Friday, October 21, 2016

Balik Kampung Panjat Gunung

Assalamualaikum dan salam Jumaat ^_^


Gambar ini dirakam sendiri oleh tuan blog ya. Bukan cilok dari pakcik google. ^_^
Hari ini kita sambung episod balik kampung tanam jagung pada cuti Awal Muharram yang lepas.

Tak ada dah mengutip buah-buahan lagi. Musim buah pun dah lama berlalu. Acara main masak-masak pun tiada kerana geng memasak tak cukup corum...hihi

Selepas balik dari mandi lata, kami lepak-lepak saja sambil minum petang di rumah Makcik. Tujuan asal menyinggah ke situ sebab orang lelaki iaitu suami, adiknya, Amir dan anak Makcik nak ke kebun untuk mesin rumput.

Sudahnya, suami aku, si papa buat pengumuman. Katanya, cancel mesin rumput sebab kami nak panjat gunung.

Wah! wah! wah! mentang-mentanglah pak mertua aku tak ada, mereka boleh pulak mengelat!

Sebelum pergi, pandu-uji dahulu motorsikal yang ada. Manalah tau, tiba-tiba semput pula di pertengahan jalan, bikin gawat aje nanti. Mereka pergi berempat dengan tiga biji motor.


"Bye-bye, Usup nak pergi ronda-ronda"
Ini motorsikal paling antik - milik pak mertua di zaman bujangnya
Yang bertiga ini bukan nak pandu-uji motor. Kami nak meronda kampung dek Yusuf tetiba mengelitis kaki nak naik motor juga. Maklumlah, hari-hari naik 'ite' [kereta] saja.....^__^

Dulu anak dikendong emak, sekarang emak membonceng anak!
Kalau suruh mamanya yang pandu motorsikal, alamat jatuh 'terjombap' lah padahnya.

Ok, marilah kita kembali ke tajuk asal.

Mereka buat keputusan nak naik gunungnya, dah nak dekat pukul 6 petang. Bila Makcik tahu, dia pun pot-pet-pot-pet.

Tapi mereka ni tetap nak pergi juga; terutama si Amir dengan pakciknya (adik papa) yang sudah menggeletek jiwa-raga nak mendaki gunung kerana first-time, katanya! Degil cakap orang tua lah ni...

Mereka menaiki motor menyusuri jalan hutan setakat mana yang boleh saja. Kemudian parking motor, dan terus mendaki dengan berjalan kaki.

Menurut Amir, ketinggian bukit hampir 90 darjah. Di pertengahan bukit kena berjogging pulak untuk memanaskan badan dan mengelakkan kaki cramp. Macam manalah gayanya berjogging sambil mendaki ya.

Dua orang first-timer tadi, ikut sajalah arahan Paklong (anak Makcik) yang sudah 13 kali mendaki ke situ. Tak bolehlah nak belagak tunjuk cerdik-pandai pula. Kalau jadi apa-apa nanti, Paklong juga yang susah!

Paklong telah mendahului mereka berdua. Kemudian, diekori oleh Amir yang pada mulanya 'acah-acah' tak larat. Laju saja dia memecut meninggalkan pakciknya  tercungap-cungap di belakang.

Oh! apa jadi pada papa ya? hihi...yang ini lagi kelakar. Baru saja mula mendaki, papa sudah sakit lutut. Aduh! aduh! aduh! lututku sudah longgar...

Maka, papa pun berpatah balik. Jika tercabut lutut, tak pasal-pasal mereka bertiga yang kena pikul. Jalan selamat, balik ajer lah.

Masa ni dekat pukul 7 malam. Bila Makcik tengok yang pulangnya seorang saja, dia mengucap panjang dan pot-pet-pot-pet lagi....

Gila ke apa kome ni? Kalau nak naik, pergi pagi bukannya petang!

Tetapi tatkala jam 7:30 malam, semuanya sudah tiba di rumah.

Di rumah semasa makan malam, kami semua mengekek-ngekek ketawakan adik papa yang ditipu Amir.

Pakciknya tak tahu, ketika itu si Amir dalam minggu training hoki. - 20 pusingan naik-turun tangga bangunan sekolah setiap petang, 8 pusingan berlari di taman permainan setiap pagi. 

Dah tentu-tentulah badannya tengah fit! Lagikan pulak, Amir orang muda jika nak dibandingkan dengan badan pakciknya yang sudah over-haul! ^__^ . Ketinggalan di belakanglah jawabnya.

Kes papa pun jadi bahan ketawa juga. Kata adiknya...

Sama ada badan tak larat membawa kaki atau kaki yang tak larat membawa badan...

Tapi papa tak hairan pun sebab dia sudah tiga kali menjejaki puncak gunung itu sewaktu bujang trang-tang-tang dulu.



Panorama indah dan pengalaman semasa mendaki tak dapatlah dirakam dek handphone Amir sudah 'mati lemas' di lata. Yang ada pun, hanya gambar ini sahaja yang dirakam oleh Paklong sewaktu sampai di 1/3 gunung. Ini belum sampai puncak ya!

Amir dan pakciknya di Air terjun Lata Berangin.

Airnya sangat sejuk. Bila duduk di situ, terasa sangat berangin. Itulah sebabnya dipanggil Lata Berangin.

Disebabkan hari sudah gelap, pengembaraan mereka setakat ini sahaja. Di lain masa, nak naik lagi sampai ke puncak, kata mereka. Nak bermalam pulak tu!

Amir dah tergedik-gedik sangat dah tu, nak mengikut! Mama dia pun, sebenarnya teringin juga nak pergi........

Update:
Lupa nak cerita pasal si Amir kena gigit pacat. Dalam bertiga yang balik dari mendaki, kaki Amir paling diminati pacat. Pakciknya dengan Paklong, tak ada seekor pun pacat yang hinggap.

Amir tidaklah takut atau geli dengan pacat. Tetapi yang tak menahan tu, asyik mengada-ngada saja, katanya....

Ma, ma, macam mana ni....habislah Amir nanti, kekurangan darah!

Pfffttt............

22 comments:

  1. Wah bestnya mendaki gunung KB..
    Tapi memang kena fit lah..
    Kalau tak memang patah balik macam en papa tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak CH, kalau badan tak fit, mahu patah kaki dibuatnya! Berpatah balik tu sudah tentu...hihi

      Delete
  2. wah..keliling kampung naik motor tu best jugak..hehe..sllu buat bila balik kg hubby... cantikknyaa pemandangan air terjun tu.. nak naik2 tinggi2 ni kena fit kan body dulu... ringan kan badan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...takde lah pusing kampung, Atie. Setakat halaman rumah saja. Anak saya tu belum ada lesen motor lagi..nanti kena saman pulak, naya!

      Cantikan, bagaikan lukisan! Nak naik memang kena warm-up dulu risau semput di tgh jalan...

      Delete
  3. CANTIKNYA AIR TERJUN...NAIK KE PUNCAK GUNUNG MESTI LBH CANTIK VIEWNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak PI, kata suami saya..lagi tinggi lagi cantik permandangannya. Sejuk pulak tu!

      Delete
  4. Cantiiiiiiknya air terjun tu, ni kalo toklaki akk ngn adik dia tau ni mesti diorg nk daki gak gunung tu, kt mana lokasi tu, cer citer ditel sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan...
      Lokasinya di kampung suami saya, Kg Pecah Batu, Kuala Kangsar (hah! detail saya bagi lokasi ni). Naik dari jalan ke lata tempat kami mandi tu, dan terus lagi ke atas. Belakang rumah Makcik kami jer...

      Gunung ni bukan tempat komersial kak, hanya orang kampung dan penduduk tempatan saja yang tahu.

      Delete
  5. Memang betul2 best lah kg KB ni.Cantek sangattt air terjun tu.Damai je mata memandang walaupun sekadar gambar yg KB pos ni.Kampung kami kat sini tak jumpa suasana begini KB.Bertuah anak2 KB dapat rasa keindahan yg tak berbayar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak, sesiapa yg melihatnya pasti teringin nak pergi termasuk saya sendiri.
      Ye lah kak, sementara tengah badan sihat ni bolehlah membawa anak2 menikmati keindahan alam semulajadi yg ada. dekat2 sini jer pun! ^_^
      Nak pergi membawa anak berjalan ke tempat yg jauh2, belum tentu dpt pergi sebab kekangan masa..

      Delete
  6. Memang betul2 best lah kg KB ni.Cantek sangattt air terjun tu.Damai je mata memandang walaupun sekadar gambar yg KB pos ni.Kampung kami kat sini tak jumpa suasana begini KB.Bertuah anak2 KB dapat rasa keindahan yg tak berbayar ni.

    ReplyDelete
  7. Rong kinh là môt trong những triệu chứng bất thường mà chị em phụ nữ thường gặp. Đặc trưng của bệnh là tình trạng máu kinh là nhiều vượt quá mức trung bình và ngày hành kinh kéo dài. Rong kinh gây ra rất nhiều ảnh hưởng xấu đến cuộc sống và sức khỏe của chị em nên cần được thăm khám và điều trị kịp thời.

    ReplyDelete
  8. Rong kinh là môt trong những triệu chứng bất thường mà chị em phụ nữ thường gặp. Đặc trưng của bệnh là tình trạng máu kinh là nhiều vượt quá mức trung bình và ngày hành kinh kéo dài. Rong kinh gây ra rất nhiều ảnh hưởng xấu đến cuộc sống và sức khỏe của chị em nên cần được thăm khám và điều trị kịp thời.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Seronok dapat masuk hutan dan menikmati keindahannya. Cantik sangat air terjun tu, tentu sejuk dan segar airnya. Teringat ketika muda-muda dahulu, selalu sangat masuk hutan, panjat gunung, menyusuri sungai, meranduk paya dan sebagainya. Lupa seketika pada kesibukan dan kebingitan hutan batu. ia bagaikan terapi spa semulajadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Abuikhwan! terima kasih mendoakan saya.
      ye AI, sesiapa yg minat kepada alam semulajadi yg begini pasti rasa damai apabila berada di sini.

      AI, masa muda2 saja ke masuk hutan? Sekarang bagaimana? T_T

      Delete
  10. Hahaha! Amir oh Amir! Kasihan alahai kekurangan darah dibuatnya dek kena gigit pacat. Manalah pacat tu berkenan dengan yang lagi dua orang tu. Dah takda darah 'segar', lebih baik aim kat Amir aje.

    Ni apa kes dah nak dekat Maghrib nak panjat gunung ni? Kalau ya pun teruja, bawa-bawalah mimpi di malam hari dulu. Esok pepagi lenjanlah jogging menaiki gunung katanya!

    Eh, bila katanya kejadian ni? Jangan-jangan masing-masing mengharapkan dapat MC esoknya tak? Tak payah pergi hotel, tak payah pergi sekolah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, KB! Kome pandai cakap apa kat atas tu? Vietnam ke? Hehehe....

      Delete
    2. Tu lah peliknya, pacat pun tahu mana kaki anak teruna dengan kaki org kertu!

      Ni kes dah terkinja-kinja tak menahan ler tu. Tak boleh dibawak dalam mimpi dah ni, risau mengigau panjat gunung di malam hari, lagi haru dibuatnya.

      Ini kejadian lama dah, Awal Muharram dulu..lepas balik dari mandi lata! hihi

      *****

      Tak tahulah MD, orang mana yg tersesat kat sini entah. Kalau dibuang komennya nanti, kecik hati pulak dia..biarkanlah...asal dia bahagia...hahaha

      Delete
  11. Cantiknya air terjun tu Rul....
    Mak mmg bukan adventurers orangnya. Tak payahlah nak offer offer ajak mendaki ke apa. Ajak mandi air terjun pun tak suka. Sebabnya takut pacatlah....Geli weyh.

    Gitulah kan Rul, mcm tak perasan bila masalah diaorang ni besar. Rasa mcm baru hari tu kita mengendong diaorang.
    Kita pulak dah semakin tua huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciptaan Allah memanglah cantik Mak. mana ada tolok bandingnya!

      Yelah kita tahu, kalau hutan-hutan ni Mak mana suka. Kalau ajak ke shopping mall barulah suka kan Mak? Pacat pun tak ada...haha

      Sebenarnya bukan emak saja yg semakin tua Mak, anak-anak pun tua jugak lah. Mana boleh kita ajer jadi tua...kenalah bersama-sama, baru adil! hihi

      Delete
  12. Makkkkk bestnya air terjun.....sukaaaaa sangat tauuuu....

    ReplyDelete
  13. Salam KB.. wah menarik gunung and air terjun tu..sejuk mata memandang.. teringat zaman budak2 dulu mandi sungai sampai tengah hari pastu Mak datang bawak rotan sebab tak nak keluar dari sungai asyik berendam jer

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^