuh. Itu pun jadi nak buat main tarik-tarik seperti tarik upih.
Yusuf, tengok ajer pelepah tua itupun sudah gerun. Terjerit-jerit bila diletakkan atas pelepah, apatah lagi kalau ditarik, meraung nak cabut lari!.
Main tarik upih. Belakang rumah bapak ada banyak pokok pinang yang ditanam, maka upih pun tentulah banyak juga,. |
Ini gambar zaman Amir, Mira dan Daniel masa kecik-kecik dulu. Mereka bermain dengan adik bongsu aku. Tak ada pulak yang takut seperti Yusuf tu!
Itu saja lah yang nak dicoretkan sekadar menyimpan kenangan anak-anak untuk tatapan mereka apabila dewasa kelak!
Sama ada mereka malu atau pun nak tergelak tengok gelagat memasing..... hihi
^___^
Main tarik upih dulu masa kakak kecik-kecik pun ada tau KB
ReplyDeleteItu yg bila tengok anak-anak KB main kakak senyum sendiri terkenang zaman silam kakak. Seronok masa tu tak ada scooter macam anak-anak KB main.
ps: masa adik kena tu cikgu dan PBSM ada dan memang mereka tekap ais sehingga ke hospital. cikgu mereka pun arif juga KB.
zaman saya kecik pun takde scooter ni kak. nak main basikal pun, basikal org tua saja yg ada yang besar gedabak tu!
DeleteSeronok nya anak2 KB main kat rumah atok.Main tarik upih tu yang lebih seronok kan.Anak2 akak walaupun tinggal di kampung tapi tak pernah rasa pengalaman bermain begitu KB.Mereka jarang main kat luar rumah.Iman ni pulak dah takde geng nak main...rugi kan anak2 akak tak rasai pengalaman seperti ni.
ReplyDeleteAgaknya kampung kat tempat akak tu dah moden ya kak.
DeleteTempat saya ni boleh dikatakan kampung jugak lah. ada lah tempat utk anak2 kutip pengalaman bermain.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSUKANYA TENGOK ANAK2 KB MAIN TARIK PELEPAH KELAPA...DULU MASA KECIK2 SUKA JUGA MAIN GITU
ReplyDeletetarik upih ni mainan zaman dulu, sekarang ni susah nak cari upih dah!
DeleteHahha..
ReplyDeleteMemang tak kena langsung KB..
Sakit gigi dengan kekeringan idea tu..
Ok juga entri ni..
Teringat juga CH main tarik upih ni..
Jadi kenangan utk mereka bila dah besar nanti..
hihi mmg takde kena-mengena kan. dah kata takde idea, saja jer terkait dgn sakit gusi pulak. harapkan gambar ajer nak berceloteh ni ha!
Deletemmg tempek gambar2 tu semua, utk kenangan mereka je kak.
Mana nak cari upih kt tgh bandar ni KB, sesekali main camni mengimbau kenangan zaman kecik2 manisnya. Main tuju selipar, main gasing, gesek syiling buruk, tuju getah..semua tu mana nak jumpa lagi, kat kampung pun dah tkdr, apatah lagi di bandar.Jadi biarlah anak2 main sepuasnya bila ada peluang kan KB.
ReplyDeletekita pun samalah kak azie, main yg gitu2 juga..main aci kejar, main nyorok2 yg banyaknya.
Deletekalau duduk bandar, mmg tak jumpalah upih tu...
Mana nak cari upih kt tgh bandar ni KB, sesekali main camni mengimbau kenangan zaman kecik2 manisnya. Main tuju selipar, main gasing, gesek syiling buruk, tuju getah..semua tu mana nak jumpa lagi, kat kampung pun dah tkdr, apatah lagi di bandar.Jadi biarlah anak2 main sepuasnya bila ada peluang kan KB.
ReplyDeletebestnyala jd kanak2...boleh main ikut suka hati cmtu...seronok plak klu ada sepupu sepapat..teringat zaman kecik dulu...
ReplyDeletesemua cerita2 ni mengimbau zaman kanak2 kita kan husna!
DeleteSyoknya KB tengok anak2 bermain
ReplyDeleteTeeingt masa zaman anak kecik dulu2
Yg lucu budak tecik yg nak main scoter tu
budak kecik tu teringin nak main juga tapi tak pandai kayuh..
DeleteLa....kome masih menanggung sakit gigi lagi ke la ni? Yelah, gigi mana boleh cabut kalau tgh sakit. Sakitnya tuh kan disitu haha....
ReplyDeleteUntung budak budak yg kampung dia sebelah taman Rul....hujung minggu atau tiap tiap masa terluang dapat balik kg main kat halaman atok.
Mana nak jumpa pelepah kelapa kalau duk bandar. Budak bandar sure tak kenal
agaknya. Pelik jugak ye si Yusuf boleh takut. Seriau agaknya..
Dah tak sakit sebenarnya, tp doktor tu test goncang2nya gigi sebelum cabut. tentulah sakit balik...disuruh balik makan ubat lagi. rasanya, malaslah nak dtg lg!
Deletekami ni bukan setakat hujung minggu, bahkan setiap hari kalau boleh nak ke rumah atok saja. kalau sorg dah dtg, nanti mak dia wA mak lain suruh hantar anak! boleh ya begitu perangai...opah yg pening.
kalau dok bandar susahlah nak cari upih, Mak! Yusuf tu mmg pelik semuanya dia takut.
La....kome masih menanggung sakit gigi lagi ke la ni? Yelah, gigi mana boleh cabut kalau tgh sakit. Sakitnya tuh kan disitu haha....
ReplyDeleteUntung budak budak yg kampung dia sebelah taman Rul....hujung minggu atau tiap tiap masa terluang dapat balik kg main kat halaman atok.
Mana nak jumpa pelepah kelapa kalau duk bandar. Budak bandar sure tak kenal
agaknya. Pelik jugak ye si Yusuf boleh takut. Seriau agaknya..
Nikmatnya minum air kelapa muda... Xctly cikna yg tua ni pun xprnh g main tarik upih,agak2 Ade x yg nk tarik upih cikna..;-)
ReplyDeleteEh cikna tak pernah main upih. Meh lah dtg kampung sini, nanti boleh mintak budak2 ni tarikkan...^_^.
Deletebest juga main tarik upih tu
ReplyDeletebest raihanah, jom cuba hihi
DeleteLa... masih sakit lagi rupanya! Padanlah senyap ^_^ Ingatkan sibuk di pejabat, tak pun terjun tiruk sesaja di pagi hari!
ReplyDeleteJanganlah disebut-sebut air kelapa ni, KB. Bukan aje ladang kelapa, pokok kelapa sebatang pun takda dekat rumah. Kalau nak air kelapa, dah macam orang mengidam aje kekdahnya, tak boleh ditunggu-tunggu bila dapat membelinya. Untunglah kome, apa nak main petik aje!
Eh, saya pun ada kenangan main tarik upih tau! Jangan tak tahu! Anak-anak saya memanglah takda pengalaman ni. Kalau saya nak ajar mereka main tarik upih kat Taman Tasik Titiwangsa tu, agak-agaknya siapalah yang kena gelak? Saya ke atau anak-anak?
eh! masa ni saya meeting lah MD. takde terjun tiruk dah minggu ni.
Deletesaya untung sebab ada rumah emak di kampung. nak harap di rumah saya, apa pun tak ada juga...semua batu saja..bosan!
kalau MD dan anak2 main tarik upih kat Tasik Titiwangsa tu, saya rasa korang masuk paper kot! hahaha...
Main tarik upih, seronok tu. SB sempat main masa zaman purba dulu..hihii!!.. BTW, gigi kak KB berapa dah cabut.? dari byk2 sakit, bila sampai ke sakit gigi, memang semua rasa tak kena
ReplyDeleteOh SB pun ada main tarik upih ya. best, kan.
Deletegigi akak byk yg dah cabut. Entahlah SB, asal sakit sikit ajer, kerjanya nak ke klinik! doktor nak cabut pun, redho ajer. skrg byk dh lompong2 kat dlm. gigi depan masih cantiklah, penuh!